Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, August 9, 2011

Azhad 15 Bulan

Assalamualaikum..







Inilah hadiah buat azhad sempena hari lahirnya yang ke -15 bulan, sabtu lepas.. memang terbaik terburuk lah! Pernah dengar tak tangkal berbunyi macam ni


"Fuh, tangkal balik pintu, orang nakal memang macam tu"


Huhu.. Actually tak la nakal mana pun budak azhad tu, tapi galak sangat main tu yang jadi macam tu. Yang lebih galak laginya, dia sibuk kejar anak dara orang, pompuan tu muda 2-3 tahun dari kami je, while masa tu ummi abi azhad sibuk pilih bag. budak pompuan tu salesgirl kedai tu, layan je azhad. berjalan tak stabil lagi dah berlari-lari, sudahnya jatuh tertiarap dalam kedai. tapi masa jatuh tu tak nangis pun. tak lama lepas tu terus menjerit macam orang kena histeria. dah la suara nyempring. upah bola pun tak jalan. balik rumah baru la kami detect tangan kanan azhad tak bergerak. bila bagi mainan ambil guna tangan kiri je. oh azhad! dalam masa 6 bulan, 3 kali dah tangan tu terseliuh.. 2 kali tangan kanan, 1 kali tangan kiri.. aduhai!!


so malam tu terus la pergi rumah bidan yang jaga saya untuk urut azhad. biasanya 2 hari dah baik. ni dah 4 hari tak ok lagi. semalam lepas berbuka pergi urut balik. hari Ahad kami bawa gi hospital untuk scan, Alhamdulillah tak patah. memang tahu tak patah pun, kalau patah langsung tak boleh angkat tangan. ni pegang barang boleh tapi tak boleh lipat kan tangan tu.. tapi ikutkan je la abi azhad nak pergi..


sambil tu nak update sikit perkembangan Azhad 15 bulan..
- berjalan tak stabil lagi, tapi dah berlari
- belum boleh memanggil ummi or abi
- mulut banyak cakap bahasa Jerman, "tokotokotok" Qalqalah qubra gitu
- dah pandai buka almari baju dia yang tak bertombol tu. penat nak kemas hall tak habis, nak kemas kain baju dia lak!
- dah pandai amik cawan atas meja untuk minum air. lepas dapat minum seteguk dua, cawan jatuh, lantai basah. nasib baik cawan tak pecah. baju azhad pun tak basah
- pandai merajuk bila kena marah. tunduk je or sorok muka celah ketiak orang yang marah dia
- pandai buat gaya marah bila kita nak marah dia. terus tak jadi marah. hehe
- dah tak makan bubur or nasi lembik due tu ummi yang malas. makan apa yang kami makan, tapi tak best lak tak boleh masak pedas-pedas nanti azhad tak boleh makan
- dah tak nak mandi dalam besen mandi dia. dah tak muat kot. so mandi berdiri je.



lagi?? tak boleh nak fikir. rasa macam tak banyak perubahan pun, since last update pun 2minggu lepas kan..



@tesco ampang. boleh mengembur lagi walaupun sebelah tangan sakit..


mommies, doakan supaya tangan azhad cepat sembuh ye. kesian dia main guna sebelah tangan je.. nak makan pun guna tangan kiri.. nasib baik tak kena cebuk sendiri. kalau tak, itu la tangan makan, itu la tangan basuh montot.. huhuhu


4 comments:

Ira said...

siannye azhad. biasa la kan azhad, kalau tak nakal, x macho la. :) azhad kan cool je.. semoga tangan azhad cepat sembuh ye.. lps tu blh main lagi.

liza said...

huhu.. tak nakal, bukan budak la kan.. ni nampak dah ok sikit tapi kalau lipatkan tangan dia, dia marah. main tetap main walaupun tangan sakit. hehehe

DiLLaiLa said...

alahai siannye bujang ko liza..takpelah insyaAllah esok lusa elok la tu..
mlm td sbnrnye aku suspect anak aku pon patah tgn..sekali x daaa...menangis je menjerit2 lbey ..sume2 tanak..satu jam aku berdiri pujuk die..rupe2nye bad mood je..bgn tido aku nak terus sumbat nasik..nasik panas lak tu..wakakaka..

liza said...

boleh lak bad mood si sufia tu.. azhad sekarang bad mood masa mandi pagi sampai lepas mandi. nak berdukung je.. kalau letak habis satu flat suara dia. suara kalau slow tak pe. hehe

Related Posts with Thumbnails