Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label ~entertainment~. Show all posts
Showing posts with label ~entertainment~. Show all posts

Saturday, November 19, 2011

Azhad & Penguin

Yeay!


Finally! After almost 2years dapat juga saya tengok wayang. Siap bawak Azhad lagi! Without mr hubby. Ha!! Sila percaya jangan tak percaya! Eh!! Banyak pula tanda seru macam marah je. Hehehehe


Alkisahnya semalam my sis datang umah ambil baju anaknya yang saya tolong belikan. Lepas tu mereka nak ke Mid Valley tengok movie. Saya pun teringin nak ke sana ada Maternity and Baby Expo (18/11-20/11). So saya follow la. Kitorang jadi single parent jap.


Sampai Mid Valley terus ambil tiket. Cerita apa? Happy Feet 2. Layankan Azief. Ingat nak tengok Alamak Toyol tapi bila fikir baik tengok kartun kot-kot Azhad tak meragam, kan. So i follow je la. Sebelum tengok wayang gi isi perut dulu. Wah!! Pandai Azhad makan sendiri. Lapar sangar gayanya. Hajat nak ambil pic dia yang tengah comot tapi tak sempat sebab nak tengokkan tangan dia yang pantas mencapai tu.





Lepas makan terus masuk panggung. Macam mana gelagat Azhad? Saya agak cuak sebenarnya takut Azhad menangis, lagipun time tu waktu tidur dia. Kang tak pasal-pasal kena keluar dari panggung lak. Masa masuk dalam tu terang lagi. Sempat Azhad main tangga dalam panggung tu. Bila dah start tayang iklan Azhad layan je tapi mulut tak berhenti mengomel dan menjerit excited. Bila agak-agak Azhad nak menjerit or menangis saya sumbat biskut dalam mulut dia. Diam la kejap. Lepas tu sambung membebel dan menjerit. Ada la juga amoi yang buat "sshhh" padahal bukan Azhad menjerit kuat or menangis pun. Budak tu excited tengok penguin joget. Dalam 10 minit selepas movie tu start terus tak dengar suara Azhad lagi. Sebab? Dah dapat ubat tidur dan terus lena dalam kebisingan dan kesejukan sampai abis cerita tu. Lega sikit. Tapi bila tiba-tiba sound kuat risaula jugak Azhad terkejut dan menangis. Tapi selamat dia lena diulit mimpi dalam dakapan hangit ummi dia ni. Hehehe..


Habis movie tu kami singgah expo dulu. Tapi tak round habis pun sebab tak larat nak dukung Azhad. Nak biar dia jalan sendiri kat booths tu confirm tak dapat tengok juga sebab sibuk kejar Azhad.. Tapi ramai yang beli pampers mamypoko. Murah kot. Tapi katanya dapat bantal free.. Nak beli barang untuk baby memang belum lagi. Kena tunggu 2-3 bulan lagi. Wajib pergi bersama tukang bayar. Kalau beli sendiri susah nak claim. Hehehe.


Budak lasak berlari. Tak larat weol nak kejar..




Eh. Nak review pasal movie ni sikit. Overall syok! Saya sebenarnya bukan peminat cartoon macam ni tapi bila dah tengok memang layan. Ada moral value gitu. Suara penguin sangat chomell. Menari shuffle macam Azhad. Abi Azhad cakap nak cari CD cerita ni. Mungkin nak suruh Azhad mantapkan tarian shuffle nya. Kekekeke



Wassalam~~


Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, December 18, 2010

Dah Habis, Baru Perasan, Layan Perasaan

Akhirnya habis sudah rancangan realiti Mari Menari. pemenang pun dah tahu. as expected.. saya tak la selalu tengok rancangan ni. kadang-kadang je. tapi dah boleh agak sebab pasangan Raziff ni memang best.. consistent every week. pencabar mereka pasangan Ariz, not so bad tapi diorang akhir-akhir semakin menyerlah.



mari menari




Alhamdulillah dan tahniah.. i'm happy for them. menang apartment bernilai RM350 ribu dan percutian ke Bali. tambahan baru 6 bulan kahwin. memang rezeki pengantin baru. semoga tak menambah bilangan pasangan realiti show yang bercerai..diorang ni kerja biasa-biasa je.. siapa sangka, kan? kita yang laki bini kerja gaji ribu riban pun takde aset rumah dan gi berjalan overseas lagi.. huhu... mengata diri sendiri..



lisa surihani



inilah rupa pengacara rancangan ni.. melalui rancangan ni la baru saya perasan yang lisa surihani ni pelat 'R'.. kalau berlakon tak perasan pun.. huhuhu.. but dia sangat chantek.. dan tak kayu pun. kalau tengok cerita i'm not single rasa macam nak nangis je tengok kekayuan dia.. apa-apa pun lisa tetap ayu. semoga sentiasa bersih dari gosip liar..



eh... tetiba feel like mengimbas kenangan lama... hehehe...





once in a lifetime.. gambar ulang tayang ke?? who cares???


Saturday, September 4, 2010

Lagu Raya Yuna

wahh… 2, 3 hari ni blog ku dikunjung ramai.. bila check feedjit baru la ku tahu kenapa. sila tengok bawah..


untitled


ramai la pula yang search lagu raya yuna. tapi bila buka blog daku regarding this entry hape pun tarak.. huhuhu.. cuma yang jadi persoalan.. best sangat ke lagu raya yuna??? hakikatnya daku dah pernah dengar, memang tak best langsung. tapi lain orang lain citarasa.. kalau dah minat, semua sedap, semua cantik, semua baik.. hehehe.. so kepada peminat yuna yang terbuka blog ni sekali lagi harap ampunkan patik kerana mengutuk menyuarakan pendapat daku berkaitan lagu raya yuna..

hehe..


oooo… raya dah dekat.. tak sabarnya… :)

Sunday, August 29, 2010

Lagu Raya

Adeh.. mentang-mentang la dah nak raya, sana sini sibuk pasang lagu raya. Radio dan tv dibenarkan pasang lagu raya bermula Ramadhan 15th.. tapi kalau supermarket/mall takde apa-apa t&c kot.. Ahad last week keluar pergi CP pun diorang dah start main lagu raya.. nasib baik la suara artis febretku dulu kini selamanya yang tengah keudara, mendendangkan lagu Takbir memecah hening.. layan je la..


Jumaat hari tu sembang-sembang dengan hubby pasal lagu raya dan persoalan yang saya soalkan, "kenapa lagu raya sekarang buruk-buruk. lagu raya dulu gak yang best"
"haah.. lagu sekarang yang best lagu siti je.." -hubby. siti merujuk kepada siti nurhaliza

"haah.. lagi lagu yang raihan ngn man bai tu.. zamani punya lagu raya pun best. boleh la diterima telinga" -saya terpaksa terima kenyataan lagu raya siti best. tapi bila sebut nama zamani, hubby macam tak setuju je.. huhu

"agaknya sebab lagu mendayu kot. tapi sesuci lebaran tu rancak je"-hubby, sambil-sambil dia cuba ingat tajuk lagu raya siti yang lain

"entah.. sebab siti kot"
-terpaksa lagi..


errmmmm.. nak tahu tak kenapa saya boleh bangkitkan isu lagu raya dulu dan sekarang.. sebab pagi Jumaat tu telinga saya ni telah disakiti akibat mendengar lagu raya YUNA.. serious buruk!!! dah la suara ala-ala je.. nyanyi lagu raya pula.. adeh.. tak boleh kutuk lebih-lebih. puasa nih..


hubby siap cakap, "Yuna ni kalau masuk AF confirm kena keluar awal". see.. walaupun lagu Dan Sebenarnya tu menjadi pujaan hati ramai, tapi kalau dari segi vocal, biasa-biasa aje. ok ok.. tak mahu kutuk-kutuk lagi.. mati saya kena kutuk dengan peminat dia nanti. hehe..


Lepas lagu raya yuna tu ada lagi lagu raya baru. tak ingat pula siapa yang nyanyi. tapi memang hakikatnya lagu raya sekarang tak best.. lagu raya dulu nyanyian P.Ramlee, Saloma, Sharifah Aini dll juga yang best..


Agaknya la kan, budak-budak sekarang dengar lagu raya dulu pun cakap tak best. Lagu raya zaman sekarang lagi diorang suka kot.. Kalau ada budak-budak zaman sekarang yang baca ni boleh jawabkan persoalan ni..


Wednesday, June 2, 2010

KAPOWW: Atoi The Ajaib Boy

Tadi baca Mastika nampak la iklan yg ditunggu-tunggu..



kapoww atoi the ajaib boy

Will be release on 17th June 2010
Sehari before saya habis pantang
YEAY!!! Boleh tengok!!
Biasa movie tayang 2 minggu, kan


Tapi kegembiraan itu tidak lama...
Apabila hubby tunjuk si comel
Camne nak masuk panggung dengan baby yg masih kecil
Takkan nak tinggal baby semata-mata je
So terpaksa la daku lupakan hero ku itu..


Tunggu je la tayangan di Astro nanti..
Tak pun suruh hubby cari CD..

Thursday, May 27, 2010

DR Rozmey :: 2 ALAM

One fine day,

hubby: Rasa macam nak tengok je.. Best ke cerita dia sampai target RM12 juta. Dah la pelakon semua tak kenal.

ayang: Dia saja letak target macam tu. So that nanti orang akan tertanya-tanya 'best sangat ke' dan buatkan orang rasa nak tengok. Macam awak la..


Tu antara dialog saya dan suami mengenai filem 2 ALAM, terbitan sulung dR Movie Production.. Sepatutnya ditayangkan pada 8 Mei lepas tapi tunda dan tayang hari ini. So ada siapa-siapa yang tengok ke? Boleh la share serba sedikit pasal movie tu.


2 alam dr rozmey

Actually kitorg laki bini baru kenal dr Rozmey tu. kalau korang ada tengok Raja Lawak 4 minggu ke-3 rasanya, yang JD buat lawak pakai rambut palsu tu, kitorg terpinga-pinga apa pasal semua orang gelak.. SUMPAH kitorg tak taw pun akan kewujudan dr tu.. bila muka beliau keluar tiap-tiap hari kat KOSMO! untuk promosikan 2 ALAM baru la kami tahu.. Padahal beliau ni pemes sebab product pelangsing Jusmate5, ntah ape benda lagi tah. huhuhu


jd raja lawak 4

Tapi apa yang bagus tentang dr ni, walaupun beliau baru 1st time cebur diri dalam dunia perfileman tapi semangat dan keyakinan diri beliau sangat tinggi. Sebab tu la beliau mampu jadi doc. Kalau tak jadi la macam saya.. Tapi tu la orang kita.. Selalu pandang rendah kat orang, tak boleh tengok orang lain lebih dan selalu judge a book by its cover.. Macam mane nak maju?? Huhuhu


Erm.. ada yang bertanya.. nape dalam radio DJ sebut nama beliau D R Rozmey, bukan doktor Rozmey. ada sape-sape boleh jawab??

Wednesday, April 21, 2010

Memang Macam Tu Ke??

Korang layan tak slot Akasia, Adamaya sekarang? Semalam saya terlayan la pulak.. before ni kalau tengok pun sikit-sikit je. Semalam tengok dari awal sampai abis. Kira drama ni boleh layan gak la sebab hero yang handsome.. oppsss dan heroin yang cun.. So ibu-ibu mengandung elok la tengok cerita ni, kot-kot la anak nanti handsome/cantik macam pelakon-pelakon ni. tp bila part Dani (Faizal) kena tutup mata kejap la.. hehehe..


Drama Akasia Adamaya

Actually bukan nak cerita pasal drama ni sangat pun. cuma tertarik dengan satu adegan tu.. Adegan yang biasa kat tv melayu. sampai saya cakap "nape cita melayu kalau perempuan dah kawin tak sihat Dr suruh baring, pastu beritahu mengandung.. orang (saya) tahu mengandung takde pun cek macam tu"

Korang paham tak??

Ke orang lain pun memang macam tu.. ye la, kan. since saya tahu pregnant buat UPT sendiri baru gi klinik. so nurse just suruh buat urine test balik je.. tp kalau kena baring pun biasa buat ultrasound kan.. bukan cek "bodoh-bodoh" macam tu je...


Anyone can explain???


Heheh.. benda remeh macam tu pun nak peduli kan..


Saturday, January 23, 2010

Menonton Wayang

Haha.. cm ape je tajuk.. actly lama tol ktorg tak tgk wyg.. bila difikirkan ms utk ktorg bersama ber2 dah xlama dan nti ada baby susah nk tgk wyg, jd ktorg pn gi la menonton semlm. ktorg ni biasa la kn, penyokong industri seni tanah air.. jadinya ktorg tgk la cite Adnan Sempit.. gpun tgk thriller mcm syok je.. it was on me, tickets & meals... skali skala.. huhu






Sinopsis Adnan Sempit credit to Cinema


Known as Nan Sempit by his friends, Adnan (Shaheizy Sam) is an orphan and a 'mat rempit' who decides to move to the big city in Kuala Lumpur after being treated unfairly by his aunt's family. During his stay in KL, Adnan lives with his elder brother Macha (Cat Farish) and works as a dispatch guy at a private company. He develops a friendly relationship with his boss, Nadia (Intan Ladyana) who comes from a very wealthy family. Soon, their relationship turns sour when an argument breaks open between Adnan and Zack.


tp rasanya sinopsis ni mcm tak betul je. mls lak nk betulkan. so kalau nk taw citenye mcm mane gi tonton sndri.. huhu


review dr kami: syok. citer x berat. leh layan la.. full of laugh dr awl smpai abis. tp ada la part2 tegang.. tp tak lah sedih mcm Maman ckp.. sentimental sgt adik bongsuku ittew.. huhu.. tgk watak Shaheizy tu mengingatkanku kpd adik lelaki gagahku, Ijai.. muka ganas tp dlm ati ada taman.. huhuhu



pas tgk movie gi beli brg sikit n present utk new born baby kwn en suami.. smbil2 tgu staff kat customer service Parkson tu wrap hadiah ktorg lepak2.. n snap pic sikit.. serius mmg sikit.. hehe..






owh.. itu perutku yg berusia 26 weeks.. seb baik x kantoi perut hubby ku.. hehe. pndai beliau cover..



opss sblm terlupa.. smlm b4 tgk movie ktorg gi collect ic kat JPN.. yeay dah dpt ic baru yg cantik. tp quality gmbr tak cntik.. pecah2.. dah tu leh lak address dia 'KL, Selangor'.. dah KL tu KL la kn. nape nk Slgor lg.. xphm. mls nk betolkan sbb it takes time. buang ms menunggu je.. say good bye to old ic..


tgk la betapa nazaknye.. huhu.. sayonara..



ps: 2mgu dah tak timbang berat. agk2 naik byk x..


Monday, November 16, 2009

RL@1B

Smlm menghabiskan beberape jam bersama en suami di 1B. tujuannye nk tgk ujibakat Raja Lawak Astro musim ke-4. ktorg kuar dlm pkl 11am.. ingtkan dah start.. tp tunggu punya tunggu, pkl 1pm pn tak start lg.. seb baik la dpt seat smntara tunggu. so tak lah letih sgt..


stage dr level 2 tmpt ktorg lepak..



bila nmpk kelibat host br ktorg turun ke ground floor.. nk amik gmbr dgn zizan tp dia lari lak.. tp dpt gk bergmbr ngn Along.. hehe..


bersama Along yg sempoi.. =)



along ngn tauke jd artis jmputan. dorg memulakan acara smntara zizan ngn johan gi melantak. candy af pn ade.. tp xberminat pon nk amik gmbr ngn candy & tauke.. pdhal berkesempatan je... hehe..


smntara tunggu ujibakat bermula ktorg gi shopping dulu. tp smpai siap shopping pn zizan ngn johan tak siap2 mkn lg.. nk je ktorg redah tmpt mkn dorg tu.. tp.. x elok la kn org tgh mghadap rzki... so tunggu la..


dan akhirnye.. dpt gk amik gmbr ngn zizan.. johan? tak dpt pn xpe.. gpun dia sbuk ngn wife dia..


dgn zizan..



zizan agk skem la wlaupun dlm tv nmpk mcm happening je.. hehe.. juri utk ujibakat tu sorg je iaitu bob lokman.. pas beberapa peserta perform ktorg chow... masa tu br la terasa lenguh kaki nih. seb baik la lom ade perut.. "kalau dah ade perut takdenye nk tgk" kata en suami.. hehe...


seb baik la afdlin shauki tak de. kalau tak msti ktorg snggup tunggu nk bergmbr dgn beliau..


eh.. nti tgk Raja Lawak jgn terkejut kot2 muka ktorg kuar tv.. hehe.. perasan je.. =)

Monday, October 26, 2009

PAPADOM





Sinopsis

Mampukah seorang lelaki menunaikan wasiat isteri tercinta? Itulah yang berlaku kepada Saadom, seorang ahli perniagaan nasi kandar yang berjaya di Pulau Pinang. Wasiat isteri agar menjaga anak mereka , Mia dengan baik telah mengubah diri Saadom. Daripada seorang lelaki yang sentiasa sibuk dengan dunia nasi kandarnya, Saadom menjadi seorang bapa yang begitu prihatin kepada setiap perkara yang berlaku pada Mia. Setelah menginjak usia remaja, Mia mula rimas dengan kasih sayang Saadom yang berlebih-lebihan. Kawan-kawan Mia juga rimas dengan Uncle Saadom yang sentiasa mengekori anaknya itu. Saadom sering memeluk dan mencium Mia, di hadapan kawan-kawannya. Mia sedikit malu. Waktu rehat, Saadom akan menghantar makanan kepada Mia dan kawan-kawannya di sekolah. Adakalanya kawan-kawan Mia menolak makanan tersebut kerana mereka mahu diet. Saadom sering juga melepak di dalam kawasan sekolah Mia, demi memastikan keseleamatan Mia.


Masalah besar timbul apabila Mia perlu memilih universiti. Saadom mahu Mia memilih yang dekat-dekat sahaja, tetapi Mia pula mahu belajar jauh daripada bapanya. Mia mahu bebas daripada bapanya. Saadom jadi panik. Bagaimana dengan janjinya terhadap arwah isterinya yang telah mewasiatkan Saadom menjaga Mia dengan baik? Mampukah Saadom mendidik Mia hingga berjaya menggenggam segulung ijazah?!!

credit to PAPADOM


dah tgk cite ni aritu. sebaik smpai KK dr KL terus gi 1B tgk.. so much fun. wlaupun tak berapa minat dgn Liyana tu tp layan gk sbb citer Afdlin mmg wajib tgk.. citer ni mmg layak menang byk award ms ffm ari tu.. rugi woo tak tgk.. bg yg tak tgk lg ntikan kat tv musim raya tahun depan je la.. hehe...

Saturday, October 17, 2009

"Bottom of My Heart"

Bismillah.

i dunno wether i shud do this or not. but my heart says i shud,so here i am. a confession im gonna make..

i believe most of you know about whats going on between me and him. ya, haluan masing2.. dulu when we were together, i admitted and went public about it. jadi bila dah habis juga, i know i should come clean and tell the thruth as well. didnt wana prolong this.

as human, as a girl, to me breaking up is one hell of a thing to do, the hardest thing to do i must say. people may think im a strong girl. im kasar and i can deal with this easily =) and i always look fin and happy but only God knows what im going thru now. we can say things that help to ease the pain, yes terima kasih sangat atas semangat yg diberi. i really appreciate it. i really do, thanks tapi selalunya its easier said than done.

im dealing with it now. its time, my time. scha terpaksa deal dengan benda yg tak enak, yg tak dapat dielakkan. hope it happened for good. saya kurang bernasib baik, bila benda ni berlaku jugak ke atas saya. its sad. really sad.

kita plan, kita usaha, kita doa tapi it still His call. kalau Dia dah tentukan mcmtu, macamtu lah jadinya. kita usaha, dont give up and give the hardest to fight for what we want but things dont always turn out the way kita nak. kan? jadi kita telan lah walau sakit mcm mana pun. saya ada bahagian saya, dia ada bahagian dia.

saya cuma minta semua orang faham, dan tak payah menyalahkan sesiapa sebab benda yg terjadi ni pun sebenarnya bukan kami yg minta.. it happened just like that no matter how hard we avoid it.
Breaking up is not a nice feeling. jadi i hope people would give time or space to both of us. dont speculate, dont judge dont label.. we all go thru this, dont we? we forgive and forget, no hatred, suci dan bersihkan hati. jadilah orang baru, yg lebih berjaya di dunia dan akhirat.

belum habis pasal ni lagi, timbul cerita baru. yg ada macam2 versi.orang bercakap seolah olah mereka tau apa yg terjadi sedangkan yg tau hanya me and him.. timbul pihak ketiga, which to me is the most ridiculous ive ever kena. itulah adat. bila berkawan pulak dengan orang lain,dikatakan bercinta. Dan timbul ceritra kononnya dia romeo..

all this while, i always sincere and i will always be. trust me. baru 'luka', belum pulih, terus nak 'berlari' lagi? impossible ! God knows how i feel and what i do. Cukuplah..
scha tak sepatutnya go public mcm ni tapi TUJUAN scha tulis note ni adalah sebab scha nak jawab kebanyakkan soalan fans kat sini. what u heard is true.
jadi lepas ni, please understand. we both going thru some changes in life, shitty ones. just need to toughen up and move on, kan?

its part of life, a process that can better ourselves, and make us stronger. apa yg terjadi , biarlah kept to ourselves. im sure he agress with me =)

please respect my future, and his future as well.

last but not least, its not easy, susah sangat but we have no choice. whatever happens, i hope you guys will support me, and him. and the show that we gonna do together. teruskan menyokong. teruskan bersama kami, dan juga maaf kalau kami menghampakan semua.

scha harap anda akan sokong SB dan saya akan cuba yg terbaik. teruskan menonton Awan Dania 2 dan Papadom di pawagam .

we look good together,we are made for each other but we dont meant to be together....
my prayers are with you and family. have a wonderful life ahead.

D.

p/s: harap semua tidak menjadikan note ini sebagai isu, terima lah confession ikhlas dr hati saya. habiskan terus di sini, look forward. bukan untuk publisiti,hanya utk menjawab persoalan semua di sini.

no more why when and how.
byebye
have a great monday
salam

scha alyahya.



credit to Scha Al Yahya


aha.. suspend x??? huhuhu...

actly SGT suka mereka berdua. sgt sepadan kn.. tp apakan daya kalau sudah tertulis hnya setakat itu shja hubungan mrka.. cumenye hrp2 ada la jodoh dorg nti.. mane la taw kn... ~mengharap lg tu.. huhuhu




ooohhh.. by the way, dorg digandingkan bersama dlm rncgn Sehati Berdansa.. owwhh... mcm mane la perasaan bersua dan bekerja dgn org yg pernah disayangi.. hrp2 timbul la bibit cinta tu kembali.. ade mgkin x.. hehe.. enaf is enaf.. xyah berangan utk org lain.. hehehe...

Monday, August 10, 2009

SETEM


Ya.. akhirnya dpt gk tgk SETEM.. eh bkn setem yg guna utk pos surat tu.. yg tu tiap ari leh tgk. ni movie SETEM la.. korg dah tgk belum? dgr citer smbutan tak berapa menggalakan wpun pelakon hebat2.. mgkin sbb H1N1 kot. org takut nk kuar..

anyhow.. ni sinopsisnye.. credit to SETEM


Sinopsis SETEM

Sid dan Joe, dua org pembelit/penipu diberi arahan oleh bapa angkat mereka, Pak Ramli untuk mencuri setem barring yang dikatakan bernilai USD 4juta. Pak Ramli memerlukan RM500, 000 untuk menyelamatkan rumah anak yatim yang diuruskannya. Rumah anak yatim itu juga merupakan tempat Sid dan Joe membesar suatu ketika duhulu. Mereka dengan berat hati bersetuju walaupun tiada rancangan. Akan tetapi, bukan mereka sahaja yang mahukan setem tersebut. Malah ketua gangster iaitu Lim Piranha juga telah mengetahui kewujudan dan nilai setem itu. Selain itu, Mani seorang bekas banduan yang baru sahaja keluar dari penjara mahukannya untuk menyelamatkan perkahwinannya. Beliau meminta bantuan Vellu, seorang pengawal keselamatan yang ditugaskan untuk menghantar setem itu ke Muzium Melaka.

Rancangan yang kompleks telah dirancang oleh semua pihak, tetapi malangnya mereka tidak mendapat setem itu. Namun, orang lain yang tiada kaitan langsung iaitu Aryanto telah memperolehi setem itu secara tidak sengaja. beliau seorang pendatang tanpa izin yang baru sahaja tiba dari pelabuhan Klang dan sedang mencari orang tengahnya, Marcello. Marcello yang lebih lecih mengetahui nilai setem tersebut dan mula merancang untuk menjualnya. Malangnya setem tersebut sekali lagi terlepas daripada mereka dan jatuh ke tangan Iskandar, seorang lelaki buta, dan kakaknya Alliya. Mereka berdua tidak mengetahui langsung nilai sebenar setem itu. Malah Alliya menggunakan setem barring itu untuk menghantar surat dan posmen itu menjadi sasaran mereka yang seterusnya.

Siapakah yang akan memiliki setem tersebut? Adakah pembelit-pembelit itu akan menang? Atau mungkinkah terdapat penipuan lagi besar yang tidak diketahui oleh mereka?





my review? ermm.. best gk la cita ni. tak boring.. taw2 je dah abis.. 2jam gk taw tp tak terasa kelamaannya.. tp ending unpredictable la.. so dont miss it...


dah alang2 tgk wyg tu, ktorg jln2 cari mkn gk la.. 1st time masuk food court kat 1Borneo.. hrga not so bad la. en suami ckp kira murah la kat Sabah nih.. nk taw ktorg mkn ape?

jom!!


the menu.. byk sungguh bah..


smoke chicken ham pizza ~paling kecik yg ktorg jumpa takat ni


sizzling mee ayam ~pandai ke guna chop stik tu..


shiok grill chicken chop


kit chai



ada pokok lampu hijau.. hehe.. i love green.. so ape lg.. hehehe





last but noy least..

Saturday, August 1, 2009

Juara Anak Wayang



Finally.. Mohd Hairi Safwan Aznan, 21, juara Anak Wayang (AW) musim pertama.. eh.. mcm nk ada musim kedua je bunyinye tu..


Hairi meraih 58% undi sms menerima hadiah berupa sebuah kereta Honda Jazz bernilai RM109800, wang tunai RM10000, tawaran berlakon dalam drama bersiri 60 episod, dua tiket penerbangan ke Los Angeles, kamera Canon model FS21, rawatan kecantikan di Aster Spring selama setahun dan trofi.. lumayan giler hadiah..


Pencabar beliau adalah Hafiz Halim, 21, hanya dpt 42% undi..


Mmg Hairi layak menang pun banding Hafiz yg sgt ikut skrip.. dan seb baik gk la Dayana tak masuk final.. minah tu tak best pun, harapkan muka je. ehh.. lawa ke?? huhu


Sebenarnya tak la layan sgt AW ni pun. tp bila saat genting tu layan gk la.. just nk tgk siapa yg menang. tp sebenarnya Pilih Kasih lg SYOK!! huhu



update!!


picture credit to Juara AW


Thursday, July 30, 2009

Iklan Celcom Fahrin & Scha

Ada tgk iklan Celcom yg baru tak..

soo sweeettttt... kan kan kan







suka tgk couple ni.. hrp2 ke jinjang pelamin laa.. kalau ada pun yg tak suka, berdiam diri tu lebih baik dari doakan yg buruk2 kn..

Sunday, June 28, 2009

TRANSFORM


Right now, saya di rumah di KK seorg diri. mr hubby kena duty ari ni.. dimana ini bermakna beliau tidak akn blk mlm ni.. kena duduk sorg la jwbnya.. uhuk2..

tgh black out ni.. dr subuh pg td black out dan dijangka ada blk letrik pkl 5 ptg sat gi.. almost 12 hours la.. subuh sini awal..

boring gila.. dah la hubby takde, karen lak takde.. nk tgk tv pn xleh.. bkk laptop tahan bape minit je... ni pn tgh nazak..

so kemas la ape yg ptt.. sapu, mop umah.. kemas baju.. smpai menitik-nitik peluh.. msti turun berat badan ni.. hehe... br buat keja sikit dah berangan.. huhu

oo ya... x cita psl ketibaan di KK ni.. actly sy berlepas dr KL smlm pkl 2 ptg.. 1st time naik MAS.. huhu. kelam kabut gk kat KLIA... smpai di KK pkl 430pm.. patutnya ada ujian saringan H1N1 tp xde pn.. hrp2 takde ape2 la..

B amik dan ktorg terus ke 1 Borneo.. nk tgk Transformers : Revenge of the Fallen. B dah beli tiket smlm.. kalau tak jgn hrp la dpt tgk arini.. full 3 panggung yg dibuka. tygn pkl 7 so ktorg shopping sikit kat Giant b4 that. pas abis movie terus blk..


nk cita sikit psl movie ni.. jom


Synopsis


Two years have passed sine young Sam Witwicky (Shia LaBeouf) saved the universe from a decisive battle between warring races of robotic aliens. Despite his extreme heroics, Sam is still an average teenager with everyday anxieties about heading to college, leaving behind his girlfriend Mikaela (Megan Fox), and separating from his parents (Kevin Dunn and Julie White) for the first time. Of course there is the additional burden of trying to explain his departure to his newest friend and guardian robot, Bumblebee. For Sam the goal is to lead a normal university lifestyle, but to do that, he must ignore his destiny.

While Sam has done his best to put the conflict at Mission City behind him and return to his daily routine, the battle between the Autobots and Decepticons, although a top secret incident, has instigated many changes. Sector 7 has since been disbanded and its most loyal soldier, Agent Simmons (John Turturro), summarily dismissed. In its place, a new agency, NEST, has been created. Utilizing experienced field commanders like Lennox (Josh Duhamel) and Epps (Tyrese Gibson), NEST seeks to work side by side with the Autobots to avoid another deadly confrontation with the Decepticons. Unfortunately National Security Advisor Theodore Galloway (John Benjamin Hickey) possesses little foresight to fully comprehend the inexorable dangers which abound. Driven to gain control of every defense organization, along with their potential for power, and at the same time do away with what he sees as a frivolous government bureau, Galloway endeavors to terminate NEST, believing that any threat of war has long since passed. It is his conviction that humans share no vested interest in the Autobots’ dispute with the Decepticons.

Just as life is about to fall neatly into place at Sam’s new school, adapting to a new, albeit pushy, roommate, Leo (Ramon Rodriguez), and an equally pushy but much more attractive new acquaintance, Alice (Isabel Lucas), Sam suddenly becomes distracted by visions flashing across his brain like thunderbolts. Fearful that he is suffering from the dementia that plagued his grandfather, Sam keeps his visions a secret until he can no longer ignore the messages and symbols filtering through his mind.

Despite his best laid plans, Sam once again finds himself at the center of a tug of war between the Autobots and Decepticons with the fate of the universe at stake. Unbeknownst to Sam, he alone holds the key to the outcome of the struggle between evil and the ultimate power of good. With the help of his friends, his pals in NEST and even his parents, Sam finally learns to embrace the Witwicky birthright, no longer hiding from his family legacy: No sacrifice, no victory!


credit to Transformers: Revenge of the Fallen






Reviews: just one word can describe this movie.. MARVELOUS!!! mmg puas ati dan berbaloi.. penuh action. dr awal smpai abis.. cuma byk sgt robot jd kompius mane baik, mane jht.. huhu... tp over all ok la.. so jgn buang ms lg.. cpt2 tgk ok..

Wednesday, June 10, 2009

Evening at Tebrau


Ptg td.. oopss.. skg dah msuk hari baru kn.. so smlm la.. sy bersama beberapa rkn ke Tebrau.. tgk movie.. mgkin ini adalah perjumpaan terakhir kami krna Ilah akn blk Perak, Ipah mmg org Senai, Naza keje kat KK~blk cuti.. dan sy akn tinggalkn Skudai lg beberapa ari..


actly ktorg tak la rpt sgt zmn stdy dolu2.. tp bila dah tak berapa ramai ni br la baik.. tp biasa2 je la.. cuma Ilah je la sll dtg lepak kat bilik.. Naza org Kempas so takde la nk dtg UTM.. sama la ngn Ipah.. gpun Ipah dah berlaki


From left: Cikgu Ipah dan Ilah yg br jd penganggur terhormat



sy dan Cik Naza



smntara nk tunggu tygn movie ktorg gi melantak dulu.. ingt nk mkn Kenny Rogers tp kena tunggu 30mnt lak.. so masuk Pizza Hutt je...


nk habaq psl depa sikit la...

Ilah - bekas engineer kat Flextronics. br2 ni resigned dr Panasonic.. skrg dia tgh buat master part time.. dah setahun.. resign sbb nk focus study la. konon.. huhu.. zmn degree pn dah baik ngn dia.. bila dah abis ni mkin rpt sbb dia sll dtg bilik.. beliau ni masih single dan available taw... promo ni.. huhu


Naza - pernah keja kat kilang dan cikgu sandaran.. currently lecturer Poli kat KK.. tunang kpda my coursemate.. mereka dijangka akn menikah ujung thun ni... pernah jd roommate sy ms final sem ktorg..


Ipah - tak berapa taw sgt psl dia ni.. dia pnh jd engineer kilang kat Senai.. tak ingt kilang ape.. skg dah jd cikgu sandaran.. dah berkwin thun lepas bln 11.. tgh berusaha nk ada anak.. aclty dia ni muda sthun dr ktorg.. tp ms msuk u sm sbb dia intake direct dr SPM. kira bdk pandai la.. zmn degree dulu kenal mcm2 tu je..


Ejau - sy la tu.. xpnh keja kat luar lg.. 2thn lbh ni dok jd researcher je... sudah berkahwin.. almost 1 year dah.. Alhamdulillah. tp PJJ la.. dijangka akn stay KK ujung bln ni.. currently looking for a job at KK.. susah tol nk cr keja kosong skg ni kn...



taw tak ktorg tgk cita ape.. Ilah nk tgk Syurga Cinta.. tp ktorg x mo wpun ramai ckp best.. nk tgk Jangan Pandang Belakang Congkak bdk2 ni tak nak sbb kelakar.. sudahnya tgk Night at Museum 2.. cita ni tak kelakar ke kak??? huhu.. tjuk sbnr cita ni Night at Museum: Battle of the Smithsonian..


rupa2nya Naza dah tgk cite ni ngn tunang dia.. so tgk la utk kesekian kalinya.. sape soh tak btaw awal2... huhu





synopsis (credit to: Night at Museum 2)

When the Museum of Natural History is closed for upgrades and renovations, the museum pieces are moved into federal storage at the famous Washington Museums. Security guard Larry Daley (Ben Stiller) infiltrates the Smithsonian Institute in order to rescue Jedediah (Owen Wilson) and Octavius (Steve Coogan), who have been shipped to the museum by mistake. The centrepiece of the film will be bringing to life the Smithsonian Institution, which houses the world's largest museum complex with more than 136 million items in its collections, ranging from the plane Amelia Earhart (Amy Adams) flew on her non-stop solo flight across the Atlantic and Al Capone's rap sheet and mug shot to Dorothy's ruby red slippers, Fonzie's jacket from Happy Days and Archie Bunker's lounge chair from All in the Family.


reviews: overall cita ni ok la.. org ckp tak sebest yg 1st... no komen on that.. sbb sy tak tgk yg 1st... kalau sape2 yg pk psl logik jgn la tgk cita ni sbb sgla2nya mmg tak logik.. huhu.. tp enjoy gk la.. plakon utama dia ensem... mata cantik.. terus teringat kat Luke from Gilmore Girls.. haha.. msih gila byng kat GG wlaupun dah bape minggu ni..


pas abis tu jln2 kat Jusco sat.. Ipah nk beli adiah utk kwin mber dia.. smpt la usha2 brg... salah satu drnya.. Mobile Aircond.. RM1699.. tp org ckp tak sejuk sgt... ni mr hubby pnh ckp nk beli.. tu yg bila jumpa terus snap and sent kpd beliau..





pastu ktorg terus blk sbb ada bini org kena blk awl.. tunang org nk dating.. master student merangkap bini org yg nk siapkan draft thesis.. dan penganggur yg ada agenda lain lak pastu..


hope to see u again.. kalau dtg KK calling2 la.. ramai pemandu pelancong nih.. hehe..

Saturday, June 6, 2009

Pehchaan : The Face of Truth


Tika dan saat ini sy tgh melayan cita hindustan di rumah...

huhu.. ni bkn cita jiwang yeee...

cita psl keadilan.. dah tgk awl mcm nk tgk smpai abis lak.. wpun mcm leh bajet je ending mcm mane...

mksud Pehchaan adalah Identity




antara pelakon2 dlm movie nih.. ~tnya en gugel.. kalau tak mmg tak kenal sorg pn..

- Vinod Khanna
- Rati Agnihotri
- Raveena Tandon
- Rajinder Sharma



synopsis

Mridula is a headstrong, opinionated girl who along with her best friend Swati, go to college together. The two are really close and do everything together. They successfully finish their education, and go on to marry into respective families. Mridula marries Milind D. Khanna, the son of top lawyer Deepak Khanna (Vinod Khanna) and Swati marries Ajay Lal, the son of a high ranked politician.

Many years pass, and Mridula now a lawyer hears from a friend that Swati has committed suicide. Her friend tells her the circumstances surrounding her death and Mridula suspects that Swati's death was far from suicide. Mridula gets hold of Swati's diary in which she chronicled her daily thoughts. After reading the diary, Mridula is convinced that Swati was murdered by her in-laws and husband.

Determined to get justice for her deceased friend, Mridula decides to fight the case against the Lal family. Unfortunately, her father-in-law is fighting the case for the Lal's. Milind tries to convince Mridula to drop the case but she refuses, causing a rift between husband and wife. During the rift she finds support with her mother-in-law, Uttara Khanna (Rati Agnihotri) who urges her to fight for justice.

Mridula is caught between being a dutiful wife and a loyal friend. As she fights the case, her family and more importantly her unborn child are placed in danger by supporters of the Lal family...

credit to Pehchaan

Sunday, May 31, 2009

Aku Ingin Berkata


just nk jote down. takut terlupa lak nti..


lagu baru Zamani - Aku Ingin Berkata


xtaw la lagu ni kuar bila. bln 3 kot.. tp baru taw ari ni sbb dok donlod lagu tiba2 jumpa lak psl lagu nih. tp takde mp3 yg sedia di donlod lg.. smpt lg donlod lagu dlm sibuk2 wt thesis.. huhu... idop x leh tensen2 kn..


huhu.. kata peminat tegar.. tp tak taw pn org tu dah release single baru. nk wt cmne.. lama tak dgr radio & tgk tv & baca paper.. so mmg la tak taw ape2..


tak sbrnya nk tunggu full album beliau *teruja*


Sunday, May 24, 2009

G I L M O R E G I R L S

Finally..


i finished all 7 seasons of Gilmore Girls series which is contents of 153 episodes. in 3 weeks.. huhu.. sgt la addicted. i can't stop watching them once i started..


barisan pelakon GG


2 adore beauty girls


love finally they are together


xnk cita byk la.. cuma nk kongsi sikit psl couple di atas.. end of season 6 dorg split up due to some reasons.. season 7 begin with Lorelai and Chris ~Rory's dad started a date and end up with a marriage.


u know what, malu nk citer nih.. *blushing*

at time Lorelai and Luke broke up i felt really sad and frustrated, smpai menitiskan air mata.. ~sgt menghayati cerita kn.. xpnh lg sedih mcm ni while tgk movie org clash ke ape.. dlm sejarah ni.. huhu.. *blushing* time ni rs mls dah nk tgk cita ni smpai abis. pdhal dah final season nih.. tp teruskan jgk la dgn hrpn yg menggunung spya Lor and Luke will be together..

and finally.. i have my happy ending.. sgt suka mereka bersama.. they are good and perfect for each other.. ~dlm series nih la..


sy sgt suka character Luke. nmpk mcm dia tak berperasaan, cpt mrh. tp when he in a relationship with Lor, he doing anything for her even a thing which is not his thing.. look likes he really love her.


OMG!!!



ku sudah jatuh hati.. leh???





ps: i really miss my man... hope he doing fine there..


**more info for this series visit Gilmore Girls

Monday, April 27, 2009

Zamani Slam dah kahwin??

Mangga Muda terdengar khabar pasal Zamani Slam dah bernikah senyap-senyap baru-baru ini. Mangga Muda ada juga cuba dapatkan penjelasan Zamani, tapi tak dapat dihubungi pulak.

Apabila risik-risik dengan orang sekeliling penyanyi lagi Gerimis Mengundang tu, mereka juga mengatakan ada mendengar cerita itu tapi tak mahu mengesahkan.

"Aku ada dengar macam itu jugak.. mana kau dengar ni," kata seorang yang pernah menguruskan Zamani dan masih rapat dengan penyanyi itu.

Dia sendiri tak mahu mengesahkan. Yalah apa-apa hal pun kena tanya dengan tuan punya badan. Manalah tahu kut-kut cerita itu tak betul pulak kan.

Apa-apa pun Mangga Muda acapkan tahniah kalau benar apa yang Mangga Muda dengar itu.

Mangga Muda: Dah lama tak jumpa dengan Zamani.


credit to: Mangga muda di paper or mag mane eh???

Kalau betol Zamani dah kawin tahniah diucapkan buat beliau dan isteri.. semoga ikatan suci yg dibina diberkati Allah dan kekal bahagia ke akhirnya. Semoga melahirkan zuriat yg comel, soleh dan berguna..

ps: saya adalah peminat Zamani dulu, kini dan selamanya.. suara sedaappp.. ;)


Related Posts with Thumbnails