Monday, April 30, 2012

Arsyad 1 Bulan

Assalamualaikum

Semalam kami berempat melepak di KKIA Kg Pandan untuk check up Arsyad sebulan. Lama tak naik kereta jakun kejap. Kekekeke


Alhamdulillah berat Arsyad dah 4.4kg, panjang 54cm. Dalam sebulan berat bertambah 1.3kg. FUHH!! Patutla sekarang ni dukung sekejap je dah lenguh. Masa awal-awal dulu siap boleh kendong sebelah tangan lagi!




Ni dia arsyad bambam




Masa kena inject tadi Arsyad nangis. Lama la juga. sampai nurse tampal kapas baru diam. Huhu. Alaa.. Kita yang besar ni pun sakit bila kena inject. Nak nangis malu, tahan je la kan. Hehehe..


Yang bestnya, berat saya dah sama dengan berat sebelum mengandung! Yeay!! Tak payah nak diet. Boleh makan banyak-banyak. Tapi saya ni bukan jenis makan banyak pun. Huhu


Appointment next month kena buat papsmear pulak. Malasnya! Siapa pernah buat? Dare tu share?


Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, April 27, 2012

Kisah Sebulan Yang Lalu

Alhamdulillah, Arsyad dah sebulan hari ni. Takde kuning, berat naik banyak dalam 720 gram masa nurse datang hari ke-20 hari tu, menjadikan beratnya pada waktu itu 3.8 kg. So berat dia masa lahir berapa? Cuba kira! Hehehe..









Aktiviti baby baru lahir apa la sangat. Tidur, bangun, nenen, berak, kencing, nangis, nenen, tidur balik. macam tu la hari-hari. Cumannya Arsyad dah nampak orang, dan suka bersembang. Tapi yang rajin bersembang dengan dia ibu je. ummi busy. huhuhu.. Disebabkan takde apa nak cerita so saya nak share kisah saat-saat Arsyad dilahirkan.



Begini ceritanya... (poyo!)


27032012 830-1130
kami tiga beranak melepak di KKIA. weekly check up. time ni dah start sakit perut. memulas je rasa. siap cakap kat hubby "tak lama ni. esok lusa kot". budget false alarm sebab masa bersalinkan Azhad dulu tak rasa macam tu pun, tau-tau je air ketuban pecah. Tapi hubby jawab, "ntah-ntah malam ni". Tengah sakit sikit-sikit tu masih sempat menjawab segala pertanyaan customer. masa itu emas!


27032012 1130-1300
balik dari KKIA singgah beli makanan dulu. sampai rumah terus suapkan Azhad sambil menahan sakit perut yang semakin kuat. pukul 1 tengah hari hubby gerak pergi office.


27032012 1300-1600
melayan Azhad sambil menahan sakit. habis rumah disepahnya tapi buat dek je sebab menahan sakit. nak makan pun tak lalu. dok jalan buat bulatan kat hall. Azhad ikut je. pukul 3 baru sms hubby beritahu contraction makin kuat, selang 7 minute. hubby sibuk nak inform emak dan ayah. tapi saya tak bagi lagi, rasa macam lambat lagi sebab selalu baca/dengar selang 5 minute baru pergi hospital. Dalam 340ptg hubby baru gerak balik dari office. sempat la saya kemas semula beg ke hospital. check apa yang takde. nasib baik hubby dah amik beg dari dalam kereta. Alhamdulillah sempat juga solat walaupun dalam kesakitan. nak makan, buka bungkusan nasi dah berbau sebab lauk masak lemak. so makan kurma je alas perut. azhad patut dah tidur time macam tu tapi tak tidur sebab tak boleh menyusu dengan saya yang kesakitan.


27032012 1600-1720
hubby sampai rumah, kemas apa patut dan terus gerak ke HUKM. perjalanan yang makan masa 20 minute rasa sangat la lama. kebetulan time tu kena lampu isyarat merah je. lagi la rasa berkurun. masa dalam kereta Azhad masih duduk depan dengan saya. ingat nak menyusukan dia, tapi tak mampu. kesian Azhad. sampai di HUKM pukul 4 lebih. terus gi unit yang berkenaan. duduk kat unit tu lebih setengah jam. check air kencing, tekanan darah dan kekuatan contraction. tak tahu la apa namanya. tapi tampal alat kat perut then ada bacaan tiap kali berlaku contraction. time dalam bilik tu contraction semakin kuat. mengerang je tahan sakit, belum tahap menjerit lagi. lagipun belajar dari pengalaman so agak cool berbanding time azhad dulu. cool la sangat! sementara duduk dalam bilik tu hubby dan azhad tunggu kat luar. dengar azhad main, tiba-tiba dia menangis. bertambah sedih rasa! dah cukup time lebih kurang 520 ptg baru nurse check bacaan bukaan. agak-agak berapa cm? hehe. dah 7cm ok! makanya terus lah saya ditolak ke labour room.


27032012 1720-1808
masa ditolak ke labour room hubby dan azhad mengiringi saya. hubby ada suruh azhad pegang tangan saya, tapi saya sempat cakap, "tak payah. patah tangan dia nanti". teringat masa bersalin azhad dulu hubby ada cakap tangan dia sakit sebab saya genggam kuat-kuat. hubby ikut sampai counter je sebab tak boleh masuk bawa budak kecil. makanya saya seorang diri la bertarung nyawa kali ini. dalam labour room tu nurse pecahkan air ketuban, cek bukaan lagi. mula-mula takde rasa nak teran, dah nak dekat pukul 6 baru ada rasa. so 5 minit sebelum pukul 6 start la aktiviti meneran.. Alhamdulillah setelah beberapa kali teran lahirlah baby boy ke dunia tepat 1808. kalau ikut record doc, saya ambil masa 13 minute untuk keluarkan baby (proses meneran) nape saya rasa macam 13 jam? huhu


27032012 1808-2000
baby sebiji macam Azhad baru lahir. tapi baby Arsyad buka mata luas-luas sepanjang dalam labour room tu. azhad dulu tidur je. berat baby 3.08kg, panjang 50cm. lebih kecil dan ringan dari abang. duduk dalam labour room lama tunggu doc baru menjahit. kalau dulu nurse jahit kejap je. ni doc baru buat, siap ada nurse tunjuk ajar, jadi bahan experiment pula! sambil dijahit baby diletak atas dada saya. skin to skin. dulu takde pun. hampir sejam baru siap jahit. dah siap jahit dihidangkan dengan air susu coklat dan sandwich. saya yang sedang dahaga dan kelaparan telan je apa yang ada. tapi sandwich makan sepotong je sebab tak best. hehe. time ni hubby keluar masuk tengok baby, azhad tinggal di luar dengan azim, (adik saya yang second last) yang terus datang HUKM balik dari kerja.



Sekejap je kan masa saya sakit. siap esoknya tu ada doc dtg cakap "senang awak beranak kan". saya dah macam blur gitu. dalam hati, "senang? sakit ni Allah je yang tahu!". tapi saya just jawab, "x jugak. cuma cepat je". lebih kurang gitu la. kalau senang tu macam ada orang yang cakap 2 kali teran je keluar. macam saya tak terkira kot. tak tahu la berapa kali teran baru keluar. huhuhu


Apa-apa pun bersyukur semuanya selamat. Saya doakan kawan-kawan yang bakal melahirkan juga dipermudahkan. Amin..




Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, April 10, 2012

Pen Pintar Membaca MyIman

Salam..

Meh tengok barang baik!










Pakej Lengkap : Pen + 12 Buah Buku (BM,BI & Bahasa Arab) + Al-Quran + B.Arab + Doa Harian + Surah Yasin & Juz 'Amma
Price : RM380
Postage : Semenanjung : RM10, S&S : RM45



Dibuka bagi belian secara KUTU
5 orang setiap group

RM76 seorang setiap 2 minggu. bermula pada 24 april.

24/4
8/5
22/5
29/5
5/6


InsyaAllah memang berbaloi. Apalah salahnya invest duit pada bahan pembelajaran yang merangkumi ilmu dunia dan akhirat ni, kan. Belikan anak tablet sampai beriban boleh pulak! Hehe..


Sesuai dijadikan hadiah buat anak-anak. Eh.. juga sesuai bagi orang dewasa yang tidak pandai mengaji. Boleh belajar bersama anak.. insyaAllah akan dapatkan buat Azhad, boleh la dia belajar, ummi dan abi juga boleh perbaiki bacaan Al Quran yang tunggang terbalik dah sekarang ni..


sms 0128371785, email ejau177@gmail.com atau pm FB Ummi Nayli Collections untuk order atau sebarang pertanyaan..


ps: maaf.teriklan disini, gara-gara malas nak log in blogshop yg dah bersawang tu..

Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, April 4, 2012

MANMY II

Assalamualaikum


Nak announce nama baby boy baru yang comel tu. Walaupun rakan-rakan Fb dah lama tahu..


Masih MANMY macam Azhad juga.. A je yang beza, lain semua sama..


Muhammad Arsyad Nayli b. Mohd Yusairi


ni dia dua orang yang terlibat!





Arsyad bermaksud sangat bijak. insyaAllah. jadi silalah panggil dia dengan penuh, 'arsyad' no short form ye. Sebenarnya kami ada beberapa pilihan nama yang lain walaupun nama ni macam lebih digemari. Tapi, masa awal mengandung saya cakap kat hubby, "kita select beberapa nama, tulis atas kertas then suruh Azhad pilih". Hubby setuju je. Nanti kalau ada no 3 Arsyad pula pilih.. So seminggu sebelum bersalin tu kami pun buat lah sesi undi ni. Jeng jeng jeng. Azhad ambil kertas bertulis "ARSYAD" Memang dah tertulis nama baby ni Arsyad. So tanpa ragu-ragu, hari ke-3 (khamis) hubby terus pergi daftar..


Nayli bermaksud pencapaianku. Tapi kenapa both ada Nayli? Hehehe. Ada maksud tersirat disebaliknya. Nama Anak Yusairi LIza. Teet.. Kami nak cari satu nama kira macam nama family la buat anak-anak. Nak main combine ni macam tak best lak kalau takde maksud. Cari punya cari ntah macam mana boleh jumpa nama ni. Maka kami pun bersetuju, tak kisah la nama ni girly sikit. Ala.. ramai je nama yang berlawanan jantina tapi berjaya. Yang penting, dah bagi nama anak elok-elok, panggil la nama tu kan. Kata-kata ibu bapa ni kn doa.. Dan inilah sebabnya nama onlineshop saya Ummi Nayli Collections. Takde la sesiapa nak dengki, iri hati..


Banyak benda difikirkan tu!





Pandai alas tangan sendiri. huhu..




C ya!


Published with Blogger-droid v1.7.4

Related Posts with Thumbnails