Wednesday, December 29, 2010

Pendek Rezeki

Bila sebut pasal pendek rezeki apa yang terlintas dalam kepala korang?





Bila tengok gambar di atas apa yang biasa kita dengar? 'lelaki lebih rendah dari wanita, murah rezeki' betul ke statement tu? errmmmm.. rezeki ada di mana-mana yang penting usaha. rasanya statement tu wujud sebab tak nak pasangan tu kecil hati kot.. ye la orang confirm mengata punya! huhu.. lari topic sudah!!


Nak share pengalaman saya membeli-belah online last week.. perkataan biasa.. huhu


OK! saya ada jual benda alah ni.. ada la amik sepasang kat azhad.. tetiba dah lama, teringat nak pakaikan azhad, kaisah dan azief baju yang sama ni... tanya kat member yang supply baju tu memang sold out.. so, google punya google jumpa la few blog yang masih available. ada yang jual RM30/pc, beli 2 pun tak kurang so confirm la saya REJECT!!! huhu.. sebab saya dah tahu harga modal segala.. gila kedekut owner tu tak kasi kurang.. huhuhu


then ada la blog ni, saya sms on saturday pkl 2 lebih.. dia cakap nanti dia confirmkan.. fine! ku tunggu.. sampai ke malam takde feed back. so ku sms la balik.. dia cakap nanti dia confirmkan. pastu tanya kalau ada, saya nak ke?? of cos la nak kalau dah beria sms tanya kan.. hari ahad menjelma.. senyap sunyi je minah ni... saya sms lagi.. tapi dalam masa yang sama google lagi, kot-kot la dapat cari yang murah lagi... ntah macam mana jumpa lak satu blog ni yang GILER murah dia jual baju tu.. RM23/pc.. saya pun tak berani nak letak harga tu.. huhu.. saya pun apa lagi email la.. nak sms dia tak tinggal phone no lak.. tapi maklum la.. kalau beremail ni lambat la sikit..


tengah excited tunggu respond email, minah ni sms cakap barang dah ready dan suruh buat payment segala... masa tu isnin petang dalam pkl 1! saya senyap sunyi.. hati dah serba salah. sebab dah jumpa yang lagi murah! tapi memang tak sms minah ni. tengah berkira-kira lagi..


keesokan harinya, yakni selasa dalam pkl 2 gitu minah ni sms tanya, jadi ke tak beli baju tu.. ok! saya faham kalau sms tanya jadi ke tak ni. tapi ayat yang tak boleh tahan, "kalau tak jadi cakap je la. jangan MENYUSAHKAN ORANG"


wah... sedapnya bahasa ko!! terus la saya sms kata dia pendek rezeki. dari orang nak, terus tak jadi.. kalau ye pun tak boleh ke tanya elok-elok.. kalau ada kesulitan masa nak amik stock tu tak boleh ke cakap baik-baik so kita akan consider balik untuk amik dengan dia. sebab masa tu saya memang belum decide lagi.. lepas je dapat sms dari minah budiman tu terus la saya buat payment kat mamat blog lagi satu tu.. tak ke namanya pendek rezeki tu.. macam mana la dia berniaga kalau baran macam tu ek... saya ni berniaga gak.. selalu je orang cancel order.. siap dah tanya macam-macam, minta book itu ini.. at last cancel. tapi takde la nak maki hamun orang.. redha je la dah bukan rezeki kat situ....


sebelum ni saya amik barang ngn my sifu, selalu order dengan dia, selalu cancel jugak. tapi dia tak pernah cakap kasar pun. siap kitorg boleh sembang macam dah lama kenal padahal tak pernah jumpa pun.. akak tu memang mesra alam, sebab tu rezeki dia murah.. ni kalau dengan customer nak naik angin tak tentu fasal memang tolak rezeki la jawabnya...


ermmm.. minta-minta saya dijauhkan la dari sikap macam tu..


eh.. nak tahu ke baju apa yang saya beli untuk azief dan kaisah?? tunggu mama papa diorang upload dan tag. tak pun, tunggu bulan 3 nanti la kot.. tu pun kalau azhad masih muat pakai dia punya...


kalau korang ada pengalaman berurusan dengan kedai online yang hampeh macam ni boleh la share...


salam

ps: yeaY!! malaysia menang piala AFF.. jumaat ni cuti umum.. entah kenapa saya sangat excited padahal tiap-tiap hari pun saya cuti.. huhuhu

Friday, December 24, 2010

Makan Pencuci Muka

Hi..

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia~~~

Ada siapa-siapa pernah makan pencuci muka tak?? Kalau ada sila angkat keyboard.. eh tapi sekarang ni ramai dah takde keyboard sebab guna laptop. kalau macam tu sila angkat mouse!! eh silap-silap mouse pun tak guna.. ok! ok! kalau macam tu sila angkat laptop anda!! yang masih guna PC boleh la angkat CPU tu.. hehehe..



Tajuk di atas memang benar-benar kejadian yang berlaku pada saya petang tadi.. tak tipu punya! tak taw la macam mana boleh jadi. nak kata mamai, tak mungkin sebab berlaku pada PETANG hari. kalau pagi tu boleh la dimaafkan..






Begini ceritanya~ macam panglipulara daa..

Sebelum nak mandi petang tadi, saya refill sabun mandi.. lepas tu terus capai berus gigi nak gosok gigi. sebaik je berus gigi tu masuk mulut saya dah rasa semacam. dalam kepala hotak masa tu just fikir, 'tangan kena sabun mandi tadi tak cuci bersih kot' lepas tu terus la gosok gigi, then terfikir 'nape tak pedas ni'.. lepas tu tengok pencuci muka dah beralih tempat, maksudnya confirm!! saya dah letak pencuci muka kat berus gigi.. terus la cepat-cepat kumur dan amik ubat gigi gosok gigi balik. tapi kepedasan ubat gigi tu masih tak dapat atasi ketidaksedapan pencuci muka tu...



putihnya gigi lepas gosok dengan pencuci muka.. :P




Masa mandi lepas tu terus la berfikir.. nape boleh jadi macam tu? apa yang saya fikir sampai boleh tak perasan tangan capai pencuci muka bukan ubat gigi.. tapi tak ingat.. tapi memang saya tengah fikir sesuatu masa refill sabun mandi tu. mungkin terbawa-bawa tu yang khayal sekejap.. huhu..


Jangan tengah mandikan anak jadi macam tu sudah... hehe..

Korang ada cerita lebih kurang macam ni? dare to share?? share la dan jangan lupa backlink sini ye.. hehe.. daa..


Saturday, December 18, 2010

Dah Habis, Baru Perasan, Layan Perasaan

Akhirnya habis sudah rancangan realiti Mari Menari. pemenang pun dah tahu. as expected.. saya tak la selalu tengok rancangan ni. kadang-kadang je. tapi dah boleh agak sebab pasangan Raziff ni memang best.. consistent every week. pencabar mereka pasangan Ariz, not so bad tapi diorang akhir-akhir semakin menyerlah.



mari menari




Alhamdulillah dan tahniah.. i'm happy for them. menang apartment bernilai RM350 ribu dan percutian ke Bali. tambahan baru 6 bulan kahwin. memang rezeki pengantin baru. semoga tak menambah bilangan pasangan realiti show yang bercerai..diorang ni kerja biasa-biasa je.. siapa sangka, kan? kita yang laki bini kerja gaji ribu riban pun takde aset rumah dan gi berjalan overseas lagi.. huhu... mengata diri sendiri..



lisa surihani



inilah rupa pengacara rancangan ni.. melalui rancangan ni la baru saya perasan yang lisa surihani ni pelat 'R'.. kalau berlakon tak perasan pun.. huhuhu.. but dia sangat chantek.. dan tak kayu pun. kalau tengok cerita i'm not single rasa macam nak nangis je tengok kekayuan dia.. apa-apa pun lisa tetap ayu. semoga sentiasa bersih dari gosip liar..



eh... tetiba feel like mengimbas kenangan lama... hehehe...





once in a lifetime.. gambar ulang tayang ke?? who cares???


Menunaikan Hajat!!!

Apa yang ada dalam kelapa hotak korang bila sebut pasal 'menunaikan hajat'??


ok.. nak story sikit pasal kami anak beranak. of course la kan! takkan nak cerita pasal mak bedah lak.. ~tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati.. huhu



Last Monday ~owh.. sekarang amatlah jarang nak jumpa entry 'pagi tadi' or 'baru balik dari...' kami menunaikan hajat yang lama tertangguh, since raya aidilfitri lagi.. see.. ni dah masuk tahun baru hijrah pun!!


Petang after lunch hour kami gi bank. YA! menunaikan hajat di bank, bukan 'bank' tu lah!! kitorang gi Maybank buat buku account Azhad. before that 2x gagal. 1st masa kat KL Central before terbang ke KK after raya, beria nak buat buku bawa mykid je rupanya kena ada surat beranak. pulang dengan kehampaan!! 2nd time kat KK ni.. masa sampai tu almost 4pm, depa offline 430pm, so tak sempat. kecewa lagi... dan kali ke-3 ni Alhamdulillah berjaya juga buat buku simpanan Azhad. banyak juga duit dia, duit newborn + duit raya. kalau tak simpan takut habis kena pinjam je. dah tu lupa berapa banyak dipinjam. huhuhu...



menunggu urusan settle sempat main dalam bank tu.. huhu



Lepas settled urusan di bank, kitorang cari makan.. kebelakangan ni saya berhajat nak makan western je.. chicken chop!! RINDU chicken chop cafe Kolej 9.. ~lantak la kalau budak UTM cakap tak sedap.. pada saya worth it la dengan harga dan rasanya.. huhuhu.. disebabkan kitorg tak tahu kat mana gerai/restoran western kat KK ni ~disebabkan jarang makan kat luar kitorg gi Secret Recipe je.. it was my treat.. haruslah mention sebab saya jarang belanja hubby.. hehe



hubby punya.. lobster apa ntah..



saya punya.. chicken cordon bleu with chocolate milkshake. dan 7up hubby



eh... azhad makan juga. kek tiramisu..



Hajat terakhir.. unexpected!!!


Lepas kitorg makan, actually hubby dah habis makan, tinggal dia nak habiskan saya punya je.. hubby yang tengah dukung riba azhad cakap 'panas. adik kencing ye' merujuk kepada paha dia rasa panas, time tu azhad duduk atas peha dia.. hubby pun baringkan azhad atas seat sebelah dia, biar azhad menunaikan hajat dia yang kecil dan besar, mungkin. belum sempat hubby habiskan makanan saya, saya minta hubby hulurkan azhad. sian lak baring gitu. sekali time sambut azhad tu saya perasan something belakang azhad..


ALAMAK!!!


memang confirm azhad menunaikan hajat sampai bocor!! tengok kat seluar hubby habis kena uk uk azhad. terus hubby gi cuci.. sambil tu saya pegang azhad. tapi memang tak riba dia takut kotor seluar lak. just letak dia atas sofa je.. dan yang paling BEST, baju spare azhad pun kotor! boleh lak hari tu keluar tak ingat bawa kain napkin azhad, so guna baju spare tu untuk cover dia. dalam SR tu sejuk.. so terpaksa la hubby gi beli baju baru dan tukarkan diaper dan baju azhad. saya? tunggu dan settlekan bil je.. tq hubby sebab sangat tak kisah uruskan azhad.. huhuhu ~memang biasanya kalau kat luar hubby yang tukarkan diaper azhad...



sempat posing sementara tunggu abi azhad beli baju.. huhu



tara.. pakai baju lain.. ni kitorg tengah tunggu abi azhad menunaikan hajat lak.. hehe



till then..

daaa


Saturday, December 11, 2010

Shopping Online - Part I

Entry kali ni bukan nak promote bisnes.. cuma macam terperasan sekarang ni banyak juga beli barang online.. terutamanya untuk si comel tu..


Latest sampai barang kat rumah adalah Sit me up cosy.. actually order dah lama, tapi standard la kalau barang pre-order shipping dari oversea take time juga. sebagai orang berniaga online, saya faham situasi penjual. takde la nak asak dengan macam-macam soalan walaupun sebenarnya tak sabar nak bagi azhad main..



azhad sangat excited. sepanjang duduk atas cosy ni dia gelak je..




actually cosy ni boleh apply 2 ways.. duduk as pic di atas, atau baring macam pic bawah ni..





harga? murah dari kat kedai/butik di mall.. dan susah nak jumpa actually.. before beli saya survey banyak tempat tapi takde.. lepas dah order baru jumpa.. tapi nasib baik la harga online lebih murah dalam RM20++.. bagi Semenanjung Malaysia RM160, Sabah dan Sarawak RM170.. dah termasuk kos penghantaran ni... murah kan... eh.. siapa-siapa nak order boleh la pergi SINI..
tarikh pre-order memang dah tutup, tapi ada beberapa pieces lagi yang masih available..



Masa pregnant dulu saya ada beberapa benda yang nak buat sangat. salah satunya dah terlaksana iaitu buat kek coklat.. yang lagi satu tu, sampai sekarang ni tak buat-buat lagi... takde masa, dan confirm takde bakat.. huhu...






hat yang azhad pakai tu saya tempah dengan member hubby, online.. pernah cerita pasal ni kat SINI.. nak tunggu saya buat? zaman bila la boleh siap... huhuhu..




tudung yang saya pakai masa hari raya ke-2 tahun ni pun beli online.. nak cari tudung crown gitu kat kedai memang tak taw kat mana ada kat KK ni. sudahnya beli online je. dah la beberapa hari je lagi nak raya masa order tu. nasib baik sempat. dan nasib baik matching dengan baju walau hakikatnya warna dalam website tu dengan yang dapat lain. faktor pencahayaan.. saya faham!!



As mentioned dalam entry INI saya ada beli beberapa barang before raya, iaitu tudung dan pillow storybook.. nak tahu macam mana rupanya pillow storybook??



azief belek pillow storybook CARS



ni azhad punya. abg azief pinjam je.. one thing yang saya suka dengan azief ni, dia takkan rebut barang orang. certain budak kan bila suka sesuatu dia nak juga walaupun orang lain punya. tapi azief tak macam tu. dia tahu mana dia punya, mana orang lain punya.. harap-harap azhad pun macam tu.. oo ye.. kalau ada siapa-siapa nak order ni boleh la tengok koleksi yang ada di
Page JOS.. tapi please order dengan JOS.. sebab kalau komen kat page tak boleh nak detect.. harga RM42 je.. lom masuk postage lagi.. hehe..



Last but not least, nak tahu tak apa barang pertama yang saya beli secara online?


recall punya recall baru ingat saya ada beli sesuatu pada tahun 2007, melalui forum CARI.. lepas tu cek mesej kat CARI, takde pulak inbox. tengok kat post baru ada.. kalau tak memang tak ingat langsung apa nama dia..


Sabun Old Master


nak tahu apa kegunaannya?? google la sendiri.. malu lak.. huhu...


k la.. cukup buat masa ni.. ada lagi tu.. nanti sambung ye.. tu yang ada 'part' tu.. nak cari gambar dan amik gambar.. baru syok. ada bukti gitu... ehh... ada yang nak tahu ke, kalau beli online ni harus la guna duit saya.. sebab saya yang nak beli. kalau hubby berkenan dan nak beli, dia la yang bayar.. macam tu konsep kitorang.. hehe..


daaa

Assalamualaikum

Friday, December 10, 2010

Percubaan Pertama Yang GAGAL

"Ape la adik ni"


That was my first sentence, showed that im frustrated. Nak buat macam mana. dah azhad tak selesa. redha dalam keterpaksaan dan kerugian RM18.. huhuhu



Setelah hampir setahun, dapat juga saya masuk panggung.. hubby, tak sampai setahun kot sebab dia ada tengok wayang masa saya di KL while dia di KK.. hari ini dalam sejarah ~merujuk kepada hari berkenaan la.. kami duduk dalam panggung 15minit SAHAJA... mesti boleh agak kenapa kan...







inilah dia budak yang nak tidur masa dalam panggung.. puas nyusu pun dia tak boleh tidur. bising.. kaki siap sepak-sepak lagi.. dah macam tu tahu la dia nak tidur tapi tak boleh. sudahnya kami pasrah.. keluar panggung ketika cerita baru start..



nak tahu kitorg tengok cerita apa??



tara.. ngankung..
ngangkung


adakah korang rasa kitorg tak patut tengok cerita tu?? or tak patut bawa azhad tengok wayang pun... huhu..

a friend of mine bawa baby dia berusia 4 bulan selamba je, tapi tengok Rapunzel la.. before that dia penah gak bawa baby masuk panggung masa baby dia umur 3 bulan.. oohhh azhadku, betul-betul buat ummi frust..



tak pe la. nak buat macam mane. tak de rezeki nak tengok wayang.. lagi pun 2 bulan lagi confirm Astro mainkan cerita tu kat tv.. ~ini ayat sedapkan hati namanya.. huhu



walaupun tak dapat tengok cerita tu sampai habis, posing tetap posing. bukti azhad dah masuk panggung.. haha...




Thursday, December 9, 2010

Aktiviti Tahun Baru 1432H..

Assalamualaikum..


Diam tak diam dah 3 muharam 1432H.. belum terlambat kot nak ucap selamat tahun baru hijrah.. semoga tahun ni memberi 1000 makna dalam hidup kita.. semoga hari-hari mendatang akan lebih baik dan cemerlanga dari hari-hari yang telah berlalu.. semoga Allah murahkan rezeki kita semua. semoga doa, hajat dan cita-cita kita semua tercapai.. Amin..


Apa korang buat cuti awal muharam hari tu?? Hari tu kitorang gi Zoo di Lok Kawi.. tapi kat situ tulis Lok Kawi Wildlife Park. hajatnya nak gi air terjun moyok, tapi tak jadi sebab gang yang plan tu department lain, so segan la pulak.. pastu macam nak gi kota belud, stuff hubby ajak gi mancing tapi tak jadi gak.. sudahnya kitorang gi Zoo... kalau ikotkan saya tak nak gi situ sebab Azhad kecil lagi, bukan tau apa-apa.. baik gi mandi-mandi ke.. ~saya yang kemaruk nak mandi air terjun.. huhu.. tapi sebab orang nak bawak, i follow..


baca sendiri.. ;p
zoo lok kawi


dari TLDM KK ke Zoo tu makan masa 1jam 20 minit gak.. ini ikut kelajuan hubby 80-100 km/j ye.. ~hubby ku memang pemandu yang cermat.. tambahan lagi on the way tu hujan. walaupun tak lebat mana, tapi perjalanan agak terganggu juga.. masuk kena bayar RM10 seorang.. bagi adult la. baby azhad tak kena bayar.. kanak-kanak tak sure lak berapa ringgit..


Malas nak citer banyak-banyak. standard la kat zoo kan. ada harimau, orangutan, gajah, burung, musang, rusa,..... ermmm apa lagi eh???


actually kitorg tak habis pusing pun sebab hujan turun makin lebat.. walaupun masa sampai situ dah sedia hujan... dengan sepucuk erm apa kata imbuhan penjodoh bilangan untuk payung eh?? FAILED!! huhu.. bila hujan makin lebat kitorg naik tram je, kebetulan memang tram tu kutip amik orang sebab hujan. kalau ikotkan kena bayar RM2 seorang..



Azhad, abi dan gajahs..



nak share pengalaman tengok gajah.. hehe... ada 2 ekor gajah menari time tu. yang sekor menari sendiri kat belakang.. yang lagi sekor tu boleh pulak datang depan (dekat dengan pagar) dan menari.. saja nak menunjuk.. huhu.. yang paling tak boleh blah.. ada 2 ekor gajah yang lain tunjuk cara kencing... perghhhh... deras!! macam paip bocor.. bukan air paip. tapi air paip bocor.. siap keluar ketulan (berak) lagi.. yuckss!!! no picture ye.. huhu



Kami.. gambar amik sendiri. nak suruh orang segan lak setakat guna handphone je.. huhu



Apa yang azhad buat sepanjang di Zoo tu?? mulut dia asyik mamah tali carrier je.. dah tu bila panggil tunjuk haiwan kat situ dia tak tengok pun. buat derk je.. biasala baru 7 bulan mana tahu apa-apa sangat. tunggu dapat kaki dan mulut nanti.. memang penat mulut nak menjawab soalan dia.. huhu..



last but not least.. ummi yang syok sendiri..


till then.. daaa..

Monday, December 6, 2010

7 bulan Azhad Bersama Kami..

Assalamualaikum..


Hari ni Azhad genap 7 bulan.. alhamdulillah.. syukur di atas kesihatan yang baik yang Allah berikan pada Azhad dan kami sekeluarga... bulan ni takde check up, tunggu bulan ke-9 baru ada check up balik. tapi ummi tetap akan timbang dan ukur Azhad. bila? di mana? tu kena tunggu la. tengok macam mana perkembangan azhad nanti..


Sekarang ni azhad dah ada banyak perangai baru. yang paling best, azhad dah reti bila orang marah. mula buat muka cebik dia. tapi dengan abi dia je azhad takut.. abi baru panggil nama, dan beliakkan mata sikit dia dah cebik dan nangis. tapi dengan ummi, siap kena babab slow-slow ~takut ada yg report kes dera lak kang...pun dia boleh gelak lagi..


kalau boring-boring dia buat muncung.. kira boleh gantung hanger jugak la.. aikk.. nak kalahkan abang azief ke yang?? no no no ye.. ummi tak suka.. tak comeii... hehehe


sekarang ni boleh angkat bontot bila meniarap. tapi tak kerap. kalau dia dah penat dan boring meniarap baru angkat bontot.. huhu







bab makan.. errmmm.. awal-awal hari tu memang dia suka makan. buat bubur or nestum memang habis la.. lately ni azhad macam tak nak makan. susah sangat nak habis. dah kurangkan portion pun susah habis gak. lagi-lagi makan malam.. sibuk la time makan nak tengok tv.. tapi yang bagusnya bila leka tengok tv mulut dia senang nak buka time kita suap. kalau time makan nak main tu yang sakit hati dibuatnya.. hehe.. sabar je la..


oo ya... time makan tu sibuk nak amik sudu sampai tumpah-tumpah dibuatnya.. bila buat-buat suapkan kuih kat mulut dia, bukan nganga mulut. tapi sibuk nak amik kuih tu. nak makan sendiri gamaknya.. azhad oo azhad..


ermm.. apa lagi ya? errmmm.. azhad sekarang kalau naik walker dah pandai tuju.. kalau kita panggil dah pandai datang.. dulu suka duduk tepi dinding, main cakar-cakar.. dalam keta selalu cakar-cakar gitu ngilu ummi dibuatnya.. dapur pun dah pandai masuk. tapi takat muka pintu je la. bahaya bagi masuk dapur, dengan lantai tak berapa nak bersih, alat-alat tajam dan panas lagi..


ermm.. anything else??? tu je la kot. semoga anak ummi dan abi ni membesar dengan sihat dan menjadi insan berguna.. we love u darl.. muaxxx

Friday, December 3, 2010

Contest: My Bling Moment : Breastfeeding

Assalamualaikum..


Setelah sekian lama tak join contest, kali ni nak join contest berkaitan breastfeed.. harus la joinkan sebab saya kan full bf Azhad.. hehe..


Contest kali ni anjuran MySuperKids dan Bling Buubies, diadakan sempena pelancaran blog Susu Sihat dan sebagai promosi bf di public..


gambar yang dipertaruhkan ni diambil ketika bf azhad dalam fitting room di Parkson.. ni je la gambar bf azhad yang ada pun. masuk fitting room bukan sebab malu, tapi sebab time tu kitorg dalam Parkson dan azhad dah ngamuk, nak tak nak cari la tempat terdekat dan yang kitorg jumpa fitting room. so layankan je.. sambil-sambil tu ummi azhad snap pic.. dok depan cermin kan harus la syok sendiri jap.. hehe






Syukur Alhamdulillah kerana dapat juga saya susukan Azhad sehingga umurnya 6 bulan walaupun bermacam bunyi dan kata-kata yang menyakitkan telinga dan boleh mematahkan semangat saya. pekakkan telinga dan cekalkan hati adalah petua saya dapat bertahan untuk terus breastfeed azhad. kini azhad dah nak masuk 7 bulan, sudah mula makan bubur tapi susu saya tetap jadi kegemarannya. insyaAllah saya akan terus susukan azhad sehingga umurnya 2 tahun kerana susu ibu adalah yang terbaik. selain mendapat khasiat, dapat eratkan hubungan ibu dan anak, juga dapat jimat duit walaupun tak boleh kaya. hehe. rugi rasanya apabila surirumah tidak mennggunakan kelebihan duduk dirumah dengan menyusukan anak. tambahan, bila breastfeed tak perlu bawa beg banyak apabila keluar berjalan. kini menyusukan anak lebih mudah kerana dah ada baju untuk breastfeed, dan shopping mall juga banyak yang sudah sediakan bilik untuk menyusu. susu ibu adalah kelebihan wanita dan anugerah Allah yang tak tertanding, jadi manfaatkannya sebaiknya.. :)


mudah-mudahan ada lah rezeki saya.. Amin..

Tuesday, November 30, 2010

Ole-ole dari Sandakan

Hallo!!!


Ole-ole dari Sandakan ni bukan seperti biasa, i mean bukan souvenir biasa-biasa.. sebab saya tak pernah dapat benda alah ni dan benda alah ni memang susah nak dapat..


Taraaaa...





telur penyu





Teka apa???


Bola pingpong!! Yeah.. right.. it was what i thought.. but its a big NO NO!! itu adalah telur penyu.. pelik tapi benar, telur tu kemik tapi tak pecah. lepas tu rebus la lama mana pun, ia tetap cair.. saya macam ermmm ewwww je nak makan. so biar la hubby je makan..


bila hubby cakap tu telur penyu dan elok untuk mereka yang trying to conceive, saya apa lagi, bukan terus makan.. tapi terus la google pasal telur penyu ni.. dan hasilnya tak la seperti yang dijangkakan...


dari apa yang saya baca, ada yang mengatakan telur penyu bagus bagi menguatkan tenaga batin. kira sama la macam hubby cakap bagus bagi sesapa yang nak mengandung.. tapi masih belum yang boleh sahkan kesahihannya. dari beberapa ujikaji mendapati telur penyu mengandungi kolestrol dan garam yang lebih tinggi dari telur ayam, dan mengandungi protein yang lebih sedikit berbanding telur ayam. tambahan lagi didapati telur penyu sekitar perairan Malaysia mengandungi toksik akibat pencemaran laut..


dari segi hukum pula, telur penyu dibolehkan makan walaupun penyu haram dimakan kerana haiwan 2 alam.. tapi kalau benda boleh memudaratkan diri, baik la dihindari. banyak lagi telur boleh dimakan, telur ayam, itik, puyu.. errmmm by the way, best ke telur penyu?? macam tak sampai hati je nak rasa.. huhuhu


sources:
http://berita-harian-online.com/tidak-bagus-makan-telur-penyu/

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Telurpenyuhalaldimakan/Article/index_html

Sunday, November 28, 2010

Sepagi di Kota Kinabalu

Salam kasih masa silam. bukan hanya sementara. lalalala~~ cuba teka lagu apa???


Huhu... nak bagi salam je sebenarnya. tapi boleh terus dapat lagu ni kat otak.. dapat teka tak??? Orang-orang lahir tahun 80an mesti boleh tangkap. Budak-budak millennium confirm tak tahu.. huhu. tu lagu kumpulan Umbrella la.. eh bukan lagu umbrella mat minah saleh tu.. huhuhu.. dah! jangan nak merepek lagi..


Assalamualaikum.. :)


Hari ini kitorang pergi tempat yang WAJIB dikunjungi oleh pelancong di KK ni. tempat ni buka hari Ahad je.. cuba teka apa??? dapat?? huhu.. asik nak berteka-teki je.. kalau tengok rancangan Warung Kita edisi Sabah & Sarawak baru-baru ni mesti tahu.. hehe.. Gaya Street lah!! Gaya street ni macam pasar malam je cuma dibuka pada pagi Ahad SAHAJA, dari pukul 9am hingga 12pm.. macam-macam ada kat sini. souvenir, pakaian, kraftangan, sampai la binatang peliharaan pun ada. tapi makanan mentah sayur ikan ayam takde la..



Gaya street.. macam Petaling street la pulak!! pic ehsan google..



ini adalah kali pertama buat azhad, ermm kali ke-2 buat ummi.. 2 ke 3 kali dah datang sini eh?? tak ingat pula. tapi saya tak berapa rajin nak datang sini sebab crowded, panas dan yang penting kena bangun awal. on Sunday? jarang-jarang la kami buat macam tu. huhuhu


sepanjang di GS tu azhad banyak tidur.. dah dia biasa bangun lewat. hari ni sebab nak jalan terpaksa bangun awal dari biasa. so memang tidur je la. tapi ada gak jaga. bila ngantuk dia mula buat bunyi dan tidur balik.. huhu...


azhad yang keletihan



tak banyak pun kitorg beli barang kat situ.. adalah sikit.. meh tengok hasil tangkapan hari ni di GS..






akurium tu je tau.. ikan tu hubby beli kat kedai ikan yang dalam entry ni.. ada 3 ekor ikan laga. kot.. sebelum ni guna balang lain.. nampaknya nanti akan bertambah la ikan dalam rumah ni. nak penuh kan lagi satu ruang akurium dan balang yang ada..



magnet.. bentuk kek dan gunung kinabalu



serious banyak magnet comel. bentuk kek, ais krim etc. kalau pelancong yang datang nak beli souvenir buat kawan2 or sedara2 boleh la beli yang gambar gunung kinabalu, bunga reflisia, orang utan dan macam-macam lagi. kitorg saja nak penuhkan peti ais. saya yang mula tampal magnet kat peti ais, lepas tu hubby ikot lak hobi tu. mana-mana pergi dia cari magnet as souvenir... huhu




ikan DBKK..



eh.. kitorg tak beli ikan tu.. tanya kat hubby, ni ikan apa? dia cakap ikan DBKK. kalau kat KL jadi ikan DBKL.. sebab, keje ikan ni bersihkan akurium. tengok la tu dia melekap je kat dinding tu. makan lumut, so bersih la akurium. tapi macam geli tengok.. huhu


selain tu kitorg beli kek coklat gak.. teringin nak makan. nak buat malas.. huhuhu


lepas round GS kitorg gerak gi Suria.. dekat je dengan GS tu. kalau nak jalan kaki pun boleh. tapi malas nak ulang alik, tambah lagi panas terik, so naik keta la parking kat Suria.. saja jalan-jalan kat situ. sambil-sambil cari swimming suit azhad.. susah tol nak jumpa. kat internet size azhad semua sold out..


rupa-rupanya ada ekspo barangan buatan Malaysia (MAHA) kat situ. kitorang beli kek lapis sarawak je. perisa tembikai. dah try macam-macam perisa macam tak best lak tak beli. so beli la satu. lagipun baru RM13. kalau kat KL normally RM20++. kat MAHA KL RM15 kot, referring status member kat fb.. eh.. kalau kat Sarawak RM10 je.. beli banyak dapat kurang lagi.. hehe...


Sebelum balik, isi perut dulu.. hajat dihati nak makan MCD tapi takde la pulak kat situ. so makan Pizza Hutt je la.. takde gambar makanan.. just azhad yang excited dapat duduk kerusi sendiri..


see.. azhad dah pandai pandang camera or lebih tepat, handset..



sebelum balik.. tara...



ummi dan azhad..



saja bawa dia macam ni bagi tengok depan. tapi kepala tak berapa nak lepas lagi. mulut azhad dok la jilat carrier tu.. tapi sekejap je ummi bawa azhad, selebihnya abi. sebab ummi tak larat... bila tengok pic tu, i just realized yang saya dah semakin kecil. last weight in masa azhad injected 6month was 46.5kg.. memang suka tengok jarum penimbang makin ke atas. tapi tak sangka la pula bila tengok sendiri nampak kecil. tak makankah saya? atau banyak makan hati kah?? atau penat sangat kah?? huhuhu.. dengan izin Allah. ini mungkin salah satu kelebihan breastfeed azhad. takut gak bila dah stop bf nanti badan naik mencanak-canak.. huhuhu


nak tahu apa yang hubby bawak balik dari Sandakan?? tungguuu...

Saturday, November 27, 2010

6 Bulan Azhad ~Entry Gila Lama Tertunda

Ye.. entry tertunda lagi!!!


Alhamdulillah.. sudah 6 bulan lebih Azhad kami bernafas. Lebih tepat, 6 bulan 3 minggu.. Seminggu lagi masuk 7 bulan. Kan dah kata, lama gila tertunda.. huhuhu... Sepanjang tempoh ini hanya sekali Azhad deman, iaitu masa di Kelantan balik raya hari tu. penat travel barangkali.. Alhamdulillah atas kurniaan Mu Allah..


First of all nak update pasal berat dan panjang Azhad dulu. Latest checked up and injected was on thursday last week, sehari selepas raya haji.. Berat Azhad waktu tu 7.9kg, manakala panjang... errmmmm.. tak tahu sebab nurse tak ukur.. sebab??? bila masukkan azhad dalam bakul tempat ukur tu kaki azhad dah lebih bakul... huhuhu... dan nurse tu pun amik jalan mudah. tak payah ukur!! tapi disebabkan curious, balik rumah saya ukur sendiri dan its 70cm.. huhu


That time Azhad kena 2 injections. 1 ermmm malasnya nak amik buku tengok tapi semua kena inject nih. lagi 1 hanya baby di Sabah sahaja.. dan hari ini itu dalam sejarah!! azhad nangis gila-gila atas beberapa faktor. pertama sebab dia ngantuk dan tak dapat susu lagi since dia bangun tido ~saya kejutkan dia dan terus gi klinik.. huhu.. kedua sebab sakit kena cucuk kat bahu tak hilang lagi dah kena cucuk kat peha lak.. huhu.. sian anak ummi. seb baik time tu abi azhad ada..


ok.. cerita pasal development azhad... azhad masih belom merangkak. cuma lately ni dia sangat rajin meniarap. sampaikan selalu jaga dari tidur sebab TERmeniarap masa tidur.. tapi ada gak dia tidur dalam keadaan meniarap sebab TERmeniarap tengah tidur tu dan mata mengantuk sangat. so dia layankan je...



smile.. macam tahu2 je..



pasal makan lak.. awal-awal dulu bagi azhad makan 2 sudu je.. ~size sudu dia la bukan sudu biasa tu.. tapi sekarang dah 4-5 sudu sekali makan. biasanya saya buatkan bubur stock utk 3-4 hari.. dah abis bubur kalau tak rajin baru bagi nestum dan puree... kalau makan nestum, fuuhhhh.. laju je dia sebab nestum tu manis. 2,3 hari hadap nestum tetiba bagi bubur memang dia banyak main masa makan. tapi saya paksa gak. lama-lama baru ok.. huhuhu



makan time!!!



walker abi azhad beli tu biasa guna masa makan, dan time saya sibuk kat dapur. makin laju kaki dia. dah sampai depan tv, meja makan.. bila dah dok dalam walker tu tangan dia pun laju gak. dok tarik segala yang tercapai... alas coffee table, meja makan, barang niaga saya..



habis disepahnya..



Sebut pasal capai ni, PANTANG saya pegang handset azhad sibuk nak ambik.. kalau main laptop sambil pangku azhad, sibuk la dia nak capai segala benda atas meja. pen, handset, buku.. tak sabar nak belajar ye yang.. sabar eh, azhad besar sikit ummi ajar.. pastu kalau amik gambar dia, dia dah pandai pandang. actually bukan sebab amik gambar, tapi sebab azhad suka main handset. kalau bagi mainan dia main sekejap je.. budak zaman sekarang. zaman teknologi..


ibu azhad selalu tanya, "azhad dah pandai menjerit ke?" ???? dari dulu lagi azhad dah pandai menjerit. tapi tak selalu la.. yang saya perasan, tiap kali masuk bulan baru azhad akan ada peel pelik. tak la pelik mana pun. cuma jarang dibuat, tetiba je buat 2-3 hari.. masuk 6 bulan hari tu azhad payah nak tidur malam. bagi susu baring tak nak, ajak menyusu duduk tak kena.. at last bagi kat abi dia. abi azhad bawa gi main jap, lepas tu tepuk-tepuk baru tidur..


baru-baru ni dia dapat akal lain lak.. huhuhu.. selalu kalau susah sangat nak tidur saya tinggalkan je azhad seorang dalam bilik sambil saya terus hadap laptop. tak sampai berapa minit azhad dah jerit-jerit panggil-panggil.. beria macam nak nangis. tapi bila saya pergi kat dia boleh pulak dia sengeh.. aduyai!!


yang bestnya.. azhad tak takot orang dan senang nak jaga.. raya haji hari tu member datang rumah, azhad ok je orang lain amik dia. bagus la tak ikot perangai ummi dia ni. hehe.. lepas tu ada member datang nak tengok barang, time tu baru nak tidurkan azhad. jadinya sambil sembang ngn kawan-kawan saya nyusukan azhad. tapi azhad tak boleh tidur sebab bising sangat.. ~diorang ada anak kecil 1y++.. so lepas nyusu terus bagi kat abi dan abi azhad la yang tidurkan azhad.. diorang semua macam, "wah.. senangnya" memang selalu macam tu. kalau dah puas menyusu tapi tak tidur juga saya akan pas je kat abi azhad, dan abi azhad akan tidurkan dia.. huhu.. ermm.. Alhamdulillah. harap sampai besar la macam tu..


wah.. berjela gak karangan saya.. tu la akibat lama sangat tertunda. segala benda nak cerita.. lagipun sekarang ni payah nak hadap laptop lama-lama. jadi bila ada chance ni, luahkan segalanya.. hehe..


last but not least. nak tunjuk pic azhad pakai baju melayu. hari raya haji aritu azhad pakai baju melayu ibu buat untuk cukur jambul. tapi tak sempat nak snap. so few nights back saya pakaikan balik. mula-mula just ingat nak buat amik gambar je. sudahnya saya biarkan je dia pakai buat tidur. bila lagi nak pakai, kan? simpan raya tahun depan confirm la tak muat.. huhuhu



bukan main lagi. kaki memang tak reti diam..



jom imbau kenangan masa majlis cukur jambul ketika azhad berusia 45 hari..



alahai.. menggelobos baju dia.. huhu



til then!!!


ps: ketika entry ini di type, abi azhad berada di Sandakan. pagi semalam gi, tengahari ari ni mungkin balik..

Monday, November 22, 2010

Aktiviti di Petang Sabtu

Good morning!!!


Dah masuk minggu baru. sekejap je rasa. rasa macam baru je berebut TV dengan hubby masa Asia Game, Football Malaysia vs China + referee, dan saya nak tengok CH391 (sabtu 13/11). Sabtu minggu ni dapat tengok tv dengan aman. cuma semalam (ahad) berebut gak. saya nak tengok CH391 dan hubby nak tengok badminton Lee CW vs Lindan.. walaupun sah-sah dah tau Lindan akan menang.. YE.. memang Lindan menang pun. huhu...


Nak citer sikit pasal aktiviti Sabtu hari tu. actually tak best sangat pun. tapi nak citer gak.. huhuhu


Pas asar hari tu kitorg keluar. tujuan utama nak gi print resume, photocopy ic dan surat beranak dan cuci gambar untuk masuk dalam frame.. kitorg gi Indah Permai (IP) je. malas nak gi bandar KK. 2 tujuan utama terlaksana. cuma cuci gambar tu tak de, sebab kitorg nak print gambar size 2R.. so lepas tu kitorg gerak la, fikir kat mana ada. kena cari kedai gambar yang betul-betul kot. yang kat IP tu kedai gambar share dengan kedai phone, studio pun takde. kalau nak amik gambar passport memang terdedah orang lalu-lalang. kalau kedai gambar biasakan ada studio, siap jual camera, frame etc.


so hubby bawa la gi Inanam ~tempat dia selalu bertandang untuk cari barang bundle.. memang ada kedai gambar kat situ, cuma tak la besar, separuh dari kedai gambar kat semenanjung kot. tapi ada la studio dari takde macam kat IP tu.. kat Central Point (CP) / One Borneo (1B) ada je kedai gambar besar tapi malas nak masuk bandar, takot jem dan susah cari parking.. turun je dari kereta saya ke kedai gambar. rupanya diorang pun takde cuci 2R. tapi ada 2up.. size 3R tapi ada dua gambar. each gambar size 2R la.. so saya pun belasah je suruh cuci 2up, kebetulan ada 4 gambar so ngam-ngam la 2 keping.. tapi tak boleh siap terus. paling awal boleh siap 6pm. time tu pukul 5.15, so saya setuju je.. hubby time tu dah bawa azhad lari, tinggalkan saya sendiri. lepas bayar duit cuci gambar, saya pun cari la 2 beranak tu. hubby dah beritahu nak gi mana pun before blah.. nak tahu dorang gi mane???




kedai jual ikan.. azhad sangat excited hoccay.. tengok je la gambar tu.. nak je dia terkam... huhu. tapi kedai tu bukan jual ikan semata. ada gak arnab, lobster, kura-kura.. apa lagi eh?? oo ya.. cengkerik pun ada. baru la ku tahu macam mane rupa cengkerik. dan baru tahu gak rupanya ikan makan cengkerik. huhuhu






eh.. apa buat adegan panas ni azhad??? huhuhu... pic ni macam azhad kiss abi dia kan.. padahal budak ni bukan pandai kiss lagi pun. kebetulan masa snap dia gerak, so dapat la amik pic seakan azhad kiss abi.. huhu..


sementara tunggu gambar siap kitorg tengok-tengok ikan. lepas tu gi kedai bundle tengok-tengok kot-kot ada yang berkenan.. tepat jam 6pm saya gi kedai gambar tu, tapi kena tunggu 15minit lagi. sambil-sambil tunggu tu kitorang makan pisang goreng.. hehe.. dah dapat gambar terus balik. niat nak singgah rumah reseller hantar barang tak kesampaian sebab nak kejar maghrib, plus nak tengok CH391... huhu.. sambil-sambil layan tv try la masukkan gambar dalam frame. rupanya kecil dari frame tu. bukan saya salah size, tapi budak yang cuci ni yang tak betul. kalau cantumkan 2pcs gambar tu tak sama besar dengan size 3R pun.. wargghhh.. tertekan. takpela. lain kali kena buat sendiri kot.. tak pun kena cari gambar yang background besar, cuci 3R then baru crop.. dan hari ni baru saya tahu, cuci gambar paling kecil size 3R.. memang takde cuci gambar size 2R eh?? ke kat Sabah je takde.. huhuhu


till then.. have a nice day..



Thursday, November 18, 2010

Kenangan Tinggal Kenangan

Assalamualaikum


Ini bukan entry untuk mengenang saat-saat kami diikat ye.. mana la tau kan. korang tengok pic tu terus terfikir, "macam pernah tengok gambar ni. ejau nak layan jiwang ingat saat dipinang ke?"


owhh... tidak sama sekali..


kalau yang ada fb saya dan baca status semalam mungkin dapat tangkap apakah yang berlaku..



saya punya yg kecil je.. yg besar tu akak ipar.. beza memang berbeza.. :)



ermmm... entry kali ni khas buat rantai tangan tu.. dah keciciran raya semalam. pagi tadi masa ambil wudhu' baru perasan dah takde. padahal rasanya dah takde dari malam lagi. cuma pagi tu baru teringat saya ada pakai pagi raya. tu la akibat jarang pakai rantai tangan tu, so memang tak berapa nak alert ada ke takde..


dah puas cari dalam rumah, dari living room, master bedroom, second bedroom, toilet tapi hampa. hubby suruh cari dalam tong sampah tapi saya tak sanggup.. eewwwww saya sangat la penggeli ye.. sudahnya masa tidokan azhad petang tadi hubby yang selongkar plastik sampah, tapi jawapannya masih sama.. tiada..


ada gak bertanya dengan jiran kot-kot dia terjumpa, sebab semalam ada beraya rumah dia tapi takde gak.. wuuaaaa.. nangis sangat-sangat


saya tanya dengan hubby, "kalau budak jumpa mungkin tak diorang amik?" sebab semalam ramai gak budak datang rumah dengan mak pak depa.. tapi kalau budak amik takkan la parents diorang tak perasan kan.. errmmm.. tak nak berburuk sangka..


masa bagitahu hubby pagi tadi, muka dia plain je. tak tunjuk marah pun. benda tercicir bukan misplaced nak marah buat apa, kan? pandai cakap tol, cuba kalau hubby yang hilangkan barang kompem 3 hari 3 malam kena leter.. huhuhu.. eh.. tapi sekarang saya tak banyak leter. kalau ada yang tak kena diam je, mogok masak 2,3 hari... tapi kalau weekend la. kalau hari keje sian lak kalau tak masak, hubby balik keje penat-penat takde makanan. kalau off day tak pe, hubby yang masakkan.. hehe... off topic lak..


harapan saya, semoga gelang rantai pemberian hubby masa bertunang tu dapat ditemui kembali. walaupun saya ni bukan jenis wanita yang gila emas, tapi value tu.. lagipun emas sekarang gila mahal. nak minta baru confirm la tak dapat. lagipun saya memang tak minat emas, so nak minta tu mungkin tidak. tapi kalau orang nak bagi, saya terima dengan 2 belah tangan.. huhu


ps: ada yang confuse ke sebab macam tiada mood sedih entry kali ni.. huhu.. sedih memang sedih. tapi hidup perlu diteruskan..

ps:setelah sekian lama, baru ada entry pasal diri sendiri. selalu entry pasal azhad je..

Friday, November 12, 2010

Panduan Pemakanan Bayi

Assalamualaikum

Selamat petang Jumaat.. dah seminggu pun Azhad makan bubur.. resepi?? ermm.. seminggu ni bagi makan yang sama je. bubur + carrot + ikan + brokoli.. puree abi beli makan 2 hari pertama je, dan nestum belum buka lagi... Makanan segera tu time emergency baru bagi, kot-kot ummi malas atau tak sempat ke.. huhuhu


entry kali just nak share info pasal pemakanan baby. cilok dari forum cari...


Makanan Perlu Dielakkan Sehingga Bayi 2 Tahun



Semakin bayi anda membesar, semakin dia berminat mahu mencapai dan merasa makanan yang anda makan. Anda juga semakin tidak sabar untuk memperkenalkan makanan yang baru kepada anak anda. Perlu diingat, tidak semua makanan sesuai untuk bayi anda kerana ada antara makanan belum lagi sesuai dengan sistem penghadaman bayi anda yang belum matang dan juga boleh membawa kepada masalah alahan. Tercekik juga adalah antara sebab kenapa sesetengah makanan tidak sesuai dimakan oleh bayi anda. Penting untuk anda tahu makanan yang perlu dielakkan. Teruskan membaca…



Makanan Yang Perlu Dielakkan: Baru Lahir Hingga 4 atau Hingga 6 Bulan



Semua makanan pejal :
Sistem penghadaman bayi belum dapat menghadam makanan pejal dengan sempurna.



Makanan Yang Perlu Dielakkan: 4 Hingga 12 bulan



Garam, gula dan rempah-rempah yang pedas dan kuat :
Sistem penghadaman bayi belum bersedia. Anda mungkin menghadapi masalah memberi anak anda makan makanan yang berkhasiat jika anak anda diperkenalkan dengan rasa manis gula terlalu awal.

Makanan Yang Telah Diproses:
Sup, sayur dan buah-buahan dalam tin mempunyai kandungan garam dan gula yang tinggi.

Putih Telur :
Bayi boleh makan kuning telur tetapi anda perlu tunggu sehingga bayi berumur sekurang-kurangnya setahun untuk memberinya putih telur kerana risiko alahan putih telur adalah tinggi.

Buah-buahan Citrus:
Buah-buahan dan jus citrus seperti buah oren, lemon dan anggur boleh menyebabkan alahan terhadap bayi bawah setahun terutamanya jika terdapat sejarah alahan dalam keluarga. Buah-buahan citrus juga mengandungi asid yang tinggi dan boleh menyebabkan ruam yang pedih.

Madu :
Walaupun madu sangat berkhasiat tetapi ia tidak sesuai untuk bayi berumur bawah setahun kerana boleh menyebabkan 'botulism' yang boleh membawa kepada maut!

Kacang, Mentega Kacang :
Selain daripada risiko alahan kepada kacang yang sangat tinggi, kacang juga boleh menyebabkan bayi tercekik terutamanya mentega kacang.

Susu Lembu, Susu Kambing, Susu Soya dan semua produk susu yang tidak dipasteur :
Teruskan dengan susu ibu atau susu formula sehingga bayi setahun. Bayi masih belum boleh menghadam protein dalam susu lembu dan kandungan mineral yang tinggi boleh merosakkan buah pinggang bayi. Ia juga tidak mempunyai semua khasiat yang bayi perlukan. Produk susu lain seperti yogurt dan keju boleh diambil hanya jika tiada sejarah alahan terhadap susu lembu dalam keluarga.

Makanan Laut :
Makanan laut terutamanya yang bercengkerang antara makanan yang mempunyai risiko alahan yang tinggi.

Air Kopi, Teh, Sebarang jenis minuman berkafein dan juga minuman berkarbonat.

Jus Buah Pekat :
Cairkan dahulu jus buah dengan nisbah jus:air adalah 1:10.

Gandum dan Produk Gandum : Kebanyakan bayi boleh menerima gandum (dalam bijirin, roti atau biskut) di dalam diet mereka apabila umur mereka 6-8 bulan. Tetapi anda boleh tunggu sehingga umurnya setahun jika anda risau akan masalah alergi.

Lain-lain Makanan Yang Mungkin Bayi Alah :
Tunggu hingga umurnya setahun jika keluarga anda ada sejarah alahan terhadap apa-apa jenis makanan seperti jagung, soya, coklat. Jika sejarah alahan adalah teruk, tunggu sehingga 3 tahun.



Makanan Yang Perlu Dielakkan: 12 bulan hingga 24 bulan



Susu Rendah Lemak :
Bayi/kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan lemak dan kalori untuk pertumbuhan dan pembesaran. Selepas umurnya 2 tahun, anda boleh mula memberi susu rendah lemak jika anak anda terlebih berat. Berbincang dengan doktor anda seelok-eloknya.

Lain-lain Makanan Yang Mungkin Bayi Alah :
Tunggu hingga umurnya setahun jika keluarga anda ada sejarah alahan terhadap apa-apa jenis makanan seperti jagung, soya, coklat. Jika sejarah alahan adalah teruk, tunggu sehingga 3 tahun.


"kita kecil dulu mak sumbat je makanan umur 3 bulan, hidup je sampai sekarang.. sihat, segar bugar lagi.."

inilah kata-kata orang-orang tua pada kita kalau kita cakap baby 6 bulan baru nak bagi makan... apa kita nak jawab? cakap lebih-lebih nanti lain pula jadinya.. so?? pandai-pandai la menangani keadaan.. masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.. for me, as long baby tak meragam, menangis bagai nak rak so biarkan dia menyusu sepenuhnya dengan susu ibu. bila masanya sampai, baru bagi makan ikot sepatutnya..



Monday, November 8, 2010

Azhad 1st Solid Food

Morning!!!

Hari ni just nak update pasal 1st solid food yang masuk ke tekak Azhad.. first day tu saya just buatkan bubur campur carrot je.. ikan or ayam belum campur lagi. tunggu la few days, tapi rasa macam nak campur hari ni je. mungkin masukkan ikan dulu. tengok if baby ok, takde alahan.. yeah!! itu adalah salah satu tips, JANGAN campur makanan sekali gus supaya kita boleh tahu if baby ada alahan on something..


on 6th nov lunch azhad pada pukul 2pm sebab dia bangun awal gila, pukul 12 tengah hari baru nak tido balik.. bagi makan bubur carrot tu muka dia biasa je.. sebab tawar kan.


biasa-biasa aje..



azhad happy lepas makan.. :)



makan malam azhad pada pukul 6pm.. ye sini maghrib awal. lagipun tak nak ajar azhad makan lewat malam.. huhu.. kali ni bagi dia makan bubur carrot campur puree sayur instant. sebenarnya tak elok bagi benda instant ni walaupun dalam tu tulis takde bahan perasa, pewarna tapi mesti ada pengawet kalau tak, tak kan boleh tahan lama kan?? tapi sebab hubby dah beli saya bagi la sikit, kang kecik hati lak.. huhu. puree sayur ni rasa pahit dan kelat sikit. campuran labu, keledek, kentang, carrot etc.. tapi azhad makan ok je.. takde pic yg di snap makan malam tersebut.. huhu.. poopoo azhad untuk makan hari pertama sama je macam sebelum makan.. huhu.. harus la check, kan. sebab baby once dah campur makan poopoo dah lain.. hehe



hari ke-2.. 7th nov.. azhad lunch awal sikit sebab dia bangun lewat.lepas bangun, mandi dan terus makan. lunch sama seperti hari sebelumnya.. dan azhad seperti biasa, biasa-biasa aje.. dalam pukul 3 ummi boring takde nak buat apa, azhad pun tak tidor so ummi saje la bagi mamam lagi. tapi kali ni nak try puree buah instant.. meh tengok muka azhad makan.. hehe



masamnyer!!



haha.. sian dia. puree tu campuran jus apple, jus oren, pisang, yogurt etc.. mane tak masam kan. tapi yang bagusnya azhad tak buang pun. dia makan juga.. tapi ummi sian tengok muka macam tu so bagi makan sikit je.. lagipun dia dah lunch, yang tu macam pencuci mulut la.. haha.. dinner azhad ummi campur bubur dengan puree sayur. Alhamdulillah dia makan je.. dan Alhamdulillah setakat ni azhad tak muntah dan makan je apa yang ummi suap.. dan poopoo azhad dah bertukar kaler, jadi hijau dan keras tak cair macam selalu.. huhu.. ampuunnnn kot2 ada yang baca ni tengah makan ke kan.. hehehe


2nd tip, mulakan makanan anak dengan makanan tawar. JANGAN bagi yang sedap-sedap dulu takut nanti dia pandai memilih refuse nak makan yang tak best terutama sayur.. tak ke naya dibuatnya.. hehe


Owh.. by the way, tengok la azhad duduk atas apa tu.. walker hijau baru. abi azhad baru beli khamis lepas. kalau ikot saya memang tak perlu pun, since saya pernah terbaca artikel pasal bahaya walker ni. tapi dah abi azhad insist sangat dan guna duit dia pun kan. so let it be.. lagipun untuk development azhad kononnya.. huhu.. semoga Azhad tak ganas-ganas. tapi memang tak ganas langsung pun, for the time being la.. nak tengok dia move memang sangat lama. penat ummi bodek dan tunggu.. *sigh* takpe azhad.. biar lambat asal selamat kan.. hehe...


Saturday, November 6, 2010

Persediaan 1st Solid Food Azhad

Happy 6th month birthday Azhad..


Alhamdulillah.. azhad sentiasa dalam keadaan sihat.. cuma development dia slow sikit. pada usia 6 bulan ni azhad masih belom merangkak. tapi dah boleh meniarap. cuma azhad agak kurang rajin je.. tak pe la thayang, take ur time ok.. ummi dan abi tak paksa azhad. lantak la orang nak kata apa, nak banding-banding ke. yang penting azhad ummi sihat dan tahan lasak.. syukran..


Alhamdulillah juga kerana ummi dapat susukan azhad dengan susu ummi sepenuhnya dalam tempoh 6 bulan ni. segala kata-kata yang boleh mematahkan semangat dapat gak ummi buat tak tahu je.. ada bagus juga dok jauh ni.. kalau dekat kang ada je cakap-cakap.. sibuk suruh bagi makan nestum la, bubur la. padahal baby baru masuk 4 bulan. for me, as long azhad tak nangis biar la dia nikmati susu ummi ni. FOC bukan kena bayar pun.. enough said. tak boleh cakap lebih-lebih, nanti ada yang salah faham pastu jaja sana sini.. susah!!



ni dia persiapan solid food pertama azhad dan perkakas..



rasanya abi azhad orang yang paling excited nak bagi azhad makan. since dia antara orang yang sibuk nak bagi azhad makan masa umur 4 bulan.. so bila masa dah tiba ni memang dia excited la. FYI, semua barang di atas abi azhad yang amik masa kitorg shopping barang dapur last week. ummi langsung tak teringat padahal dah masuk dalam list.. huhu


tapi bila godek-godek forum pasal makanan pertama baby ni, rasa macam nak buat bubur sendiri je.. baca resepi dorang takde la susah pun. lagipun saya bukan kerja, so boleh je buat sendiri. lebih terjamin kandungan dalam makanan yang nak diberi pada baby... insyaAllah next entry akan compile resepi dan tips untuk makanan baby.. bila la agaknya tu.. huhu



last but not least..



azhad main CD jualan.. dia dah pandai capai barang. time dia peluk CD ni saya snap pic and said 'smile' dan azhad pun smile. tak caya tengok mata dia tu.. kan??


Friday, November 5, 2010

Incidents Di Pagi Buta

Tragedi!!

Hari ni je 2 kali accident.. dan kedua-duanya berlaku masa tengah tidur pagi tadi, pagi disini bermaksud pagi buta, bukan pagi celik. tak taw the exact time.. tengah tidur kan, mana perasan pukul berapa.. huhu


1st incident, azhad hampir jatuh katil LAGI!!! tapi tak sempat jatuh, dia just tergelongsor.. kepala kat katil, kaki kat atas tilam or vice versa.. tak ingat sebab tengah tidur.. azhad nangis buatkan ummi tersedar, tengok-tengok dah tertonggeng. terus ummi capai dan tidurkan balik. nasib baik la tak nangis lama, bagi susu terus tidur..


ni la tempat tidur kami.. abaikan yang bersepah itu..



cuba tengok, tilam kecil sikit dari katil, as mentioned dalam entry ni. kalau tilam dan katil sama size confirm dah jatuh ke lantai.. ermmm mesti ada yang tanya macam mana azhad boleh jatuh, kan? dah tu tahu azhad kecil nape biar dia tidur tepi, kan??


errmm.. camne nak cakap eh.. mmm azhad kan breastfeed, so kalau bf kan dia sebelah kiri memang dia kena tidur dekat tepi. tu yang jatuh walaupun dah letak bantal kat sebelah dia, sebab dia dah makin lasak.. kalau bf belah kanan dia dok tengah. tapi takkan asik nak bf belah kanan je kan. kang bengkak lak yang sebelah lagi. huhu



2nd incident, tengah sedap mimpi tetiba azhad nangis.. eh bukan jatuh katil. that time dia tidur tengah-tengah.. eh bukan abi azhad hempap.. nak tau nape?? huhuhuhu.. muka azhad kena lepuk dengan ummi.. gara-gara ummi mimpi apa ntah, dalam mimpi tu ummi lepuk orang. rupa-rupanya terbawa alam realiti. yang jadi mangsa adalah azhad.. huhu.. ampun!! abi azhad tak tau lagi tu.. hehe.. tapi nasib baik la nangis tak lama. umpan dengan susu terus diam dan sambung tidur.. good boy!!!


nape tak letak azhad dalam baby cot?? huhu.. nak buat macam mana, azhad selalu bangun tengah malam nak susu. tak sanggup ummi nak tunggu dia menyusu baru nak letak balik dalam baby cot dia. sudahnya bawa tidur sama..


esok genap 6 bulan ummi nak bagi azhad makan, harap-harap kurang la bangun tengah malam, so boleh letak dalam baby cot dia.. tidur sama susah sebab kalau letak tepi risiko jatuh, letak tengah risiko kena hempap lak.. huhu


ps: tak sabar nak tengok azhad mamam buat pertama kalinya..

Monday, November 1, 2010

RM150 voucher

Salam..

aritu ada cakap type nak cita pasal voucher RM150 kan.. hari ni baru berkesempatan.. tapi sikit2 je la ye.. huhuhu


Actually voucher tu dah dapat lama. tapi dapat kat KL, so nak sampai ke KK je amik masa seminggu. tapi sempat la sebelum voucher to expired. mesti nak tahu voucher apa kan.. jom tengok..



Google Adwords free advertising voucher


waahhh.. dapat voucher dari Google gitu, untuk advertise website worth RM150.. biasa kalau nak advertise kan business melalui Google kena bayar tapi dah dapat voucher ni boleh iklankan free.. ada la step kena buat.. offer ni expires on 31 oct 2010, iaitu semalam.. after the date, offer drops to RM100 until 12 nov 2010..


agak-agak saya buat tak???


rasa macam nak buat tapi tak sempat.. waaaaaa.. kan dah rugi RM50 tu.. harap-harap sempat la.. at least leh iklankan JOS tu..


cuma yang menjadi persoalannya, macam mana diorang boleh dapat address saya?? ermmm saya pernah bagi address ke?? masa bila ye??? diorang bagi offer ni berdasarkan apa??? aduhhh... malas nak pk.. dah rezeki agaknya..


harap-harap dengan me'redeem' voucher ni nanti dapat la naikkan sale di JOS.. eh.. jom tengok koleksi di JOS.. insyaAllah berbaloi-baloi.. :)


Related Posts with Thumbnails