Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, January 28, 2012

CNY di Kelantan

Just arrived from Kelantan!


Kami cuti panjang during CNY. Almost seminggu di sana. Ahad 22 Jan pagi bertolak dari KL, dan Sabtu 28 Jan pagi bertolak pulang. Tujuan utama balik kali ni untuk buat solat hajat semoga selamat kandungan keduaku ini. InsyaAllah. Amin..


Takde apa yang menarik sangat pun sebab aktiviti kat sana macam biasa je. Tapi this time Azhad dah jejak kaki ke KB Mall. Padahal takde apa sgt pun kat situ. Macam mall lain juga. Saja berjalan. Nak tepek gambar sikit.


Azhad bersama sepupu-sepupunya..




Azhad dgn kak fatin atas stage





Story sikit kejadian pada hari buat kenduri, isnin sebab time tu semua adik-beradik hubby ada. Selasa ramai dah pulang ke tempat masing-masing. Masa orang tengah sibuk masak, kemas untuk kenduri Azhad sibuk main dengan kucing. Tapi kucing dalam sangkar. Kalau kucing tu kat luar susah sikit dia nak main sebab kucing sibuk lari-lari. Lagipun saya tak suka Azhad pegang kucing sebab dia suka masuk tangan dalam mulut. Kotor!





Nasib baik la kucing tu dalam cage ok! Berpeluh-peluh Azhad. Ketawa terkekek-kekek dia main dengan kucing tu..


Tapi yang tak bestnya rumah kampung ada tangga. Dan untuk pertama kalinya Azhad jatuh tangga depan tu. Ye! Tangga tempat dia main kucing tu. Tapi bukan dari tempat dia diri dalam gambar tu. Dia jatuh dari anak tangga atas sekali, terus bergolek ke bawah. Semuanya ada 6 anak tangga. Masa tu saya ada kat dalam tapi nampak la aktiviti Azhad. Azhad tengah minum air, sambil jalan mengundur. Sekelip mata je tergolek. Saya dapat tengok dia jatuh dari anak tangga pertama jatuh hingga ke dua je, lepas tu terlindung dengan pintu. Yang dapat tengok full kejadian tu moyang Azhad. Tapi moyang tu kat atas, mana larat nak sambar Azhad. Nampak je dia jatuh terus saya berlari ambil dia. Masa tu tak teringat keadaan diri yang tengah buyong ni. Berlari juga turun tangga. Azhad nangis kuat! Sakit campur terkejut! Lepas upah dengan nenen terus diam dan main semula.


Bergaya dengan motor abg kimi. Handsome!





Ok last pic!



Semangat Red Warriors!!




Published with Blogger-droid v1.7.4

No comments:

Related Posts with Thumbnails