Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, February 12, 2012

Baby Baru Saya

Assalamualaikum


Wah! Cepatnya dah masuk Feb. Bulan lepas sempat ada berapa entry je. Sungguh tak menyempat sekarang ni. Bulan depan macam mana la gayanya dah beranak dua nanti. Tak dapat nak dibayangkan!


OK! Entry kali ni nak tayang my 2nd baby.. Bukan tujuan menunjuk tapi lebih kepada penghargaan buat diri sendiri. Eh! Tak nak tunjuk dulu rupa baby, tapi kita tengok dulu yang ini!



First 1000km..





Ye! NAZA je. Tak larat la nak beli Honda atau Toyota walaupun dua tu adalah idaman kalbu. Tak pe. Pelan-pelan kayuh!


Kami dah berjaya menghabiskan 1000km pertama dalam masa seminggu je. Apa kami buat? InsyaAllah next entry ye.. Lepas ni siap2 duit untuk service.


Actually kitorang booking kereta ni pada 1 Januari, tapi atas beberapa faktor yang malas nak dipanjangkan, 30 Januari baru dapat. Dan selepas 2 minggu dapat, baru hari ini 12022012, saya drive kereta sendiri. Itu pun dekat car park Stadium Bukit Jalil untuk practise. Nak biasakan kawal stering sebab dah lama gila tak drive. Last masa pregnant Azhad 2009 dulu. Huhu. Dapat practise dalam 20 minit je, lepas tu kena halau oleh pak guard kat situ. Hurmmm bukan luak pun tar kat situ!! Dan hari ini juga la buat pertama kalinya beliau dimandikan. No pic ye sebab hubby je gi hantar car wash, saya dan Azhad terbongkang lepas balik dari Bukit Jalil.




Jom tengok my baby!




Disebabkan saya dah ada baby boy, si WWH381 ni saya nak bagi gender girl, Miss Gorgeous!! Boleh? Sukati i la. Keta i!!! Hahaha


Citra SE je. Lepas ni wajib kerja keras! Kalau tak siapa nak bayar? Dah nama saya, haruslah saya yang bayar! En suami banyak tanggungan lain..


Oh! Kalau ingat entry awal tahun hari tu, ada gambar kereta penuh dengan barang, kan. Tu la sebabnya saya beli Miss Gorgeous ni! Kereta MyV tu sokmo penuh tiap kali beli stock. Time Azhad sorang boleh la, dah beradik nanti mana nak letak barang, mana nak letak anak. Nak tak nak beli la MPV mampu milik ini. Lagipun baru lah nampak hasilnya. Kalau tak, tak tahu habis kemana. Huhu


Mudah-mudahan dengan keikhlasan dan kejujuran berniaga ni akan bertambah rezeki kami. Amin..


Ps: eh, pasal i beli kereta ni pun ada langau berbunyi! Apa kes? Nanti kita gosip kalau sempat, sebab entry ni nak happy je..


Published with Blogger-droid v1.7.4

8 comments:

Ira said...

Tahniah liza..
Bestnye ada kete baru. Teringat pd kereta aku yg hilang dlu. Wp ada pengganti, tp tak sama ngan yg dlu. Jaga baby baru ni baik2 ok. Psg la segala security yg termampu. Bkn sng nk dpt tu. Erm.. xkisah la jenis kereta apa pn, yg penting kita mampu utk byr monthly, idupkan roadtax & insurans serta menanggung kos servicenya. Hati2 memandu ye.

liza said...

thanks.. ye kena menyimpan la skrg ni. tak boleh nak boros sgt. huhu.. bila la boleh dapat "lesen full" nih!!

Ira said...

Lesen full? Erm.. aku pn da lama x drive. Asik jd 'mem' je dok sblh. Tkt jgk hilang confident nk memandu. Ko da praktis ke? Dlu aku praktis kat stadium shah alam. Kt parking dia. Hehe... situ xde pak guard.

liza said...

aritu baru dpt practise skali. hrpkan weekend je la. weekdays xsempat. shah alam tu jauh sgt la. huhu

@naAzli said...

same ar. aku pun jadi mem je sekarang. 2-3 bulan lagi, dah kene gi keje sendiri terkial2 la aku nak handle arissa dalam kete.huhu.Aku confiden je kalo bawak kete sebenarnya, tp kalo ade anak kat sebelah jadi tak konfiden.sebab nanti die nangis x mo dok dalam kerusi.hampeh kn.hehe..tahniah 4 ur mis gojes!!

liza said...

tu la psl. lagi2 kalau jenis budak tak biasa duduk dlm carseat, maunya kena sawan 2 beranak dlm tu. kena bg something yg boleh lekakan dia la. tp kalau azhad? ermmm.. xde apa yg boleh lekakan dia. huhu

Kasih D Hati said...

kalau ada langau..spray dgn ridsect(betul ke eja? cam salah jer) heheheh... anyway, congratulation 4 ur new baby born@ms gojes...:)

liza said...

welcome. bila nak dtg cni boleh naik keta i. langau kalah ngn ridsect ke? huhu

Related Posts with Thumbnails