Ok!
Ini bukan Pengajian Jarak Jauh! Tetapi PERKAHWINAN JARAK JAUH!
Encik suami sudah mula bekhidmat di Lumut pada 13 mei 2013. Terima kasih kepada yang terlibat memindahkan encik suami ke sana. Kalau ke Lumut tapi dok base ok lagi. Ni naik kapal. Jawabnya memang tak ikut la. Buat apa ikut ke Lumut tapi bila beliau belayar, saya kena tinggal sendirian dengan anak-anak. Sama je macam duduk kat kl ni. Duduk KL lagi ok sebab adik beradik saya semua kat sini. Jika ada kecemasan senang nak minta bantuan.
Kalau tak silap ini adalah kali ke 4-5 encik suami tukar perjawatan dalam tempoh 5 tahun (2008-2013). Beliau tak stay lama di sesuatu jawatan. Kebanyakan kawan beliau baru pindah 3-4 kali. Ada tu dari graduate sampai anak 3 situ duduknya. Tu la siapa suruh cemerlang sangat. Sana sini rebutkan u. Ke melantong sangat sampaikan semua tak nak u? Hehehe~ Bila saya tanya macam tu dia jawab "penilaian dapat paling tinggi tau 8+/10". Ok! Tahniah!
Yang hampehnya, salah satu reason encik suami dipindahkan adalah kerana isteri beliau tidak bekerja. Hampeh!!!! Saya ni pemilik bisnes/kedai sendiri, mana boleh ikut laki pindah sana-sini. Kalau makan gaji boleh la resign dan cari kerja lain or minta transfer jika kerja kerajaan juga. Tapi zaman sekarang bukan senang nak dapat kerja.
Lepas dapat signal tu encik suami cakap kesian kat anak-anak. Saya jawablah, "kesian kat anak-anak kenapa? Diorang bukan faham apa-apa lagi. Patut kesian kat orang yang kena jaga diorang sorang2.." Encik suami cakap kesian sebab budak-budak tengah membesar perlukan kasih sayang bapa. Ala, bukan tak jumpa langsung. Dua minggu sekali boleh balik kalau tak belayar. Lagipun selama duduk bersama ni pun anak-anak melekat kat ummi dia je. Abi ada ke, tak de ke sama je. Kat mana ummi dia duduk, kat situ la budak-budak ni bermain. Abi dia best je layan bola sorang-sorang.
Masa mula-mula dapat khabar angin pasal pindah tu just dapat hint bulan Jun. Tapi rupa-rupanya lebih awal lagi. Tak terkejut sangat sebab memang dah diberitahu akan dipindahkan. Cuma tak sangka lebih awal. Yang lagi best tu diberitahu 10 hari sebelum kena lapor diri iaitu pada 3 mei. Terbaiklah kan! Gaya macam orang bujang pindah je. Nasib lah encik suami pergi sendiri je. Kalau semua pindah memang kelam kabut la nak urus macam-macam. Tabik spring kat siapa yang uruskan!!
Ermmm seperti yang dijangka nampaknya puasa kali ni sendirian la. Sedih rasa. Beliau at least berbuka dan sahur dengan crew kapal. Me? Nampak gayanya bujang style la. Melayan anak-anak lagi.. Ok redha!
Beberapa perkara yang terasa bila ketiadaan encik suami
1. masak - sebelum ni kalau masak kena fikir 2-3 jenis lauk. Bila beliau takde ayam masak kicap je pun ok je. Tak boleh kalau tak masak langsung sebab kena fikir perut anak-anak bujang saya yang kuat makan tu. Kalau lapar malam-malam dulu beliau yang masuk dapur, tau-tau je dah terhidang meggi atas meja makan. La ni lapar malam-malam pandai-pandai la.. Dulu bila weekend kalau saya leka menyusukan arsyad, ada la orang masuk dapur masak lunch. Kalau saya yang masak ada juga la orang layan anak-anak walaupun selalunya mesti bolos masuk ke dapur juga. Sekarang ni nak tak nak berperang la dengan kuali periuk sambil anak-anak bermain di dapur. Bila boring arsyad mula menangis kena la memasak sambil mendukung budak 11kilo tu..
2. Jalan-jalan - no more outing during weekdays. Melainkan ke kedai sahaja. Itu pun 2 hari sekali baru pergi kedai. Malas nak pergi kedai setiap hari sebab habis kedai dikerjakan budak-budak ni. Kesian staff yang jaga. Walaupun saya dah boleh drive tapi setakat pergi kedai dan sekitar desa pandan dan tesco je la. Nak pergi jauh bertiga memang tak lah. Siapa nak layan arsyad masa drive kalau dia nangis. Kalau kat mall siapa nak kejar azhad, siapa nak pegang arsyad. So mudahnya, kita duduk rumah je. Tunggu abi balik kalau nak berjalan.
3. Mandi - owh kitorang memang tak mandi bersama! Ni berkaitan anak-anak. Bila encik suami tiada semua saya kena buat sendiri. Dari basuh berak, mandikan mereka sehingga pakaikan pakaian. Kalau dulu bila beliau di rumah iaitu selepas balik kerja atau weekend beliau akan tolong uruskan azhad, manakala saya uruskan arsyad. Dua beradik ni sekarang mandi bersama. So bayangkan bila kena handle both dalam satu masa. Dalam bilik air ok lagi la jika terkencing ke, buang air besar ke kan. Ni bila sorang keluar, lagi sorang pun keluar juga. Kena cepat-cepat la pakaikan diaper siapa yang keluar dulu. Takut terbuang hajat atas tilam. Kalau abi diorang ada senang, amik sorang satu.
4. Tv - Best part la sebab chanel sport tak buka langsung. So remote tv tu saya yang punya. Hahaha! Tapi Azhad pun pandai demand juga walaupun dia tak reti tekan chanel yang dia nak. Tapi yang bagusnya dia tak minat kartun kecuali Upin Ipin dan Wonderpets. Kartun lain kalau saya saja buka nak bagi dua beradik leka mesti azhad suruh tukar lain. Buka drama baru diam. Bila encik suami takde, syok la tengok tv tanpa gangguan. Kalau tak, kejap buka ni pastu tukar lain. Tapi sekarang ni pukul 10 malam dah tutup tv sebab tak tahu nak tengok cerita apa.
5. Tidur - Nak tidurkan Arsyad senang je sebab dia masih menyusu so menyusukan dia je terus tidur. Tapi kadang-kadang kalau abang sibuk main lagi dia pun bangun balik lepas menyusu. Yang mencabarnya bila nak tidurkan Azhad. Tutup je lampu dia menangis tak nak tidur padahal mata dah tak boleh nak buka. Kena la pandai-pandai pujuk bagi dia diam. Tapi kebanyakan masanya kena jerit balik baru dia diam. Tak makan pujuk ni. Lepas dah diam kena peluk dia sambil tepuk baru la lena. Tu pun kalau lena la. Kadang-kadang tu kami tidur je, pandai-pandai la dia tidur sendiri. Time encik suami ada ok la boleh tolong jaga azhad walaupun selalunya ketiak saya juga yang dia nak. So sekarang bila tinggal kami bertiga je memang saya la kena hadap. Bila kena tidurkan mereka berdua serentak, terkepak la tangan ni. Macam robot dah. Sekarang ni dalam proses mengajar Azhad tidur sendiri tanpa peluk. Rasanya masanya sudah tiba. Tapi untuk tidur bilik sendiri masih terlalu awal kan..
The best part pasal PJJ ni, pada i la.. Rindu-rinduan. Sebelum tidur gayut-gayutan. Sebelum letak phone mengucapkan kata keramat. Kalau depan mata memang tak la. Hehehe~ Hari ini genap 2 minggu encik suami draf. Tapi weekend minggu pertama hari tu beliau ada balik. Weekend baru ni tak balik sebab belayar 24/5-2/6. Insyaa Allah 8/6 baru balik. Ermm ting tong! Aku merinduimu~
Ni gambar beliau derma darah seminggu sebelum draf
Ermm lama tak tepek gambar beliau kan. Asyik letak gambar hero-hero kecik je. Alhamdulillah anak-anak sihat, tak de demam rindu ke apa. Adik belum tahu apa lagi. Abang je kadang-kadang sebut-sebut abi. Bila bunyi loceng rumah cepat-cepat nak buka pintu sambil sebut abi. Bila tanya abi mana, dia jawab "abi work jauh". Huhu sedih!
Ok la. Ada masa i mengarang lagi. Banyak benda dalam kepala otak tapi masa membatasi segalanya. Semoga ceria selalu..
Assalamualaikum

Published with Blogger-droid v2.0.8
2 comments:
Moga tabah...ok...my bff pun hubby dia navy..base kat kuantan... tapi sama gak duk kapal..so kawan saya tak ikut sbb payah...keje lagi...anak2 lagi... dah 2 tahun kt sana..skrg sebulan kat lahad datu plak... insyaAllah lepas lahad datu ni...akan transfer kl balik..alhamdulillah...seronok sgt kawan saya... harap awak pun tabah ok... :)
Terima kasih. Alhamdulillah tak terasa sangat sebenarnya sebab sibuk melayan kerenah anak-anak..
LD.. Bakal juga tu. Huhu
Post a Comment