Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, July 3, 2011

Nasi Hujan Panas

Assalamualaikum.

Berkurun dah tak buat entry pasal makanan. Tetiba je rajin. Tapi bukan rajin masak, rajin buat entry pasal makanan je. Tukang masaknya adalah mr hubby, as usual.


Baru-baru ni a friend of mine ada bagi link blog masak-masak. Tetiba rasa macam nak try masak makanan yang tak biasa masak. Dah lama tak mencuba resepi orang. Tapi this time bukan ambil dari blog tu, dan bukan makanan yang saya nak buat pun. Mr hubby dah beberapa lama cakap nak makan nasi hujan panas, dimana di KL ni payah nak dapat. Jadinya kena la buat sendiri. Belek-belek resepi tu rupanya tak la susah mana. Jom tengok!


Bahan-bahan (6-8 orang)
4 cawan beras
1 biji limau nipis
2 sudu mentega
3 sudu susu pekat (ikut kemanisan yang diingini)
Garam secukup rasa
Gajus dan kismis ikut citarasa
Pewarna (kami guna hijau, merah dan kuning)

Bahan tumis:
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
Rempah 4 serangkai (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga & bunga cengkih)


Cara - cara:

1. Basuh beras dan sukat air seperti biasa
2. Panaskan mentega untuk menumis
3. Masukkan bahan tumis dan tumis sehingga naik bau
4. Kemudian masukkan susu, garam dan perah limau nipis
5. Setelah menggelegak, masukkan bahan-bahan yang telah ditumis ke dalam periuk nasi. Kacau sebati
6. Setelah nasi agak kering, masukkan gajus dan kismis. Kacau sebati.
7. Kemudian cucuk sudu/lidi bersama pewarna tadi ke dalam nasi.
8. Selepas 20 - 30 minit baru nasi dikacau.
9. Siap! Sedap dimakan dengan ayam masak merah.





Ni first time saya makan nasi ni. Not so bad. Senang pun senang. Agak-agak malas masak banyak lauk buat je nasi ni. Satu lauk dah cukup sebab nasi tu sendiri dah ada perasa.

Selamat mencuba!



Published with Blogger-droid v1.7.2

2 comments:

Unknown said...

wah! nampak sedap! nanti ada masa jemput joint contest hantaran idaman kat
www.akusyafrina.blogspot.com

liza said...

Tq. Ada masa try la. Hehe. InsyaAllah kalau sempat. Tq

Related Posts with Thumbnails