Setelah sekian lama tak join contest, kali ni nak join contest berkaitan breastfeed.. harus la joinkan sebab saya kan full bf Azhad.. hehe..
Contest kali ni anjuran MySuperKids dan Bling Buubies, diadakan sempena pelancaran blog Susu Sihat dan sebagai promosi bf di public..
gambar yang dipertaruhkan ni diambil ketika bf azhad dalam fitting room di Parkson.. ni je la gambar bf azhad yang ada pun. masuk fitting room bukan sebab malu, tapi sebab time tu kitorg dalam Parkson dan azhad dah ngamuk, nak tak nak cari la tempat terdekat dan yang kitorg jumpa fitting room. so layankan je.. sambil-sambil tu ummi azhad snap pic.. dok depan cermin kan harus la syok sendiri jap.. hehe
Syukur Alhamdulillah kerana dapat juga saya susukan Azhad sehingga umurnya 6 bulan walaupun bermacam bunyi dan kata-kata yang menyakitkan telinga dan boleh mematahkan semangat saya. pekakkan telinga dan cekalkan hati adalah petua saya dapat bertahan untuk terus breastfeed azhad. kini azhad dah nak masuk 7 bulan, sudah mula makan bubur tapi susu saya tetap jadi kegemarannya. insyaAllah saya akan terus susukan azhad sehingga umurnya 2 tahun kerana susu ibu adalah yang terbaik. selain mendapat khasiat, dapat eratkan hubungan ibu dan anak, juga dapat jimat duit walaupun tak boleh kaya. hehe. rugi rasanya apabila surirumah tidak mennggunakan kelebihan duduk dirumah dengan menyusukan anak. tambahan, bila breastfeed tak perlu bawa beg banyak apabila keluar berjalan. kini menyusukan anak lebih mudah kerana dah ada baju untuk breastfeed, dan shopping mall juga banyak yang sudah sediakan bilik untuk menyusu. susu ibu adalah kelebihan wanita dan anugerah Allah yang tak tertanding, jadi manfaatkannya sebaiknya.. :)
mudah-mudahan ada lah rezeki saya.. Amin..
2 comments:
betul2.. surirumah lg la plg beruntung sbb dpt fully bf baby dan baby dpt terus dr ibu. baby yg fully bf biasanya bijak2 dan bf jgk bleh menjarakkan anak.. xyah mkn pill.
tepat!!!
wah hasdi dah pandai. tak sabar tunggu ur turn.. :)
Post a Comment