Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label ~babbling heart~. Show all posts
Showing posts with label ~babbling heart~. Show all posts

Saturday, June 26, 2010

CINTA dan CITA-CITA

Jika diberi pilihan antara CINTA dan CITA-CITA yang mana akan korang pilih? daku yakin tak ramai akan memilih salah satu darinya. Sebab kalau boleh kita semua nak memiliki kedua-duanya.. Setuju???





Saya kata, "family comes first."

Ada orang kata, "kalau family 1st maknanya $$$$ 1st lah kan."


Siapa setuju dengan yang ini??

Saya bantah sekerasnya. Tapi tak bagitahu depan-depan orang itu takut gaduh pula. Lagipun lain orang lain persepsi tentang family dan $$$$, which mean CINTA dan CITA-CITA..


Kalau kita kerja gaji 5 angka, tapi masa untuk family takde, asyik outstation, ot dll.. rasa-rasanya family akan bahagia ke. sedikit sebanyak akan mempengaruhi perasaan pasangan dan anak-anak.. Betul tak?


Misalnya kita kerja gaji biasa-biasa je, cukup makan je untuk anak bini, tapi masa untuk family banyak... rasanya bahagia tak hidup. kalau pandai menggunakan wang yang ada mengikut kemampuan insyaAllah hidup akan aman damai. tapi kalau nak berbelanja melebihi duit yang ada memang haru biru la hidup.


Tapi.. setiap orang mesti ada cita-cita. Belajar tinggi-tinggi mesti ada tujuan hidup. Bagi lelaki memang tanggungjawabnya mencari nafkah untuk anak bini dan ibu bapa. Jadi, walau dihantar ke mana, tanggungjawab harus digalas seikhlasnya sebab kerja itu juga ibadah. Dan sebagai isteri, tempatnya disisi suami. Ada orang kata, "zaman sekarang dah tak boleh pakai dah kata-kata tu"


Saya cuma nak tahu, kata-kata tu datang dari mana. Orang kita atau memang ada dalam Quran??


Bagi wanita yang belum berkahwin perkara ini tak akan menjadi masalah. Walaupun cinta dihati tapi cita-cita tetap dikejar. Tapi kalau wanita yang sudah berkahwin, haruskah berjauhan dengan cinta hati semata-mata untuk meggapai cita-cita impian diri. Jangan nanti ada yang kata, "yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula bertaburan"


Perlukah berkorban cinta untuk dapat cita-cita.. Atau berkorban cita-cita untuk bersama cinta??


Saturday, June 12, 2010

Campur-campur

Draf thesis dah hantar last week. pos ke Yogi dan minta tolong beliau amik signature DrOY dan hantar ke fakulti. Deadline 8th June tapi dah selamat submit ke fakulti on 4hb lg.. thanks a lot Yogi.

suamiku berbunyi, "time senang orang tu email tak jawab. bila susah baru cari orang tu, terhegeh-hegeh minta tolong"

GULLPPP


"eleh.. semua orang macam tu kan" senang je daku jawab sambil senyum kambing.. hehehe.. tapi memang betul, kan. zaman sekarang ni kebanyakannya berkawan sebab kepentingan sendiri. susah nak cari kawan yang sanggup bersusah sama-sama. ada, tapi susah la...


OK! Cerita pasal draf thesis, few days back fakulti call tanya pasal salinan asal yang dah berconteng. pemeriksa yakni Dr Koh nak.. nak compare la tu ada buat pembetulan ke tak. semua salinan daku dah kirim.. 2 salinan lama, dan 3 salinan baru.. mungkin salinan yang berconteng tu ada pada DrOY..


So sekarang ni mungkin la Dr Koh tengah cari kesalahan dalam thesis ku itu.. pray hard semoga takde masalah lagi. kalau ada pun just wrong spelling ke.. kalau tak memang punah la harapan nak ke UTM sanjungan bangsa tu lagi.. faham tak apa maksudnya tu?

ermmm.. pray for me guys..




Tinggal seminggu je lagi untuk habis pantang. tak sabar rasanya sebab dah malas nak pakai dan makan segala jamu. pastu nak jalan-jalan dan makan puas-puas. tapi bab makan ni kena pantang lagi sebab susu badan. ke lepas pantang dah tak perlu risau makanan berangin atau sejuk effect baby?? ermmm..


Rasa macam nak tukar layout blog. Ada terbaca somewhere hari tu, kononnya blog berlayout 2 coloumns ni macam rumah tak berapa nak siap. ye ke?? huhuhu.. tapi ada je blog yang gah-gah tu layout 2 coloumns je. hehe.. comparekan blog gah dengan blog daku lak... huhu.. tapi rasa macam nak tukar angin la. since kehidupan daku pun dah berubah, jadi blog ni pun macam nak kena berubah gak. tengok la nanti ada kesempatan, insyaAllah.. sekarang ni sibuk dengan promo barang di FB. blogshop macam malas nak update. eh.. siapa-siapa yang nak beli cloth diaper, pakaian baby dan pakaian wanita boleh jengah fanpage FB ku Jaja Online Shoppe.. insyaAllah harga berpatutan..


Ok lah.. sedang merancang sesuatu untuk minggu depan. akan diumumkan kemudian bila dah confirm. harap semuanya berjalan lancar..


Till then..

Monday, May 31, 2010

Robot Kuasai Dunia

Beberapa hari lepas saya layan Azief tengok span kuning berseluar dalam empat segi a.k.a SpongeBob SquarePants.. Episod masa tu kecoh pasal Robot Kuasai Dunia.. seperti biasa, si kuning itu memang kecoh lebih..


spongebob

Ciri-ciri robot yang dinyatakan oleh SpongeBob itu adalah bermata merah, menggunakan battery, tangan bersepit, tak boleh ketawa, tiada perasaan.. errmmm.. apa lagi ye??


Rasa-rasanya dalam banyak-banyak ciri-ciri tu ada tak yang kena dengan korang??


Kalau yang guna bateri dan tangan bersepit tu mungkin la tidak kan. tapi yang lain tu mungkin ada. lagi-lagi tak boleh ketawa dan tiada perasaan. cuba tengok orang-orang besar/atasan. yang diorang tahu, ape yang dorang nak jadi/ada. tak kira la macam mana. tak peduli orang bawahan sakit ke apa. tak boleh nak dibawa bergurau dan berbincang pun.. tapi tak semua macam tu walaupun most of them macam tu..


Tapi kalau ikut dunia kita sekarang ni, maksud robot tu bukan la robot bertangan, berkaki macam Irobot tu.. tapi lebih kepada teknologi yang ada. yang makin pesat berkembang..


irobot

Cuba perhatikan sekeliling kita.. kalau ada yang tak ada handphone memang tak sah. zaman sekarang ni budak darjah 1 pun ada handphone. budak umur 1 tahun pun dah tahu guna handphone.. tekan sana, tekan sini.. main game la.. 'smile, smile' la iaitu amik gambar.. dah tu teknologi makin canggih dengan iPhone la.. ermmm apa lagi ye.. daku bab teknologi ni fail sikit.. nak online dah tak payah cari PC/laptop lagi. guna handphone pun dah boleh.


Sebut pasal PC/laptop, orang dah jarang guna PC. kalau ada pun kat ofis je. itu pun guna desktop flat screen. nak jumpa yang masih guna monitor yang besar gedabak tu bukan main susah lagi.. kalau personal used, orang sekarang lebih gemar guna laptop atau lebih kecil lagi netbook. senang nak angkut kemana-mana.. dengan kemudahan wireless dimana-mana dan kemurahan broadband, lagi suka la orang angkut laptop instead of angkut anak bini atau adik-beradik berjalan.


Dengan keadaan manusia sekarang yang sibuk mengejar kemewahan sampai masa untuk family pun takde. Pagi pergi ofis, balik dah malam. Hujung minggu kalau cuti pun mengadap laptop/pc main facebook la, blogging la.. Kalau gunakan social network tu ke jalan yang betul tak pe juga. ni ada yang guna social network tu untuk cari gaduh, tipu orang dan seangkatan dengannya. Memang tak berbaloi..


Tu belom kira lagi yang asyik mengadap TV.. pagi, petang, siang & malam.. 24/7.. eh macam tak kerja lak.. AF, Jangan Lupa Lirik, Raja Lawak, Sinetron, dll.. spesis ni lagi suka habiskan masa dengan menonton TV/movie dari bergaul sesama rakan dan keluarga..


Kalau anak-anak pula sibuk dengan Play Station yang dah siri bape ntah sekarang ni. zaman adik-adik daku dulu PS2.. sekarang dah PS berapa ye??


Tu baru sikit. Banyak lagi kelekaan kita terhadap benda-benda tak bernyawa tu dan membuktikan betul la kata span kuning tu.. robot dah kuasai dunia kita. makin ramai manusia yang tak berperasaan dan leka dengan robot, macam korang yang hadap laptop/PC sekarang ni la. hehe..


Tak salah nak ikut peredaran zaman. berfacebook, tweet mengtweet. tapi pastikan naluri kemanusian kita masih wujud. jangan sampai robot menguasai diri kita.. Renung-renungkan.. Fikir-fikirkan..

Thursday, May 27, 2010

DR Rozmey :: 2 ALAM

One fine day,

hubby: Rasa macam nak tengok je.. Best ke cerita dia sampai target RM12 juta. Dah la pelakon semua tak kenal.

ayang: Dia saja letak target macam tu. So that nanti orang akan tertanya-tanya 'best sangat ke' dan buatkan orang rasa nak tengok. Macam awak la..


Tu antara dialog saya dan suami mengenai filem 2 ALAM, terbitan sulung dR Movie Production.. Sepatutnya ditayangkan pada 8 Mei lepas tapi tunda dan tayang hari ini. So ada siapa-siapa yang tengok ke? Boleh la share serba sedikit pasal movie tu.


2 alam dr rozmey

Actually kitorg laki bini baru kenal dr Rozmey tu. kalau korang ada tengok Raja Lawak 4 minggu ke-3 rasanya, yang JD buat lawak pakai rambut palsu tu, kitorg terpinga-pinga apa pasal semua orang gelak.. SUMPAH kitorg tak taw pun akan kewujudan dr tu.. bila muka beliau keluar tiap-tiap hari kat KOSMO! untuk promosikan 2 ALAM baru la kami tahu.. Padahal beliau ni pemes sebab product pelangsing Jusmate5, ntah ape benda lagi tah. huhuhu


jd raja lawak 4

Tapi apa yang bagus tentang dr ni, walaupun beliau baru 1st time cebur diri dalam dunia perfileman tapi semangat dan keyakinan diri beliau sangat tinggi. Sebab tu la beliau mampu jadi doc. Kalau tak jadi la macam saya.. Tapi tu la orang kita.. Selalu pandang rendah kat orang, tak boleh tengok orang lain lebih dan selalu judge a book by its cover.. Macam mane nak maju?? Huhuhu


Erm.. ada yang bertanya.. nape dalam radio DJ sebut nama beliau D R Rozmey, bukan doktor Rozmey. ada sape-sape boleh jawab??

Tuesday, May 4, 2010

Baby ooo Baby

Hi there...
just a short update..


i am still hold a tittle of 'mom-to-be'
baby seems not ready to pop out


EDD dari Klinik KK adalah pada 1st May
dan Pantai Dalam (PD) beritahu 4th May as my EDD
so nak ikut yang mane ye??


masa gi HUKM aritu Doc kira guna EDD yang PD bagi
so selepas 9 hari dari 4hb baru pergi hospital kalau saya tak bersalin juga
untuk induce or ape yang patut


please guys wish for us
semoga Allah permudahkan dan percepatkan kelahiran ini
mommy, daddy and the whole family and friends tak sabar nak tengok baby


Saturday, May 1, 2010

1st May 2010

Eh.. dah 1st May la.. tapi baby tak nak pop out lagi.. tanda-tanda pun macam takde.. harap-harap sempat la kalau nak keluar ari ni.. tp kalau overdue pun tak nak la lama sangat. takut kena induce.. sakiittttt... kan??


Hari ni juga merupakan hari besar bagi beberapa orang kawan dan saudara saya...


Wedding Zira, a friend from FKM, UTM.. kenduri umah beliau ari ni kat Manjung. sori for not attending darling..


Koyen's wedding, also a friend from FKM, UTM.. coursemate lagi tu.. ari ni majlis umah bini dia. esok baru umah Koyen.. both kat Kluang... congratz to u.. hadiah nanti daku pos ye...


Also my cousin, adik saudara, Ain baya Ijai. tahun ni 25 tahun so cun la tu kawin umur macam tu kan.. wedding kat Palong negori.. my siblings semua pergi.. mak dgn ayah je tak pergi takot kalau daku nak terberanak pula... again. sori for not attending and drag mom n dad..


Owh ya.. hubby balik KL ari ni.. walaupun belum ada rasa nak bersalin lagi, tapi kitorang rasa macam dalam sehari dua ni.. harap tak la overdue lama sangat nanti buat rugi cuti hubby je.. huhu


Bila confirm hubby nak balik, daku pun apa lagi. simpan sikit kek yang daku buat aritu nak bagi hubby rasa.. nak taw ape komen beliau??

"Manis.."

eh tu pun ada yang cakap tak cukup manis taw.. hehe


Ermm... rasa macam nak ajak hubby keluar gi jalan2 je ni..huhu


Selamat Hari Pekerja kepada yang bekerja..


Monday, April 26, 2010

Apa Yang Bernilai RM1460??

Ape korang nak buat dengan RM1460 kalau ada orang nak bg free je???

EHHH.. ini bukan contest OK!!!


Ni adalah kisah benar dalam hidupku.. BENAR ke???

huhuhu...


rakan-rakan FB ku mesti pernah tengok amount ni kan???





Actually hari tu hubby ada sms, macam ni lah lebih kurang

"tengah cari hadiah. tapi yang berkenan RM1460 pulak"


kepala otak dok pikir, hadiah ape pulak.. rupa-rupanya hadiah besday + hadiah tahu gender baby.. dlm entry ni kan ada mention nak minta hadiah.. :p


so lepas tu asik pikir je la barang ape yang bernilai macam tu.. sebab daku dah letak syarat hadiah

1.tak nak barang kemas ~cukup la 1 set dapat masa tunang dan nikah.. daku bukan pakai emas pun..

2.barang tu WAJIB untuk kegunaan daku sahaja.. tak boleh share, tak boleh daku guna untuk orang lain ~misalnya breastpump, memang daku guna tapi untuk susukan baby kan.. so tidak diterima


jadinya tunggang terbalik pikir tak dapat-dapat gak jawapan.. oo ye.. hubby siap cakap "hadiah tu benda yang memang ayang selalu sebut-sebut" teettttt... sangat konfius ok.. rasanya tak pernah pula minta benda mahal-mahal..


jadinya bila publish status macam tu kat FB memang dapat response yang menggalakkan.. tp semua pun tak boleh diterima pakai atas sebab jwpn yang diberi tu tak memenuhi syarat yang daku dah tetapkan.. jom tengok jawapan yang kawan-kawan daku berikan..


ni setelah jwb bls daku & kwn2 yg xde kena mengena di edit..

haaa.. kan dah cakap..


cuma daku berangan kot-kot hubby nak bagi DSLR or Blackberry ke.. tp taw ape beliau cakap? "kalau bagi ayang, baik B pakai dulu"

HAMPEH!!!



pastu selang beberapa minggu ada la conversation antara kami.. dan akhirnya... daku tahu dah ape jawapannya..


tara...




taw tak apa daku cakap kat hubby pastu??


"eleh.. cakap orang yang nak.. dia yang beria nak beli. konon nanti baby panas la. padahal dia yang nak. baby guna kipas berdiri je pun dah ok"


ni berikutan kepanasan melampau yang melanda Malaysia awal tahun ni.. beliau beria cakap nak beli takot nanti baby tido tak selesa. panas.. huhu.. alasan je tu..


tapi kan.. ni bukan untuk kegunaan daku je.. the whole family boleh guna.. silap-silap beliau yang guna lebih-lebih.. tak aci.. so kena pikir benda lain pula untuk dipaw.. huhu


taw tak macam mane daku boleh tahu hadiah ni??


hubby cakap tengok-tengok air-cond. kalau yang biasa RM800++, portable RM1000++.. terus la otak daku dapat tangkap masa tu.. tak lengah sesaat pun.. kan dah kantoi..


tapi bendanya tak beli lagi pun. tengok la kalau ada rezeki, dan kalau keadaan memang memerlukan sebab sekarang pun dah tak panas sangat macam dulu kan.. lagi pun hubby daku ni kadang-kadang propa je lebih.. hehe.. ampun ye cyg..


Apa Salahnya Perempuan Tak Pandai Masak


Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!"


Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.


''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!"


Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.


Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.


Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.


Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.


Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola.

Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.


"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.


Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.


Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.


Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang.


Jika wanita sibuk disuruh belajar, apa salahnya lelaki pun sama??!



someone email me this.. menarik kan.. pk2kn ye kaum Adam..

Wednesday, April 21, 2010

Memang Macam Tu Ke??

Korang layan tak slot Akasia, Adamaya sekarang? Semalam saya terlayan la pulak.. before ni kalau tengok pun sikit-sikit je. Semalam tengok dari awal sampai abis. Kira drama ni boleh layan gak la sebab hero yang handsome.. oppsss dan heroin yang cun.. So ibu-ibu mengandung elok la tengok cerita ni, kot-kot la anak nanti handsome/cantik macam pelakon-pelakon ni. tp bila part Dani (Faizal) kena tutup mata kejap la.. hehehe..


Drama Akasia Adamaya

Actually bukan nak cerita pasal drama ni sangat pun. cuma tertarik dengan satu adegan tu.. Adegan yang biasa kat tv melayu. sampai saya cakap "nape cita melayu kalau perempuan dah kawin tak sihat Dr suruh baring, pastu beritahu mengandung.. orang (saya) tahu mengandung takde pun cek macam tu"

Korang paham tak??

Ke orang lain pun memang macam tu.. ye la, kan. since saya tahu pregnant buat UPT sendiri baru gi klinik. so nurse just suruh buat urine test balik je.. tp kalau kena baring pun biasa buat ultrasound kan.. bukan cek "bodoh-bodoh" macam tu je...


Anyone can explain???


Heheh.. benda remeh macam tu pun nak peduli kan..


Friday, April 16, 2010

Teman Isteri Bersalin



Bergenang air mata ni tika baca entry seseorang pasal pengalaman beliau menemani isteri bersalin.. Korang boleh baca kat sini http://my.mustaffa.org/pengalaman-menemani-isteri-bersalin


Actually tak de ape-ape yang menyedihkan pun. Cuma tika dan saat saya sedang menunggu kelahiran baby pertama kami ni, hubby dapat signal dari MINDEF. Beliau diarahkan ke Semporna bermula 19hb - 22 hb ni.



Kalau lah sekarang ni saya tak mengandung atau due bersalin lambat lagi rasa-rasanya signal tu adalah khabar gembira hubby. Ye la kan. Sambil menyelam, minum air. Pergi sana untuk bekerja, sambil-sambil tu boleh snorkeling kat laut yang serious cantik tu.. Dah dekat dengan Mabul dah tu.


Tapi bila dalam keadaan genting macam ni terus takde mood. Dah la before ni ada berlaku sedikit perselisihan faham antara kami. Semuanya disebabkan saya nak hubby ada disisi ketika bersalin. Tapi disebabkan jarak yang memisahkan kami, semua tu tak boleh nak dijangka. Kalau sempat, sempat lah. Kalau tidak, redha je dengan ketentuan Tuhan. Takkan dah sakit-sakit macam tu nak tahan juga sehingga hubby sampai, kan.


Cuma sebagai hamba-Nya, sekarang kami hanya mampu berdoa semoga apa yang kami inginkan dimakbulkan Allah s.w.t..

Sunday, April 11, 2010

Alatan untuk Fully BF

Akhir-akhir ni kn saya asyik cerita pasal breastfeed (BF) je. Sebenarnya before pregnant memang tak amik tahu sangat pasal BF ni. Selalu bila saya dan hubby berangan kitorg akan gi tengok2 harga Formula Milk (FM) kat Giant ke, mane2 la yang kitorg pergi that time.


Sehingga la our little precious ni muncul dalam tummy saya.. rajin la saya selak2 thread pasal pregnancy, parenting kat CARI. org tak bekerja so mmg most of the time habis kat situ dan FB~main game. dari situ la saya dapat byk information and knowledge pasal BF, and cloth diaper (CD).


Lepas tu terus berazam saya akan bg baby saya susu badan. no matter what.. nak 1000 daya.. tak nak 1000 dalih.. harap2 la azam ni kuat hingga akhirnya.. walaupun hubby mula2 macam tak support sangat.. still jenguk rak FM walaupun saya dah cerita pasal BF nih.


lama-lama, agaknya bila hubby pk BF boleh jimat banyak duit,
tak payah nak beli FM yg harga berpuluh-puluh 1 kotak, baru la dia tak jenguk lg. tp kadang ada bunyi gk, mcm "tp awak tak nak guna susu tepung" if ktorg ada bincang certain issue.. tak paham betol org laki ni.. dorg nk keja mudah kot.. ye la if kita takde, kalau guna FM anak nangis just bancuh je. tp kalau guna expressed breast milk (EBM) nanti anak nangis time tu la baru nk cairkan. tak ke serabut.. agaknya la kn..


tp pada saya yang belom bekerja ni, ini la masa yang terbaik utk berkasih sayang dgn baby. sambil dapat jimat duit hubby. boleh duit utk FM tu buat beli baju baru ke, kumpul beli handphone baru ke.. huhu..


harap2 takde masalah sepanjang BF nanti. kalau ada pun akan ku cuba untuk selesaikan sebaiknya. tp tak nak la smpai cerai susu sebelum tiba waktunya.. always think positive. kalau org lain boleh.. kita pun boleh.. dan bila pk balik, mak saya zaman dulu yang takde kemudahan sangat boleh je susukan kitorg 6 beradik, so kenapa tidak saya..


Cuma investment utk beli peralatan utk BF tu la kena kuar sikit banyak. tp keluar sekali je.. kalau pandai guna dan jaga insyaAllah boleh guna utk next baby. silap2 boleh guna utk next generation pulak!!!!


Actually ada beberapa barang yang kena ada untuk sape2 yang berazam untuk fully BF. lagi2 kepada yang bekerja. tp kalau yang tak bekerja pun still kena ada jugak. mane la tahu tiba-tiba ada hal yang terpaksa tinggalkan baby kat org lain ke.. who knows?


The most important things

1. Breastpump

macam2 brand dan teknik ada.. avent, spectra, pigeon etc.. manual, battery, electric.. harga dari RM30 smpai la beribu-ribu. tp kena la beli ikut kemampuan. yg murah tak semestinya tak bagus. yg mahal pun kadang-kadang menyusahkan gak.. yg penting kesungguhan..





2. Breastmilk storage
Yang ni penting untuk simpan EBM. byk cara org guna.. ada yang simpan dlm bekas mcm kat bwh ni.. ni mahal sikit la.. still harga depends on brand..





dlm bags mcm bwh ni pun ada.. hrga murah sikit dr kat atas.. nk simpan dlm freezer pun senang, tak guna banyak space sgt..




nak lagi jimat? ada gak yang guna bekas dadih dan plastik ice cream malaysia.. so ikut masing2 la...



3.Freezer

wah.. kalau saya dapat mcm dlm gmbr kat bwh ni betapa bahagianya hidup.. mesti lebih semangat nk buat stock.. tp mesti mahal. benda ni tak wajib ada. tp kalau agak2 peti sejuk kecik, atau besar tp lauk je dah penuh satu freezer tu so kena usahakan beli. kalau tak, nak simpan EMB celah mane?? unless la freezer tu sentiasa kosong. tp boleh ke? paling tidak mesti ada ikan, ayam, ice cream etc.. ~ejau! sila kumpul duit dari skrg..




4. Cooler bag

Bag ni penting gak walaupun bukan priority sgt. gunanya untuk simpan EBM.. kira mcm transit la. misalnya dari umah nak anta anak gi nursery, letak EBM dlm bag ni so suhu susu tu tak jatuh. pastu kalau mommy perah kat opis leh guna bag ni gk.. in case la opis takde peti sejuk.. kalau tgk dlm gmbr ni 1 set dah.. cooler bag, ice pack ngn milk storage.




Tapi saya tak beli lg benda2 ni. tunggu baby lahir la kot or before blk KK baru beli. sbb kat sana confirm mahal... huhu.. so benda2 ni dah jd wishlist saya.. kalau ada sape2 yang nak bagi sangat2 la dialu-alukan.. hikksss..


Kawan2 doakan la semoga azam dan semangat saya untuk fully BF our coming baby ni berterusan.. hingga usia baby 2 tahun. jgn hanget2 taik ayam sudah.. mampus kena kutuk.. huhuhu


ps: saya tak bertuah dgn Adrenalin.. nampaknya kena suruh hubby beli la. pastikan yg original.. :)

Friday, March 19, 2010

RINDU

rindu pd wajahnya
walau ber'3G' masih tidak sama


rindu pd usikkannya
walau kdg smpai ku tarik muka


rindu pd pujukannya
walau tak la romantik mane


rindu saat mkn bersama
walau mskn ku xsedap tp dihabiskan jua


rindu air tangannya

walau penat tetap layan kerenah ku yg mengada2


rindu saat di dapur bersama
walau ku byk bunyi dia diamkan aje


rindu tika ke bundle bersama

walau kadang penat/boring ku tunggu pilihannya


rindu saat jln beriringan berdua

walau sll ku ditinggal sekaki dua


rindu bila dia rajuk dgnku

walau dipujuk-pujuk dia msh membatu


rindu saat saling bertingkah

walau masing-masing tak nak mengalah


rindu pd pelukannya
walau sll ku kata "tgn awk ni.. beratnya!!"




dan paling ku rindu

saat dia mengimamkan solatku
saat itu pasti ku tunggu





Tuesday, December 22, 2009

Kurus??

Last week ada letak 1 gmbr kat Fb dan mendapat feedback yg menggalakkan.. haha.. ramai ckp nmpk kurus.. ye ke kurus. rs dah terlebih tido dan mkn.. tp kebanyakan yg ckp kurus tu yg lama tak jumpe, misalnye kwn2 dr sek men kat KL, KMPP dgn bdk2 meki UTM.. tp kalau nk compare zmn study dulu dgn skg mmg kurus pn. huhu.. tp skg ni gemox tang lain lak.. huhu






actly amk gmbr ni guna webcam smntara tgu en suami blk. ktorg nk gi renew ic sy yg dah hidup segan mati tak mau tu..


cuba tgk gmbr ni pulak.. hehe.. adakah sy msih kelihatan kurus lg?? dlm gmbr ni nmpk tmbam sikit kn.



week 21..


ni ms ktorg gi air terjun kat Inanam cuti ari Jumaat.. gi tgk je. tak mandi pn sbb tak dirancang. gpun tmpt ni kecik, ramai org.. so mcm tak best sgt. tp tgk air terjun dia mcm best je.. huhuhu


Friday, December 11, 2009

Books

it's been 2 weeks.. tp sy baru je baca prologue one of them.. tak taw la bila leh khatam both of them. huhu..




anyhow, thanks to en suami kerana belanja sy novels ni. leh buat teman sblom tido.. hehe.. sudoku pn dah level very hard.. few more nk abis leh beli br.. tp exercise book add math tak buat ape pn lagi.. rugi je beli.. dah la sengal. nk amik mode math teramik add math. mentang2 la terer.. bajet leh buat lg skg nih. maw gugur rambut kalau nk revise blk.. huhuhu


ps: got good news.. but will reveal when it confirmed..

Wednesday, October 14, 2009

Byk OR Cukup2

A little conversation make me think...


duit byk asik shopping baju, seluar dll smpai nak bagi parents duit pn liat...

or

duit cukup2 je smpai bertahun2 tak shopping baju, seluar baru tp msh berniat nk bg parents duit walau sedikit..



which 1 do u prefer?




no offence ye..




nota hati: hidup biar sederhana asalkan diberkati Allah dan ibu bapa..


nota akal: jgn bandingkan org yg ada dlm 2 situasi yg berbeza kerana ia tak adil bg kedua-dua pihak...



renung2kan dan selamat beramal.. ;)

Monday, October 12, 2009

Malam Terakhir


Mlm ni merupakan mlm terakhir berada di KL..

esok akn blk ke KK..
flight pkl 1250pm..
pas ni tak taw bile lg blk KL..

smga sglnya baik2 je..


will miss everyone here..

Sunday, October 4, 2009

Terkini

Lamanye tak update blog..
dok kat umah skg ni bkn xde masa.. masa byk sgt.. tp mcm mls je.. gpun takde cerita menarik pn. tiap2 ari bnde yg sama je..


skg ni sy berada di umah family di KL.. meanwhile en suami sedang belayar.. as usual.. wt rondaan area Pulau Layang2.. pkl 5 ptg td baru belayar.. after 10days baru dorg blk KK~jangkaannya 12hb..

actualy sy di KL ni pn bersebab.. bkn suka suki je nk blk KL.. kena ada sbb br leh blk. tiket flight mahal wooo.. kalau takat KL-Melaka-KL tu anytime.. hehe...


begini ceritanye...

Selasa lepas sy dpt panggilan dr FKM UTM tnya bila leh buat viva~presentation master.. selepas check market tiket flight spnjang 2 minggu ni, sy pn berkeputusan buat viva minggu depan~sbb minggu lg satunye tiket lg mahal.. tp tarikh pihak sana la uruskan..

dan kmudian dorg kompemkan viva akn dilakukan pd Selasa, 6hb Oct, 230pm di Bilik Viva FKM.. pemeriksa sorg je, Dr Koh lecturer Marin.. beliau ni br setahun jagung mengajar.. rs mcm ok.. Alhamdulillah takder external examiner. penyelia, Droy wajib ade.. dan pengerusi En Farid Nasir, lecturer design. mcm leceh sikit beliau ni. wlaupun beliau ni pengerusi tak berhak bg markah tp leh tnya soalan.. buatnye dia yg byk mengantoikan aspect2 design nti.. tak ke haru.. huhu..


so disbbkan viva dan en suami belayar ptg td la sy blk KL minggu ni.. kalau en suami tak ke mane2 sy akn direct ke JB sehari sblm viva, after viva baru blk KL dan stay beberapa ari..~tu planning awlnye la


lg 2 ari je nk viva ni. tp slide tak buat lg.. edit yg dulu2 je la kot.. tp nk edit2 pn mkn ms gk. bila la mood ni nk dtg.. arini takde org kat umah pn mls nk buat keje.. esok mak, kak iza dgn azief blk dr Penang leh buat keje ke tak.. ade si kecik tu...~xsabar nk jumpe takcik

oo ye.. jumaat lepas mak, ayah, kakak dan azief gi Penang. melawat fmly sedara yg br kehilangan atok ari selasa isnin yg lepas, 28th sept.. dgn ktorg pngkat Tok Ngah, adik kepada arwah nenek belah mak.. tp ayah blk KL dulu. mghrib td da smpai. esok ada kenduri kat umah sedara ayah.. yg lain2 akan blk KL esok..


sy smpai di KL mlm td jam 1135pm.. naik flight terakhir.. akn blk ke KK 12hb jam 1230pm.. mula2 dah beli tiket 11hb.. skali en suami belayar kena extend smpai 12hb.. so terpaksa la tukar tiket flight.. tmbh duit lg!!! bila la nk kaya mcm ni.. eh tak pe la tak kaya.. asalkan ati senang.. daripada kaya~xtaw la kalau luaran je kaya tp tak abis2 berdendam dan dengki dgn org lain..


ok kwn2.. doakan spya viva nti berjalan dgn lancar spya leh konvo ASAP..

anyhow.. selamat ari raya all.. dah nk masuk 15 syawal dah ni..

Wednesday, July 22, 2009

17 Julai 09


Boringnyer.. en suami duty ari ni so saya sendirian la.. boring.. tgk tv pn xde ape yg menarik sgt.. ASTRO asik yg sama je.. lyn Datin Wanabe je la...

ermm...


Alhamdulillah.. sy telah genap berusia 26 tahun pada 17 julai yg lepas.. nothing special pn.. dinner yg dijanjikan terpaksa di postpone ke tarikh yg tidak diketahui..

ini adalah kerana mlm yg sepatutnya itu, kapal beliau buat dinner kat tmpt yg ktorg planned.. actly dinner tu utk staf shja.. tidak dibenarkan bwk wife or sape2 pn.

oleh kerana ini adalah smbutan birthday yg pertama kalinya bersama, sy dgn keras atinya tidak mbenarkan en suami gi dinner tu.. pndai2 la beliau jwb dgn CO.. ye la kn. bkn senang nk smbut sama.. thun lepas2 tak dpt sbb jauh.. thn akn dtg belum tentu lg.. kot2 beliau belayar ke, ape ke kn.. so, do not leave me during the day.. kalau ari lain lantak la nk kuar pi mane pn...

walaupun beliau tak join dinner tu tp ktorg tak dpt dinner kat tmpt tersebut. kang tak psal2 kantoi lak..

tp ktorg kuar gk that day.. copy certificates, print resume utk submit kpd BNS ~previous entry, br dpt borang that day. pastu ms dah turun kereta nk masuk 1 Borneo leh lak tapak kasut tercabut... bengang je. br nk paw mkn dah tak jd. sudahnya blk, tapaw mknan je.. mmg tak best.. huhu

ape2 pun BIG thanks kpd semua yg wish.. family and friends.. smga kita semua dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..


oo ya.. ms interview smlm one of the panels smpt wish lg.. thanks..

Sunday, June 21, 2009

Moving Part 3


kat melaka skg. tgh unpack and repack brg.. asingkn mane nk letak kat KL, mane nk bwk blk KK... sepah jdnya bilik..


smlm 19 june (jumaat) dgn kelam kabut dan hampir surrender nya sy berjaya gk submit thesis.. mane tak surrendernya.. time nk anta tu la printer kat lab asik buat hal. print 2,3 keping sngkut.. mcm tu bila nk abis.. dah la kena buat 3 copies. 1 copy dah 100++ pages... mak, ayah ngn abg gg dah smpai dah.. so tmbh lg pressure.. sbb sian dorg tunggu lama2.. akibatnya dgn geramnya printer kat lab tu diketuk2.. bkn nak baiki tp geram.. dan akibatnya ada component kecik yg tercabut yg menyebabkan printer tu xleh pakai.. puas ati.. huhu... sudahnya balance lg sikit tu print kat luar je.. lg cepat... wpun pas print tu perasan ada typing error.. tp xpela.. yg penting examiner tu nk tgk method. yg lain x pe kot.. ayat menyedapkan ati sendri.. huhu


pas print thesis, anta buku kat PSZ.. pastu amik parent yg tunggu kat msjid.. pastu blk bilik kemas brg.. seb baik tinggal sikit je tak kemas lg.. rs mcm tinggal sikit je brg tp penuh gk keta. dok blkg dgn brg... abg gg blk naik motor...






slmt tinggal UTM terchenta.. huhu.. poyo je.. sy akn ke sana lg utk viva.. tp xtaw lg bila.. paling awal 3 bln dari skrg...


18jun dlm kenangan.. nk taw ape kes?? next entry ya..

Wednesday, June 17, 2009

Setahun sudah

Eh... dah setahun kan.. ada org nk celebrate ari ni x.. arini, setahun yg lepas kn korg dah berjaya menyebarkan cerita yg tak wujud.. yg katanya ada dlm blog nih..


by the way, mane bukti2 tu eh.. dgr cita ada print kn. silalah kemukakan.. dah setahun ktorg tunggu ni.. azief tu pn dah leh berlari dah.. tp xde ape2 pn.. kot2 kalau nk buat bukti fake ke.. kalau pndai la.. huhu... ktorg tak gentar pn... kalau ada yg korg tak phm ape2 dlm entry yg korg mksudkn, i'l explain.. anything u want to know.. sbb mmg tak pernah ada cita ape2 pn sprti yg korg war2 dan hebahkn..


yg herannya kn.. boleh lak tukang smpai tu dtg time my siblings semua dah blk KL.. tinggal ktorg ber5 je kat umah, parent, husband, nek cik and myself.. nape la tak dtg a day before ms my heroes semua ada.. takot kena serang gamaknya... entah2 tukang smpai tu tak reti guna PC pn.. x taw bnda tu ada ke tak sblm dsmpai kn.. tu la kuasa org berduit kn.. kononnya bila org ada duit ni ckp apa pn betol.. dan yg miskin mcm ktorg ni sntiasa salah...


berani kerana benar.. takut kerana??? phm2 sndri la kn..

buktinya.. wlaupun ada stalker yg dok view my friendster almost every day dulu, n now mcm twice in 1 week.. tp i don't block my friendster mcm org tuh.. u can view me as long u are link to my friends.. in this case u are link to my sis kn... same goes to my blog.. if i want to block it, i can do also.. tp wtpe nk block kn.. kt takde wt slh.. xde memburukan sape2 pn... ~sindir2 tu ada la.. so let it become free for everybody to access..


korg taw x a difference between Nur and Nor?? ermm kalau ikotkn nur tu cahaya kn.. kalau nor tu mcm xde meaning pn. kn?? any one agree with me?? so korg yg nama ada nor tu sia2 je letak nor.. ~alamak.. mati la ada org yg xberkenaan terasa gk.. mm pndai ckp 'smga ada nur dihati anda' something like that.. kalau nk paste the original msg pn i still kept it.. tp mls la kn.. hati korg tu mcm la bercahaya sgt.. kalau ye takde la mendengki.. tu satu hal.. dah tu menjaja kesana sini cerita yg tidak ada tu mulia sgt la pekerjaannya kn...


nk amik satu cth la.. dr forum gossip...
i admitted la siti nurhaliza tuh has a great talent wlaupun x berkenan sgt dgn beliau.. dan rmai juga yg tak suka beliau nih.. tp once bila new topic di buka psl beliau, mmg ramai gila yg view and reply... dan biasanya yg veiw dan reply nih yg anti ngn beliau... meaning, when u are GOOD, people will always looking and searching for ur fault.. sama la ngn saya.. i know im better than u in many things ~syukran atas pemberianNya.. that's why la korg dengki sgt kn...


one of u dah pn mnta maaf kat my parent.. it's good.. tp slgi maaf tu tak dipinta dr diri ini.. i'm sorry.. i will never forgive n forget...


mkn boleh sebarang mkn.. kalau salah mkn pn kena cirit birit.. x pn mati tak sakitkan ati org..

tp ckp tak leh sebarang ckp.. kalau salah ckp org sakit ati susah...


ps: hnya meluahkn ape yg terbuku slma 1thn nih.. pasni jd isu lg la kot.. wow.. sape yg berak tak cebuk, dia la yg bau busuk..

Related Posts with Thumbnails