Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, September 19, 2010

Update terbaru mengenai Azhad

Salam


Rasanya bulan ni tak update lagi perihal Azhad.. 3,4 hari lepas Azhad tak berapa sihat. batuk dan selesama. suhu badan tak tinggi sangat takat 37C je. Alhamdulillah hari ni nampaknya Azhad dah kembali aktif bermain, walaupun batuk dan selesama masih bersisa. Dan yang syukur sangatnya walaupun tak sihat Azhad tak banyak ragam, tak banyak menangis. Cuma tidurnya kena berpeluk. tapi bila dah lena boleh je letak tidur sendiri. Bila tengah tidur tetiba batuk kena cepat-cepat tepuk, kalau tak terjaga dan menangis minta tidurkan semula. jadinya umminya keje tidur je la teman Azhad.. huhuhu.. dan sekarang ni ummi dan abi lak amik virus Azhad tu. tak pe la, kita yang tua dewasa ni demam tak pe. pandai makan ubat, control nafas. tapi kalau bayi kecil risau dia susah bernafas sebab hidung berhingus.


Demam Azhad ni bermula dengan batuk kecil masa kat kampung lagi.. mungkin dapat virus dari abang azief sebab masa raya ke-3 tu azief dah selesama dan batuk.. mungkin la.. mama azief sila jangan marah.. huhuhu.. tambahan pula kami anak beranak tak berhenti travel. dari Kota Kinabalu terbang ke Kuala Lumpur. setibanya di KL balik Melaka pula. kat melaka tu boleh kata tiap hari kuar beraya. tak malam tak balik.. lepas tu balik KL semula.. tak sampai 24jam kami gerak balik Kelantan pula menaiki train. see... orang tua pun reti penat. inikan pula bayi kecil yang baru berusia 4bulan...


Dan sepanjang 4bulan ni, ini la kali pertama Azhad demam.. semoga Azhad sembuh sepenuhnya cepat sebab ummi nak pergi Pengkalan Kubor before balik KL.. huhuhu.. jalan lagi.. 22hb ni kami akan balik KL semula..


OK.. untuk 4 bulan ni kami bawa Azhad ke klinik pada 8hb, kira time tu Azhad berusia 4 bulan 2 hari.. itu adalah kali pertama abi ada time check up. untuk 4 bulan ni takde injection. just timbang berat dan ukur panjang je.. dan Azhad dah 6.4kg dan 66cm.. kenaikan bagi kedua-duanya agak menurun dari bulan sebelumnya.

ummi pun timbang juga.. hehehe.. suka sebab berat ummi lebih ringan dari berat sebelum mengandung dan menghampiri berat masa kawin.. hubby cakap sebab puasa.. mungkin. mungkin juga sebab fully breastfeed azhad. boleh tengok kelebihan breastfeed kat sini..


azhad yang suka main kain..




Alhamdulillah juga, sekarang ni Azhad dah boleh meniarap. tapi jarang-jarang.. setakat ni baru 3,4 kali. time orang nak tengok tak nak meniarap. time orang leka baru dia buat. tapi seperti mengiring gak, mula-mula buat aksi depan ummi je.. huhu


ok la.. nak tidur dulu. semoga esok bangun hidung tak tersumbat lagi..

1 comment:

liza said...

tq for sharing.. :)

Related Posts with Thumbnails