Wednesday, May 11, 2011

Azhad 1y5d, BMI critical?

Assalamualaikum.

Hari ni azhad dan ummi kena bangun awal untuk pergi ke KKIA, untuk routine azhad for 1 year. Kena inject. Azhad merengek sikit sebab dia ngantuk. Almaklumlah orang tak biasa bangun awal. Dah la hero, sekali nangis da.. buat malu je dengan awek-awek kat situ.. huhu..


Alhamdulillah everything went well. Almost 1 hour gak la baru siap. Cuma yang tak bestnya, BMI azhad 13 only.. bawah paras normal.. tinggi azhad 87cm, tapi berat 9.6kg only.. nurse suruh bagi makan banyak kat azhad.. aduyaii… before ni pun dah bagi makan banyak. Apa kitorang makan, dia makan. Tak termasuk lagi makanan dia. Nampaknya after this kena fikirkan menu lain la untuk budak kecik ni. Ingatkan dah sampai 11kg sebab both of us tak larat nak dukung dia lama-lama. SERIOUS! Kitorang tak berapa percaya berat azhad only 9.6kg…


Masa nak masuk untuk jumpa nurse yang briefing pasal pemakanan tu ada dengar diorang cakap “Nampak biasa je”. Mula-mula I thought mungkin pasal azhad panjang. Rupanya baru tahu, mungkin diorang imagine azhad ni kurus keding sebab BMI 13 je. Sekali bila tengok azhad, nampak ok je. Pipi gebu je. Tapi badan tak gebu sangat. Tapi tak la tulang je. Agak-agaknya azhad makan tu bawak ke tinggi je kot.. tak jadi isi.. huhu.. tak pe la. Yang penting sihat.



"gebukan pipi saya"




Nampak gayanya lepas ni kena la ummi rajinkan diri untuk masuk ke dapur, masak makanan azhad yang pastinya boleh dimakan oleh abi dan ummi juga. Senang buat keja sekali je. Tak berapa rajin nak buat banyak-banyak keje.. huhuhu



Di kesempatan ni nak catatkan juga beberapa kebolehan baru azhad buat masa ini, setelah 1 tahun dan 5 hari bernafas di bumi Allah.

- dah pandai tepuk tangan. Tapi lagu tertentu sahaja!
- pandai “bye, bye”. Tapi keadaan tertentu sahaja!
- boleh angkat sim card dari atas lantai dengan sekali cubaan sahaja. Orang dewasa pun kadang-kadang fail!
- pandai “menyakat”. Tarik bantal bila kita baring atas bantal dia. Tapi dia tak guna pun lepas amik bantal tu.
- baru pandai hisap jari. Tapi kadang-kadang je. Good boy!
- pandai nak kutip makanan or air yang tumpah atas lantas. This is not good lah!
- pandai sebut “se” or “ss” tapi dengan menyembur air liur. Tak tahu apa maksudnya.. huhu
- dah boleh berdiri tanpa sokongan for few seconds. This boy macam penakut sikit.. tak pe slow-slow ye darling..
- pandai jengah bawah sofa mencari mainan or benda yang hilang
- makan dan minum dia Alhamdulillah semua ok. Tak refuse apa pun. Semua kita sumbat, dia telan..
- pandai mengeluarkan baju dari dalam baldi/bakul, dan masukkan kepala/badan dia.. :D



habis baju kotor dia berselerak



nak masukkan kepala tapi tak berjaya..



OK la.. nak cerita juga pasal adik azhad. Tapi nanti-nanti lah.. next next next next entry. Tak tahu la bila berkesempatan.. kekekeke…


Daaaa~~~~~~~~

6 comments:

@naAzli said...

adik azhad.hmm..azhad da nak dapat adik eh...

Ira said...

Tahniah azhad atas perkembangan yang baik. Hehe.. azhad nye makanan bnyk jd poo-poo kot, tu yg tak naik berat tu. Wah.. nk ada adik da azhad ye?

DiLLaiLa said...

wehhh...nak dapat adek dah ke mek?alhamdulillah..

liza said...

hahaha!!!

Kasih D Hati said...

ada lg...azhad pandai selongkar beg and pandai choose yg mana berguna dan yg mana tak berguna.. hehhee

liza said...

hehe.. memang terer bab selongkar barang tuh.. huhuhu

Related Posts with Thumbnails