Sunday, June 16, 2013

5th Wedding Anniversary

Jumaat lepas genap 5 tahun usia pernikahan kami. Alhamdulillah masih dipanjangkan usia dan jodoh kami walau macam-macam pahit manis yang melanda sepanjang tempoh ini. Tak payah nak story detail la kan. Takut nanti ada yang bertepuk tangan. Cuma yang pasti, betul la orang tua cakap.


Tahun pertama - kedua adalah honeymoon years. Semuanya indah! Lagi-lagi dengan kehadiran cahaya mata.
Tahun ketiga - keempat adalah tahun dugaan. Letih melayan anak yang semakin banyak ragam. Dapat rezeki tambah anak, semakin penat menguruskan rumahtangga. Sang suami semakin kuat bekerja. Menjadikan kuman di seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak.
Tahun kelima - mendatang insyaa Allah semakin memahami peranan dan tanggungjawab masing-masing


Kahwin, bukan sebab yang 'itu' je. Its about dua hati menjadi satu. Bila ada kecik hati sikit akan berdiam diri sekejap je. Tak betah lama-lama sebab nak kena cakap juga perihal anak-anak. So takde istilah merajuk dan dipujuk. If isu besar mungkin la boleh protes lama tapi for the time being semua hal remeh yang simpan dalam hati. Its not got actually, tapi kumpul-kumpul sampai satu tahap akan luah segala tok nenek. Huhu



Bila dah berkahwin, lagi-lagi dah beranak pinak, semua kehendak diri terpaksa dilupakan. Berkorban. Keluarga diutamakan. Tell u, the last time saya dapat menghabiskan masa masuk spa bagai adalah before kahwin. Mak ni bukan la jenis high maintainence nak kena pergi spa every week. But sometimes teringin nak pamper myself tapi bila fikir anak-anak, ok takpe lah. Nanti-nanti lah. Tak penting pun benda-benda ni. Nak harap rest kat rumah memang tak lah. Dalam pantang pun kena buat kerja rumah. Ni ha. Kaki berbungkus pun kena sidai kain, basuh pinggan. Jap lagi story pasal kaki ni!



Kali terakhir keluar dengan kawan-kawan, masa pregnant azhad ada keluar dengan hasdi dan nady. Lepas tu dapat jumpa hasdi masa lawat anak dia si aimy. Nady sampai la ni tak ketemu. Lepas tu jumpa yong masa azhad nak setahun umurnya, tahun 2011. Kira families outing la. Bawa anak dan suami masing-masing dan tak berjumpa lagi sampai hari ni. Kadang-kadang tu teringin juga keluar jumpa member untuk melupakan sementara kepenatan menjaga anak-anak lelakiku itu..



Ada seorang kenalan seMRSM pernah tulis kat fb dia. Dalam sebulan dia akan spend at least sehari keluar dating dengan wife dia. Pergi tengok movie, jalan-jalan untuk memekarkan cinta dihati. Told this to mr hubby, tapi he is not this type of hubby la. Dia cakap, sanggup pula tinggalkan anak-anak. Ok! Terpaksa la mak padamkan niat di hati. Nak tengok movie nanti en suami beli la dvd tak pun langgan astro first. Tengok dengan anak-anak dirumah. Bonding time juga tu. Tapi, just two of us? Ermmm. Really miss the moment lah! Sebab itu Allah bagi kami masa almost 2 tahun untuk enjoy berdua. Sebab Dia tahu, lepas ada anak kami tidak akan ada masa untuk berdua lagi. Anak is our priority.



Ok nak story sikit pasal kaki berbungkus ni! Begini ceritanya. Hari jumaat, malam tu kami pergi kedai sebab ada customer nak ambil barang. Lepas dia beli dan balik, kami pun balik juga la. Ntah macam mana masa turun tangga anak tangga terakhir tu boleh terpijak lubang dekat lantai tu. Terus "tap" bunyi tulang kaki kiri saya. Masa tu tengah dukung arsyad. Nasib baik dia tak jatuh. Saya yang dah jatuh ni nak nangis je rasa sebab sakit. Terus hubby ambil arsyad. Arsyad diam dan pandang je ummi dia. Macam terkejut gitu. Jalan terhenjut-henjut. Sakit! Nasib lah parking dekat je. Sampai rumah tengok ada benjol kat kaki tu. Macam pelik je. Takkan sekejap je dah masuk angin. Hubby tolong urutkan sikit dan balut. Esoknya iaitu sabtu tu dah takde benjol tu tapi membengkak sikit la. Paksa juga berjalan sebab nak solat, mandi, makan, layan anak-anak semuakan. Memang seksa tapi dengan solat tu rasanya boleh lembutkan urat-urat kat kaki tu. Bab kerja rumah tu bukan suami tak tolong tapi semalam family suami sampai kl so nak kena beli lauk, masak, ambil stock niaga so terpaksa la mak gagahkan juga buat yang termampu.



Sampai saat dan tika entry ni ditype pun kaki masih sakit. Ada tulang macam terkeluar sikit. Tengok kaki kanan tulang tu tak menonjol, belah kiri ni tertonjol sikit. Tapi bila jalan tak sakit sangat dah. Cuma bila picit tempat sakit tu, sakitlah. Tak tahu la bila encik suami nak bawa urut or xray ke. Sibuk layan family dia. Huhu..



Erm kiranya inilah hadiah anniversary untuk tahun ni. Jatuh pun lebih kurang 930pm gitu, macam time nikah dulu. Huhuhu


Ok lah. Semoga rumah tangga yang kami bina ini sentiasa dalam rahmatNya. Semoga cinta mekar di hati.



Psstt.. bestnya la kalau tok laki i ni jenis suka buat surprise ke. Ini buat donno je. Ermm.. Takpe lah. Dia setia pada i pun dah syukur Alhamdulillah.



Cari gambar berdua takde la pulak! Punya lah lama tak bergambar. Dok amik gambar anak je.. Tepeklah gambar lepas akad nikah dulu. Huhu.. Adakah kami masih sama or ada yang semakin kembang atau mengecut? Hehehe






Ok bye!



Published with Blogger-droid v2.0.8

Friday, June 7, 2013

Arsyad ooo Arsyad

Malam tadi 6jun Arsyad jatuh lagi. Kali ni panjat laci dalam bilik. Main sorang je pun. Time tu abang tengok tv. Ummi tengah online dalam bilik yang sama. Bila dia jatuh dan menangis ummi buat tak kisah. Siapa suruh memanjat. Biasa kalau jatuh dan nangis sekejap je. Tapi dalam tak peduli tu tengok juga la kat arsyad yang tengah nangis tu. Sekali tengok berjujuran darah mengalir membasahi baju. Luka dekat kening belah kiri pulak. Sebelum ni kena belah kanan tapi tak pernah story lg. Hidung pun keluar darah juga. Terus dukung dia bawa cuci luka dan sapu minyak but but. Tampal plaster. Nasib baik ada lagi plaster tapi tu yang terakhir. Hari ni kena pergi beli stock plaster la nampaknya. Lepas tu dia diam tapi tangan sibuk nak buka plaster. Lepas kejadian tu dia still main lagi tapi macam slow je. Mungkin penat dan mengantuk.




Muka masam lepas tragedi



Dalam masa 4 hari dua kali berlaku peristiwa berdarah kepada Arsyad. Di kala hanya ummi di rumah. Haruslah panik! Bila duduk sendiri semua barang-barang penting kena lengkap macam first aid tu.. Kalau tak memang bertambah kelam kabut la. Mana nak pujuk anak yang sedang menangis, nak cari ubat lagi. Azhad seperti biasa la bila nampak adik berdarah, dia yang nak nangis dan sibuk cakap "adik sakit" berulang-ulang.






Arsyad ooo arsyad. Jangan lah lasak sangat. Muka dah comel tapi penuh parut dan lebam sana sini. Tu tak pe lagi. Ni terhantuk sana sini tak tahu dalaman tu macam mana. Semoga Allah hindari anak-anakku dari perkara buruk.



Published with Blogger-droid v2.0.8

Monday, June 3, 2013

Hujung Minggu Awal Jun Dalam Sejarah!

Memang dalam sejarah!


Sabtu lepas 1 Jun, kami tiga beranak jaga kedai sebab staff ada hal. Sebenarnya dia dah nak berhenti, nak mula semester baru 10 Jun nanti. Dah dapat pekerja baru tapi isnin ni baru mula. Nak tak nak kena jaga kedai la. Walaupun hati berat nak ikut adik beradik balik kampung! Dah lama tak jaga kedai, bila kena jaga kena saya memang ok! Tapi anak-anak la. Adik sibuk nak berkepit. Main kejap je, lepas tu cari ummi dia. Abang memang sudah tak peduli kat ummi dia sampai apa yang dilarang semua dia tak peduli. Tunggu ummi dia menjerit baru dia dengar cakap.



Nak dijadikan cerita, ketika saya sedang tidurkan Arsyad ada budak menjerit dan menangis cakap "sakit, sakit". Bila saya suruh datang dia tak datang. Saya jengah tengok dia pegang lutut sambil menangis. Gaya menangis memang tak boleh blah. Macam kena dera. Sakit sangat kot! Nasib baik la adik dah lelap, saya letakkan dia dalam rocker dan pergi ambil abang. Kaki sakit kena la dukung. Pujuk sikit dan suruh dia tidur. Dia siap suruh sapu minyak, tapi kat kedai takde minyak. Nasib baik la dia boleh tidur sebab waktu tu pukul 5 petang dan dia belum tidur lagi.



Pukul 7 malam baru dua beradik tu bangun. Abang menangis cakap kaki sakit. Ok! Maksudnya tak tipu la kan. Lepas bangun tidur pun sakit. Budak kalau tipu lepas bangun tidur mesti lupa drama sebelum tidur, kan! Yeke? Nak pujuk punya pasal cari juga la minyak, jumpa minyak cap kapak dan sapu je. Lepas solat maghrib kami balik. Kepala hotak saya ligat berfikir macam mana nak bawa dua orang kanak-kanak ni turun tangga. Kalau bawa turun abang dulu takut adik jatuh lak. Jadi saya bawa turun adik dulu. Nasib lah ada pintu kat bawah tangga jadi tak risau dia keluar. Lepas letak adik kat bawah, saya panjat tangga ambil abang pula. Turun separuh tangga, tengok Arsyad dah naik tangga balik. Erm. Macam mana nak bawa diorang turun ni? Nak dukung adik dulu nanti mesti dia naik balik. Nak bawa abang turun dulu mesti menjerit kaw-kaw bila letak kat bawah, lagipun takut adik jatuh. Sudahnya terpaksalah dukung kedua-duanya turun dalam 10 anak tangga. Menggigil kaki saya. Gagahkan juga lak.



Sampai kat bawah saya turunkan Arsyad, dukung Azhad. Pimpinlah tangan adik menuju ke kereta. Nasib la adik ikut je tak de nak berhenti mengutip barang ke apa. Tapi ada la beberapa kali dia jatuh. Bila nak bangun depakan tangan minta dukung. Tapi saya suruh jalan. Kesian dia.. Kalau parking kereta depan kedai takde la jauh sangat. Ni saya parking kereta belakang bangunan kedai tu sebab park depan kedai kena side parking. Saya fail lagi! Lenguh juga la tangan dukung abang 15kg kot. Ke lebih?



Dalam kereta abang merengek lagi. Adik diam je dalam carseat dia. Sampai kat blok sama juga. Adik kena jalan sebab nak dukung abang. Alhamdulillah la adik beri kerjasama. Kalau dia nak dukung juga memang menangis la saya! Huhuhu



Sampai rumah saya sapukan minyak pada lutut abang dan tukar seluar dia. Abang tak payah mandi. Kaki sakit tak boleh berdiri, kan. So adik mandi seorang. Abang tengok dari luar je sebab selalunya diorang mandi sama-sama. Lepas adik mandi kami tengok tv. Tengah tengok tv tu perasan ada budak berubah tempat duduk. Eh! Dia bergerak macam mana? Jalan ke merangkak? Sebab masa nangis sakit kaki tu dia merangkak je. Saya confuse. Tapi tak tegur. Takut bila tegur nanti kaki sakit balik. Tak lama lepas tu dia main basikal pula. Confirm! Dah tak sakit dah kaki dia. Alhamdulillah lega! Saya dah fikir kalau betul kaki dia sakit nak buat apa sebab semua orang takde. Suami jauh. Adik beradik semua balik kampung. Bukan setakat main basikal, main lompat-lompat dari atas katil ke tilam di sebelah katil. Bila lagu masterchef joget-joget dua beradik tu. Apa-apa pun Alhamdulillah Allah permudahkan.







Keesokannya pula boleh main panjat tingkap kat katil tu. Tak lah risau sangat sebab bawah tu ada tilam. Tapi azhad ni bukan boleh. Sakit sikit menjerit je lebih. Lagipun dia ada sejarah tangan terseliuh takut salah landing nanti sakit tangan pula. So risau juga la sebenarnya. Adik tengok je dari bawah. Tunggu sikit hari lagi nanti cari anak tak jumpa rupanya memanjat tingkap di sebalik langsir.



Malam ahad 2 Jun, pula ada peristiwa berdarah. Pukul 10 lebih saya dalam bilik air ambil wudu' tetiba dengar bunyi budak jatuh dan menangis. Dah tau siapa yang jatuh. Sebab dia suka panjat kabinet tv tapi tak reti turun. Saya dukung dan pujuk dia. Tiup dan gosok kepala dia. Bila dia dah diam baru sedar hidung berdarah dan ada kesan kat batang hidung dia. Ya Allah! Ingatkan jatuh kepala terhantuk. Rupanya terhantuk hidung. Terus basuh dan lap darah tu. Arsyad dok tonyoh hidung dia. Tak selesa kot. Tapi tak menangis lagi lepas tu. Tidur pun lena je. Harap-harap takde apa-apa yang memudaratkan lah. Erm macam mana boleh jatuh pun tak tahu la. Biasanya dia akan menangis dan tunggu saya ambil. Hanya abang je tahu apa yang terjadi sebab abang je ada kat situ ketika kejadian. 






Semoga anak-anakku dibawah rahmatNya selalu.




Published with Blogger-droid v2.0.8

Related Posts with Thumbnails