Thursday, October 31, 2013

Bercuti di Lumut 2013


Assalamualaikum


Alhamdulillah en suami selamat pergi dan kembali dari bertugas demi negara tercinta. 11 Ogos (4 Syawal) beliau pulang ke Lumut, 13 Ogos belayar ke LD dan setelah beberapa kali tertunda akhirnya 15 Oktober (Raya Haji) baru beliau kembali ke pangkuan anak-anak dan isteri.. Sepatutnya turn raya haji di Kelantan, tapi disebabkan kerja tahun ni saya dan anak-anak beraya di Melaka manakala en suami beraya di atas kapal. Malam 15hb tu baru kami bertemu kembali..


En suami ambil cuti seminggu lebih sebab nak uruskan hal rumah yang tergendala sebab beliau belayar dan balik kampung beliau.. Tapi dalam cuti tu sibuk juga uruskan hal kerja.. Jumaat 18hb tu beliau ada meeting di Lumut, beliau ajak kami bertiga ikut, bercuti katanya.. Saya ok je sebab lama tak bercuti kan.. Tapi rupa-rupanya, Sabtu tu dia nak balik Kelantan so dari Lumut dah dekat.. Patutla.. Hmmpppphhh


Ok, nak cerita sikit pasal percutian ni.. Kami sampai Lumut pada Khamis, 17hb malam.. Sewa hotel biasa sebab dekat dengan base, bawah hotel ada 7 Eleven dan kedai makan, dan yang penting ada Wifi sebab line di sana sangat teruk. So ada wifi boleh la mak online macam biasa sementara en suami bekerja.. Anak-anak macam biasa la, aktif dan teruja.. Malam tu kami sampai pun dah lewat, lepas makan terus tidur je. Esoknya sementara en suami bekerja mak melayan anak-anak macam biasa.. Tapi pukul 10 lebih baru diorang bangun. Mana taknya, tidur dalam air cond kan.. Siap berselimut lagi. Kalau tak jangan haraplah..



Sama je style tidur kan..


Pukul 2 lebih baru kami check out dan check in hotel lain... Untuk hari kedua tu en suami sewa bilik di Golden Bay Resort sebab ada pool untuk anak-anak mandi.. Sebelum masuk hotel sempat pergi kapal en suami, dia nak jumpa contractor. Dapat la Azhad naik kapal abi. Tapi time tu Arsyad tidur lak. So abang naik dulu.. Teruja sungguh dia, saya duduk dalam kereta je dengan arsyad.


Siap pusing steering lagi..


Tunggu contractor tapi tak datang jadi kami balik hotel je. Azhad dah tak sabar nak mandi pool.. Lepas makan, lepak-lepak kejap, dalam pukul 5 kami turun. Takut lewat nanti hujan.. Kesian tak dapat mandi.. 3 jejaka kacak tu je mandi. Saya tak kuasa nak basahkan badan. Lagipun bukan pandai berenang pun.. Azhad macam biasa, drama king.. Mula-mula tak nak masuk sebab ada 'fish' besar dalam kolam. Arsyad macam biasa memang berani.. Mandi dalam 30-45 minit je.. Budak-budak ni tak puas mandi lagi tapi ajak naik sebab dah banyak sangat telan air klorin..





Balik bilik bilas dalam bilik air.. Bilik air ada tub, mandi tub pula budak-budak ni.. Memang sakan main air.. Lepas anak-anak mandi, mak pula mandi. Hajat dihati nak berendam lama-lama, tapi tak sempat pun sebab dengar Arsyad uk ek uk ek.. Lepas saya mandi, susukan Arsyad terus dia tidur. Kepenatan mandi kolam.. Malam tu ada bola TRW vs ATM Pusingan Pertama. Tapi malangnya bilik hotel tu ada 2 channel je, AXN dgn apa ntah.. En suami ada cakap nak pergi tengok di kapal.. Rasa-rasa apa saya cakap? Hehehe.. terus dia melekat je dalam bilik.. Tak agak-agak, kan..



Esoknya kami sarapan di lobi hotel, sarapan je la disediakan. Azhad sibuk nak mandi kolam lagi, tapi tak bagi pun sebab kedua-dua hero sudah berhingus hidungnya.. Lepas sarapan naik bilik balik dan layankan diorang mandi tub je.. Jadi la kan.. Sebelum gerak ke Kelantan, singgah kapal en suami untuk ambil barang-barang dari Sabah yang nak bagi ibubapanya.. Sempat la bergambar dua beradik tu..


Peluk adik ketat-ketat takut adik lari jatuh ke laut..



Dalam pukul 2 petang kami gerak, dalam pukul 11 malam baru sampai. Macam lebih kurang je dari KL ke Kelantan. Berhenti rehat 2 kali, lepas tu hujan dan jalan sesak tu yang lambat sampai. Duduk sana tak lama pun, 3 hari 2 malam je.. Takde aktiviti sangat pun. Cuma Ahad tu kami tengok rumah en suami, hampir siap dalam bulan Nov ni dah boleh duduk. Hari Isnin sebelum balik kami pergi klinik sebab kedua-dua hero masih selsema dan nafas berbunyi. Pergi klinik terus Dr bagi neb untuk kedua-duanya. Pertama kali bagi mereka.. Meraung tak ingat la masing-masing..



Siap jerit cakap "tak nak"



Lepas dah neb tu baru nafas diorang tak berbunyi.. Alhamdulillah.. Dari klinik kami pergi kedai gunting rambut. Juga pertama kali bagi mereka berdua.. Sebelum ni abi diorang mesin je. Ni sebab dah besar macam tak handsome je botak, so kami potong bagi pendek. Mungkin anak-anak tak serasi rambut panjang, ni mak saya dan en suami la cakap... Azhad macam biasa la.. Nampak je macho, berani. Tapi menangis juga.. Hehehe.. Ye la sebab orang tak dikenali pegang kepala dia. Kalau abi dia buat, dia suka je.. Adik ok je tak menangis tapi kena dukung.. Habis baju dan tudung saya dengan rambut dia.. Huhu..



Hero menangis kena potong rambut..


Pukul 3 lebih baru kami gerak pulang, tapi ke Lumut dulu sebab en suami ada kerja. Jadi bermalam lagi 1 malam di Lumut. Kami menginap di hotel biasa, Valley View Hotel. Memang puas hati la duduk situ dibandingkan dengan resort tu. Dah la mahal tapi kemudahan tak memuaskan.. Air cond tak boleh control suhu atau off. Kena tarik kunci dari tempat dia, maksudnya kena tutup semua lampu, tv kalau nak tutup air cond. Tub takde tutup untuk takung air. Toilet tak boleh flush. Line telefon pun takde, apatah lagi wifi.. Sedih betul.. Huhuhu


Ok la.. Tu je coretan buat kali ni.. Takde apa yang menarik pun.. Berjalan jauh tapi duduk hotel je..

1 comment:

Ira said...

penat juga kan berjalan camtu wp duduk hotel je.
tapi takpe la, yg penting anak2 seronok..

Related Posts with Thumbnails