Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, April 30, 2010

Kek Coklat Kukus

Akhirnya...
kesampaian juga hajat dihati..


Semalam adalah "hari ini dalam sejarah"
pertama kali saya buat kek..
dan nasib baik jadi


Sebenarnya dah lama nak buat
dalam entry dulu-dulu masa masih di KK lagi,
ada mention nak buat something yg 'girly'
dan inilah dia...
huhuhu



KEK COKLAT KUKUS
~myresipi


Bahan-bahan

1 cawan gula perang
1 cawan susu coklat segar
1 cawan minyak
½ cawan susu pekat manis
¾ cawan serbuk koko
1 ¼ cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
3 biji telur


Cara-cara


1. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder .
2. Masukkan serbuk koko, gula perang, susu coklat segar, susu pekat , dan minyak ke dalam periuk dan panaskan di atas api yang kecil .Kacau sehingga larut.Matikan api.
3. Pukul telur hingga kembang dan masukkan ke dalam bancuhan tadi.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul hingga sebati .
5. Tuangkan ke dalam loyang yang telah dilengser dengan minyak.
6. Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 1 jam di dalam kukusan yang telah di panaskan.
7. Angkat dan sejukkan.



dan inilah hasilnya...




kek coklat kukus
inilah tester saya..
"sedap" budak kecik ni ckp


tapi tak buat topping pun
kalau ada topping lagi best tu..
huhuhu..


lain kali boleh buat lagi..
merasa la baby nak makan b4 keluar...
:p


CONTEST: Apa Saya Nak Buat Kalau Diberi RM100



Jangan tak tahu.. ada lelaki ini yang handsome nak bagi RM100.. ~handsome ke??



Apa saya nak buat kalau diberi RM100??


Ermm.. dalam kepala otak ni macam-macam benda nak beli. tapi kalau setakat RM100 tu memang tak cukup la.. huhuhuhu... ayat orang tak reti bersyukur..


Eh.. bukan tak tahu bersyukur.. cuma, itu la reality nya.. dalam keadaan saya yang jobless, dah tu sedang menunggu hari untuk lahirkan anak pertama ni, cuba cakap, cukup ke RM100 tu???


Tengok tu.. ada juga yang cakap tak cukup!!!


Kalau semua barang untuk sambut baby nak beli guna RM100 tu memang la tak cukup.. tapi macam saya everything dah complete.. ye la kan.. esok (1 May 2010) dah due, takkan la tak siap preparation lagi kan...


So bila ada contest nak bagi RM100 ni kepala otak ni dok fikir nak buat apa. tp of course la fikir nak spend kat baby. tak kira la untuk ape pun.


Rasa-rasa kalau buat bayar ward cukup tak?? eh.. tu kan melibatkan baby juga.. masuk ward sebab lahirkan baby.. ermm.. tak pe la ward nanti guna GL, pastu kalau kena bayar, daddy la bayar.. so selamat.. hehehe


ermm.. buat tambah kalau jadi buat kenduri lepas baby lahir ok juga kot.. at least lepas la buat bayar ayam ke.. beras ke.. lagipun bukan buat kenduri besar.. boleh??


kalau daddy banyak duit, dan RM100 ni selamat ingat nak buat bayar upah tempah crochet baby la.. oowwhhh.. tak pernah mention kan saya ada tempah crochet mittens, booties dan hat baby.. ingat lepas baby lahir nak tempah sweater pula.. so cukup la tu..


tapi kalau yang tu pun daddy nak sponsor ingat duit tu nak buat jilid thesis nanti la.. yang ni confirm daddy tak kisah kalau guna duit sendiri.. tapi cukup ke nak jilid 4 naskah thesis?? ALAMAK!! tak ingat pula harga jilid masa degree dulu.. so kalau tak cukup kena la minta daddy tambah gak kn.. ermmm.. tapi yang ni tak melibatkan baby pun.. hurrmmmm.. so nak buat ape ye duit tu??


ermmm... tak de keputusan lagi ni. tapi yang diatas ni je la yang terlintas dalam kepala otak ni.. tapi rasanya nak buat bayar crochet la. sebab benda lain semua guna duit daddy. so mommy nak sponsor crochet untuk baby.. nanti baby merungut lak cakap mommy tak bagi ape-ape.. huhuhu


Contest Baby Comot Mamam

Malam tadi terjumpa contest ni..
pkl 12 tgari ni deadline..
nak buat entry malam tadi line pula hampeh..
so buat la pagi ni.. huhu





Contest kali ni anjuran Shopalistic



Actually dalam contest tu macam kena letak gambar anak sendiri. tapi macam tak cakap pun tak boleh letak gambar anak buah ke ape. Almaklumla.. nak letak gambar anak sendiri, baby belom keluar lagi. so pinjam la anak org.. huhu.. diterima ke tak belakang kira.. :p



jom tengok gambar yang dipertaruhkan

!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!



Nama Si Comot : Mohamad Hezri Azief B. Mohd Hasri
Tarikh Lahir Si Comot : 23 Januari 2008
Nama Mama : Azniza Bt Abdul Aziz
Nama Papa : Mohd Hasri B Saari



Gambar ni diambil dalam bulan Februari ari tu.. ni Azief baru lepas makan roti berintikan milo cair.. oppss.. mesti ada yang tak taw macam mana kan?? Milo tu letak air sikit bagi likat-likat gitu, pastu sapu atas roti macam sapu jem.. Yang bestnya dengan si kecik ni, kita bagi roti tu berlipat, so kalau makan tak comot la kan. tapi dia bila makan dia buka balik roti yang dah lipat tu. pastu makan roti yang kat tengah je. 'tulang' roti dia tak makan. sampai mama dia kata macam tikus.. mane taknya, roti tu jadi berlubang-lubang.. huhuhu..


Wednesday, April 28, 2010

Cerita Raya 09 Yang Dah Basi

Tadi dok belek2 album dalam laptop nak cari gambar me in RED..
tiba2 terbuka la folder Raya 2009..
walaupun gambar ni not fresh from oven
tapi belum pernah diupload di mana-mana lagi
so kira fresh la untuk yang baru 1st time tengok..
hehehe..



KAMI.. on da way nk gi KD Pahang
beraya di perantauan


makan2 bersama insan2 diperantauan yg tak blk kg



time ni baby baru 8 minggu dlm perut..
tu yg slim lg...
hehe..




FYI, tahun lepas adalah julung-julung kalinya kami beraya diperantauan
@ KK, Sabah
tp 2nd time saya tak beraya dengan family sendiri
a.k.a 2nd year beraya as husband and wife.. :)
harap-harap tahun ni dapat la balik
turn balik kg saya..



InsyaAllah tahun ni kami raya bertiga
nak pakai warna ape ye??
hehe.. puasa pun tak lg dah pk..


Tuesday, April 27, 2010

Cabutan Bertuah Memory Shop

Hi all..

tengok tajuk pun dah tahu kan...

Saja nak menyibukkan diri je ni

Cabutan bertuah ni diadakan sempena pembukaan semula Memory Shop

More detail leh lawat Memory Shop



Eh.. tuan kedai..

saya adalah follower ke 100



takde hadiah ke..

hehehe.... saja menggedik

:p

Monday, April 26, 2010

Apa Yang Bernilai RM1460??

Ape korang nak buat dengan RM1460 kalau ada orang nak bg free je???

EHHH.. ini bukan contest OK!!!


Ni adalah kisah benar dalam hidupku.. BENAR ke???

huhuhu...


rakan-rakan FB ku mesti pernah tengok amount ni kan???





Actually hari tu hubby ada sms, macam ni lah lebih kurang

"tengah cari hadiah. tapi yang berkenan RM1460 pulak"


kepala otak dok pikir, hadiah ape pulak.. rupa-rupanya hadiah besday + hadiah tahu gender baby.. dlm entry ni kan ada mention nak minta hadiah.. :p


so lepas tu asik pikir je la barang ape yang bernilai macam tu.. sebab daku dah letak syarat hadiah

1.tak nak barang kemas ~cukup la 1 set dapat masa tunang dan nikah.. daku bukan pakai emas pun..

2.barang tu WAJIB untuk kegunaan daku sahaja.. tak boleh share, tak boleh daku guna untuk orang lain ~misalnya breastpump, memang daku guna tapi untuk susukan baby kan.. so tidak diterima


jadinya tunggang terbalik pikir tak dapat-dapat gak jawapan.. oo ye.. hubby siap cakap "hadiah tu benda yang memang ayang selalu sebut-sebut" teettttt... sangat konfius ok.. rasanya tak pernah pula minta benda mahal-mahal..


jadinya bila publish status macam tu kat FB memang dapat response yang menggalakkan.. tp semua pun tak boleh diterima pakai atas sebab jwpn yang diberi tu tak memenuhi syarat yang daku dah tetapkan.. jom tengok jawapan yang kawan-kawan daku berikan..


ni setelah jwb bls daku & kwn2 yg xde kena mengena di edit..

haaa.. kan dah cakap..


cuma daku berangan kot-kot hubby nak bagi DSLR or Blackberry ke.. tp taw ape beliau cakap? "kalau bagi ayang, baik B pakai dulu"

HAMPEH!!!



pastu selang beberapa minggu ada la conversation antara kami.. dan akhirnya... daku tahu dah ape jawapannya..


tara...




taw tak apa daku cakap kat hubby pastu??


"eleh.. cakap orang yang nak.. dia yang beria nak beli. konon nanti baby panas la. padahal dia yang nak. baby guna kipas berdiri je pun dah ok"


ni berikutan kepanasan melampau yang melanda Malaysia awal tahun ni.. beliau beria cakap nak beli takot nanti baby tido tak selesa. panas.. huhu.. alasan je tu..


tapi kan.. ni bukan untuk kegunaan daku je.. the whole family boleh guna.. silap-silap beliau yang guna lebih-lebih.. tak aci.. so kena pikir benda lain pula untuk dipaw.. huhu


taw tak macam mane daku boleh tahu hadiah ni??


hubby cakap tengok-tengok air-cond. kalau yang biasa RM800++, portable RM1000++.. terus la otak daku dapat tangkap masa tu.. tak lengah sesaat pun.. kan dah kantoi..


tapi bendanya tak beli lagi pun. tengok la kalau ada rezeki, dan kalau keadaan memang memerlukan sebab sekarang pun dah tak panas sangat macam dulu kan.. lagi pun hubby daku ni kadang-kadang propa je lebih.. hehe.. ampun ye cyg..


Apa Salahnya Perempuan Tak Pandai Masak


Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!"


Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.


''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!"


Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.


Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.


Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.


Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.


Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola.

Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.


"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.


Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.


Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.


Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang.


Jika wanita sibuk disuruh belajar, apa salahnya lelaki pun sama??!



someone email me this.. menarik kan.. pk2kn ye kaum Adam..

Sunday, April 25, 2010

Contest Best Moment Mommy-To-Be

Jogging-jogging tadi jumpa pula 1 lagi contest yang menarik.. memang sesuai sangat la bagi saya.. sebab contest ni kena letak gambar ketika pregnant.. hehe... saya kan sedang pregnant~menunggu ari. dan kebetulan time pregnant ni rajin sangat posing.. huhu.. tp contest ni terbuka pd sesiapa je selagi letak gmbr pregy. gambar org lain pun tak pe.. so saya nak cuba nasib la. menang kalah belakang kira.. just nak memeriahkan contest dan tambah kenalan je..




kalau siapa-siapa yang berminat boleh dapatkan info terus kat blog mummy chubby


Actually deadline contest ni 23 April yang lepas, tapi di extend hingga 2 May ni sempena hari ibu. so sempat la saya join sebab tak pernah terperasan pun contest ni sebelum ni.. huhuhu..


Ok jom tengok gambar yang dipertaruhkan..

\/
\/
\/
\/
\/
\/
\/
\/
\/
\/
\/
\/
\/
\/
\/
\/
\/
\/
\/
\/
\/
\/




Some descriptions about the photo
-di ambil kat I-City, Shah Alam pada 020410
-hang out dengan Nady dan Hasdi. dorang balik keja terus fetched me up.. terharu sungguh..
-pregnant 36th week masa ni..
-1st time pakai baju maxi nih.. mesti la pemberian en suami.. :)



byk lg pic masa kat I-City ni.. boleh cuci mata kat I-City


ps: walaupun tak kisah menang atau kalah tapi still harap ada rezeki daku dan baby.... hehe


Saturday, April 24, 2010

Entry & Aktiviti Yang Tertangguh

Owwhhh... ini adalah minggu terakhir baby dalam perut mommy.. harapnya baby keluar dengan selamat.. mommy n daddy dah tak sabar nak tengok baby. comel macam mommy kah?? atau ermmm chubby macam daddy?? hehehe.. PERASAN!!! ~mesti ada orang geli baca ber'mommy dan daddy'.. ada siapa kisah??? nanti tiba masanya baru boleh reveal gelaran sebenar kami.. :p



Since dah minggu ke-39 ni, nak update preparation untuk menyambut baby. Check list barang baby & mommy almost complete. Ibu (panggilan utk nenek baby) baru beli jamu tadi. Brand Selapan je.. Jamu ni la yang my mom guna masa berpantang lahirkan kami 6 beradik dulu.. For me, the price and brand are not important. Kalau beli mahal-mahal tapi tak makan/guna, tak guna jugak, kan.. Tinggal barut baby je.. Kain dah beli, tunggu ibu jahitkan je.. Bengkong guna Premium Beautiful yang dah lama tak pakai tu..


To Do List saya macam mane pula ye??


Daddy asyik membebel je tiap kali call or sms..


"bila nak kemas bilik?"

"bila nak packing barang?"


bini dia yg bz berblogging, blogwalking (sampai tak main Cafe World lg dah) ni pun ape lg.. bila dah tak tahan sgt perli2 je la.. lepas kena perli tu daddy pun jwb balik,


"kalau org dekat sana org dah buatkan dah"


Aduh.. tengok
list brg2 utk ke hospital ni macam senang je nak pack. tapi sebenarnya pening-pening lalat juga la nak pack barang ni.. Kalau quantiti sikit takot tak cukup pula. walaupun tak perlu risau sangat sebab macam-macam ada kat kooperasi hospital tu. Kalau bawa lebih-lebih membanyakkan barang pula macam nak bermalam lama kat hospital tu..


jap2.. tnya mak dulu la.. nanti baru packing..


lepas tanya mak, taw ape mak jwb?


"brg baby x byk, brg ko je yg lebih"


barang2 yang akan disumbat dalam beg


mak kata pad, pampers tak payah bawak 1pack.. bawa 3,4 keping je.. tapi bila nak kemas beg depan mata dia, mak suruh bawak je semua.. huhuhu.. mak pun dah lupa tu... dan setelah disumbat segala benda akhirnya siap la juga..


beg baby warna biru sbb takde warna hijau..


haa.. kalau dlm
To Do List tu yg no 2 dengan no 3 tu en Yusairi tak tanya pun kn. sbb keja mendobi tu dah selesai sebulan lepas.. baju yg beli kat KK dah basuh masa kat sana before balik KL. tapi lepas basuh tu tak terus masuk dalam bakul baby. masuk balik dalam bagasi yg bertutup tu sbb kat sini cepat berabuk.





ni dia aktiviti mendobi di KK & KL.. abg Azief ada je.. yg berbungkus tu bila tibanya mlm dan mommy malas nk lipat baju.. huhu.. tak senonoh kn..



bilik pun tak kemas-kemas lagi. aritu just alihkan barang je... b balik la cepat tolong kemaskan bilik.. huhu.. tp beliau hanya akan balik bila dah nak bersalin je. kalau tak rugi cuti.. baju dan barang baby akan masuk dalam bakul lepas bersalin kot.. ala bukan susah sangat pun kan.. huhu..


ps: saya dok keep looking at tanda-tanda hampir bersalin je ni...

22 April

Ada apa dengan 22 April??

Bermula tahun ni baru daku tahu ada 2 perkara yang berlaku pada 22 April.. Sebelum ni tahu 1 benda je..


Daku percaya.. mesti ada antara korang yang macam tu juga. Silap-silap after baca entry ni nanti baru tahu pun ada.. huhuhu


Ok2... mari daku beritahu



Perkara 1

22 April adalah sambutan Hari Bumi Sedunia.. HAAA... mesti ramai yang baru tahu kan.. siap tanya lagi, "ada ke hari bumi??" macam tu la daku masa mula-mula tahu. rupa-rupanya tahun ni adalah sambutan yang ke-40.. lama tu. macam mana la tahun-tahun sebelum ni daku boleh tak sedar akan kewujudannya.. ok jom baca sikit info pasal Hari Bumi ni..




Hari Bumi merupakan nama bagi dua sambutan yang berbeza, kedua-duanya diadakan setiap tahun ketika musim bunga di hemisfera utara, dan musim luruh di hemisfera selatan. Hari ini diadakan untuk meningkatkan kesedaran dan penghargaan kepada alam sekitar. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu juga meraikan Hari Bumi, yang dimulakan oleh John McConnell pada 1969, setiap tahun ketika ekuinoks, iaitu pencerapan global yang diasaskan oleh Gaylord Nelson sebagai pengajar alam sekitar, dan sejak Januari 1970, ia juga dikenali sebagai Hari Bumi, yang diraikan di kebanyakan negara setiap tahun pada 22 April.



sumbangan dan more info sila tanya en wikipedia


Perkara 2
22 April adalah ulang tahun kelahiran akak daku. Beliau dilahirkan pada tahun 1981, so tahun ni berapa umur beliau? Kira la sendiri.. hehe... Happy birthday sis. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.. Actually dah wish kat fb aritu...



ni gambar 2tahun lepas masa my wedding kat kelate..

owh.. dah nak masuk 2tahun usia perkahwinan kami.. dan just 7 days left kami akan dapat orang baru... baby.. cepat la keluar.. we just can't wait to see and hug u.. mommy pun dah tak sabar nak jumpa daddy ni.. almost 2 months since our last met..


Kawan-kawan doakan semoga semuanya selamat ye..


Thursday, April 22, 2010

Parcel Yang Dinanti

Ini cerita 2 hari yang lepas (Selasa, 20/4/10).. apa ye saya buat 2,3 ari lepas sampai tak sempat nak update blog. sehinggakan member saya, Pn Dilla ingat saya dah bersalin.. huhu..



busha legging

Apakah ini??


Saya dapat parcel yang dinanti-nantikan.. Ingat tak before this saya menang hadiah saguhati KBBC.. Hari Sabtu lepas saya dapat notis kena amik barang di Pos Ofis. mula-mula saya ingat adik saya amik notis tu kat peti (since umah flat takkan la en posman rajin nak cari rumah kan), tapi selepas disoal siasat rupa-rupanya adik saya amik notis tu dekat grille umah. means posman tu naik cari rumah la. tapi disebabkan takde orang kat rumah masa tu, dia tinggalkan je notis suruh amik barang. agak-agaknya posman tu bengang tak. penat-penat cari rumah sekali takde orang. tapi nasib baik la naik lift. kalau naik tangga kompem beliau bengang punya!! huhu


Tapikan, yang saya dapat tu surat berdaftar.. just curious. kalau guna surat berdaftar ni lebih jimat ke untuk anta barang ringan macam tu. sebab before this saya selalu guna pos laju atau pos express je..


ok jom tengok ape isinya..



anak rusa nani...
busha legging



tara.. ini la busha legging.. size S ni. tp tunggu baby umur 6bln kot baru leh pakai.. huhu
busha legging



abang Azief ni mane alang ada, situ la dia ada..
busha legging


Tapi yang bagusnya dia tak pula cakap legging tu dia punya. Dia tengok size pun dia tahu tu baby punya...



tqvm to babykidslove

Pureen Stock Clearance~April 2010


Berita gembira utk semua mommy & daddy..
juga untuk mom & dad-to-be..
tapi kalau yg ada baby kecil atau tengah sarat mengandung tak digalakkan


Pureen Stock Clearance
24 April & 25 April 2010







Products Offered

Baby Diapers

Baby Apparels
Baby Toiletries
Baby Accessories
INCO Adult Diapers
Adult Toiletries
Sanitary Pads
Maternity Pads


Brands Featured

Pureen Pride ‘N’ Joy

Pureen Basic
Tracia Toiletries
Dr Mist


Time: 10am to 6pm



Terms

VISA & MasterCard accepted for purchases above RM150



Location (Tel 603 7628 8888)

Summit Company (M) Sdn Bhd

Lot 6 Jalan 19/1
46300 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Malaysia

www.pureen.com.my



so ape tunggu lagi??
sila la serbu..
daku dah tak kuasa lg
sedang membilang hari je
can't wait to see our little precious


ps:untung org di KL/Lembah Kelang ni selalu sangat sales. boleh jimat ape yang patut.. daku kalau balik KK nanti terpaksa la beli walau mahal macam mane pun. tp sebelom balik KK kalau ada duit terlebih boleh la beli ape yang patut.. huhuhu




Wednesday, April 21, 2010

Memang Macam Tu Ke??

Korang layan tak slot Akasia, Adamaya sekarang? Semalam saya terlayan la pulak.. before ni kalau tengok pun sikit-sikit je. Semalam tengok dari awal sampai abis. Kira drama ni boleh layan gak la sebab hero yang handsome.. oppsss dan heroin yang cun.. So ibu-ibu mengandung elok la tengok cerita ni, kot-kot la anak nanti handsome/cantik macam pelakon-pelakon ni. tp bila part Dani (Faizal) kena tutup mata kejap la.. hehehe..


Drama Akasia Adamaya

Actually bukan nak cerita pasal drama ni sangat pun. cuma tertarik dengan satu adegan tu.. Adegan yang biasa kat tv melayu. sampai saya cakap "nape cita melayu kalau perempuan dah kawin tak sihat Dr suruh baring, pastu beritahu mengandung.. orang (saya) tahu mengandung takde pun cek macam tu"

Korang paham tak??

Ke orang lain pun memang macam tu.. ye la, kan. since saya tahu pregnant buat UPT sendiri baru gi klinik. so nurse just suruh buat urine test balik je.. tp kalau kena baring pun biasa buat ultrasound kan.. bukan cek "bodoh-bodoh" macam tu je...


Anyone can explain???


Heheh.. benda remeh macam tu pun nak peduli kan..


Sunday, April 18, 2010

Tuah Ayam Nampak Di Kaki....

Haa... Apa pulak kali ni???


Dengan berharap tuah berpihak pada saya kali ini,
saya nak join Cabutan Bertuah anjuran adik Farhan..

waahhhh..
banyak betul duit adik ni nak bagi akak Liza duit..
walaupun RM50 je..
ingat ada ke orang nak bagi senang-senang je



RM50 untuk dimenangi, Join sekarang!



tuah manusia tak siapa yang tahu..



so, kalau siapa2 berminat nak join boleh la singgah ke blog beliau..


Saturday, April 17, 2010

Achik Spin Pergi Buat Selamanya...

Takziah kepada keluarga Achik Spin..

kerana kehilangan Achik akibat kemalangan jalan raya yang berlaku petang tadi di Kajang

Sama-sama la kita sedekah Al-Fatihah kepada arwah Achik

Semoga rohnya dicucuri rahmat



Hilang lagi penggiat seni tanah air

Walaupun arwah dah tak aktif sekarang

Tapi lagu-lagu nyanyian arwah zaman 90an dulu tetap best dihalwa telingaku



Kepada isteri dan family Achik,

Semoga tabah

Tiap yang hidup akan pergi jua

Kita yang hidup perlu teruskan kehidupan


Friday, April 16, 2010

Teman Isteri Bersalin



Bergenang air mata ni tika baca entry seseorang pasal pengalaman beliau menemani isteri bersalin.. Korang boleh baca kat sini http://my.mustaffa.org/pengalaman-menemani-isteri-bersalin


Actually tak de ape-ape yang menyedihkan pun. Cuma tika dan saat saya sedang menunggu kelahiran baby pertama kami ni, hubby dapat signal dari MINDEF. Beliau diarahkan ke Semporna bermula 19hb - 22 hb ni.



Kalau lah sekarang ni saya tak mengandung atau due bersalin lambat lagi rasa-rasanya signal tu adalah khabar gembira hubby. Ye la kan. Sambil menyelam, minum air. Pergi sana untuk bekerja, sambil-sambil tu boleh snorkeling kat laut yang serious cantik tu.. Dah dekat dengan Mabul dah tu.


Tapi bila dalam keadaan genting macam ni terus takde mood. Dah la before ni ada berlaku sedikit perselisihan faham antara kami. Semuanya disebabkan saya nak hubby ada disisi ketika bersalin. Tapi disebabkan jarak yang memisahkan kami, semua tu tak boleh nak dijangka. Kalau sempat, sempat lah. Kalau tidak, redha je dengan ketentuan Tuhan. Takkan dah sakit-sakit macam tu nak tahan juga sehingga hubby sampai, kan.


Cuma sebagai hamba-Nya, sekarang kami hanya mampu berdoa semoga apa yang kami inginkan dimakbulkan Allah s.w.t..

YeaY!! Dapat Award

Wah.. saya dapat award.. my 1st award.. selalu jengok2 blog org mcm best je dapat award kan. akhirnya ada jugak orang sudi bagi saya award walaupun rasanya blog ni belom layak lagi... sebab blog ni tak la best dan cantik mana pun.


tapi kan.. baru perasan. award ni tulis 'beautiful blogger'. maksudnya tuan punya blog la yang beautiful kn.. yang tu tak dinafikan lagi. so saya memang layak la untuk dapat award ni.. HAHAHA.. giler perasan minah ni.. :p




tapi bila dah dapat award ni ada keja kena buat la pulak.. tak pe la.. bukan susah sgt pun...


Buat 1 entry tentang award nie
here we go!!!


Ucap TERIMA KASIH dan letak link pemberi award pada entry tersebut
terima kasih daun keladi ye DILLA.. nanti bagi la lagi.. :)


Senaraikan 10 blogger sebagai penerima AWARD
1. Nad
2. Hasdi
3. Siti
4. Iza
5. Yana
6. Yong
7. Yanie
8. Hafiz
9. Izan
10.Bagi kat Dilla balik boleh??



Beritau penerima award, supaya dia tau dia adalah penerima award
Baik..


Senaraikan 7 perkara tentang diri anda
1. Penggila hijau
2. Peminat no 7
3. Penganggur kehormat
4. Peminat kerja last minute
5. Day dreamer
6. Sedang mengusahakan sesuatu. smga usaha diberkati Allah
7. Isteri kepada tentera laut.. "Sedia Berkorban" redha dalam terpaksa.. huhu

Jom Dapatkan Laptop Acer FREE!!!

Cobaan....

Ini bukan cobaan. Ini betul-betul kejadian.


Cobaan....

Ini bukan cobaan. Ini betul-betul kejadian la kawan!!! Laptop Acer Aspire One yang korang tergila-gilakan tu boleh jadi milik korang sekarang. FREE of charge.




Apa?? Biar betul!!! Siapa yang gila kaya dan baik hati nak bagi? Macam mana nak dapatkannya???

Relax. Banyak masa lagi ni. Jangan kelam kabut. Ada seorang mamat handsome lemak berkrim disukai ramai dari DENAIHATI dengan semangat HIDUP UNTUK MEMBERI nak bagi laptop free. BUKAN 1 tp 2..



Ye ke?? Boleh percaya ke ni?? Tahu dari mane ni??

Betul!! Saya tahu contest Hidup Untuk Memberi ni pun dari DAHLIA.. Kalau tak percaya juga pergi tanya sendiri kat DENAIHATI.



WOW!!! Menarik!! Macam mana cara nak join???

Sabar sikit boleh?? Caranya senang je. Ada 3 syarat yang wajib dibuat iaitu:

1. Mendaftar untuk menjadi peserta dengan membuat entri bebas tentang contest dan tinggalkan komen penyertaan diruang komen, link penyertaan di CommentLuv dan jangan lupa masukkan ayat
saya tahu contest “Hidup Untuk Memberi“ dari blog : contoh saya tahu contest “Hidup Untuk Memberi” dari blog http://ejau.blogspot.com

2. Follow @ http://twitter.com/denaihati

3. Follow @ http://facebook.com/denaihati



Ok.. Lepas tu hadiah diberi berdasarkan apa??

Hadiah Acer Aspire One pertama akan dihadiahkan kepada blog yang menjadi TOP REFERRER TERTINGGI yang menghasilkan trafik ke blog Denaihati sepanjang 2010.

Hadiah Acer Aspire One kedua akan dihadiakan kepada PENGOMEN TERBANYAK sepanjang 2010.



OOoooo... Bila due date contest ni??

Lambat lagi. 11.59pm 31 Disember 2010.. sempat la kalau baby lahir bulan ni tumbuh gigi time tu.. :)



OOooo.. dah tu kalau kita dapat tarik org join contest tu tak dapat apa-apa ke??

Eh.. Mesti la ada habuannya. Kepada BLOG yang rajin mempromosi contest “DENAIHATI” akan mendapat hadiah RM20 untuk setiap referral. Lebih banyak referralnya maka lebih besar hadiahnya.





Memang menarik. Nak join la macam ni. Mana tahu ada rezeki walaupun blog tak glamour macam blog org lain. PR 1 pun tak lepas. Huhu.. Kalau menang tak de la nak berebut laptop dengan anak buah tu lagi..



Tengok tu. Kejenya kacau orang je. Nak berblogging, berforum, berfb buat keje pun tak boleh. Dapat baru nanti yang lama boleh bagi dia main.. ~pinjam je ye.. Tapi dengan pantauan Ucunya. Kalau tak jahanam..


So ape tunggu lagi kawan-kawan sekalian.. Jom sertai sekarang.. klik blink-blink di bawah



Lagi cepat anda join, lagi banyak masa untuk anda promosikan contest ni.. Tapi jangan lupa ya, LIZA sebagai referrer anda.. tak nak la guna nama EJAU tu.. huhu



ps1: kan best kalau Acer Aspire One ni ada kaler hijau
ps2: sekarang tahu kan kenapa saya register Twitter seperti dalam entry lepas..

Thursday, April 15, 2010

Petua Mudah Bersalin

Hi all...


Hari ini just nak share petua. tengok tajuk pun tahu kan..

semoga semua mommy & mom-to-be yang sedang menunggu kelahiran baby selamat dan dipermudahkan oleh-Nya..

bagi yang belom sampai masanya pun boleh take note bekalan di hari muka.. :)


Antara petua-petua yang boleh diamalkan untuk memudahkan kelahiran bayi:

a) Amalkan baca Surah Yassin disertai niat dan doa sepanjang tempoh kehamilan.
b) Hampir bersalin amalkan zikrullah Tasbih Nabi Yunus.
c) Amalkan minum air lebihan suami. ~kesiannya saya suami dikejauhan.. :(
d) Amalkan meminum air basuhan rambut/hujungnya ketika mandi.
e) Amalkan makan buah kurma sepanjang tempoh kehamilan ia membantu memberi tenaga, sumber kalsium dan melembutkan otot rahim dan seangkatannya/memudahkan laluan bayi/selain turut berperanan memperhaluskan nurani bayi disertai zikir/selawat.
f) Minum air kelapa di hujung kehamilan membantu membersihkan bayi.
g) Amalkan makan telur mentah di hujung kehamilan.
h) Kerap makan sayur bendi bagi memudahkan laluan bayi.
i) Minum sesudu camca teh minyak kelapa buatan sendiri sejak usia kandungan 6 bulan. Amalkan seminggu 3 kali dan apabila sudah berumur 9 bulan amalkan ia setiap hari.
j) Bagi kulit bayi yang putih/ bersih - amalkan makan buah epal dan minum susu. Selain meminum air soya.


Mungkin ada lagi yang tak pernah saya dengar. so jangan segan dan malu untuk tambah.. :)


Sesungguhnya kita hanya berusaha, tapi Allah s.w.t jua yang menentukan segalanya..


Wednesday, April 14, 2010

Twitter tu apa???

Akhirnya..

saya dah sign up Twitter~sila la follow.. :p

actually tak berapa celik IT pasal benda alah ni

tp sebab niat di hati nak join 1 contest nih

terpaksa la buat jgk

contest apakah itu??

tungguuu.. ~tp rasanya ramai dah tahu..

kpda yang terer psl tweet & retweet ni "tunjuk ajarku sifu"

:))

Insiden @ minggu 37

Salam 1 Malaysia

Pagi semalam check up di KKIA, Pantai Dalam.. tp ada permulaan hari yang tak berapa syiok..


jatuh
tak sedarkan diri
bleeding


tp tentula bukan saya.. kalau tak masakan saya boleh buat entry ni


kejadian tu berlaku pd seseorg yg tidak kami kenali. masa tu saya, mak & azief baru keluar dari lift. pastu peniaga kat situ bising2 . yang saya dengar "jatuh" je. dlm kepala hotak saya masa tu..

"apa yg jatuh?"
"takkan ada org jatuh dari tingkat atas. tragedi ni"


sekali tgk2 mmg ada budak jatuh atas jalan raya tu. tp bkn ada motor atau kereta pun. memang la ada tapi tak kacau dia pun. tiba-tiba je dia leh jatuh sendiri

rupa-rupanya budak tu ada sawan. tengah2 jalan tu jatuh muka tersembam kat jalan. tu yang berdarah..


tp yang menyirap darahnya kan, sikap orang Malaysia ni. majoriti kat situ wanita a.k.a kaum yang lemah~bila bab mcm ni ngaku la.. huhu.. so what do u expected?? takkan la nak suruh makcik-makcik kat situ angkat budak lelaki yg umur lebih kurang 20tahun.. walaupun kurus..


tiba-tiba kat satu sudut tak jauh dari tempat kejadian, ada la seorg pakcik lelaki ~of course la pakcik tu lelaki kn.. bila makcik2 panggil dia, dia macam blur2. dah nampak ada budak tertiarap kat atas jalan tu boleh lak dia jalan dengan lenggang kangkung mak minah dia.. ayun tangan yang berasap..


pergghhh... gua angin betol tengok pakcik tu. pastu boleh pulak tanya
"anak sape ni?"

hello!!! penting ke nak taw anak sape dalam waktu macam tu?? at least do something la bro!! dia tnya sambil tengok2 budak tu tanpa usik. pas tu dia blah..


OMG!!!
nasib baik ini bukan kaum kerabat gua


pastu pak guard kat situ punya hal lak.. masa kejadian tak jauh sgt pun dgn tempat duduk dia. panggil2 tak dengar. sekali mak gua gi kat tempat dia lepak tu. taw dia tengah buat ape??
TIDURRR!!!

wow.. ini lah harapan penduduk flat ni utk jaga keselamatan kami.. TAHNIAH jaga... jaga ni pun sama mcm pakcik td.. dtg tengok2, mcm YB tengok tapak projek. pastu blah.. smbung tido agaknya


almost 20-30minutes gak la budak tu terbiar macam tu takde org bwk ke klinik. dari dia tertiarap smpai dia bangun duduk sendiri. nak bangun jalan mungkin tak larat dengan muka berdarah..

after that baru la dia di bwk ke klinik. tu pun setelah mak sy suruh anak kwn mak saya yang kebetulan lalu situ anta..


ayah saya?
masa panggil kat teksi dia, dia takde pulak. jadinya kena cari alternatif lain la


bila difikir-fikir balik.. ermmm... macam mane la kalau bnda macam tu jadi kat family kita, org buat dek je.. kalau yang sakit tu silap-silap boleh mati

sebelum ni pun terfikir gak. saya ni tiap ari dok umah sendiri je dgn Azief.. buatnya time dok berdua tu pulak sakit nak bersalin, mcm mane tu? kadang org tak fikir keadaan kita, tp nak ckp lebih-lebih pun masing2 ada life sendiri.. harap dijauhkan la.. semoga Allah permudahkan urusanku dan perlihara kita semua..


tp yg sempat saya perasan.. masa kejadian tu, azief sembunyi kat celah-celah motor. takut agaknya.. lagi2 dgn darah tu.. sy pun tak tengok dekat-dekat. risau lak ngandung-ngandung ni tgk bnda2 mcm tu..


tp mak saya nmpk seperti super heroin. walau tak buat ape tp dia pk kan sesuatu utk tolong budak tu

ok.. tamat sudah pasal insiden tu


some update pasal check up arini

i gained another 0.2kgs for this week.. seb baik la tak naik mencanak sebab saya rasa saya semakin kerap lapar lately ni

yg lain2nya seperti biasa jua.. Alhamdulillah takde ape mslh sgt bg saya dan baby


Semalam pas check up tak terus balik umah.. Naik train ke KL Central, pastu gi PJ Sek 14, kedai mak.. Patutnya dari klinik tu boleh je naik bus ke KL Central tp malas nak sesak-sesak dgn keadaan boroi mcm ni

tp dlm train saya tetap kena berdiri. seb baik la 2 stesen je, tu pun naik lenguh gk tumit ni berdiri..

ohhh.. org malaysia LAGI ~tp dlm train tu ramai foreigner je


luckily
dlm bus ke sek 14 tu ada brother yg baik ati bg minah boroi ni duduk. thanks so much. really appriciated it.. walaupun kadang-kadang saya segan nak guna kelebihan 'wanita mengandung' itu


so kat asia jaya tu byk gak bnda yg saya buat dan pegi. gi bank kuarkan duit, stand by utk bersalin. pastu hidupkan balik Maybank2u yg rupanya expired kalau tak aktif 6 bulan. beli Choc Indulgence kat Secret Recipe, mkn KFC belanja mak n azief.. dan snikers utk saya n mentos utk azief..



opss lupa..

di KL Central beli toblerone dgn hazelnut chocolate



waahhh... sakan mak buyong ni merayap dan melantak


sbnrnya dah mula sakit2 kat bwh perut nih.. ermmm.. tak lama lagi je ni.. tak kisah la bila-bila pun

cuma harap2 daddy ada masa dlm labour room nti.. AMIN..

Monday, April 12, 2010

Kontraksi, Kelahiran Sebenar atau Palsu

Bagaimana mengenal Kontraksi? Bagaimana rasanya sakit bersalin? Bagaimana membezakan antara kelahiran sebenar dan kelahiran palsu?


Ciri-ciri Kontraksi


* Pengecutan otot rahim ini seperti ombak, bergerak dari bahagian atas rahim ke bahagian bawahnya.
* Sakitnya mungkin bermula dari bahagian bawah belakang anda dan bergerak ke depan perut atau sebaliknya.
* Sesetengah wanita menerangkan kesakitan ini seperti sakit sindrom pra haid yang kuat.
* Sakitnya tidak surut dalam tempoh yang lama
* Semakin kerap, paling kurang 15 minit sekali bertambah hingga 5 atau 3 minit sekali.
* Setiap kali sakit, bertambah lama tempoh sakitnya, (sehingga 45 saat).
* Semakin kuat sakitnya
* Jika anda berjalan, sakit ini semakin terasa kuat.
* Berbaring tidak mengurangkannya.
* Servik menipis dan terbuka.


Mengira Kontraksi


* Tempoh kontraksi boleh dikira secara meletakkan tapak tangan pada puncak rahim untuk mengesan pengecutan rahim itu yang sentiasa datang dan menghilang.
* Catatkan kekerapan dalam berapa minit.
* Catatkan kekuatan sakitnya.


Kelahiran Palsu


Sebelum kelahiran sebenar berlaku, anda mungkin mengalami kelahiran palsu, atau dikenali juga sebagai Kontraksi Braxton-Hicks.

Bermula seawal 28 minggu usia kandungan, wanita akan mula mengalami pengecutan rahim yang normal secara fisiologi, ia dinamakan pengecutan rahim Braxton-Hicks. Anda boleh mengenalnya kerana ia sedikit berbeza dengan kotraksi kelahiran.

Walaupun anda mengubah posisi, berehat dan berjalan, kontraksi ini

* menyediakan diri anda untuk proses kelahiran.
* jarang-jarang berlaku sekitar setiap 30 minit dan tidak semakin kerap.
* tidak bertambah kuat sakitnya.
* tidak bertambah lama tempoh sakitnya.
* biasanya sakitnya di bahagian hadapan perut ke bawah.
* tidak begitu menyakitkan.
* boleh reda jika anda berbaring.
* biasanya tiada perubahan pada servik.


Bila Perlu ke Hospital


Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:

* kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. :-) )
* keluar air ketuban.
* pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
* keluar darah dari vagina.
* apa saja masalah yang dialami.


Sumber:

* When Labor Begins, babies.sutterhealth.org
* Labor Signs, webmd.com
* Ingin Tahu Tanda Bersalin, hmetro.com.my


ermm boleh tak kalau saya kata yg saya tak taw pun bila saya start kena kontraksi
Braxton-Hicks?? mcm tak alert dgn badan sendiri je kn.. ermmm

Tanda - tanda Hampir Bersalin

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:

* sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
* kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
* sakit perut, memulas
* kerap buang air besar
* kerap terkentut


Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir

* Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
* Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.


Sakit belakang

* Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
* Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
* Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
* Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring. ~bestnya kalau ada husband time mcm ni.. :(


Pecah air ketuban

Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.

Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis

Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.

Kontraksi yang tetap dan berterusan

Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda. Buat jadual. Baca seterusnya di artikel "Kontraksi, Kelahiran Sebenar atau Palsu"



Bila Perlu ke Hospital

Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:

* kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. :-) )
* keluar air ketuban.
* pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
* keluar darah dari vagina.
* apa saja masalah yang dialami.



Sumber:

* When Labor Begins, babies.sutterhealth.org
* Labor Signs, webmd.com
* Ingin Tahu Tanda Bersalin, hmetro.com.my


saya dah masuk minggu ke-37 ni.. so far, ada la sikit-sikit tanda-tanda tu especially yg belah2 atas tu. tu pun tak kerap.. kejap ada, kejap tak. so tak berani nk ckp dah dekat atau lambat lagi. tp kalau ikutkan lagi 3 minggu je. so dah dekat la kan. cuma harapnya doa kami dimakbulkan Tuhan.. AMIN


Sunday, April 11, 2010

Alatan untuk Fully BF

Akhir-akhir ni kn saya asyik cerita pasal breastfeed (BF) je. Sebenarnya before pregnant memang tak amik tahu sangat pasal BF ni. Selalu bila saya dan hubby berangan kitorg akan gi tengok2 harga Formula Milk (FM) kat Giant ke, mane2 la yang kitorg pergi that time.


Sehingga la our little precious ni muncul dalam tummy saya.. rajin la saya selak2 thread pasal pregnancy, parenting kat CARI. org tak bekerja so mmg most of the time habis kat situ dan FB~main game. dari situ la saya dapat byk information and knowledge pasal BF, and cloth diaper (CD).


Lepas tu terus berazam saya akan bg baby saya susu badan. no matter what.. nak 1000 daya.. tak nak 1000 dalih.. harap2 la azam ni kuat hingga akhirnya.. walaupun hubby mula2 macam tak support sangat.. still jenguk rak FM walaupun saya dah cerita pasal BF nih.


lama-lama, agaknya bila hubby pk BF boleh jimat banyak duit,
tak payah nak beli FM yg harga berpuluh-puluh 1 kotak, baru la dia tak jenguk lg. tp kadang ada bunyi gk, mcm "tp awak tak nak guna susu tepung" if ktorg ada bincang certain issue.. tak paham betol org laki ni.. dorg nk keja mudah kot.. ye la if kita takde, kalau guna FM anak nangis just bancuh je. tp kalau guna expressed breast milk (EBM) nanti anak nangis time tu la baru nk cairkan. tak ke serabut.. agaknya la kn..


tp pada saya yang belom bekerja ni, ini la masa yang terbaik utk berkasih sayang dgn baby. sambil dapat jimat duit hubby. boleh duit utk FM tu buat beli baju baru ke, kumpul beli handphone baru ke.. huhu..


harap2 takde masalah sepanjang BF nanti. kalau ada pun akan ku cuba untuk selesaikan sebaiknya. tp tak nak la smpai cerai susu sebelum tiba waktunya.. always think positive. kalau org lain boleh.. kita pun boleh.. dan bila pk balik, mak saya zaman dulu yang takde kemudahan sangat boleh je susukan kitorg 6 beradik, so kenapa tidak saya..


Cuma investment utk beli peralatan utk BF tu la kena kuar sikit banyak. tp keluar sekali je.. kalau pandai guna dan jaga insyaAllah boleh guna utk next baby. silap2 boleh guna utk next generation pulak!!!!


Actually ada beberapa barang yang kena ada untuk sape2 yang berazam untuk fully BF. lagi2 kepada yang bekerja. tp kalau yang tak bekerja pun still kena ada jugak. mane la tahu tiba-tiba ada hal yang terpaksa tinggalkan baby kat org lain ke.. who knows?


The most important things

1. Breastpump

macam2 brand dan teknik ada.. avent, spectra, pigeon etc.. manual, battery, electric.. harga dari RM30 smpai la beribu-ribu. tp kena la beli ikut kemampuan. yg murah tak semestinya tak bagus. yg mahal pun kadang-kadang menyusahkan gak.. yg penting kesungguhan..





2. Breastmilk storage
Yang ni penting untuk simpan EBM. byk cara org guna.. ada yang simpan dlm bekas mcm kat bwh ni.. ni mahal sikit la.. still harga depends on brand..





dlm bags mcm bwh ni pun ada.. hrga murah sikit dr kat atas.. nk simpan dlm freezer pun senang, tak guna banyak space sgt..




nak lagi jimat? ada gak yang guna bekas dadih dan plastik ice cream malaysia.. so ikut masing2 la...



3.Freezer

wah.. kalau saya dapat mcm dlm gmbr kat bwh ni betapa bahagianya hidup.. mesti lebih semangat nk buat stock.. tp mesti mahal. benda ni tak wajib ada. tp kalau agak2 peti sejuk kecik, atau besar tp lauk je dah penuh satu freezer tu so kena usahakan beli. kalau tak, nak simpan EMB celah mane?? unless la freezer tu sentiasa kosong. tp boleh ke? paling tidak mesti ada ikan, ayam, ice cream etc.. ~ejau! sila kumpul duit dari skrg..




4. Cooler bag

Bag ni penting gak walaupun bukan priority sgt. gunanya untuk simpan EBM.. kira mcm transit la. misalnya dari umah nak anta anak gi nursery, letak EBM dlm bag ni so suhu susu tu tak jatuh. pastu kalau mommy perah kat opis leh guna bag ni gk.. in case la opis takde peti sejuk.. kalau tgk dlm gmbr ni 1 set dah.. cooler bag, ice pack ngn milk storage.




Tapi saya tak beli lg benda2 ni. tunggu baby lahir la kot or before blk KK baru beli. sbb kat sana confirm mahal... huhu.. so benda2 ni dah jd wishlist saya.. kalau ada sape2 yang nak bagi sangat2 la dialu-alukan.. hikksss..


Kawan2 doakan la semoga azam dan semangat saya untuk fully BF our coming baby ni berterusan.. hingga usia baby 2 tahun. jgn hanget2 taik ayam sudah.. mampus kena kutuk.. huhuhu


ps: saya tak bertuah dgn Adrenalin.. nampaknya kena suruh hubby beli la. pastikan yg original.. :)

Friday, April 9, 2010

Contest: Adrenalin Faizal Tahir

Lama tak join contest sbb bz dgn info2 mommy-to-be..

kali ni join contest Adrenalin

mcm pernah dgr je kn..

rasa2 kalau amik Bio/Sains ada belajar kot

ampunkan patik kalau salah

huhuhu...




Tp Adrenalin kali ni lain

ni merupakan album terbaru Faizal Tahir

ye!!!

artis kegemaran saya & husband

walaupun certain org kat muzik dia bingit

tp kami SUKA



Actually contest ni berdasarkan luck je

macam lucky draw gitu

tak kena buat entry pun..

tp saya saja menggedik nk buat entry gak



close date contest ni adalah pd 10 April 2010 jam 9pm

so sempat lagi bagi sape2 yg minat FT ni

jom jom jom!!



harap2 ada la rzki dapat CD Adrenalin nih


AMIN..

Related Posts with Thumbnails