Tuesday, October 29, 2013

Daftar Haji..

Assalamualaikum



Alhamdulillah, kami sudah daftar untuk pergi haji dengan Lembaga Tabung Haji..






Owh ni slip daftar untuk anak-anak kami Muhammad Azhad Nayli dan Muhammad Arsyad Nayli yang en suami daftarkan pada 25 Oktober 2013. Mereka diperuntukkan pergi haji pada tahun 2066, waktu tu umur mereka 56 tahun (Azhad) dan 54 tahun (Arsyad).. Huhuhu... Dah daftar seawal usia 3 tahun dan 1 tahun pun giliran mereka 50 tahun keatas..


Kami suami isteri dah daftar haji pada Mei 2013, dan tahun peruntukkan kami adalah 2060.. Masa tu usia dah 77 tahun. Entah hidup lagi ke tidak.. Kalau panjang umur pun, entah larat ke tidak. Tapi tu tahun jangkaan sahaja, target kami nak pergi sebelum umur 50 tahun. Kalau dapat pergi sekeluarga lagi bagus..



Untuk maklumat daftar haji boleh klik link ini Daftar Haji.. Kena ada minimum RM1300 dalam akaun Tabung Haji, atau boleh guna duit KWSP. Macam saya dan anak-anak untuk daftar haji ni dibayar oleh en suami. Alhamdulillah. Beliau buat potongan gaji setiap bulan bagi kami bertiga, dirinya juga. Bagi anak-anak, duit kelahiran dan duit raya akan disimpan dalam Tabung Haji juga.. Sebab tu beza jumlah duit kami dalam TH tak banyak, dah maknya tak nak simpan duit sendiri dalam TH. Huhuhu.. Bukan tak nak, tak teringat je..


Walaupun belum pernah jejak kaki ke Tanah Suci, tiap kali tengok Kaabah di TV rasa terpanggil je.. Terfikir bila la dapat ke sana.. Insyaa Allah.. Sedang berusaha ke arah itu.. Semoga dipermudahkan..


Ok la.. Jumpa lagi nanti..


3 comments:

Ira said...

Alhamdulillah..
InsyaAllah, kalau cukup duitnya dapat la pegi awal. Kalau boleh nk pegi satu keluarga kan?
Aku pun br daftar tahun ni.
Mudah2an dpt g sesama.. hehehe..
Aku pun buat potongan gaji. Kalau tak buat potongan gaji, mmg x simpan rasanya.

liza said...

Insyaa Allah semiga Allah permudahkan segalanya..

ariff izhar said...

nak tahu cara fast track menunaikan haji? 15-30 tahun da boleh pergi da. insyaallah, utk info http://takafafulkeluarga.blogspot.com/search/label/Mabrur

utk free quotation, emailkan sy nama dan tarikh lahir :)
niat yg baik insyaallah dipermudahkan.

Related Posts with Thumbnails