Thursday, May 30, 2013

Krunchy Karamel Almond

Assalamualaikum

Pernah makan ni tak?








Tak tahu apa dia?


Namanya Krunchy Karamel Almond (KKA).




Serious sedap! Saya dapat rasa pun sebab kakak saya tinggalkan sebalang di rumah. Semasa saya masak di dapur, rupanya anak bujang saya duduk di ruang tamu dah buka seal balang dan makan. Saya tengok rupa macam biskut kacang biasa yang ayah saya suka makan ketika giginya masih ada dulu. Rupanya lebih nipis. Tapi rasanya lebih sedap. Serious! Tak tipu. Dah rasa sekeping, terus kunyah lagi dan lagi. Sedar-sedar tinggal separuh. Terus ambil penutup balang dan simpan tempat tinggi supaya Azhad Nayli tak dapat ambil. Tujuannya tak nak bagi habis cepat. Padahal emak Azhad tu yang makan banyak. Huhu~


Bila Azhad berjaya ambil KKA dari tempat simpanan, dia akan bawa masuk bilik tidur sebab emak dia suka lepak dalam bilik. Apalagi! Emak Azhad pun membebel la suruh makan di ruang tamu, takut nanti bersepah atas tempat tidur. Bila bebelan emaknya dianggap seperti mendendangkan lagu tema Jodoh dan dia buat tak peduli je sambil terus makan KKA dengan penuh nikmat, emaknya pun bangun dan ambil balang KKA kononnya nak tutup balang tu dan simpan. Dalam tak sedar emaknya yang join makan atas tilam sampai habis. Bila kakak saya datang, terkejut dia tengok balang KKA tergolek kekosongan dalam masa tak sampai sehari. Itu lah penangannya. Budak kecik tak reti menipu kan. Bila dia suka, maksudnya sedap lah!



KKA ni diperbuat daripada badam, biji bunga matahari dan bijan. Kesemua bahan ni memang berkhasiat.





Khasiat KKA



Menarik tak? Bahan semulajadi yang kurang proses untuk dimakan. Hanya bakar je. Bukan dikisar halus jadi serbuk ke.. Macam ni baru boleh dikatakan bersifat semulajadi! Kan?



Berminat nak cuba try test?





Ye! Ummi Nayli Collections juga ada jual.


RM25 sebalang dalam 200grm. Ni standard price ye. Beli la dengan mana-mana agent pun harga sama je. Melainkan kalau beli banyak mungkin boleh kurang sikit.


Kalau nak order boleh la pm FB UNC laju-laju ye. Beli cepat, rasa kesedapannya cepat. Rugi lambat-lambat ni.


Orang KL terutamanya area Kg Pandan boleh datang kedai sebab kami sediakan tester. Rasa sekali gerenti nak beli..


Sms/whatsapp 0133811136 untuk balasan segera ye.


Yummy yummy!!



Published with Blogger-droid v2.0.8

Monday, May 27, 2013

Arsyad 14 Bulan

Assalamualaikum


Alhamdulillah hari ni Arsyad genap 1 tahun 2 bulan. Masa Arsyad setahun takde update pasal dia kan. Bad mommy! Sorry ye darling, ummi busy sangat. Celebrate apa pun takde.. Ni je gambar yang ada masa birthday arsyad.




Saat dan tika ini Arsyad dah boleh mengikut beberapa arahan ringkas dan meniru perbuatan orang. Antaranya
- masukkan baju kotor dalam bakul sebelum mandi.
- masukkan mainan dalam bakul mainan.
- kiss bila suruh kiss tapi gaya memang menakutkan. Fobia ummi takut kena gigit lagi. Kiss tu siap ada bunyi "muah" lagi.
- lambai tangan bila orang cakap babai.
- bila tanya mana kipas dia akan tunjuk atas sambil pusingkan tangan.
- bila ummi abi berdiri di sejadah dia akan sujud dulu sambil mulut cakap "Allah Allah".
- bila dengar azan akan senyap dengar dan tengok sampai habis. Mulut menyebut "Allah" sambil tangan di telinga macam orang azan.
- kalau tengok video barney tu pandai tiru gaya orang menyanyi sambil tepuk tangan, pipi.
- ambil telefon atau calculator letak kat telinga gaya orang bercakap telefon
- bagi tablet pandai sangat tekan dan slide screen
- kalau abang kena marah dan menangis dia pun menangis sama
- pandai panjat tangga dan turun slide sendiri di kedai


Perkara lain yang dia suka dan sudah pandai
- sudah ada 6 gigi. 2 bawah, 4 atas.
- boleh panggil "abang"
- suka tengok karoot komedia part dikir barat, negeri dia punya la katakan.
- kalau music rancak dia akan joget contoh macam lagu masterchef
- masih suka mengutip dan masukkan barang dalam mulut tapi macam dah kurang sikit habitnya yang satu itu
- kuat menggigit. Selalunya ummi la jadi mangsa. Tapi bukan gigit time menyusu. Selalunya time bermain. Ingat dia gomol biasa je, sekali gigit kuat, maunya tak menjerit. Pernah dia gigit paha ummi time tu pakai seluar jeans pun berbekas lagi. Kuat tak kuat?
- dah pandai berebut dan bergaduh dengan abang. Bila abang rebut barang dari tangan dia, dia akan rebut balik. Kalau tak dapat dia akan gigit abang. Meraung la abang. Kesian abang. Pernah dia gigit belakang abang, selak baju tengok berdarah dan sekarang tinggal parut
- sudah pandai panjat meja makan. Nampaknya sekarang ni kerusi makan semua kena susun tepi dinding dan kena hempap satu sama lain. Kalau rapatkan kerusi dekat meja dia pandai tarik. Bila jauhkan dia akan tolak. So kena hempap antara satu dengan lain baru susah dia nak main.
- sofa pun dah boleh naik. So tak boleh la nak letak remote tv or cawan kat atas kepala sofa tu
- kabinet tv tu jadi tempat mainan dia dan abangnya. Dedua suka panjat dan joget atas tu. Seriau je tengok takut jatuh
- suka lawan menjerit dengan abang. Bila dedua menjerit berdesing telinga ummi. Sudahnya ummi pun join jerit
- suka main dalam laci macam doraemon pulak
- pandai buka peti ais dan almari baju dia
- baju yang dah basuh kalau letak atas sofa dia kembur buang ke lantai semuanya
- sudah pandai pacak kepala ke lantai. Gaya macam orang cakap tengok hantu tu
- kalau main hide n seek dah pandai cari kat mana tempat persembunyian kami
- pandai merajuk bila kena marah. Tunduk je or sorokkan muka





















Bab makan minum pula
- suka makan benda keras macam biskut. Kalau lembut macam roti kureng sikit. Pergi wedding sepupu minggu lepas, batu pun dia makan. Bagi kuih dia tak nak. Hehehe
- suka dan kuat makan nasi
- suka minum air. Sampaikan time mandi pun dia asyik nak minum air paip sama ada tengadahkan kepala bawah paip so air masuk terus dalam mulut atau minum air dari tub. Yang pelik lagi kalau air tumpah dia nak jilat air kat lantai tu. Huhu. Pelik betul yang sorang ni.
- bila abang makan biskut cicah air atau keropok cicah sos, dia pun nak cicah juga.


Ermm apa lagi ye? Tu je kot yang teringat buat masa ni. Banyak benda arsyad dah pandai buat. Cuma mulut belum banyak berbicara la. Tak pe lah. Perkembangan anak-anak bukan boleh dipaksa, kan. Asalkan sihat dan sempurna syukur Alhamdulillah.


Lagi satu, Arsyad ni susah nak senyum dengan orang yang jarang-jarang jumpa. Mak ngah dia datang rumah tiap hari pun susah nak senyum. Senyumannya hanyalah untuk ummi, abi dan abang. Hehe. Dia tak nak orang perempuan ambil. Kalau lelaki dukung selalunya dia nak. Pakcik-pakcik dia biasa jumpa kira ok la sebab dah kenal. Ni tok cik (adik bongsu ayah) dukung dia pun dia ok. Tapi bila nampak je kelibat ummi dia baru la nangis.






















Last but not least. Gambar candid masa arsyad tengok tv seorang diri. Masa ni ummi tengah online dalam bilik. Budak kecik ni senyap je seorang diri kat luar. Cuba kalau ummi sibuk masak, memang takde la dia nak tengok tv. Mesti menyibuk kat dapur juga. Kalau diam kat depan tu maksudnya ada la projek menyepahkan rumah dengan abangnya sedang dijalankan.


Ok la. Nanti nak update pasal abang pula.


Abang ooo abang



Published with Blogger-droid v2.0.8

PJJ lagi

Ok!


Ini bukan Pengajian Jarak Jauh! Tetapi PERKAHWINAN JARAK JAUH!


Encik suami sudah mula bekhidmat di Lumut pada 13 mei 2013. Terima kasih kepada yang terlibat memindahkan encik suami ke sana. Kalau ke Lumut tapi dok base ok lagi. Ni naik kapal. Jawabnya memang tak ikut la. Buat apa ikut ke Lumut tapi bila beliau belayar, saya kena tinggal sendirian dengan anak-anak. Sama je macam duduk kat kl ni. Duduk KL lagi ok sebab adik beradik saya semua kat sini. Jika ada kecemasan senang nak minta bantuan.


Kalau tak silap ini adalah kali ke 4-5 encik suami tukar perjawatan dalam tempoh 5 tahun (2008-2013). Beliau tak stay lama di sesuatu jawatan. Kebanyakan kawan beliau baru pindah 3-4 kali. Ada tu dari graduate sampai anak 3 situ duduknya. Tu la siapa suruh cemerlang sangat. Sana sini rebutkan u. Ke melantong sangat sampaikan semua tak nak u? Hehehe~  Bila saya tanya macam tu dia jawab "penilaian dapat paling tinggi tau 8+/10". Ok! Tahniah!


Yang hampehnya, salah satu reason encik suami dipindahkan adalah kerana isteri beliau tidak bekerja. Hampeh!!!! Saya ni pemilik bisnes/kedai sendiri, mana boleh ikut laki pindah sana-sini. Kalau makan gaji boleh la resign dan cari kerja lain or minta transfer jika kerja kerajaan juga. Tapi zaman sekarang bukan senang nak dapat kerja.


Lepas dapat signal tu encik suami cakap kesian kat anak-anak. Saya jawablah, "kesian kat anak-anak kenapa? Diorang bukan faham apa-apa lagi. Patut kesian kat orang yang kena jaga diorang sorang2.." Encik suami cakap kesian sebab budak-budak tengah membesar perlukan kasih sayang bapa.  Ala, bukan tak jumpa langsung. Dua minggu sekali boleh balik kalau tak belayar. Lagipun selama duduk bersama ni pun anak-anak melekat kat ummi dia je. Abi ada ke, tak de ke sama je. Kat mana ummi dia duduk, kat situ la budak-budak ni bermain. Abi dia best je layan bola sorang-sorang.


Masa mula-mula dapat khabar angin pasal pindah tu just dapat hint bulan Jun. Tapi rupa-rupanya lebih awal lagi. Tak terkejut sangat sebab memang dah diberitahu akan dipindahkan. Cuma tak sangka lebih awal. Yang lagi best tu diberitahu 10 hari sebelum kena lapor diri iaitu pada 3 mei. Terbaiklah kan! Gaya macam orang bujang pindah je. Nasib lah encik suami pergi sendiri je. Kalau semua pindah memang kelam kabut la nak urus macam-macam. Tabik spring kat siapa yang uruskan!!


Ermmm seperti yang dijangka nampaknya puasa kali ni sendirian la. Sedih rasa. Beliau at least berbuka dan sahur dengan crew kapal. Me? Nampak gayanya bujang style la. Melayan anak-anak lagi.. Ok redha!


Beberapa perkara yang terasa bila ketiadaan encik suami

1. masak - sebelum ni kalau masak kena fikir 2-3 jenis lauk. Bila beliau takde ayam masak kicap je pun ok je. Tak boleh kalau tak masak langsung sebab kena fikir perut anak-anak bujang saya yang kuat makan tu. Kalau lapar malam-malam dulu beliau yang masuk dapur, tau-tau je dah terhidang meggi atas meja makan. La ni lapar malam-malam pandai-pandai la.. Dulu bila weekend kalau saya leka menyusukan arsyad, ada la orang masuk dapur masak lunch. Kalau saya yang masak ada juga la orang layan anak-anak walaupun selalunya mesti bolos masuk ke dapur juga. Sekarang ni nak tak nak berperang la dengan kuali periuk sambil anak-anak bermain di dapur. Bila boring arsyad mula menangis kena la memasak sambil mendukung budak 11kilo tu..


2. Jalan-jalan - no more outing during weekdays. Melainkan ke kedai sahaja. Itu pun 2 hari sekali baru pergi kedai. Malas nak pergi kedai setiap hari sebab habis kedai dikerjakan budak-budak ni. Kesian staff yang jaga. Walaupun saya dah boleh drive tapi setakat pergi kedai dan sekitar desa pandan dan tesco je la. Nak pergi jauh bertiga memang tak lah. Siapa nak layan arsyad masa drive kalau dia nangis. Kalau kat mall siapa nak kejar azhad, siapa nak pegang arsyad. So mudahnya, kita duduk rumah je. Tunggu abi balik kalau nak berjalan.


3. Mandi - owh kitorang memang tak mandi bersama! Ni berkaitan anak-anak. Bila encik suami tiada semua saya kena buat sendiri. Dari basuh berak, mandikan mereka sehingga pakaikan pakaian. Kalau dulu bila beliau di rumah iaitu selepas balik kerja atau weekend beliau akan tolong uruskan azhad, manakala saya uruskan arsyad. Dua beradik ni sekarang mandi bersama. So bayangkan bila kena handle both dalam satu masa. Dalam bilik air ok lagi la jika terkencing ke, buang air besar ke kan. Ni bila sorang keluar, lagi sorang pun keluar juga. Kena cepat-cepat la pakaikan diaper siapa yang keluar dulu. Takut terbuang hajat atas tilam. Kalau abi diorang ada senang, amik sorang satu.


4. Tv - Best part la sebab chanel sport tak buka langsung. So remote tv tu saya yang punya. Hahaha! Tapi Azhad pun pandai demand juga walaupun dia tak reti tekan chanel yang dia nak. Tapi yang bagusnya dia tak minat kartun kecuali Upin Ipin dan Wonderpets. Kartun lain kalau saya saja buka nak bagi dua beradik leka mesti azhad suruh tukar lain. Buka drama baru diam. Bila encik suami takde, syok la tengok tv tanpa gangguan. Kalau tak, kejap buka ni pastu tukar lain. Tapi sekarang ni pukul 10 malam dah tutup tv sebab tak tahu nak tengok cerita apa.


5. Tidur - Nak tidurkan Arsyad senang je sebab dia masih menyusu so menyusukan dia je terus tidur. Tapi kadang-kadang kalau abang sibuk main lagi dia pun bangun balik lepas menyusu. Yang mencabarnya bila nak tidurkan Azhad. Tutup je lampu dia menangis tak nak tidur padahal mata dah tak boleh nak buka. Kena la pandai-pandai pujuk bagi dia diam. Tapi kebanyakan masanya kena jerit balik baru dia diam. Tak makan pujuk ni. Lepas dah diam kena peluk dia sambil tepuk baru la lena. Tu pun kalau lena la. Kadang-kadang tu kami tidur je, pandai-pandai la dia tidur sendiri. Time encik suami ada ok la boleh tolong jaga azhad walaupun selalunya ketiak saya juga yang dia nak. So sekarang bila tinggal kami bertiga je memang saya la kena hadap. Bila kena tidurkan mereka berdua serentak, terkepak la tangan ni. Macam robot dah. Sekarang ni dalam proses mengajar Azhad tidur sendiri tanpa peluk. Rasanya masanya sudah tiba. Tapi untuk tidur bilik sendiri masih terlalu awal kan..


The best part pasal PJJ ni, pada i la.. Rindu-rinduan. Sebelum tidur gayut-gayutan. Sebelum letak phone mengucapkan kata keramat. Kalau depan mata memang tak la. Hehehe~ Hari ini genap 2 minggu encik suami draf. Tapi weekend minggu pertama hari tu beliau ada balik. Weekend baru ni tak balik sebab belayar 24/5-2/6. Insyaa Allah 8/6 baru balik. Ermm ting tong! Aku merinduimu~




Ni gambar beliau derma darah seminggu sebelum draf


Ermm lama tak tepek gambar beliau kan. Asyik letak gambar hero-hero kecik je. Alhamdulillah anak-anak sihat, tak de demam rindu ke apa. Adik belum tahu apa lagi. Abang je kadang-kadang sebut-sebut abi. Bila bunyi loceng rumah cepat-cepat nak buka pintu sambil sebut abi. Bila tanya abi mana, dia jawab "abi work jauh". Huhu sedih!


Ok la. Ada masa i mengarang lagi. Banyak benda dalam kepala otak tapi masa membatasi segalanya. Semoga ceria selalu..


Assalamualaikum





Published with Blogger-droid v2.0.8

Saturday, May 11, 2013

Bersatu kita teguh!

Assalamualaikum


Lamanya tak mencoret di sini. Dah 6 hari PRU13 berlalu tapi di laman sosial facebook masih hangat lagi isu ni. Sudahnya terpaksa la mak hide orang-orang yang memualkan. Hari isnin lepas mak ada buat draf pasal PRU13 tapi nampak gayanya macam malas je nak publish. Takut pemes lak blog ni nanti. Huhu.. Tetiba pagi ni mak jumpa status yang best, yang isinya lebih kurang macam yang mak kupaskan dalam draft tu. Sila baca sini Aery Hussaini https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10151907655409689&id=814664688&refid=17



Bacalah dengan hati yang terbuka. Jangan Pro mana-mana. Guna akal untuk berfikir.. Isu ketelusan SPR pun ramai petugas spr yang dah cerita flow sepanjang proses pengundian sampai kira undi. Pergi cari kat facebook tu. Baca dan nilaikan.



Macam ada yang kata, "Malaysia boleh. Macam-macam boleh jadi". Ok! Kalau macam tu, jangan menunding jari sebelah pihak je. Benda-benda yang dituduh tu boleh jadi pihak yang menuduh punya angkara juga. Kebarangkaliannya 50-50 juga. Tidak ada yang mustahil. Entah-entah yang rocket punya angkara nak lihat melayu berperang sesama sendiri. Oh! Ada berbaur perkauman disitu. Mak tidak menyokong perkauman sebab mak akui bangsa cha ya nun alif ni lah yang banyak menyumbang ekonomi Malaysia. Mak sendiri pun berurusan dengan mereka dalam perniagaan mak. Tetapi kita kena lebih berhati-hati. Pergi buka buku sejarah, baca pasal Singapore dan 13 Mei. Mak memang grade C sejarah. Tapi bila isu ini dimainkan semula dalam internet dan laki mak yang pandai sejarah explain baru mak paham.



Kita sebagai orang Islam mesti nak pemimpin kita Islam. Sedih bila ada Islam yang pilih pemimpin bukan seagama hanya kerana menyokong parti tertentu. Sebab tu mak pernah buat status "undilah sebagai muslim, bukan berdasarkan parti" something like that. Melayu, islam bersatulah! Jangan sampai kita merempat di bumi sendiri.







Yang sudah tu sudah lah. Redha dengan ketetapan Allah.



“Boleh jadi, kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah yang paling mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (QS. Al-Baqarah:216)


Ingat tak rukun iman ke-6? Kalau tak boleh terima qada qadar macam mana tu?


Apa-apa pun kehidupan perlu diteruskan. Jangan menoleh kebelakang, rancang kehidupan yang lebih sempurna untuk anak cucu akan datang.



Kepada pihak yang menang, sila teruskan berbakti kepada rakyat dengan adil. Sedikit Sama Dirasa, Banyak Dibagi Rata. Tunaikan segala janji dan manifesto anda.  Mohon pemimpin memimpin isteri ke jalan yang diredhai Allah, insyaa Allah yang tak pilih pun akan pilih.


Kepada pihak yang tewas, ada masa 4-5 tahun lagi untuk pancing undi rakyat. Apa kata tunaikan dulu janji dan manifesto yang ditaburkan di negeri jajahan kalian. Insyaa Allah akan terbuka hati yang lain untuk memilih.



Kalau ikut hati mak ni, banyak betul benda nak tulis pasal pru. Lagi-lagi bila baca status kat facebook tu. Tapi malas nak layan. Paling tidak pun mak menceceh kat laki mak. Nanti dia sambung dengan hujah-hujah dia. Yang peliknya, kedua-dua pro-bn dan pro-pr sibuk update itu ini, share itu ini sepanjang masa. Korang tak kerja eh? Ke makan gaji buta? Hahaha


Ok! Dari entry ni nampak sangat tak mak ni belah mana? Hehehe~~


Published with Blogger-droid v2.0.8

Related Posts with Thumbnails