Saturday, January 12, 2013

Arsyad dan Azhad..

Assalamualaikum


Arsyad dah 9 bulan 2 minggu pun tapi takde update utk dia berusia 9 bulan. Azhad pula dah masuk 2 tahun 8 bulan pun takde update. warhhh... kesibukan betul mak budak ni..


update sikit-sikit je dikesempatan ini..


Arsyad dah tumbuh gigi 2 batang bawah.. sekarang ni nampak macam gusi atas dah pecah nak tumbuh gigi atas lak.. yeay boleh makan banyak-banyak..







Arsyad dah boleh berdiri sendiri.. Sudah mula meniti pun.. Rasa dari 8 bulan pun dah start memanjat untuk berdiri. Tapi tak berjalan lagi. Low self confident mamat ni.. hehehe.. kalau nak berjalan tu suka kita pegang tangan dia, dari suruh dia guna walking assistant..



awal dec, dia baru belajar berdiri




tgk siap sebelah tangan je pegang.. berani sudah.. abg mcm biasa mengembur kedai..




dlm kereta pun sibuk berdiri. abg tu konon je peluk adik..





siap boleh pusing diri macam ni lagi.. terer la konon. huhu


arsyad suka mengutip barang masuk mulut. banyak kali poopoo jumpa benda pelik seperti price tag barang kedai (price tag macam kedai runcit tu je. azhad selalu kopek dan buang kat lantai, adik tukang kutip masuk mulut. macam vacum lak!), kacang (azhad selalu makan kacang bersepah, adik juga tukang kemas), selotep. Ermmm apa lg ye? Tak boleh nak recall lak. Bila kutip barang tak muntah, tapi bila suap makanan kasar sikit mula la uweekkk...


Disebabkan arsyad suka mengutip barang masuk mulut, ada la juga bagi dia finger food.. Tapi tak makan pula.. Pernah letak nasi atas tangan mak dia, dia amik dengan jari halus dia dan masukkan dalam mulut.. Comel je tengok.. huhuhu.. so sekarang makanan arsyad sudah tidak diblend, just lenyek sikit-sikit je sebab dia rajin mengunyah.. tapi kena make sure bagi air selalu supaya tak muntah. kalau tak, penat je makan dia muntah balik. sian arsyad..


Hari tu arsyad ada membebel. Ntah apa yg disebut pun x paham. Tapi kalau menangis dengar dia panggil ammi. Hehehe. Suka mandi dengan abang. Kalau dia mandi sibuk jengah abg kat luar bilik air. Kalau abg tgh mandi, dia sibuk merangkak menuju bilik air. Owh yee. Sudah merangkak dgn laju. Of course boleh duduk dengan sendiri..


Kalau panggil "adik" or "arsyad" dia pandai toleh. dah kenal nama sendiri. ni dah lama kot.. haha.. mak dia selalu lupa.. ketuk kepala sendiri!! serious tak boleh nak recall apa lagi budak tembam ni boleh buat sekarang compare masa dia 8 bulan..


Pasal Azhad pula, dia sekarang banyak gak cakapnya. Tapi pelat melampau! Yang clear "babai", "ammi", "abi", "adik", "baby", "tak nak" kekadang "nanak", "work"..


Yang pelat tapi sudah difahami, ci eta = kunci kereta, ayan = jalan, oto = motor, eto =tesco, andi = mandi, akit = sakit, atoh = jatuh, abu = ibu..


Yang pelat tak boleh nak paham banyak gak.. selalunya abi dia je yang paham.. huhuhu


Perangai dia sekarang kalau tak dapat apa yang dia nak, dia akan menangis sambil baring or meniarap atas lantai. tak kira la dekat mana. terbaik lah kan!! geram sungguh..







motor baru



kalau kat kedai aktiviti dia main mainan display. jawabnya jadi hak dia la kalau rosak. lepas tu duk alihkan barang letak tempat lain. stress mak dia. bila suruh kemas semula tak nak. ikut angin dia time dengar cakap, dia susun balik. time dia malas dia buat dek je.. memang nak kena la jawabnya.. sekarang kalau kena marah je panggil abi walaupun abi takde. dah jadi rapat dengan abi dia sebab ummi dia asyik marah je. huhu..



ok la... tu je kot buat masa ni. tak boleh nak recall.. after all, we just hope azhad cepat dengar cakap supaya memudahkan kami menjaga keduanya.. lagi-lagi kat kedai.. nasib la sekarang ni BIL ada, so boleh jaga kedai.. lagi 3-4 bulan nanti bila dah start masuk U, kena la i jaga sendiri kedai dan anak-anak dan rumah... wargghhhh.. semoga waktu itu nanti azhad sudah boleh di harap. harap.. macam besar sangat je harapan mak dia kan. padahal budak tu baru nak masuk 3 tahun..


ok la.. till then..



Thursday, January 10, 2013

Keburukan Roti. Betul Ke?

Assalamualaikum..


Something to share.. Ni saya copy dari group HSFFYB






Mengapa kita perlu kurangkan pemberian roti kepada anak kepada sekeping sehari sahaja.

Ulasan CAP:

Oleh,S.M.MOHAMED IDRIS
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)

Kebanyakan roti dan ban yang dijual di sini melanggar undang-undang dengan sewenang-wenangnya, ia mengandungi terlalu banyak bahan pengawet yang dipanggil asid propionik, walaupun dibenarkan di bawah undang-undang makanan kita, mestilah tidak melebihi paras yang ditetapkan oleh undang-undang.

Dalam ujian yang dijalankan oleh CAP baru-baru ini ke atas pelbagai jenis roti yang dibeli di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur, termasuklah roti bantal dan beraneka jenis ban (termasuklah yang dihidangkan dan digunakan sebagai burger dalam rangkaian makanan segera), didapati sehingga 92% mengandungi asid propionik dalam jumlah sehingga 5 kali daripada yang dibenarkan oleh undang-undang.

Di bawah Peraturan Makanan 1985, roti dibenarkan mengandungi asid propionik, dan sodium, potassium atau garam kalsium dalam jumlah yang mestilah tidak melebihi 2,000 mg/kg roti (Peraturan 65 (2) a).

Dalam ujian CAP ke atas 50 sampel roti (27 pada 2005 dan 23 pada 2006), hanya 4 dalam lingkungan had untuk asid propionik. Selebihnya 46 daripada 50 sampel iaitu 92% daripada roti yang diuji oleh kami semuanya mempunyai asid propionik melebihi 2,000 mg/kg (lihat jadual untuk keterangan lanjut).

Antara jenama terkenal yang turut terjejas adalah roti bantal dan ban daripada Gardenia, High 5, dan Roman Meal. Turut terjejas adalah roti dan ban dari rangkaian restoran makanan segera, pasar raya dan kedai roti tempatan.

Gardenia

Sebagai contoh Gardenia Original Classic (Enriched White Bread) mempunyai asid propionik 1.6 kali (ujian 2006) dan 1.8 (ujian 2005) melebihi had yang dibenarkan oleh undang-undang. Gardenia Wholemeal Bread 2.6 kali (ujian 2006) dan 3.7 kali (ujian 2005) melebihi had selamat. Begitu juga Gardenia Breakthru (Formula Multiwholegrain) adalah 2.4 kali (ujian 2006) dan 3.7 kali lebih tinggi (ujian 2005), sementara Gardenia Breakthru (Formula White) adalah 3.3 kali lebih tinggi (ujian 2005).

Ban dari Gardenia juga terlalu buruk. Gardenia Roti Krim Coklat mempunyai 3.1 kali asid propionik melebihi had yang dibenarkan oleh undang-undang. Gardenia Roti Krim Vanila juga 3.0 kali lebih tinggi dan Gardenia Roti Krim Jagung juga 2.4 kali lebih tinggi.

High 5

Jenama terkenal lain High 5 mempunyai hasil yang sama buruk. High 5 Nutri-White Sandwich Bread didapati mempunya asid propionik 1.9 kali lebih tinggi pada 2006. Ia bersamaan High 5 Sandwich Bread pada 2005 iaitu 3.2 kali lebih tinggi. Roti bantal bersaiz besar, High 5 Sure Value Sandwich Bread ialah 3.4 kali lebih tinggi (ujian 2005). High 5 Wholemeal Bread mempunyai asid propionik 1.7 kali lebih tinggi pada 2006 dan 3.5 kali lebih tinggi pada 2005.

Ban High 5 juga mempunyai jumlah bahan pengawet yang melanggar undang-undang. High 5 Roti Krim Vanila adalah 2.2 kali lebih tinggi dan High 5 Roti Krim Coklat 1.6 kali lebih tinggi.

Roman Meal

Kami juga turut menguji roti Roman Meal yang mahal pada 2005 dan ia juga mempunyai paras asid propionik yang terlalu tinggi. Roman Meal Honey & Oat Bran Bread ialah 3.4 kali lebih tinggi, Roman Meal Hi Calcium Bread 3.1 kali lebih tinggi dan Roman Meal 12 Grain Bread 3.0 kali lebih tinggi.

Roti Pasar Raya

Kami juga turut menguji roti daripada pelbagai pasar raya seperti Giant, Tesco dan Gama di Pulau Pinang, dan ia juga turut mempunyai paras asid propionik yang melanggar undang-undang yang ditetapkan. Giant Roti Sandwic ialah 2.9 kali lebih tinggi dan Giant Bread (Concess) 1.7 kali lebih tinggi.

Tesco Wheat Bran Bread mempunyai asid propionik 2.3 kali lebih tinggi. Tesco White Sandwich 1.4 kali lebih tinggi (ujian 2006) tetapi dalam ujian 2005, ia mengandungi hanya 2,062 mg/kg asid propionik, sedikit melebihi had 2,000 mg/kg yang dibenarkan oleh undang-undang.

The Four Leaves English Toast Bread yang dibeli di Pasar Raya Gama di Pulau Pinang adalah 1.9 kali lebih tinggi.

Rangkaian Makanan Segera

Kami juga menguji ban dan burger yang dihidangkan di KFC dan McDonalds. Semua 3 sampel yang diuji gagal dalam ujian. KFC Colonel Burger mempunyai 2.1 kali lebih tinggi bahan pengawet dan ban yang dihidangkan bersama dengan ayam goreng lebih buruk iaitu 3.6 kali lebih tinggi. McDonalds Beefburger mempunyai 1.7 kali lebih tinggi asid propionik dalam ban.

Kedai Roti Tempatan

Roti dari kedai roti tempatan dan dari penjual roti juga terjejas dengan teruk. Roti itu didapati mempunyai jumlah asid propionik yang paling tinggi datangnya dari Ismalia Bakery di Pulau Pinang yang juga turut membekalkan roti kepada penjual roti. Ismalia Bakery Coconut Bun mempunyai asid propionik 5.1 kali lebih tinggi berbanding had yang ditetapkan oleh undang-undang. Sampel yang diuji ini adalah yang paling buruk. Roti tempatan lain yang turut terjejas datang dari Rhena Bakery, Pathchee Bakery, Intisari Bakery, Continental Bakery dan lain-lain.

Asid propionik tidak berwarna, berminyak, cecair berbau hancing yang terjadi secara semula jadi dalam binatang dan produk tenusu. Ia biasanya digunakan sebagai racun kulat dan racun bakteria, ia mengawal kulat dan bakteria dalam bijirin yang disimpan, kawasan simpanan bijirin, sisa buangan ternakan dan air minuman untuk ternakan.

Dalam makanan, ia digunakan untuk mengawet makanan yang dibakar dan keju. Bentuk lain asid propionik (contohnya kalsium dan sodium propionates) juga ditambah ke dalam makanan untuk mencegah kulat dalam makanan dibakar kering.

Semua propionates dikatakan dikaitkan dengan sakit kepala migrain. Kajian dari Australia pada 2002 mendapati kalsium propionate boleh menyebabkan tingkah laku menyimpang (seperti keletihan dan tidak memberi tumpuan, jadi mereka tidak mahu membuat kerja rumah, tidak dapat membaca dengan sempurna dan juga mengalami gangguan tidur) pada kanak-kanak. Kesan sampingan ini berlaku dalam tempoh beberapa dan menjadi kumulatif, demikian menurut kepada kajian.

Tiada Penguatkuasaan

Hasil ujian oleh CAP amat mengejutkan dan kami pasti kebanyakan pengguna akan terkejut kerana kita memakan roti dengan paras bahan pengawet yang amat tinggi. Paling mengejutkan CAP ialah tiada pematuhan terhadap undang-undang sepenuhnya.

Kementerian Kesihatan yang menguatkuasakan Peraturan Makanan kita tidak menjalankan tugasnya dan dalam proses ini ia membahayakan kesihatan kita.

Pihak kementerian mestilah dengan segera bertindak untuk mendakwa syarikat yang telah melanggar undang-undang. Mereka mestilah mengawasi dengan berterusan kualiti roti yang dimakan setiap hari oleh berjuta rakyat Malaysia termasuk kanak-kanak.

Nota: Jenama roti yang diuji oleh persatuan Pengguna (CAP) pada 2005 & 2006 boleh didapati di dalam akhbar Utusan Pengguna @ utusan Consumer keluaran September- Oktober 2006 di pasaran sekarang.

APA YANG TERSEMBUNYI MENGENAI ROTI INDUSTRI MODEN?

• Tepung Beracun
• Pelembut Doh
• Sisa Racun Makhluk Perosak
• Logam Berat
• Pemutih
• Pengemulsi
• Rambut Manusia (L-cysteine)
• Agen Pengurang
• Pengawet
• Terlalu Banyak Garam
• Lemak Trans
• Terlalu Banyak Yis
• Enzim Ubah Suai Genetik
• Yis Ubah Suai Genetik

Roti hari ini adalah produk yang dihasilkan secara besar-besaran yang bergantung kepada pelbagai proses industri, bukan kepada kemahiran pembuatnya yang berkembang dalam tempoh beberapa abad yang lalu.

Di kebanyakan negara, termasuk Malaysia, roti dibuat di kilang besar, sesetengahnya mampu untuk menghasilkan sehingga suku juta buku roti sehari. Dalam usaha untuk menghasilkan roti dengan cepat dan untuk tahan lebih lama, industri membuat roti menggunakan lebih banyak bahan kimia penambah dan enzim tiruan (termasuk enzim ubah suai genetik, yang tidak perlu dinyatakan pada bungkusan memandangkan ia dikelaskan sebagai “bantuan membakar”).
Roti hari ini juga menjadi semakin lembut – mengandungi lebih banyak air dan kurang bahan sumber daripada bijirin semula jadi.

Apa yang anda perolehi adalah makanan yang rendah mutunya. Anda akan terkejut apabila mengetahui apa sebenarnya yang digunakan dalam membuat roti moden hari ini dan apa kesannya kepada kesihatan anda.

“Kini, teknologi mempunyai cara yang lebih pintar untuk mencemari roti kita, jadi sains mendedahkan kesannya kepada kesihatan awam. Sepertimana kajian terbaru menyarankan, kita perlu memikirkan semula cara kita membuat roti.” (Akhbar British The Independent, dalam artikel, “The Shocking Truth About Bread,” 29 Ogos 2006).



why say u?? Data ni dah lama, tahun 2006 almost 7 years. masih boleh diterima pakai? but for me, kena bersedehanalah dalam segala hal.. azhad dan mak dia memang suka makan roti. lepas baca artikel ni bapa azhad tak nak beli roti.. boleh makan roti, tapi untuk kanak-kanak boleh beri 1 keping sehari. kalau dah ada roti di dapur, ingat boleh ke nak sekat azhad makan? biasa habis 2 atau 3 keping baru dia diam.. sekarang ni bila takde roti baru senang nak bagi dia makan nasi sebab lapar sangat la tu.. huhu.. ada tak yang bijak pandai dalam bab pemakanan ni? any comment?


Thursday, January 3, 2013

Permulaan Tahun Baru Yg Best

Alhamduillah

Dah masuk tahun 2013. Happy new year friends! Walaupun sudah masuk hari ketiga pun. Tapi adakah korang memang happy tiap kali masuk tahun baru? Haruslah tak, kan. Lagi-lagi bg mereka yg lahir tahun ada 3 belakangnya macam 1983, 1993 etc sebab dah tukar angka depan tu. Ye. Saya la tu. Tahun ni sudah masuk 3series. Tapi nasib lah tujuh bulan lg. Huhuhu


Alhamdulillah, saya alami permulaan 2013 yang sangat baik. Pada 0010am 01012013, saya diumukan untuk mendapat grand prize dalam contest yang supplier anjurkan. Bukan contest apa pun, tapi as reward kepada reseller dia, dan saya adalah penyumbang tertinggi bagi 2012. Mana tak tinggi, buka kedai je berpuluh k habis kat dia.. Huhuhu


Dan ini lah dia hadiahnya..






Android 10inc. China brand je. Ada aku kesah? Asalkan free. Kalau beli pun rm1k kot ni.. nanti gi tesco check hrga. Hehehe. Di saat samsung galaxy tab ku bermasaah, laptop hubby screen rosak, 2 laptop sony vaio baru beli slow tak sama macam spec, blackberry yang asyik hang je, kehadiran new gadget ini sangat lah dihargai.



Zillion thanks to supplier and team. Thanks for ur support and very good service. Diorang siap hantar bunga lagi, ok! Sempena opening kedai. Terkejut I, ingat laki I mimpi apa tetiba beli bunga. Wakaka 








Memang sangat terharu. Tapi biasalah, dapat kat budak baju biru tu dan adiknya, kejap je la bunga tu dok situ. Lagi 2, 3 hari boleh masuk tong sampah sebab hancur dikerjakan mereka. Lagipun tu bunga hidup, nanti kering takkan nak display kan..



Ok. Azam tahun ni?
1. Boleh bayar segala hutang kereta + sewa kedai + ptptn + bg parents + saving = smart planing to gain more $$$$$
2. Masak setiap hari walaupun masakan tak sesedap hubby = time management between housework and kids
3. Boleh drive sendiri, lesen dah dapat 5 tahuh lepas tapi gagal memberanikan diri utk drive sendiri
4. Menjadi hamba Allah yang pandai bersyukur dan ada masa utk kumpul harta akhirat juga



Ok la. Undur diri dulu. In shaa Allah bertemu lg. Byk dalam kepala otak ni tapi masa memang jeles dengan I.



Till then!!


Related Posts with Thumbnails