Tuesday, March 31, 2009

Kembali di KK

Alhamdulillah



mr hubby dah selamat tiba di KK pg ni..

leh gayut... YEAY




rindu nyerrr...




Monday, March 30, 2009

Celebration@SR

First of all... tahniah kpd sesiapa yg br konvo last weekend..


oppsssss... FYI.. 28 & 29 March lepas ada mjlis konvokesyen ke-42 di UTM. bila konvo ni ada la pesta konvo.. and the timing is so right. rabak poket sehh...



so on 28th ejau, ilah & ita had a dinner at Secret Recipe. it was my treat.. specially utk meraikan ita yg knvo on 29th ~sesi pagi. she's under Fakulti Sains Komputer & Sistem Maklumat (FSKSM) and to thank ilah yg sll teman outing..




lets see what we had for dinner and what we had done during the outing..



yg dirai, Ita bersama tomyam nye.. kata nk sgt mkn fish n chip tp tak nk order lak...



ilah yg msih single.. ;)



YO!!! it's me..



chocolate indulgence, 1 slice for 3.. this is what i had every time i enter the place.. sedap but next time nk try yg lain lak la...



spaghetti meatballs, ilah's meal



this is mine.. sedaapppp...



cuba teka which is mine.. tentu la yg coklat ittew. ilah punya apple kasturi, and ita punya air botol. both masam... ewww...


with ita.. we known each other when she was doing her practical at Marine Lab..



with my friend from FKM.. it's been 7 years..



all of us.. from left: ilah, ejau & ita..




last but not least...


trying clothes kat kedai org Siam bwh Jusco.. nice but looks gross huh...

Sunday, March 29, 2009

1st TAG


Saya telah di tag oleh cik nad



Rules & Regulations:

1. Pergi ke tempat/partition yang anda simpan gambar.
2. Terus ke folder keenam.
3. Kemudian,pilih gambar yang keenam dalam folder tersebut.
4. Taruklah gambar tuh dalam blog anda dan ceritakannya.
5. Cabar enam orang untuk menjawab tag anda.
6. Letakkan link mereka dalam blog anda sebagai tanda yang anda mencabar mereka...



Here we gooooooooooooo...


folder ke-6 adalah 'Family Ejau' dan gmbr ke-6 adalah..








Kisah disebalik gmbr ini..

ni gmbr sy bersama kakak sy ms ktorg 6 beradik + bro in law kuar gi main bowling kat Melaka Parade mlm raya ke-2.. or lbh tepat pg raya ke-3.. thn 2006.. x ingt lak ms ni ada outsider ke tak.. tp rs nya ktorg ber-7 je kot.. love being together without outsider... blkg ktorg tu kepala azim adik sy yg no 5 dan badan abg sy..


ps: sama bulat kn.. huhu


Tag syira, hasdi, liana, yani, azwa and syarfa..

Friday, March 27, 2009

B@Kuching


Alhamdulillah



akhirnya terlerai jg rinduku padanya

hari ini, pd pkl 615 am aku dikejutkan dgn bunyi dr hs pemberian suamiku yg menandakan sms yg dikirim telah diterima.. berdramatika la pulekkk...
otomatik mata yg ngantuk jd segar... huhu
time tu kapal B baru msuk sg rejang.. ke rajang??
dlm pkl 9 br msuk port utk berlabuh...


waaaa... record ni..
the longest time we haven't contact each other. for the time being.. 78 jam. lbh kurang 3 ari 6 jam..
Alhamdulillah mereka slmt tiba di Kuching.. 29hb akn bertolak ke KK blk..


ok B.. jgn lupa ole2 dr Kuching ok



luv u... lalalala~~~~

Tuesday, March 24, 2009

Ulang Tahun B




ALLAH selamatkan kamu~~
ALLAH selamatkan kamu~~~
ALLAH selamatkan hubby ku cyg~
ALLAH selamatkan kamu~






Dah 26thn umur B arini.. smpt sms n call kejap je mlm td sbb B atas kapal ada latihan peperangan. pg td pkl 5 or 6 kpl B belayar ke Kuching.. smga selamat pergi dan kembali. jgn lupa beli ole2 utk binimu yg terchenta ni.. huhu


hadiah tak beli lg ni sbb tak taw nk bg ape.. B ada request something tp better cari sama2 la takot dah beli nti tak berkenan lak.. kad pn tak bg lg takot tak smpt dpt sbb arini gi blyr. may be next week je post so sesampainya B kat KK terus dpt kad.. huhu..







BIRTHDAY WISHES
-smga pjg umur dan dmurahkan rzki.
-smga apa yg dicita2kan tercapai..
-smga jadi anak yg soleh, suami mithali..



always LOVE n MISS u

Thursday, March 19, 2009

Secret Recipe Promotions

Got an email from a friend.. sape suka mkn kat Secret Recipe (SR) leh la pegi tiap minggu bermula minggu ni smpai 3 May. 7 minggu gk la..


klik kat gmbr utk paparan yg lebih besar





ps: just wonder nape SR ni murah lak.. adakah SR slh satu product yg diboikot di Malaysia mcm McD yg terpaksa wt promotion spya org mkn kat situ.. rs mcm tak je kn


1st In 2 Years

Ptg td kuar gi Tmn U.. mls nk kuar sbnrnya tp disbbkan nk amik gmbr yg cuci b4 blk KL last week, isi minyak motor dan cari hadiah utk B kena la kuar gk..


taw tak ape jd ms kuar tu???



it was my 1st experience within almost 2 years ride a motorcycle..




tayar pancit daaa...



nmpk tak tayar belakang tu kurus sikit



tada.... dah tanggal tayar.. rantai karat giler...




mr apek tgh repair tayar




tayar motor pancit gara2 tak de angin.. ye la reti bwk je tp tak reti nk beza ada angin ke tak.. tp ila ckp kalau takde angin rs berat je bwk.. NOTED!! kalau picit tayar tu mcm takde beza je rs.. so alang2 dah msuk bengkel soh la apek tu cek angin tayar depan sekali.. dan sememangnya tyr dpn pun kurang angin.. apek tu tegor psl rantai karat.. kena sll letak minyak kalau tak senang karat dan senang putus.. tu pun dah karat gila.. tak tukar minyak itam pun sbb mls.. nti2 la..



tak pasal2 je bajet lari.. ~wpon bape hingget je.. tu br guna motor tak guna keta lg.. ada ati nk keta mhl2 lak tu.. huhu.. org pompuan mmg pndai guna motor/keta tp tak reti jg.. huhu



ps: 2 objectives ke Tmn U tercapai. cuma hadiah utk mr hubby tak dpt lg.. buntu memikirkan ape yg ptt diberi..


Tuesday, March 17, 2009

Kesayangan Hamba

Assalamualaikum..
utk pengetahuan, last week sy blk KL utk bertemu Mr Hubby ~he had a course at Lumut and transited at KL ofcos.. xpe la dpt jupe sekejap pn dr tak jumpa lgsung. our next meeting maybe on my bro's wedding.. *sobbing*


this time we had being together not more than 12 hours. we met at Pudu a few minutes before 10pm (Thurs) and had dinner at Burger King nearby Masjed Jamek.. ~new promotion yg x best.. and split up about 830am the next day (Fri)..


ada org ckp B dah kurus sikit.. really??



dlm Putra LRT otw blk umah..



@KLIA.. kami akan dipisahkan lg



saat2 terakhir bersama ada je kaco.. call lain kali leh x..




Fuhh.. ms nk ke KLIA ijai yg anta. ayh n abg GG ada keja.. dah la ijai tak reti jln ke KLIA. so ktorg berpandukan signboard je la.. pecut, pecut gk tp smpai lmbt gk sbb ktorg ikot jln jauh.. well, driver tak biasa. kalau abg GG 20mnts dah smpai.. tp we were so relief sbb smpt check in.. added, flight time bkn 905am tp 920am.. syukran..


ingt nk tngu smpai B msuk balai berlepas tp ijai call ckp pak polisi dah soh blah. so beredar je la.. tp ms kuar dr airport cr ijai ada saspen sikit.. ada pak polisi kat keta dia siap soh bkk bonet depan lg.. dok pk nih ada ape2 ke??? road tax ada.. lesen pn ada.. so???


ghupe2nya keta wt hal.. xleh msuk gear sbb clutch wt hal ~clutch plate abis kot.. seb baik dah nk balik br wt hal. kalau time nk gi wt hal naye je... ktorg smpai umah lewat gk.. pg jumaat tu puas la ktorg round KL.. huhu... dan ijai amik MC aritu alang2 lambat kn...



mlm harinya pulak my parents and cucu, and me blik kg.. wah.. aunti la yg melayan azif sbb dah takde org lain. yg bestnya azif ni dia tahan lasak.. buat la mcm mane pun sengih je. nk tgk dia nangis time betol2 sakit je.. teingat lak time dia nangis masa kelengkang melecet.. sian, mcm nk nangis sm je.. dah bergenang air mata pun tgk dia meraung time tu..



org nk beli tiket blk JB pn nk ikot



huhu.. aunti mmg suka dera dia.. hehe


jeling2.. geram kat aunti yg comei eh



minum byk2 biar besar dan sihat




mak dah anta azif kat mama dia kat penang semalam.. pasni susah la nk jupe dia lg.. blk umah pn sunyi je nti.. oh azief.. i will miss u as much as i miss my hubby.. or may be more than him..


to azief: smga membesar dgn sihat dan pintar.. *kiss*
to mama azief: jg diri n baby spya sihat di kejauhan.. ha tu nk curi gmbr la tu... *wink*
to hubby: i just can't wait when our dreams come true *kiss*
to all: smga berjaya dunia dan akhirat.. tak baik dengki2 taw.. *smile*

Tuesday, March 10, 2009

*Thinking*

Esok pg mr hubby akan terbang ke KL dan terus ke Lumut kerana ada kursus di sana pada ari Khamis. beliau akan pulang ke KK pd pg Jumaat.


Sy masih berkira-kira sama ada mahu pulang ke KL atau tidak. kalau dpt jupe pun sekejap sj..



*thinking*

Saturday, March 7, 2009

SEPAH Julang Trofi Juara Raja Lawak 3!


PETALING JAYA, 7 MAC 2009: Kumpulan trio Sepah dinobatkan sebagai juara Raja Lawak 3 sekali gus mengenepikan 2 saingan mereka, Jihan dan Amir, dalam peringkat akhir yang berlangsung di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), di sini, malam tadi.


Sepah yang dianggotai 3 jejaka dari Johor - Shahmira Muhamad, 24 (Shuib), Mohd Nadzri Zainal Abidin (Jep, 23), dan Mohd Noor Murad (Mamat, 23) - mendahului dengan markah 48.12 peratus undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) daripada penonton rancangan popular itu.


Mereka membawa pulang sebuah kereta Citroen Picasso, wang tunai RM20,000, produk elektrik dan trofi sumbangan Astro.


Peserta wanita tunggal, Jihan atau Nuur Jihan Musa, 25, dari Shah Alam, memenangi tempat kedua dengan undian SMS sebenyak 30.81 peratus. Jihan membawa pulang sebuah motosikal jenama Naza Blade 250R, wang tunai RM14,000, produk elektrik serta trofi.


Finalis yang sinonim dengan tagline I'm Sorry, Amir atau nama sebenarnya, Mohammad Amirullah Azmi, 20, bagaimanapun terpaksa berpuas hati dengan kedudukan di tempat ketiga dengan undian SMS sebanyak 21.07 peratus. Anak jati Kota Bharu, Kelantan itu memenangi wang tunai RM8,000, barangan elektrik serta trofi.


Mengulas kejayaan mereka, anggota Sepah berkata, mereka tidak pernah memikirkan sangat soal mahu menjadi juara kerana bagi mereka, mutu persembahan pada setiap minggu adalah lebih penting.


"Kalah menang perkara kedua, yang penting semangat bekerjasama dan menghargai undian penyokong. Bagi kami, undian itu satu amanah dan sebab itu kami cuba melakukan yang terbaik," kata Jep pada sidang media sejurus selepas acara meriah itu selesai. Jep juga adalah kakitangan AirAsia Berhad di Johor.


Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh 3 pelawak veteran iaitu Dato Yahya Sulong, Hamid Gurkha dan Param. Gelanggang Raja Lawak 3 itu turut dipancarkan secara langsung menerusi Astro Prima (Saluran 105) bermula jam 8.30 sehingga 11 malam.


Malam tadi kesemua peserta diberi peluang membuat persembahan secara bebas tetapi pada segmen kedua perlu menampilkan persembahan bercorak muzikal.


Hadirin nyata terhibur dengan telatah mencuit hati Sepah yang beraksi sebagai warga emas di rumah kebajikan dan memberi sorakan paling hebat kepada Jep yang pandai meniru gaya dan suara Papa Rock, Ramli Sarip.


Jihan pula mencuit hati sebagai seniwati era 50-an over acting sambil meniru gaya nyanyian Ning Baizura manakala Amir memberikan persembahan yang melucukan dengan lagu loghat Kelantan.


Sebelum itu, majlis juga diserikan dengan acara karpet merah bertemakan Karpet Lawak bermula jam 8.30 malam. Juri pada malam tadi adalah Zaibo, Fauziah Nawi, Shamsul Ghau Ghau bersama pengkritik undangan, Adlin Aman Ramlie manakala hos pula, Jozan seperti biasa beraksi dengan begitu cemerlang.

credit to MURAI


reviews: sy tak dpt tgk live tp tgk kat YouTube je arini.. ok la dr tak tgk langsungkan.. nk komen ckit.. huhu sukatila kn... Sepah ok tp as usual ada double meaning. pastu part 2 mcm over je nyanyi.. mentang2 la ada sorg yg suara mcm Ramli Sarip so dorg guna kelebihan tu utk raih undi.. Jihan 1st segment tu mcm hambar sikit tp segment 2 mmg menghiburkan.. Amir part 1 ramai ckp best.. mmm.. ok la tp still cara dia smpaikan mcm nk abis cepat je. mcm gelojoh.. huhu.. part 2 boring.. so ape2 pun seb baik Sepah menang walaupun hrp Jihan yg menang.. kalau Amir menang tak taw la cmne.. tp busuk2 lawak Amir tu pn dpt RM8k. sape nk bg?? congratz to all..

Friday, March 6, 2009

Final Raja Lawak 3

ALAMAK!!!

mlm ni final Raja Lawak Musim ke-3

nk tgk kat mane eh...

ptg sat gi blk kg, kat umah xde ASTRO lak..

tp kuali ASTRO je la ada kat bumbung umah.. huhuhu


ni semua adalah disebabkan duduk KK last week
kalau tak mmg tak layan RL3 ni


Finalist RL3 mlm ni


SEPAH




dorg ni bertuah sbb 3 org. so bila ramai idea byk la. tu yg jd best. tp yg x bestnya sll lawak double meaning. tak elok utk kesihatan tu... pastu kalau perasan biasanya yg paling kecik, shuib, wah berjaya ingt nama dia sbb dia sll kena puji tu sll kuar last time dorg perform. mcm dianak tirikn pulak. tp rsnya yg kecik tu la yg paling menonjol thats why sll kena puji dan sy pn taw namanya.. lg 2 tu tak taw pn.. huhu



JIHAN




ada 2 pompuan b4 this. tp Jihan the only girl yg mara ke akhir. ape2 pn suka Jihan sbb lawak dia educated dan tersusun. tak merapu dan serabut.. dia ni tak la cun sgt tp cute gk.. cuma bab gigi tu leh oter kn.. mcm stacy skng gigi dia dah cantik katanya.. tp kalau Jihan cun takkan dia nk masuk RL kn msti dia msuk dewi remaja ke, bintang pentene ke.. ada lg ke bnda tu.. good luck girl. smga mampu jadi Ratu Lawak pertama...



AMIR




ramai betol yg tak puas ati Amir msuk final. suamiku sbgai org senegeri dgn Amir pn ckp dia TIDAK LAYAK. tp tak taw la mcm mane dia leh msuk. adakah undi kenegerian atau undi simpati?? psl lwk dia.. kdg2 nmpk dia mcm ada idea tp dia tak brjaya menyampaikan sbb kesukaran berbahasa melayu. gugup sokmo dan yg paling teruk memandai je ckp org teruk cerita tak tersusun dan serabut.. ramai ckp dia ni cute.. tp masalahnye... dia cute ke?? tang mane yg cute nya...


b ckp takat ni Jihan ditangga terakhir. but i hope itu hnyalah agenda ASTRO utk raih untung semata-mata.. ye la bila tgk Amir lg tinggi msti org akn vote Jihan kaw2.. mslhnya kalau yg suka Jihan tak undi cmne la Jihan nk menang kn... huhu... tak koser nk undi2 ni..


opssss... google punya google jupe blog jihan >>JIHAN RAMBO<<


ps: saya bkn fanatik Jihan

GENG Perlu Pembelaan





UTUSAN MALAYSIA, RABU, 4 MAC 2009

GENG: Pengembaraan Bermula (Geng) merupakan filem animasi pertama yang berjaya mencipta fenomena dalam industri perfileman tanah air.

Buktinya, filem terbitan Les' Copaque Production Sdn. Bhd., (LCPSB) itu merupakan filem tempatan termahal dengan kos hampir RM4 juta.

Malah, sejak ditayangkan pada 12 Februari lalu di pawagam-pawagam seluruh negara, Geng berjaya mengaut kutipan tiket lebih RM4 juta.

Difahamkan kebanyakan tiket tayangan filem itu pada hujung minggu juga habis dijual walaupun adakala jumlah tayangannya tujuh kali sehari!

Ada juga pawagam yang terpaksa menambah jumlah pawagam kerana tidak mampu menampung bilangan penonton yang bertambah.

Filem arahan Mohd. Nizam Abd. Razak itu berjaya membuatkan tauke pawagam-pawagam tersenyum lebar kerana sambutan di luar dugaan itu.

Namun, agak menghairankan ketika sambutan Geng semakin hangat, pihak pawagam kononnya dikatakan mahu menarik tayangan filem tersebut.

Antara alasan tidak masuk akal yang diberi kerana mereka mahu 'memberi laluan' kepada banyak filem lain termasuklah filem tempatan dan asing.

Persoalannya, mengapa perlu ditarik tayangan filem yang sedang mendapat sambutan ramai berbanding filem lain yang mereka belum pasti untungnya?

Biasanya filem tempatan yang melalui Skim Wajib Tayang dan bermasalah kalau tayangannya di pawagam selama 14 hari tidak mendapat sambutan para penonton.

Ini kerana, pihak pawagam boleh menarik tayangan sesebuah filem itu jika sambutannya dingin dan akan digantikan pula dengan filem lain.

Bagaimanapun, dalam kes Geng ia terbalik kerana biarpun sambutannya hebat tetapi tayangannya pula mahu ditarik kerana alasan yang tidak logik itu.

Secara logiknya, pawagam tentulah akan memanjangkan tayangan sesebuah filem jika sambutannya baik kerana ia akan menguntungkan mereka.

Dalam kes ini, seakan-akan ada sesuatu yang tidak kena apabila masalah seperti itu timbul kerana ia jarang-jarang berlaku dalam industri perfileman tempatan.

Pihak-pihak seperti Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) haruslah tampil ke depan bagi membantu masalah yang sedang dihadapi oleh filem seperti Geng.

Sebabnya, bukan selalu filem tempatan seperti Geng mencipta fenomena dengan mengalahkan kutipan tiket filem-filem hebat dari luar negara.

Geng misalnya, mengutip kutipan tiket RM1.75 juta pada minggu pertama tayangannya mengalahkan filem Hollywood seperti Valkyrie.

Dimaklumkan, Geng turut menewaskan filem seperti The Curious Case of Benjamin Button dan Slumdog Millionaire yang turut ditayangkan serentak ketika itu.

Apa pun tahniah kepada Finas kerana mewujudkan Skim Wajib Tayang selama 14 hari kepada filem-filem tempatan untuk dipatuhi oleh pihak pawagam.

Tetapi nampaknya ia masih belum memadai dan Finas harus mengemaskini skim itu supaya ia bersesuaian dengan keadaan semasa.

Finas misalnya, boleh menambah peraturan skim itu dengan mensyaratkan pihak pawagam melanjutkan tayangan filem jika sambutannya baik.

Lanjutan tayangan itu boleh diberi kepada filem yang berjaya menarik lebih 30 peratus penonton ke pawagam selepas sahaja tempoh Skim Wajib Tayang tamat.

Senario itulah yang berlaku kepada Geng kerana biarpun selepas 14 hari ditayangkan, tetapi filem animasi itu terus mendapat sambutan hebat para penonton.

Biarpun selepas tamat Skim Wajib Tayang, namun filem itu masih mampu menarik lebih 30 peratus penonton dalam kapasiti sesebuah pawagam ketika ia ditayangkan.

Selain Finas, persatuan seperti Persatuan Pengeluar-Pengeluar Filem Malaysia (PFM) juga sepatutnya tampil ke depan membantu Geng.

PFM mahupun Finas seharusnya campur tangan membela filem Melayu seperti Geng dan berdepan dengan pihak pawagam supaya masalah itu dapat diatasi.

Tindakan segera perlu diambil kerana filem edaran Grand Brilliance Sdn. Bhd., itu mampu meraih kutipan tiket lebih RM5 juta dalam waktu terdekat ini jika ia terus ditayangkan.

Jika tidak, ia bukan sahaja akan merugikan pihak penerbit seperti LCPSB dan pawagam daripada segi kutipan tiket yang bakal mereka raih.

Malah, para peminat watak popular Upin dan Ipin dalam filem itu juga akan berputih mata kerana masih ramai lagi yang belum menontonnya di pawagam.





synopsis: GENG: Pengembaraan Bermula

Ada sesuatu yang mengganggu ketenteraman Kampung Durian Runtuh. Penduduk kampung menyebarkan cerita tentang kewujudan suatu makhluk yang menggerunkan menjelang waktu malam, namun tiada siapa yang berani mencari kebenaran disebaliknya...

Sehinggalah Badrol dan Lim, serta rakan-rakan baru mereka terjerumus ke dalam misteri tersebut tanpa disengajakan. Seekor haiwan aneh yang tidak diketahui asalnya, menjalin persahabatan dengan Rajoo dan membawa mereka semua ke suatu pengembaraan, jauh ke dalam hutan hujan Malaysia yang penuh dengan hidupan liar, termasuk seekor ular gergasi yang mistik. Sertai mereka, dalam mengungkap misteri dan merentasi cabaran di sekitar keindahan panorama flora dan fauna Malaysia.





sape dah tgk angkat keyboard.. huhu


saya dan hubby dah tgk kat KK sabtu 21hb.. tp ktorg menyumbang RM16 je.. sgt best.. pelik la kalau ada org ckp tak best.. ktorg siap ingt nk tgk lg skali 2,3 ari b4 sy blk Jb. tp ingt je la tak gi pn.. huhu


apa yg leh dibanggakan ialah wrga kerja movie ni 90% malay kn (kalau tak silap la). sape ckp org melayu tak leh buat... ni dah terbukti kita pn leh wt animasi. cuma yg masih tak cantik part berjalan. yg lain2 superb.. tgu next projek lak.. BERUSAHA!!!

ps: sgt teruja tgk dan dgr upin & ipin. dorg mcm betol2 wujud.. ooo my God.. sindrom apekah ini..

Thursday, March 5, 2009

Sakit, Lapar

tensen tak....


kalau tak mkn tak sakit
tp bila mkn sakit perut lak.. masuk angin
pelikkan. biasa kalau tak mkn la msuk angin kn


mkn sakit, xmkn lapar



bnda ni terjadi lg tu sbb tak leh tido pg ni



tensen woooo....



xkn la timing mkn salah kot
biasa je mkn ptg mcm smlm


tp end up perut masuk angin
nk tido pun tak boleh



tak nak mkn la cmni
mkn roti je tiap ari
biar bdn kering mcm roti



ooo ya...
akibat duduk di KK seminggu
beratku telah naik 1kg lebih
mcm mane nk dptkan balik berat mcm ms nk kwin dulu

Wednesday, March 4, 2009

R I N D U

Serious!!!

saya dilanda kerinduan yg sgt dasat


pd



kehidupan di umah bersama hubby
masak, makan, tgk tv, solat.. suma buat sama2...


jg rindu pd pemandangan ini




tu baru dok seminggu dah rasa kerinduannya


ps: td b call ckp ada ikan jerung n paus kat tepi laut tu... waaa.. bestnya

Monday, March 2, 2009

Akuarium & Muzium Marin @ UMS

Sehari sblm blk Jb, 27022009, ktorg smpat berjalan ke Akuarium & Muzium Marin kat UMS.. x yah risau nk msuk UMS ni anda tidak akan ditahan seperti di UTM sbb UMS ni mmg terbuka utk pelancong kot... huhu..


beruntungnya ktorg.. patutnya msuk situ kena byr RM5 sorg, (kat kaunter Muzium la) tp ktorg msuk free sbb tgh promotion until 1 March.. huhu.. dah la ktorg smpai pkl410, lg 20 minit nk tutup. kat sana opis hour awal 30 minit dr Semenanjung..


so meh cuci mata....



ni yg terdapat kat Muzium Marin



rangka ikan paus..



penyu dah di awet..




yg ni lak kat akuarium... mcm2 ada..





ikan ape tah yg pjg ni..



yg kat bwh ni B ckp kerapu tp lain2 jenis kot..









ini penyu idop ye..


besar gila ikan tuh..




ni ada batu karang je.. cantik. kalerful






byk lg tmpt menarik kat Sabah tak pegi lg.. sabar masih ada masa lg..







ps: kualiti gmbr kurang memuaskan berikutan menggunakan hs je..

Sunday, March 1, 2009

Yg Jahanam Berganti



Akhirnya...


setelah sekian lama menggunakannya....


ia telah ditukar ganti dgn yg baru...



actually bnda ni dah guna ms mula2 masuk UTM, thn 2002.. so almost 7 years la kn

dan kalau boleh nak gunakan ia smpai la abis Jun ni..


tp apakan daya.. setelah di oter sana sini masih tidak boleh digunakan lg..


it's totally broken berapa ari b4 gi KK.. tp baru td cari gantinya.. susah kalau takde bnda nih...


xkn nk guna bnda mahal lak kn...


apekah ia...



jeng


jeng


jeng





selipar toiletku.. namanya osaki



pelbagai usaha merepair dilakukan. siap soletap lg.. huhu..



tp apakan daya umur tak pjg dan diganti dgn



sepupu angkat osaki iaitu Sofian...




yg aneh: nape sebelah menipis dan sebelah lg leh patah.. adakah ini menunjukkan cara jlnku yg tidak stabil... haha..



SELEKEH!!! selipar jamban pn nk msuk blog... ada sape kisah??


moral of the story: guna selagi leh guna. jgn membazir..

lalalala~~~~

Boarding

Alhamdulillah
saya tiba di UTM dgn selamatnya pkl 11.40mlm td. smpai je terus on9 sbb nk tempah tiket B blk KL this May. seb baik la ada promotion, gi blk KK-KL-KK br RM140 cmpur service, insurance, baggage etc. thanks to our neighbor which B's senior yg inform ktorg..



nk cite sikit pengalaman naik flight masa gi KK aritu. this is not my 1st time tp ada pengalaman pertama.. huhu.. malu



well.. kali ni gi KK bwk byk brg.. mcm nk pindah lak. tp mmg akan pindah ke sana kelak.. sooner or later
can't wait


dah taw nk bwk byk brg ms beli tiket byr utk brg 15kg je. skali timbang.. mak aii... 31kg. 1kg cas RM15 tolak la yg dah byr 15kg tu. so balance dlm RM200++.. mane nk cekau duit. dlm bank pun ada lg bape je... tp seb baik la abg pramugara tu bijak mengatasi mslh. beg tarik tu dia suh bwk naik atas. beg tu je dah 7kg hoccay. mesti korg ngn bro tu tertnya2 apakah isi beg ittew. hahaha... ada batu dlm tu. so kena tmbh dlm RM100++ je.. seb baik ada duit. tu pun cukup2 je.. huhu




ni la dia brg2 yg dibw ke KK. kotak lain isi lain ok..



tu satu hal..


ada lg....


smpai kat airport dlm 5ptg.. pas check in gi la solat smbil lepak2 sbb boarding time 550ptg... so saya menjangka ramai org, xnk la berebut dan beratur. so berlenggang kangkung la gayanya...


skali pas msuk balai berlepas dgr something...

aik... mcm kenal je nama yg disebut...


huhu... namaku di announced kat Senai Airport ittew. famous sat

tp yg jd musykilnya.. time dorg pnggil tu, its only 553ptg... br 3minit pas boarding time... awal sgt... pelik.. rupanya tak ramai org pn dlm flight tu. x smpai separuh kot.. tu sbb kejap je dah abis org naik flight..


yg tmbh malu dan kelakarnya...


ms nk bg pass masuk tu leh lak brg jatuh. mane taknya.. tgn penuh dgn hs, beg, sweater lg... huhu... mmg sgt kelam kabut. mesti stewardess tu ngumpat ckp "clumsy nye budak kecik yg last td" mcm cita Awan Dania yg sll citer psl passenger dorg past keje... huhu



haa... ms balik Jb lak... kena duduk ikot seat number. skg kan dah leh book seat skli. tp cas RM5.. pndai tol depa ni buat duit kan.. tp kalau tak book pn tak pe tp dok la mane yg dia dah bg.. kalau dah biasa naik flight ni tak kisah dah dok mane pun... huhu...





ps: Awan Dania dah abiskan.. suka Scha... saksikan ulangan di Astro ataupun kat Youtube pn ada..
ermm.. naik Air Asia ni teringat lak kat cite Awan Dania. kalau la dpt jupe Scha.. haha...

Related Posts with Thumbnails