Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, March 27, 2011

Lagi My BIG Day

Assalamualaikum..


hari minggu yang sibuk dan memenatkan. tapi adalah antara kenangan terindah dalam hidupku..


Alhamdulillah! Setelah setahun lebih menunggu, akhirnya tamatlah penantianku. Dengan rasminya saya telah pun mendapat master dalam kejuruteraan mekanikal.


26 mac 2011 beberapa hari yang lepas adalah my BIG day.. mungkin ada yang ingat saya extend. tapi tidak. nanti saya buat kronologi pengajian saya ye.. huhu.. entry kali ni nak fokus pada sepanjang beberapa hari berada di Johor sempena konvokesyen ke-46 UTM Sanjungan Bangsa~~


tapi sebelum tu jom layan beberapa keping gambar!



azhad yang ditinggalkan ummi.. nasib abi boleh handle.. huhu


"ummi, i'm next!" siap angkat tangan lagi..


beloved supporters.. thanks for coming


ummi & azhad. love this pic



Saya, hubby dan azhad sampai di Johor pada hari khamis malam. gerak dalam pukul 5pm lebih. pukul 11pm lebih baru sampai. tu pun siap terlepas simpang masuk UTM selepas tol. terpaksalah masuk simpang kempas. nasib baik la hubby familiar jalan situ. kalau tak mahunya sesat ke JB. lagi haru! sepanjang perjalanan tu saya dan azhad duduk seat belakang, boleh la azhad baring-baring. siap meniarap lagi!







Sampai malam tu cari hotel berhampiran UTM. amik yang murah-murah je takat nak tidur kejap.. booked untuk family juga. Nasib baik banyak kosong. mungkin sebab konvo hari sabtu tak ramai.. khas untuk graduan Phd dan master sahaja.. kalau untuk malam sabtu memang full rasanya..


tidur lena setelah kepenatan duduk dalam kereta berjam-jam



Jumaat pagi pergi UTM untuk hadiri rehearsal, bayar yuran konvo dan amik jubah. azhad ditinggalkan di hotel dengan abi dia. nasib baik dia tak banyak ragam walaupun hubby cakap azhad ada mengamuk juga. sebab tak cukup tidur agaknya. lepas bagi makan terus tidurkan semula..



budak tak mandi lagi masa amik ummi lepas rehearsal



Jumaat petang tu kitorang keluar jalan-jalan. gi tempat selalu dating dulu, Jusco Taman U, gi pesta konvo jap. hajat dihati nak makan chicken chop K9 tak dapat. tengahari lepas rehearsal pergi Cafe K9, kedai tu tak bukak.. nasib baik masa kat pesta konvo ada jual chicken chop. dapat la lepaskan keinginan tu. huhuhu..


dalam Jusco.. azhad poyo. bukan gerak pun mainan tu. huhu



sempat juga pergi Giant Taman U. siap ada pawagam lagi. senang student tak payah gi jauh-jauh kalau nak tengok wayang. jangan kerja tengok wayang sampai tuang kelas sudah!



MBO Cineplex @ Taman U



lagi gambar sekitar majlis. layan je la


belon sabun dan belon plastik memenuhi DSI sejurus selepas VVIP keluar.. tak pernah dibuat orang kot!



abang hezri azief kiss adik azhad nayli sebelum gerak pergi konvo..


afrina kaisah nak jugak! tp alang dia yg pakaikan. azhad tidur lagi time ni..


the cousins..


dihadapan ciptaan UTM


@ Danga Bay. hajat nak naik boat tak kesampaian..


baju saya cantik, kan.. rasa pernah nampak saya pakai tak?


takde maknanya nak jahit baru semata-mata untuk konvo. ni baju tunang.. huhu.. masih muat.. :)


ada nak share something pasal master nih.. tapi next time la.. malas nak type panjang-panjang..


till then.. jangan lupa join contest sulung saya..

3 comments:

Mrs Nageb said...

Congrats ejau..geram tengok azhad..huhu :)

Ira said...

Tahniah Liza.. Bestnye konvo lagi. Diraikan oleh suami n ank. Rasa cam nk amik master plak. Tapi cam malas. Haha.. MALAS lebih besar dr MASTER, berangan je la aku.

liza said...

ilah: thanks.. hehe.. sama la geram tgk mareesa naima jugak...

hasi: huhu.. bila dah ada commitment lain lagi la MALAS.. huhuu

Related Posts with Thumbnails