Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, February 17, 2012

Banyak Dalam Satu

Woah!!!


34 minggu sudah. Ada lagi 6 minggu je. Cepatnya masa berlalu.


Persiapan untuk menyambut kehadiran si kecil ni tidak lah seperti abangnya 2 tahun sudah. Bukan pilih kasih or tak excited, tapi bila saya selongkar balik baju NB Azhad, semuanya masih cun melecun. Ye la kan. New born kerjanya minum susu dan tidur je. Mana kotor atau buruk bajunya. Bila dah start meniarap tu baru la ada kesan sikit. Dah merangkak lagi la haru biru. So dapat la jimat sikit part pakaian baby. Bila dah besar sikit baru kami beli baju baru ye baby. Untungnya jadi anak sulung, semua barang baru.


Cuma kali ni kami berhabisan untuk stroller. Dulu time seorang memang kami tak fikir langsung nak beli stroller. Apa gunanya abi yang gagah perkasa kalau keluar berjalan letak anak dalam stroller, kan. So dulu Azhad hanya duduk dalam baby carrier sahaja yang most of the time tergantung pada badan abi yang macho itu. Sampaikan sekarang bila letak dalam stroller or trolley dia allergic. Menjerit macam kena lempang. Macam ni punya peel pun ada! Mengada-ngada! Hehehe.


Bila dah ada stroller ni, baby boleh jadi boss duduk dalam stroller sambil ummi tolak, abi pula kejar abang yang sibuk tawaf market. Boleh? Hehe. Itulah tujuannya. Kalau takde stroller siapa nak dukung baby? Siapa nak hambat abang? Saya angkat bendera putih awal-awal. Eh! Hubby pun sama. Hahaha


Ni rupanya. Tp kami beli 2nd je.




Kalau baru kat kedai RM459. Beli 2nd masih mahal lagi. Bukan dapat half price pun sebab barang baru guna beberapa kali. Kami berkenan dengan stroller ni sebab seat tu boleh adjust menghadap depan atau belakang. Bila baby masih kecil boleh ngadap ummi abi, dah besar boleh la tengok jalan yang terbentang luas. Abi dia pula berkenan sebab tayar besar! Juga sebab tayar depan tu satu je. Smart! Amik ko!! Sekali masuk bonet memang makan space. Nasib baik masa tu bawa keta besar. Kalau bawa MyVi memang sesak la seat belakang. Rasa macam rugi pula beli. Tapi nak buat macam mana. Pandai-pandaila adjust bila bawa pergi ambil stock nanti. Huhu


Carseat masih dalam pertimbangan. In case hubby kena out station yang saya tak boleh ikut, dengan adanya carseat boleh la saya bergerak juga. Kereta sendiri dah ada kan, tinggal nak mahir dan beranikan diri je ni. Dulu ada orang tak bagi bawa kereta dia takut jahanam. Huhu..


Eh! Bag untuk ke hospital pun tak kemas lagi tau! Kalau dulu, bukan main awal lagi. Huhu. Tapi kami dah booking hospital untuk bersalin. Hospital yang sama dengan abang. Nurse cakap kalau dulu bersalin lewat dari EDD, so ada kemungkinan juga kali ni pun sama. Biasanya sama setiap kali proses kelahiran. Tapi tak boleh yakin sangat kan, buatnya terkeluar awal sebab penat jaga abang. Tapi jangkaan dalam 25/3-5/4 tu la..


Sepanjang mengandung kali ni HB saya selalu rendah. Paling cun 11.1. Paling teruk 9 kot. Sudahnya selasa lepas ambil darah utk tengok ada anemia ke tak. Harap-harap semuanya ok lah. Actually hb low pun sebab saya malas makan vitamin. Seriously, tak tahu kenapa pregnant kali ni malas gila nak makan vitamin. Susu pun jarang minum. Mudah-mudahan tidak menjejaskan perkembangan baby la..


Selasa lepas juga rutin check up abang untuk 21 bulan. Aiyak! Cepat betul. Tapi bmi Azhad masih dalam yellow area. Mana tak nya, tinggi macam orang 2 tahun setengah. Berat 11 kg je. Tapi kalau tengok, takde la melidi pun. Handsome dan macho je Azhad Nayli tu..



pipi pun sama tembam dengan abi dia





Ok la. Dah panjang sangat karangan ni. Ada kesempatan kita sambung lagi ye..


Wassalam :)


Published with Blogger-droid v1.7.4

No comments:

Related Posts with Thumbnails