Thursday, September 30, 2010

Warna warni Aidilfitri 2010

Assalamualaikum.

Entry kali ni nak tepek gambar2 raya..

Cerita pasal raya boleh baca sini

Jom cuci mata..




abg sayang baby azhad


azief makan kuih raya. teka siapa yg layan dia..


tara.. ni pak alang yg layan.. *ensem gak lakiku ni*


emak & ayah di pagi raya


di pagi raya pertama..


KAMI.. in orange


little precious.. :*


abang azief salam alang.. ~nak sama tema lak


hehe.. sweet.. black n white


ini dia tudung yg sy beli online.. cantik tak?? ~buat gaya erick... :p


azief, alang dan uteh..


my hero.. :D


azhad, mak ngah n ummi


azhad dan kaisah di rumah mak ngah (akak emak)..


cousins..


2 heroes and 1 princess


biras n cousins


COMPLETE


orang kuat bbq.. biras


ayam bbq.. nyum nyum nyum


till then
daaa~~~

Sunday, September 19, 2010

Update terbaru mengenai Azhad

Salam


Rasanya bulan ni tak update lagi perihal Azhad.. 3,4 hari lepas Azhad tak berapa sihat. batuk dan selesama. suhu badan tak tinggi sangat takat 37C je. Alhamdulillah hari ni nampaknya Azhad dah kembali aktif bermain, walaupun batuk dan selesama masih bersisa. Dan yang syukur sangatnya walaupun tak sihat Azhad tak banyak ragam, tak banyak menangis. Cuma tidurnya kena berpeluk. tapi bila dah lena boleh je letak tidur sendiri. Bila tengah tidur tetiba batuk kena cepat-cepat tepuk, kalau tak terjaga dan menangis minta tidurkan semula. jadinya umminya keje tidur je la teman Azhad.. huhuhu.. dan sekarang ni ummi dan abi lak amik virus Azhad tu. tak pe la, kita yang tua dewasa ni demam tak pe. pandai makan ubat, control nafas. tapi kalau bayi kecil risau dia susah bernafas sebab hidung berhingus.


Demam Azhad ni bermula dengan batuk kecil masa kat kampung lagi.. mungkin dapat virus dari abang azief sebab masa raya ke-3 tu azief dah selesama dan batuk.. mungkin la.. mama azief sila jangan marah.. huhuhu.. tambahan pula kami anak beranak tak berhenti travel. dari Kota Kinabalu terbang ke Kuala Lumpur. setibanya di KL balik Melaka pula. kat melaka tu boleh kata tiap hari kuar beraya. tak malam tak balik.. lepas tu balik KL semula.. tak sampai 24jam kami gerak balik Kelantan pula menaiki train. see... orang tua pun reti penat. inikan pula bayi kecil yang baru berusia 4bulan...


Dan sepanjang 4bulan ni, ini la kali pertama Azhad demam.. semoga Azhad sembuh sepenuhnya cepat sebab ummi nak pergi Pengkalan Kubor before balik KL.. huhuhu.. jalan lagi.. 22hb ni kami akan balik KL semula..


OK.. untuk 4 bulan ni kami bawa Azhad ke klinik pada 8hb, kira time tu Azhad berusia 4 bulan 2 hari.. itu adalah kali pertama abi ada time check up. untuk 4 bulan ni takde injection. just timbang berat dan ukur panjang je.. dan Azhad dah 6.4kg dan 66cm.. kenaikan bagi kedua-duanya agak menurun dari bulan sebelumnya.

ummi pun timbang juga.. hehehe.. suka sebab berat ummi lebih ringan dari berat sebelum mengandung dan menghampiri berat masa kawin.. hubby cakap sebab puasa.. mungkin. mungkin juga sebab fully breastfeed azhad. boleh tengok kelebihan breastfeed kat sini..


azhad yang suka main kain..




Alhamdulillah juga, sekarang ni Azhad dah boleh meniarap. tapi jarang-jarang.. setakat ni baru 3,4 kali. time orang nak tengok tak nak meniarap. time orang leka baru dia buat. tapi seperti mengiring gak, mula-mula buat aksi depan ummi je.. huhu


ok la.. nak tidur dulu. semoga esok bangun hidung tak tersumbat lagi..

Saturday, September 18, 2010

Aidilfitri 2010

Assalamualaikum


Salam Aidilfitri..


Hari ini dah 9 syawal, kami kini berada di Wakaf Baru, Tumpat kampung halaman hubby.. actually hari tu ada tulis entry masa dalam train tapi, tak sempat publish bateri laptop kong. sesampai di rumah nak sambung type entry pun susah sebab adik-adik hubby nak guna laptop. disebabkan laptop adalah kepunyaan hubby terpaksa la saya mengalah. kalau laptop saya jangan harap la.. harus lah saya conquer.. huhu.. ditambah lagi line broadband yang hampeh memang payah la nak online... hari ni baru sempat update sebab adik-adik hubby dah balik hostel. esok akan bermula la sesi persekolahan bagi negeri Kelantan dan negeri yang seangkatan dengannya.. heheh...


Entry kali ini saya nak coretkan sedikit kenangan beraya kali ni. Tahun ni merupakan tahun ke-3 kami beraya as husband and wife, tapi kali pertama kami beraya di kampung saya. Dan yang paling best raya kali ini diserikan lagi dengan kehadiran si comel yang cerdik iaitu Muhammad Azhad Nayli kami.. ummi dan abinya yang excited terlebih.. Azhad bukan tahu apa pun.. huhuhu... jom tengok sedikit kronologi sepanjang beraya di Melaka~kampung ibu bapa ku..


1 Syawal (10 Sept)
Lepas solat subuh saya tak tidur balik. sediakan baju raya hubby, Azhad dan saya sendiri. Kaum lelaki dalam rumah kami seperti biasa pergi solat sunat Aidilfitri. yang perempuan duduk rumah je. memang macam tu tiap tahun. 2 tahun lepas je saya merasa solat sunat Aidilfitri.. lepas lelaki-lelaki dalam rumah tu balik dari masjid kami siap-siap untuk beraya. sebelum keluar rumah tu sempat bersalam-salaman dan bermaaf-maafan. lepas tu ambil gambar satu family. tahun ni hanya abang GG je beraya rumah mentua.


tema untuk tahun ni.. ORANGE



gambar kami bertiga terpaksa tunggu next week.. guna camera akak, dia tak upload lagi.. huhuhu


rumah pertama kami pergi adalah rumah nenek belah ayah. kat sana jumpa mak long (akak ayah) dan family. memang tiap tahun macam tu. padahal rumah mak dan mak long berdepan je.. kitorg ni yang terhegeh-hegeh siap sampai tak sempat gi rumah mak long.. padahal umah mak long tu anak cucu lagi ramai.. huhu lepas tu kitorg balik rumah dulu bagi laluan kepada kaum Adam untuk ke masjid solat Jumaat.. kak iza dan family gerak balik Pengkalan Balak rumah husband dia..


Sesi beraya melawat sanak saudara diteruskan selepas solat Jumaat. kami jalan rumah saudara mak di Tanjung Keling, antaranya rumah Tok Chik, Tok Busu, nenek Zizah, tok busu Ali. rumah-rumah ni semua memang rumah yang wajib dikunjung.. tiap-tiap tahun pergi pun ada yang saya masih tak berapa sure hubungan mereka dengan mak.. *malu* malam sepatutnya kami berjalan rumah saudara belah ayah pula, tapi semua collapse. dari pemandu sampai yang dikendung tidur tak hengat.. huhu..



2 Syawal (11 Sept)
Disebabkan malam sebelum tu kami gagal ziarah saudara ayah, jadi hari ni kami mulakan misi yang disertai oleh yang berada di rumah mak dan family akak yang baru tiba dari rumah mentua dia.. misi dimulakan dengan rumah nenek busu Nora, tok busu Kasim, tok lang. lepas tu kami terus ke Duyung rumah mak ngah (kakak emak). abang GG dan family terus terjah rumah mak ngah, diorang dari Triang. Jadinya lengkaplah anak cucu ani & aziz.. huhuhu.. lepas maghrib kami ke Bukit Katil rumah mak long Minah (adik ayah). lepas makan dan bersembang kitorang gerak ke rumah mak cik Jah (adik emak), setibanya kami di sana adik-adik mak; mak dik dan pak cik kob pun ada.. makan lagi.. sembang lagi.. kami balik rumah agak lewat.. sian babies (Azhad dan Kaisah) dan hubby kepenatan. hubby tak biasa beraya macam ni. kalau kat kelantan raya tak jalan sangat, setakat ziarah jiran je.. pastu petang boleh tidur.. huhuhu


nantikan gambar kami posing sakan di raya ke-2 minggu depan.. :p



3 Syawal (12 Sept)
Tak ke mana pun. mak masak-masak (macam open house gitu).. adik-adik mak dan ayah datang. saya, hubby, azhad, akak dan azief sempat pergi Tesco baru di Cheng jap beli barang keperluan sikit.. malam kitorg beraya rumah family girlfriend ijai. jalan kaki je sebab satu taman... huhuhu.. ijai malu-malu. nampak je macam ganas tapi dalam hati ada taman... hehe.. balik dari rumah family gf ijai, kitorg balik rumah, naik kereta pergi rumah mak dik.. ramai kat rumah mak dik. mak long anak beranak ada.. pastu balik rumah. kitorg buat bbq.. bakar ikan, ayam etc.. time tu dah pukul 12 lebih.. nak tak nak bakar gak sebab dah perap makanan. lagipun family mak long dan mak ngah datang so ada la lauk untuk dihidang...


4 Syawal (13 Sept)
Abang dan akak membawa haluan masing-masing.. tapi sebelum tu sempat amik gambar semua. raya pertama hari tu abang takde.. kali ni guna camera abang ada tripod so boleh la ada semua orang. tapi disebabkan tak beraya ke mana-mana, memang semata-mata nak amik gambar je so takde la pakai baju raya.. juga amik gambar cucu-cucu ani & aziz yang 3 orang tu.. kelakar je tengok gelagat masing-masing..




azhad siap pegang bahu kaisah..



azief peluk kedua-dua adik sedaranya. azhad tekun baca pillow book..



kitorg yang masih di kampung lepak rumah je. malam lepas kemas rumah baru gerak balik kl..


ps:nak publish entry ni punyalah susah...

Monday, September 6, 2010

Persiapan Raya Kami

Dah pukul 2pagi ni tapi saya tak tidur lagi. hari ni en suami duty so balik lewat dalam pkl 3pagi nanti. bukan niat nak tunggu beliau, tapi mata belum mengantuk lagi. lagipun Azhad dah selamat tidur dari pkl9 lebih tadi so tak de la aktiviti menidurkan anak sehingga umminya tidur sekali~perkara biasa tu.. huhuhu


malam ni ummi dah menghabiskan duit dalam bank.. dengan teknologi yang canggih sekarang ni semua dihujung jari. duduk menyusukan anak pun boleh shopping lagi.. huhuhu.. tapi kejadian ni tak berlaku kepada saya sebab masa saya membeli-belah tadi azhad dah tidur..




hari ni saya dah beli 2pcs pillow book untuk Azhad. beli cerita yang memang untuk baby boy. ingat nak beli yang untuk girl, 2, 3 tahun nanti kot-kot dapat baby girl tak payah beli dah. tapi tak jadi. yang akan datang, akan datang la beli.. huhuhu. silap-silap time tu bersepah dan murah lagi..


pastu saya beli tudung untuk diri sendiri. mula berkenan kat satu blogshop ni. dah email rupanya design tu dah out of stock. google punya google at last ketemu jua yang berkenan dihati. terus la saya buat payment. memang dari dulu dah berkenan tudung design macam tu tapi tak pernah beli sebab tak tahu nak beli warna apa, nak dipadankan dengan baju mana. sekarang baru beli sebab nak match kan dengan baju raya.. huhuhu


raya kali ni rasa excited dari sebelum ni sebab dah lama tak beraya dengan family sendiri. 2 tahun tu kira lama la kan.. hehehe.. tambah lagi tahun ni beraya ada azhad. anak buah pun bertambah.. mesti meriah rumah mak ayah raya kali ni walaupun raya ke-2 baru dapat kumpul semua adik beradik. harapannya takde la isu baru yang akan menukar mood raya kami. Amin..


so totally, baju raya ummi dan azhad completed. abi?? macam nak cari baju lagi tu.. kuih raya, langsir raya untuk rumah di KK ni tiada sebab kami lama di semenanjung. 27hb baru balik KK.. oo ye.. kami akan berada di Kelantan dari 14hb hingga 22hb.. lepas 22hb tu harap dapat la jumpa kawan-kawan di KL sebelum berangkat pulang ke KK...


macam mane persiapan raya korang??

Sunday, September 5, 2010

Ramadhan GA by Cuteykids

hi..daku join GA lagi..




'CUTEYKIDS MEGA SALE FOR HARI RAYA FROM 2/8/10 - 5/9/10'
'WE ARE THE REASONABLE E-MALL FOR BRANDED KIDS APPAREL'

hadiah menarik menanti anda
jom join.. click je kat pic di atas.. :)

Saturday, September 4, 2010

Lagu Raya Yuna

wahh… 2, 3 hari ni blog ku dikunjung ramai.. bila check feedjit baru la ku tahu kenapa. sila tengok bawah..


untitled


ramai la pula yang search lagu raya yuna. tapi bila buka blog daku regarding this entry hape pun tarak.. huhuhu.. cuma yang jadi persoalan.. best sangat ke lagu raya yuna??? hakikatnya daku dah pernah dengar, memang tak best langsung. tapi lain orang lain citarasa.. kalau dah minat, semua sedap, semua cantik, semua baik.. hehehe.. so kepada peminat yuna yang terbuka blog ni sekali lagi harap ampunkan patik kerana mengutuk menyuarakan pendapat daku berkaitan lagu raya yuna..

hehe..


oooo… raya dah dekat.. tak sabarnya… :)

Thursday, September 2, 2010

Entry Pertama by WLW

Testing! testing.. entry kali ni dibuat menggunakan windows live writer (WLW). actually dok cari-cari macam mane nak buat watermark, cari punya cari jumpa la some information yang mentioned guna WLW ni senang..


YES!! setelah guna ni memang diakui senang. nak buat watermark pun tak perlu edit pada gambar. cumanya watermark tersebut hanyalah berbentuk tulisan sahaja.


taraa…gambar diudara untuk pertama kalinya.. :)IMG_0003


siapa-siapa nak guna WLW ni boleh download sini


saya dah jumpa macam mana nak buat watermark berbentuk stamp dan akan cuba buat bila ada kelapangan nanti..


daaaa...

Related Posts with Thumbnails