Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, May 31, 2011

Top Ten SYTC

Assalamualaikum..


Jom tengok siapa yang berjaya di short listed dalam 10 tercomel.. eh yang tak tersenarai tu bukan sebab tak comel ye. semua comel-comel belaka.. tu yang sampai tertangguh nak cari pemenang.. mata ni pun dah kelabu asap dok belek gambar anak-anak yang comel ni...








InsyaAllah saya akan cuba umum pemenang secepat yang mungkin. rasa tak best lak hutang orang lama-lama, kan.. dah sebulan lebih pun.. huhu


till then..

Saturday, May 28, 2011

Ding! Dong!

Assalamualaikum..


Nak type cepat-cepat. kalau azhad terjaga nanti jawabnya masuk draf dulu la entry ni.. nak cerita pasal something yang terjadi between me, hubby and few people pagi khamis yang lalu... huhu.. nak tergelak bila ingat. tapi hubby muncung je.. kekeke...


begini ceritanya, pagi khamis yang lepas saya tengah sembang dengan seseorang. then loceng pintu berbunyi. lepas tu adalah seseorang yang lain tolong buka pintu. saya dan seseorang yang tadi terus je bersembang. lepas buka pintu, seseorang yang tolong buka pintu tu datang kat saya dan bagi dua sampul surat. salah satunya berisi duit dan nota.. owwhhhh ada orang bayar hutang (beli barang bayar tak habis). bagus juga bila ada orang hutang kita ni. bila tengah sesak then dia bayar rasa macam 'oh ku bahagia!' huhuhu...


lepas tu ada bunyi loceng lagi.. saya masih teruskan bersembang. dalam kepala dah fikir bestnya kalau ada orang bagi duit lagi. kekeke.. padahal tak ingat sangat pun if ada orang hutang saya. tapi the 2nd time tu tak ada kena mengena dengan saya.. lepas tu ada lagi bunyi loceng. dalam beberapa minit saya dok bersembang tu, loceng rumah tu tak henti-henti berbunyi.. saya buat dek je la sebab ada orang yang buka dan entertained si penekan loceng..


suddenly, entah macam mana saya rasa pintu rumah tu bergegar..


jeng! jeng! jeng!


eh takkan posman kot. sebab rumah ni gap antara grill dan pintu jauh.. memang confirm tak sampai.. then barulah saya teringat!!


hubby!!!!


hubby ada kunci grill je. kunci pintu takde sebab biasanya saya tak lock pintu. lepas tu bergegas lah buka pintu. mana pergi seseorang tadi yang kerjanya buka pintu tu?? rupa-rupanya...



yang dari tadi dok bunyi loceng dan dapat duit tu adalah mimpi semata-mata.. tapi yang bunyi loceng tu memang realiti cuma bila tengah tidur dengar bunyi loceng masuk dalam mimpi jadi lah macam tu jalan ceritanya.. kekekeke... hubby muncung je.. nasib baik dia tak nak terkucil time tu. kalau tak confirm berterabur dah. kekeke..


sebenarnya hari rabu sebelum tu hubby duty, so tidur di opis. tu yang pagi khamis tu dia balik untuk mandi dan tukar baju. saya yang kebetulan tidur lewat malam tu memang la tak sedar langsung. tambah pintu bilik tutup. lagi lah sayup-sayup je bunyi loceng dan pintu tu... huhu.. gelak sensorang je bila ingat. bila cerita kat hubby dia muncung je.. kekeke...



rumah saya ada spiderman!



spiderman jr tolak alamari..



adios!

Friday, May 27, 2011

Top 30 SYTC

Assalamualaikum..


Here the top 30..


Jenguk-jenguk if ur kid included..







Will continue soon


Daa~

Friday, May 20, 2011

Family In Law ke Kuala Lumpur

Assalamualaikum
macam hape je tajuk!!


Dag Dig Dug!!!


InsyaAllah malam ni family hubby dari Kelantan akan sampai di rumah ni..
22 mei Fahmi register di UPNM
dah alang-alang tu, satu kampung family turun KL
bila tahu diorang nak datang ligat la kepala ni fikir nak masak apa
almaklumlah.. saya ni bukan pandai masak!
kalau masak pun memang lauk yang saya suka je iaitu sambal
kalau takde sambal memang tak sah!
kang kalau masak sambal ada yang tak makan pula..
kalau hubby sorang boleh la belasah je..
hubby seperti mengetahui kerunsingan ku
akhirnya mengeluarkan kata-kata
yang bermaksud, hubby yang akan masak!
YEAY!!

ok2.. check list!

sapu rumah -done
mop rumah -done
cuci toilet -done
cuci towel & cadar -done
lipat kain -done
kemas dapur -done

ada apa-apa yang tertinggal tak?
harap-harap everything goes well..
takut nanti ada berbunyi
"tak kerja tapi rumah bersepah jugak!"
kekekeke


daaa~~~

Tuesday, May 17, 2011

Pengantin 3 April

Assalamualaikum


Akhirnya.. wardah upload juga gambar kawin wani yang berlangsung pada 3 april lepas .. ada hint pasal aktiviti 3april dalam entry ini. ingatkan nak tungu sampai wani dapat anak ke... hehehe... thanks anyway war!



left: ejau dan azhad, jima, pengantin, ilah dan wardah



budak tiga orang ni sampai awal. masa kami sampai diorang dah selesai santap. diorang siap dah bergambar dalam bilik pengantin lagi.. so kami yang kelaparan ni santap la dulu. sambil azhad dilayan oleh aunties ni. the good thing is azhad SANGAT ok. aunty wardah cakap "azhad baik tak macam emak dia" hahaha.. i jahat ke war?? huhu.. jahat tu idak ler, nakal tu ada la sikit-sikit.. kekeke




apa la yang aunty jima buat kat azhad sampai macam tu mulutnya


aunty jima layan azhad, aunty war tukang amik gambar, aunty ilah tengah gossip dengan ummi.. :P

lepas kami selesai santap baru la amik gambar dengan pengantin.. posing sana, posing sini.. lepas tu kitorang tunggu lagi.. ada orang 'jauh' on the way lagi.. siapa?




bersama orang jauh dengan anak gadisnya



tu dia Rozi, orang jauh yang dari seremban, or KL?? aduih.. lupa pulak! FYI, rumah pengantin ni kat seremban je, tapi dia orang terakhir yang sampai.. lepas ngumpat sembang serba sikit kami minta diri dulu sebab sian hubby macam boring je.. budak-budak berempat tu terus mengumpat bersembang




me dengan ilah, antara yang rapat dengan saya di UTM



ooo.. baru tau, kan. diorang ni kawan-kawan saya di UTM, under Fakulti Kejuruteraan Mekanikal tapi major lain-lain..


Alhamdulillah, kawin juga wani dengan qamar ni sebab diorang bercinta agak lama. dari tahun ke-3 or ke-4 (after practical, jumpa kat tempat practical). kalau wani ikut hasutan i, mungkin dah bernikah dengan orang lain.. kekeke.. nasib baik la wani setia. soon insyaAllah ilah. tapi tak tahu la bila. tunggu je kad dia. wardah dan jima insyaAllah.. ada jodoh tak ke mana. actually masa kami baru sampai tu jumpa juga dengan ija, tapi dia nak balik cepat so tak sempat la posing.. huhuhu..



ok la.. last but not least..








with wani. tengok tu! melopong azhad!

love this pic sebab comel.. saya comel, pengantin comel. azhad pun comel je gaya tengok pengantin tu.. huhu


ps; rindu pula kat azhad yang tengah tidur tu.. huhu~~~


Saturday, May 14, 2011

Peserta SYTC

Assalamualaikum..
semalam dah auto published entry berkenaan SYTC ni.
tapi blogger.com boleh bengong lak.
so terpaksa la type dan tepek balik gambar ni..
huhu



First of all, maaf banyak-banyak kepada semua peserta SYTC sebab lambat umumkan pemenang
sejak laptop buat perangai ni memang terbatas sikit lah nak online dan mengedit gambar
semalam baru sempat edit gambar anak-anak comel ni semua


so sila check gambar anak or anak buah kamu semua ye..
kalau ada salah nombor tu jangan segan silu inform




SYTC 1-23




SYTC 24-46




SYTC 47-69



Pemenang belum sempat pilih lagi
sebab semua comel-comel
mungkin akan menggunakan khidmat juri jemputan
sebab dah kelabu mata ni..
till then


daa~~~


ps : meh jengok ada promosi di sini

Blogger.Com Ke Laut

Assalamualaikum


Rasanya semalam seharian blogger.com ni sengal!
Pagi ni buka tengok-tengok entry yang saya scheduled untuk publish semalam takde!
Tu OK lagi!
Yang lagi hampeh, comment kat entry Azhad 1y5d, BMI critical? pun ghaib!
Ingatkan upgrade makin ok..
Rupanya ke lautttt


Ke ada setting lain yang saya kena betulkan?
Tapi comment kat entry lain ada je..
ERRMMM


Siapa kena macam saya??



Wednesday, May 11, 2011

Azhad 1y5d, BMI critical?

Assalamualaikum.

Hari ni azhad dan ummi kena bangun awal untuk pergi ke KKIA, untuk routine azhad for 1 year. Kena inject. Azhad merengek sikit sebab dia ngantuk. Almaklumlah orang tak biasa bangun awal. Dah la hero, sekali nangis da.. buat malu je dengan awek-awek kat situ.. huhu..


Alhamdulillah everything went well. Almost 1 hour gak la baru siap. Cuma yang tak bestnya, BMI azhad 13 only.. bawah paras normal.. tinggi azhad 87cm, tapi berat 9.6kg only.. nurse suruh bagi makan banyak kat azhad.. aduyaii… before ni pun dah bagi makan banyak. Apa kitorang makan, dia makan. Tak termasuk lagi makanan dia. Nampaknya after this kena fikirkan menu lain la untuk budak kecik ni. Ingatkan dah sampai 11kg sebab both of us tak larat nak dukung dia lama-lama. SERIOUS! Kitorang tak berapa percaya berat azhad only 9.6kg…


Masa nak masuk untuk jumpa nurse yang briefing pasal pemakanan tu ada dengar diorang cakap “Nampak biasa je”. Mula-mula I thought mungkin pasal azhad panjang. Rupanya baru tahu, mungkin diorang imagine azhad ni kurus keding sebab BMI 13 je. Sekali bila tengok azhad, nampak ok je. Pipi gebu je. Tapi badan tak gebu sangat. Tapi tak la tulang je. Agak-agaknya azhad makan tu bawak ke tinggi je kot.. tak jadi isi.. huhu.. tak pe la. Yang penting sihat.



"gebukan pipi saya"




Nampak gayanya lepas ni kena la ummi rajinkan diri untuk masuk ke dapur, masak makanan azhad yang pastinya boleh dimakan oleh abi dan ummi juga. Senang buat keja sekali je. Tak berapa rajin nak buat banyak-banyak keje.. huhuhu



Di kesempatan ni nak catatkan juga beberapa kebolehan baru azhad buat masa ini, setelah 1 tahun dan 5 hari bernafas di bumi Allah.

- dah pandai tepuk tangan. Tapi lagu tertentu sahaja!
- pandai “bye, bye”. Tapi keadaan tertentu sahaja!
- boleh angkat sim card dari atas lantai dengan sekali cubaan sahaja. Orang dewasa pun kadang-kadang fail!
- pandai “menyakat”. Tarik bantal bila kita baring atas bantal dia. Tapi dia tak guna pun lepas amik bantal tu.
- baru pandai hisap jari. Tapi kadang-kadang je. Good boy!
- pandai nak kutip makanan or air yang tumpah atas lantas. This is not good lah!
- pandai sebut “se” or “ss” tapi dengan menyembur air liur. Tak tahu apa maksudnya.. huhu
- dah boleh berdiri tanpa sokongan for few seconds. This boy macam penakut sikit.. tak pe slow-slow ye darling..
- pandai jengah bawah sofa mencari mainan or benda yang hilang
- makan dan minum dia Alhamdulillah semua ok. Tak refuse apa pun. Semua kita sumbat, dia telan..
- pandai mengeluarkan baju dari dalam baldi/bakul, dan masukkan kepala/badan dia.. :D



habis baju kotor dia berselerak



nak masukkan kepala tapi tak berjaya..



OK la.. nak cerita juga pasal adik azhad. Tapi nanti-nanti lah.. next next next next entry. Tak tahu la bila berkesempatan.. kekekeke…


Daaaa~~~~~~~~

Monday, May 9, 2011

Selamat Hari Ibu

Ini adalah entry tertunda!!



Selamat Hari Ibu kepada semua ibu di muka bumi ini..


Especially to my beloved mom ~di apit oleh hero-hero kami



My sister, Mama azief



My sister in law, mama kaisah





dan tak lupa juga..
















my self, ummi azhad



kesian takde orang nak wish, wish la sendiri..
hari bapa nanti tak nak wish!!!
nasib baik la menteri pembangunan wanita ada sms dan wish kat TV..
kekeke...



Alhamdulillah, tahun ni kali ke-2 dapat sambut Hari Ibu.
kebetulan sambutan ni dibuat pada minggu pertama mei.. huhu


tahun lepas dapat Azhad
tahun ni kena jaga abi dan azhad demam
tapi Alhamdulillah masing-masing dah semakin sihat..
daaaa~~


Friday, May 6, 2011

Azhad is 1 YO.. YEAYYY!!!!

Assalamualaikum..


Alhamdulillah..
tepat pukul 1017pm ni genaplah setahun Azhad melihat dunia


Untuk meraikannya kami dinner kat SR je..
my treat sebab abi azhad nak spend duit kat benda lain
will story next time


jom layan gambar je la..



birthday boy. mengantuk plus selesema.. sian dia




carrot cake for birthday boy. topping tu abi yang belasah




black forest cheese cake for us. tapi ummi yang belasah kasi licin.. huhu




tom yum kung, hubby punya




fish & chips utk azhad tapi ummi dan abi yang makan banyak




chicken parmigiana for me.. tak habis sebab perut penuh makan benda lain dulu




iceblanded chocolate for me.. memang syok!




last but not least







birthday boy with abi



achievement azhad?
insyaAllah soon ya..




semoga azhad membesar dengan sihat dan cemerlang.
menjadi anak soleh yang berguna kepada agama dan berjaya dunia akhirat.
ummi dan abi tak mampu beri kemewahan kepada azhad
tapi kami akan cuba beri yang terbaik
kerana Muhammad Azhad Nayli adalah buah hati ummi dan abi
penyambung kasih kami
we heart u so much darling



ps: sedih bila teringat detik kelahiran azhad. masih terbayang segalanya..

Related Posts with Thumbnails