Sunday, August 29, 2010

Lagu Raya

Adeh.. mentang-mentang la dah nak raya, sana sini sibuk pasang lagu raya. Radio dan tv dibenarkan pasang lagu raya bermula Ramadhan 15th.. tapi kalau supermarket/mall takde apa-apa t&c kot.. Ahad last week keluar pergi CP pun diorang dah start main lagu raya.. nasib baik la suara artis febretku dulu kini selamanya yang tengah keudara, mendendangkan lagu Takbir memecah hening.. layan je la..


Jumaat hari tu sembang-sembang dengan hubby pasal lagu raya dan persoalan yang saya soalkan, "kenapa lagu raya sekarang buruk-buruk. lagu raya dulu gak yang best"
"haah.. lagu sekarang yang best lagu siti je.." -hubby. siti merujuk kepada siti nurhaliza

"haah.. lagi lagu yang raihan ngn man bai tu.. zamani punya lagu raya pun best. boleh la diterima telinga" -saya terpaksa terima kenyataan lagu raya siti best. tapi bila sebut nama zamani, hubby macam tak setuju je.. huhu

"agaknya sebab lagu mendayu kot. tapi sesuci lebaran tu rancak je"-hubby, sambil-sambil dia cuba ingat tajuk lagu raya siti yang lain

"entah.. sebab siti kot"
-terpaksa lagi..


errmmmm.. nak tahu tak kenapa saya boleh bangkitkan isu lagu raya dulu dan sekarang.. sebab pagi Jumaat tu telinga saya ni telah disakiti akibat mendengar lagu raya YUNA.. serious buruk!!! dah la suara ala-ala je.. nyanyi lagu raya pula.. adeh.. tak boleh kutuk lebih-lebih. puasa nih..


hubby siap cakap, "Yuna ni kalau masuk AF confirm kena keluar awal". see.. walaupun lagu Dan Sebenarnya tu menjadi pujaan hati ramai, tapi kalau dari segi vocal, biasa-biasa aje. ok ok.. tak mahu kutuk-kutuk lagi.. mati saya kena kutuk dengan peminat dia nanti. hehe..


Lepas lagu raya yuna tu ada lagi lagu raya baru. tak ingat pula siapa yang nyanyi. tapi memang hakikatnya lagu raya sekarang tak best.. lagu raya dulu nyanyian P.Ramlee, Saloma, Sharifah Aini dll juga yang best..


Agaknya la kan, budak-budak sekarang dengar lagu raya dulu pun cakap tak best. Lagu raya zaman sekarang lagi diorang suka kot.. Kalau ada budak-budak zaman sekarang yang baca ni boleh jawabkan persoalan ni..


2 comments:

DiLLaiLa said...

aku tunggu2 lagu raya xdengar2 pon..isk isk..

liza said...

sbb lagu raya zaman skrg macam bukan lagu raya.. tu yang ko tak perasan kot.. hehe

Related Posts with Thumbnails