Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, July 21, 2011

I'm Back!

Assalamualaikum


Its been a while..
banyak benda nak cerita tapi ada masalah dengan email gmail
lepas satu, satu ujian yang datang
Alhamdulillah finally dapat juga account gmail balik
tapi FB JOS tak dapat nak diselamatkan
terpaksa la create account baru, dengan nama baru

semoga ALLAH tambah rezeki kami dengan ujian ini..


ehhh.. mesti ada yang tertunggu-tunggu entry terbaru, kan
almaklumla boleh buat bahan ngumpat sesama sendiri
or lebih tepat nak ambil tahu je.. huhu


till then, sehingga bertemu lagi


daa~~~

Friday, July 8, 2011

Mainan Baru Azhad

Yeay!!

Azhad dapat mainan baru LAGI!!





Tricycle tu pemberian abi azhad sempena birthday azhad dua bulan lepas. Puzzle or lego tu ummi belikan walaupun rasanya terlalu awal bagi mainan macam tu. Tapi sebab harga RM10 je so ummi beli je. Simpan dulu. Agak-agak azhad dah ready baru bagi main. Hehehe


Owh ye. Kami membeli-belah di Mydear Warehouse Sales di Puchong yang sedang berlangsung sehingga 10 Julai. Memang tunggu sale ni pun untuk beli hadiah azhad. Tu yang tertunda berbulan-bulan. So, siapa-siapa yang nak menghabiskan duit sila lah. Jangan malu-malu. Kekekeke




Excited ok! Abi tak siap pasang lagi tuan kecik dah menyibuk.




Eh! Kami tak beli pun ni. Saja snap untuk tatapan my sis. Kot-kot dia berkenan nak belikan anak dia. 50% discount. Murah! Banyak lagi yang menarik. Tapi sangat sesuai buat yang baru nak ada baby. Ada jual baby cot, stroller, walker, bouncer etc.



Eh!! Azhad dah 14 bulan la. Bila nak update ni. Mudah-mudahan ada kesempatan. Bye!



Published with Blogger-droid v1.7.2

Sunday, July 3, 2011

Nasi Hujan Panas

Assalamualaikum.

Berkurun dah tak buat entry pasal makanan. Tetiba je rajin. Tapi bukan rajin masak, rajin buat entry pasal makanan je. Tukang masaknya adalah mr hubby, as usual.


Baru-baru ni a friend of mine ada bagi link blog masak-masak. Tetiba rasa macam nak try masak makanan yang tak biasa masak. Dah lama tak mencuba resepi orang. Tapi this time bukan ambil dari blog tu, dan bukan makanan yang saya nak buat pun. Mr hubby dah beberapa lama cakap nak makan nasi hujan panas, dimana di KL ni payah nak dapat. Jadinya kena la buat sendiri. Belek-belek resepi tu rupanya tak la susah mana. Jom tengok!


Bahan-bahan (6-8 orang)
4 cawan beras
1 biji limau nipis
2 sudu mentega
3 sudu susu pekat (ikut kemanisan yang diingini)
Garam secukup rasa
Gajus dan kismis ikut citarasa
Pewarna (kami guna hijau, merah dan kuning)

Bahan tumis:
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
Rempah 4 serangkai (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga & bunga cengkih)


Cara - cara:

1. Basuh beras dan sukat air seperti biasa
2. Panaskan mentega untuk menumis
3. Masukkan bahan tumis dan tumis sehingga naik bau
4. Kemudian masukkan susu, garam dan perah limau nipis
5. Setelah menggelegak, masukkan bahan-bahan yang telah ditumis ke dalam periuk nasi. Kacau sebati
6. Setelah nasi agak kering, masukkan gajus dan kismis. Kacau sebati.
7. Kemudian cucuk sudu/lidi bersama pewarna tadi ke dalam nasi.
8. Selepas 20 - 30 minit baru nasi dikacau.
9. Siap! Sedap dimakan dengan ayam masak merah.





Ni first time saya makan nasi ni. Not so bad. Senang pun senang. Agak-agak malas masak banyak lauk buat je nasi ni. Satu lauk dah cukup sebab nasi tu sendiri dah ada perasa.

Selamat mencuba!



Published with Blogger-droid v1.7.2

Related Posts with Thumbnails