Thursday, March 31, 2011

Yang Mana 1 Pilihan Hati?

Assalamualaikum..


Lately ni kejadian laptop hubby shut down sendiri amatlah kerap dan merungsingkan. bukan sebab kerja yang tergendala. tapi takut kalau asyik shout down improperly nanti jahanam laptop ni. tak pasal-pasal kena ganti baru pulak!


Jadinya, saya ni pun berkira-kira sama ada nak beli laptop baru. tapi hari tu masa on the way dari KL ke JB, hubby ada sebut pasal blackberry. hubby cakap kalau guna blackberry senang. kalau travel pun boleh online lagi. boleh check email, boleh balas comment or message di FB. almaklumlah. saya kan kerja bisnes online.. bila difikir-fikir betul juga. lagi-lagi bila laptop ni mula buat hal. lagi lah rasa macam nak beli blackberry je..


So saya pun survey la. line apa yang ok. sekarang kan semua line mobile phone ada package untuk blackberry ni. smart plan lah. itu lah. ini lah... bla bla bla.. bila dah godek-godek pasal blackberry ni jumpa lah android, ipad, iphone.. model-model ni banyak yang screen besar..


salah satu model yg saya suka. sebab screen besar.. :p


Tapi saya masih belum buat keputusan lagi sama ada nak beli salah satu daripada gadget ni. atau repair je laptop hubby then teruskan menggunakan laptop. tapi tu la kan, bila keluar jalan-jalan susah nak online. sekarang ni kalau travel jauh-jauh saya akan pindahkan sim card broadband masuk dalam handphone sony. so boleh la online. tapi tak syok sangat sebab screen kecil..


ini dia model phone yg dah berbakti selama hampir 3tahun. sebaya dengan marriage kami..



Pasal line pula, paling murah sekarang Digi. tapi takut pula kalau line Digi tak ok di kawasan rumah saya. macam line maxis dan celcom. padahal duduk tengah bandar..


So kalau ada sebarang pandangan mengenai gadget dan line phone ni amatlah dialu-alukan.. sebab saya ni agak buta IT sekarang. tak berapa nak follow pasal perkembangan dunia telefon ni..


owh ya.. entry ni bukan untuk menunjuk-nunjuk. sebab sememangnya kalau saya jadi beli mana-mana item tersebut haruslah saya beli hutang. mana nak cekau duit beli cash.. huhuhu


till then.. daa..

Wednesday, March 30, 2011

Update Penyertaan SYTC :)

Assalamualaikum..


Setelah seminggu lebih baru berkesempatan update senarai peserta Show Your Teeth Contest (SYTC).
Peserta-peserta boleh la cek link di side bar kiri.
kalau ada yang silap jangan malu-malu beritahu.


Thanks kepada para peserta yang sudi join contest yang tak seberapa ni.
Kepada yang belum join, penyertaan anda amatlah dialu-alukan..


Pengumuman!!

Hadiah contest ni dah ditemui.. Memang menarik.
InsyaAllah pemenang akan puas hati.


InsyaAllah saya update dalam entry akan datang ye..

Thanks :)

Sunday, March 27, 2011

Lagi My BIG Day

Assalamualaikum..


hari minggu yang sibuk dan memenatkan. tapi adalah antara kenangan terindah dalam hidupku..


Alhamdulillah! Setelah setahun lebih menunggu, akhirnya tamatlah penantianku. Dengan rasminya saya telah pun mendapat master dalam kejuruteraan mekanikal.


26 mac 2011 beberapa hari yang lepas adalah my BIG day.. mungkin ada yang ingat saya extend. tapi tidak. nanti saya buat kronologi pengajian saya ye.. huhu.. entry kali ni nak fokus pada sepanjang beberapa hari berada di Johor sempena konvokesyen ke-46 UTM Sanjungan Bangsa~~


tapi sebelum tu jom layan beberapa keping gambar!



azhad yang ditinggalkan ummi.. nasib abi boleh handle.. huhu


"ummi, i'm next!" siap angkat tangan lagi..


beloved supporters.. thanks for coming


ummi & azhad. love this pic



Saya, hubby dan azhad sampai di Johor pada hari khamis malam. gerak dalam pukul 5pm lebih. pukul 11pm lebih baru sampai. tu pun siap terlepas simpang masuk UTM selepas tol. terpaksalah masuk simpang kempas. nasib baik la hubby familiar jalan situ. kalau tak mahunya sesat ke JB. lagi haru! sepanjang perjalanan tu saya dan azhad duduk seat belakang, boleh la azhad baring-baring. siap meniarap lagi!







Sampai malam tu cari hotel berhampiran UTM. amik yang murah-murah je takat nak tidur kejap.. booked untuk family juga. Nasib baik banyak kosong. mungkin sebab konvo hari sabtu tak ramai.. khas untuk graduan Phd dan master sahaja.. kalau untuk malam sabtu memang full rasanya..


tidur lena setelah kepenatan duduk dalam kereta berjam-jam



Jumaat pagi pergi UTM untuk hadiri rehearsal, bayar yuran konvo dan amik jubah. azhad ditinggalkan di hotel dengan abi dia. nasib baik dia tak banyak ragam walaupun hubby cakap azhad ada mengamuk juga. sebab tak cukup tidur agaknya. lepas bagi makan terus tidurkan semula..



budak tak mandi lagi masa amik ummi lepas rehearsal



Jumaat petang tu kitorang keluar jalan-jalan. gi tempat selalu dating dulu, Jusco Taman U, gi pesta konvo jap. hajat dihati nak makan chicken chop K9 tak dapat. tengahari lepas rehearsal pergi Cafe K9, kedai tu tak bukak.. nasib baik masa kat pesta konvo ada jual chicken chop. dapat la lepaskan keinginan tu. huhuhu..


dalam Jusco.. azhad poyo. bukan gerak pun mainan tu. huhu



sempat juga pergi Giant Taman U. siap ada pawagam lagi. senang student tak payah gi jauh-jauh kalau nak tengok wayang. jangan kerja tengok wayang sampai tuang kelas sudah!



MBO Cineplex @ Taman U



lagi gambar sekitar majlis. layan je la


belon sabun dan belon plastik memenuhi DSI sejurus selepas VVIP keluar.. tak pernah dibuat orang kot!



abang hezri azief kiss adik azhad nayli sebelum gerak pergi konvo..


afrina kaisah nak jugak! tp alang dia yg pakaikan. azhad tidur lagi time ni..


the cousins..


dihadapan ciptaan UTM


@ Danga Bay. hajat nak naik boat tak kesampaian..


baju saya cantik, kan.. rasa pernah nampak saya pakai tak?


takde maknanya nak jahit baru semata-mata untuk konvo. ni baju tunang.. huhu.. masih muat.. :)


ada nak share something pasal master nih.. tapi next time la.. malas nak type panjang-panjang..


till then.. jangan lupa join contest sulung saya..

Thursday, March 17, 2011

Pregy Woman & Breastfeed Mom Tak Boleh Pakai Detox Foot Patch!

Assalamualaikum...


last week kitorg ada la jalan-jalan survey barang. end up jumpa la kedai borong jual detox foot patch. hubby pun apa lagi. memang dah lama dia cari benda alah ni tapi jarang nak jumpa kat kedai biasa. kalau online memang bersepah!!







so bila dah jumpa ni dia beli la RM20.. ada berapa keping tak berapa ingat lak. sebab beli kat kedai borong so agak murah la berbanding beli online..


bila dia dah pakai tu, sibuk la cakap bagus. lenguh kaki kurang, tidur pun lena. dan hubby pun menwarwarkan pada rakan sejawatnya.. member-member hubby pun ramai yang nak try.. sudahnya hubby jadi dealer detox foot patch kat ofis pulak. saya cakap kalau nak jual, baik jual kat ofis je sebab online dah ramai.. kalau jual dengan member-member pun tak payah mahal sangat. takat amik upah dan duit minyak je.. huhu.. kepala bisnes laki bini.. :)


bila member-member dah try semua cakap bagus.. saya ni pun apa lagi. rasa macam nak try juga la kan. dah orang kata bagus.. bila cakap kat hubby, hubby cakap "diorang cakap tak elok untuk perempuang mengandung dan menyusu anak"


saya tak puas hati, cari kat internet. then jumpa la statement ni


"sebenarnya tiada apa yg akan memudaratkan si ibu, cuma ia akan menjejaskan pengeluaran susu ibu itu sendiri. Penggunaan DETOX ini akan menjana banyak tenaga dalaman, jadi air dalam badan juga akan turut berkurangan. Pengguna DETOK amat digalakkan banyak minum air bg menggantikan air yg hilang semasa proses penyahan toksin dlm badan ini. Ibu2 menyusu boleh juga menggunakannya pd waktu singkat shj (2-3 jam shj) serta perlu byk minum air dan susu. Begitu juga kpd Ibu2 mengandung"


ok. nanti nak try la. tp tak boleh lama-lama. dah la susu makin kurang, pakai lama-lama nanti terus kering pulak! nak tahu kelebihan lain detox ni.. jom baca!!


Kelebihan detox foot patch
- membuang toksin dalam badan, air berlebihan dan cegah bau kaki
- membuat badan menjadi lebih bertenaga
- mengurangkan allergic, sakit sendi, sakit kepala
- menormalkan tekanan dan aliran darah
- menguatkan sistem immune badan
- melegakan sakit tumit dan tapak kaki
- mengurangkan sembelit dan kembung perut
- membantu masalah jerawat/resdung
- mengurangkan diabetes/kegemukan
- mengatasi masalah sukar tidur
- mengurangkan salit gout, juga untuk perokok..


so kalau ada siapa-siapa nak try boleh la cari di kawasan berhampiran anda. online pun banyak. nak beli dengan hubby ku pun boleh. roger-roger la ye. sebab kitorang style tak amik untung banyak, janji barang laku dan orang keep coming.. hehe...


semoga kita semua sihat sejahtera..


daaa..

Tuesday, March 15, 2011

Berdua Lebih Baik!!

Assalamualaikum...

Entry sependek yang mungkin.

just nak share bahawasanya sekarang saya sendirian bersama azhad..
malam ni malam ke-2..
hubby di Ayer Keroh menghadiri kursus..
kursus apa? ha.. yang ini kita tak tahu..
SUDAH!!
jangan merepek..


hubby akan berada di sana until friday.
friday petang tu boleh bergerak pulang untuk berjumpa isteri tercinta dan anak tersayang.
psss.. apa beza cinta dan sayang??


kalau siapa-siapa boleh terangkan beza cinta dan sayang PLEASE leave comment..


my heroes



lepas tu saja nak ek (action)
saya suka bila hubby takde..
jarang jumpa orang macam saya kan... huhu


bila jauh macam ni la baru wujud perasaan rindu
bila jauh macam ni la baru rasa sayang.. or cinta?
bila jauh macam ni la baru tahu menghargai



tapi yang lagi bestnye..


bila sendiri macam ni saya tak payah terkejar-kejar nak masak
huhu.. dasar pemalas..

serius!!!
korang takkan jumpa orang macam saya!!


ok la



good night all...

ps: hidung ketat je.. kepala pun weng je. jangan la sakit. sian azhad nanti..


Sunday, March 13, 2011

My Sleeping Angel Contest

Assalamualaikum..
Lama tak join contest, tetiba rasa nak join. harap2 ada la tuah di sini.. huhu..





Siapa nak join boleh klik je kat banner di atas, atau di side bar ni.. hadiah menarik menanti anda..



hadiah pertama



hadiah kedua & ketiga



saguhati..



gambar yang dipertaruhkan...








Bukan senang nak tengok Muhammad Azhad Nayli Mohd Yusairi tidur macam ni. selalu telentang atau mengiring je.. huhuhu. ni gambar sebelum pindah dari KK ke KL. barang semua dah angkut masuk kontena, tidur beralaskan selimut je.. hehe



dan...








Ni pulak Muhammad Hezri Azief Md Hasri, my only nephew (for the time being) tidur dalam bus. on the way dari KL ke Penang or Penang ke KL.. tak sure, kena tanya mama dia nih.. budak ni memang suka tidur gaya pelik! huhuhu


nak tag:
Pn Khaleelah
Pn Liyana
azuraaa
`BaHa`
ashie niesha


wish me LUCK!!

Friday, March 11, 2011

10 bulan Azhad yang comel.. :)

Assalamualaikum..


Nak update pasal Azhad sikit. asyik tak sempat je. busy sikit almaklumla WAHM. time tu la nak keje, time tu la nak layan anak.. yang tak penting ni memang selalu terlepas pandang.. tapi kali ni kena FOKUS juga untuk siapkan entry sempena Azhad 10 bulan Ahad lepas.. SEE!!! dah 10 bulan 5 hari pun!!


sorry ye azhad, bukan ummi tak ingat. tapi tak sempat. masa kita jalan-jalan Ahad lepas ummi dah nyanyikan lagu besday kan.. hehe..


Alhamdulillah.. sekarang azhad dah boleh bertapak bila berdiri. before ni dia menonjet/berjengkit je bila berdiri. masa balik kelantan bulan lepas, bidan/tukang urut cakap urat peha/betis azhad tegang.. lepas tu kerap la urut, dan lepas mandi pun saya urut. alhamdulillah nampak la perubahannya. bila dah boleh bertapak ni boleh la azhad berdiri tegak, kalau tak dulu berdiri goyang-goyang je macam kena tiup angin. tapi still ada perangai lain lak. kaki bertapak tapi azhad suka goyang-goyangkan badan. joget agaknya. hehe... dah tu sekarang rajin gak berdiri. bila dudukkan dia sibuk tarik tangan kita, pegang then push kaki dia untuk berdiri sendiri. berdiri kejap lepas tu dia duduk. then berdiri balik. sampai kitorang pula yang penat. huhuhu


azhad gak dah mula memanjat. tapi dia berani panjat badan ummi dan abi dia je. benda lain tak berani lagi. kalau dia tengah meniarap, kita duduk atau baring depan dia, sibuklah dia panjat. mungkin sebab dia tau kita boleh pegang dia in case dia nak jatuh.. berhati-hati budak nih! hehehe..


azhad juga dah mula lap rumah.. kalau saya leka ngadap laptop time dia jaga, tau-tau je dia ada dekat pintu bilik. cari abi dia agaknya... hehe..

kalau bab makan pula, alhamdulillah azhad selera makan. sejak bagi dia solid food azhad tak pernah reject apa-apa lagi. semua dia belasah! apa yang ummi dan abi dia makan, semua dia makan. kadang-kadang tu yang pedas pun kitorang sumbat dalam mulut dia. tapi hisap dulu la bagi hilang rasa pedas sikit. dah tu siapa suruh tengok orang makan. kalau tengok je takpe. ni buat muka kesian dan kelaparan. padahal kadang tu dia baru je lepas makan. huhuhu... dan sekarang ni dia dah mula mengunyah menggunakan 3 batang giginya itu.





ni la kegemaran azhad kalau naik kereta. suka betul main steering.


apa lagi ye??


ermmm.. azhad sekarang suka main "haa".. dah la suara dia kasar~dah pecah suara achik cakap.. bila kita buat "ha" balik kat dia, pandai lak dia balas.. kalau merajuk pandai menjauhkan diri.. bila kitorang buat-buat nangis sebab azhad tarik rambut/cakar/cubit/gigit dll dia pun nangis. lepas tu datang kat kitorang macam pujuk gitu. chomelkan.. hehehe..


ermm.. mesti ada yg cakap, "alah.. dah 10 bulan tu je baru pandai buat?"

so what? as long azhad sihat, tak banyak songeh sudah. ~walaupun kadang-kadang terlebih songeh jugak!

development macam ni bukan boleh main paksa-paksa. lain la kalau dah besar nanti malas belajar. wajib la kena sekeh! huhuhu


k la.. see u again..


Sunday, March 6, 2011

My Dear Warehouse Sales March 2011

Assalamualaikum..


JOM!!!

Kepada ibu bapa, bakal ibu bapa..
jom shopping barang baby dan kanak-kanak di My Dear warehouse sales kat Puchong..
sedang berlangsung sehingga 13hb ni..


kitorang dah pergi tadi..
dengan tak reti jalannya, akhirnya sampai juga..
berbantukan pelan dibawah.. credit to everyday.com





tapi nak sampai tu sempat la sesat..
disebabkan pelan yang tak clear. dan tukang salin pelan yang sengal..
huhu


tapi kitorang tak beli apa pun.
just mainan azhad, 3 benda RM10
huhuhu

selamat bershopping guys!!


Saturday, March 5, 2011

Azhad Dah Pandai...

Assalamualaikum






tengok apa dia main tu. amboi2... ni yang ke berapa kali snap baru dia tengok. awal-awal leka main baldi tu. bagus juga letak baldi sebelah almari tu. bangun-bangun tidur je terus main baldi. dah boring baru cari dan panggil ummi dia.. huhuhu..


tapi tu bukan topic utama.. kali ni nak story pasal azhad minum guna botol susu..


percubaan pertama, saya bagi azhad minum vitagen (separuh dari botol vitagen tu. bukan semua) guna puting NUK..


ni puting NUK..



YeaY.. Alhamdulillah dia boleh hisap dengan baik walaupun slow. puting size S, beli dari dia umur 3-4 bulan.. sekarang patut guna Y cut kot.. huhuhu.. percubaan pertama berjaya!!


sehari lepas tu menggunakan puting dan botol yang sama, saya masukkan air masak. azhad kurang sikit minum air masak tapi masih boleh hisap.. so saya assume dia pandai guna puting tu.. since puting tu serupa dengan original time hisap.. huhu... percubaan kedua juga berjaya.. hehe


beberapa hari kemudian, saya try guna botol dan puting lain. masukkan vitagen juga. mula-mula azhad macam tak nak je. tapi sebab vitagen sedap agaknya, habis gak.. huhu.. percubaan ketiga juga berjaya..



botol & puting pigeon


beberapa hari lepas tu menggunakan botol dan puting yang sama, saya bagi azhad minum susu perahan yang sedikit hasil perahannya.. dan azhad masih boleh hisap.. alhamdulillah.. percubaan akhir berjaya..


so saya assume, azhad boleh hisap menggunakan puting mana-mana pun. mungkin sebab dia dah besar. dah pandai hisap selain dari nenen ummi dia. sedangkan bagi minum guna sudu pun dia hisap sudu macam puting. huhuhu...


bila dah pandai hisap botol tu memang rasa excited nak pump. tapi ada masalah sikit bila pump tu. will story in coming entry.. dan dengan excitednya juga saya beli puting lain yang sesuai dengan umur azhad.. huhu.. susu takde nak bagi guna botol, dah beli puting dulu.. hehehee..



beli yang murah je..


tapi rasa macam lebih baik ajar azhad minum guna botol muncung itikkan sebab dia dah besar. tapi takot bila tinggalkan kat orang dia payah lak nak tidur takde nenen... ermmm.. any suggestion and idea sangat la dialu-alukan..


daaa


Related Posts with Thumbnails