Thursday, December 27, 2012

Alhamdulillah.. UNC Shop.. Kini Di Buka..

Assalamualaikum


Nak umumkan berita best..



OK!! Rasanya kekawan yang ada personal FB dah tahu. Customer Ummi Nayli Collections pun dah tahu kot.. Hehehe~







Alhamdulillah.. Akhirnya tercapai juga hajat kami. Actually, hubby target next year, 2013. Tapi Allah s.w.t telah permudahkan urusan kami.. Bulan November cuti deepavali (13 Nov) kami jumpa kedai ni.. Terus call agent dan bila beritahu harga sewa kedai, terus kami setuju. Sebab sangat murah dari kedai lain.. Area KL biasa almost RM2k walaupun tingkat atas. Tapi yang ni jauh lebih murah. Apa lagi. Terus letak deposit hari tu jugak.. Seminggu lebih selepas itu, iaitu pada Jumaat 22 Nov kami sign agreement di McD Kg Pandan. Agent tu yang tetapkan tempat. Tapi kami tak makan pun. Boikot. Huhu. Bila dah siap signboard ni baru perasan, "buruknya bangunan ni.."


alaa... takde pula gambar kedai sebelum diubahsuai.. Ada dalam handset BB tapi telah direndam oleh Azhad Nayli Isnin lepas. Sekarang dalam proses pengeringan, esok lusa baru try buka. hopefully masih boleh berfungsi.. Kalau tak terbanglah duit ku.. Aduyaiii




kaunter buatan sendiri.



tp bukan kami la yang buat. upah tukang ubahsuai kedai. buat kaunter sekali. memang jimat.. berbaloi. kalau ikut asal hubby nak upah contractor, bg quotation rm4k. saya cakap fikir dulu, kalau confirm kami bayar deposit esoknya. esoknya tu bila kitorang nak bayar deposit, dia cakap dia dah ada job lain lak.. frust juga la sebab kami nak siap cepat. so kami cari la tukang yang biasa renovate kedai dan umah mak.. rm1.5k saja sekali upah dan barang.. fuuhhhh.. sesungguhnya setiap yang terjadi ada hikmahnya. see.. jimat banyak kan.. material lain la, kalau guna contractor tu guna partition board, upah pekerja dia lagi,untung dia lagi. tu yang mahal. dengan tukang ni kitorang suruh guna playwood je. dah tu dia buat kerja seorang lak. so memang jimat. seminggu je siap.. boleh duit lain tu buat beli benda lain.. *senyum sampai telinga*



kedai ni yang asal memang masuk kosong macam tu.. kitorang tambah bilik, buat stor, kaunter n devider antara depan dan belakang.. tu pun masih nampak luas lagi kedai..



belakang offer bin tu stor buatan sendiri.. dlm offer bin ada pajamas and sets clothes.



budak yg sangat rajin 'kemas' kedai dan rumah



tengok wall warna pink dan ada sticker tu semua tambahan sendiri. mr hubby sedang berdiri di kaunter. belah kiri mr hubby tu devider pemisah depan dan ruang rehat sendiri..



pandangan kedai dari kaunter



pandangan dari cermin kedai..



toys for kids



baby clothes: jumpers and rompers



educational toys



baby products: carrier, cloth diaper, pillow blanket etc



books n breastfeed accessories



sudut bermain.. nayli punya buat display


banyak lagi barang yang tak sampai. pending di port.. waduhh... tapi memang betul la kata seorang seller ni.. kemas kedai sampai bila pun tak siap.. tiap minggu ada je stock masuk, so kena la kemas balik. pening kepala.. dengan anak-anak yang rajin membantu lagi.. nasib baik la ada mr hubby yang rajin.. tp minta gaji ok! kerja katanya.. tak pe.. tak de masalah. dah ada kedai semua kena kira.. nanti i bagi gaji hujung bulan. yang penting bak mai sini 10% bonus tu. janji nak bagi.. wakakaka



ok.. please.. siapa nak beli mainan murah tp berkualiti boleh datang kedai.. apa yang ada dalam facebook page UNC, itu lah yang ada di kedai.. eh.. tak juga. ada yang tak de berikutan fast selling, tak sempat update selalu. ada juga yang ada kat kedai takde dalam facebook  sebab tak sempat nak snap and upload.. pekerja sudah ada, tapi kena latih bagi pandai IT.. wah.. yang nak ajar tu macam pandai sangat.. adik ipar baru lepas spm je pun yg jadi pekerja.. dapat la dia duit buat bayar ambil lesen kereta. hehehe


ok.. jot down the address and contact no. mana la tahu tiba-tiba nak cari present untuk anak sendiri ke, anak sedara ke, anak kawan ke.. boleh datang kedai..

Ummi Nayli Collections
109-1st Floor, Jln Kg Pandan,
Taman Maluri
55100 K. Lumpur
sms/whatsapp 01333811136
daily open 11am-6pm (kalau lewat daripada tu boleh inform, nanti kami tunggu di kedai)

untuk online please view this website Facebook Ummi Nayli Collections. jangan lupa like ok!!!

till then

Friday, December 14, 2012

Bercuti ke Langkawi

Assalamualaikum, salam sejahtera kepada anda semua.. ~teringat lagu nasyid~


Cerita basi.. Tapi takde nak cerita sangat pun sebab dah lupa kot.. wakaka.. so layan gambar je lah ye..






Ni gambar sebelum berlepas. Lepas solat subuh terus siap-siap. Pertama kali anak-anak bangun awal pagi.. Sampai LCCT sarapan dulu. Arsyad sambung tidur.. Azhad seperti biasa tak reti duduk diam. Ada je benda dia nak buat..






Berlepas pada pukul 1030 pagi, 24 Oktober. Alhamdulillah kedua-dua Nayli elok perangainya. Cuma Azhad macam cuak sikit. Apa lagi umpan dengan gula-gula. Baru diam. Kelentang-kelentung pukul 12 tengahari baru selesai urusan sewa kereta.. Kami sewa wira sedan RM150 untuk 3 hari 2 malam setengah..






Ni dia rumah sewa kami.Walaupun kami berempat sahaja, tapi kami sewa rumah sebab luas. Senang jejaka-jejaka ku bergerak, terutama si abang..Puas dia main. Kalau duduk di hotel memang tak bernafas la.. Rumah sewa ni siap ada swimming pool lagi, walaupun kawasan kami duduk ni dekat Pantai Chenang. Sewa murah je.. RM180 untuk 3 hari 2 malam setengah. Hari ketiga tu kami pindah bilik kecil sebab flight balik malam, jadi hanya perlu bilik untuk simpan barang dan mandi sebelum pulang. Namanya Pantai Chenang Rest House. Nak contact no boleh pm saya.. Hehe..






Aktiviti hari pertama.. Melawat area Kuah. Cari kedai coklat.. Beli sikit je dulu sebab takut habis cepat.. Fuhh.. Mencabar betul bawa Azhad Nayli berjalan..







Hari kedua, 25 Oktober naik cable car.. Azhad Nayli ketakutan.. Arsyad relek je. Sebab dia bukan tau apa lagi pun kan. Lepas tu kami ke Pantai Pasir Hitam dan banyak tempat lain. Tapi takde pic. Gambar pada tempat-tempat wajib je.. Hehehe





Hari terakhir, 26 Oktober pergi Makam Mahsuri. Sebenarnya dah sampai hari sebelumnya tapi tak turun sebab anak-anak baru tidur. Kesian pula nak kejut.. Takde apa sangat pun kat sini. Kempunan tak dapat beli minyak gamat murah kat area Makam Mahsuri ni.. Sebab hari tu adalah Hari Raya Haji. Coklat pun tak dapat beli kat HIG sebab tutup. Terpaksa beli kat depan HIG.. Tak ingat nama. Baru ingat nak beli kat orang Islam. huhuhu.. Oppss.. Hari last ni juga baru kami masuk Underwater World. eh.. awatnya tak masuk gambar eh.. Keciciran la pulak.. Nasib baik buka time raya haji.. Masa di underwater world tu arsyad lebih menghayati haiwan dalam tu. Berpusing kepala dia tengok ikan segala. Azhad sibuk berlari kesana sini..





Antara gelagat anak-anakku.. Arsyad pandai apungkan diri dalam pool tu.. Abang tak nak mandi sebab kesejukan.. Kami terbang pulang pada malam hari ketiga jam 1130pm. Pukul 2 pagi baru sampai rumah..





Ok.. ini adalah hasil rampasan kami.. Berjaya habiskan dalam masa sebulan lebih je.. Percaya? Kena percaya la. Sebab saya memang penggemar coklat.. Azhad juga.. Hubby kurang makan.. Bagi adik-beradik sikit.. Selain tu kami beli pemanggang ajaib brand vantage 4 biji. 1 sendiri, 1 mak, 1 SIL, 1 MIL.. Kain pelekat, minyak gamat, key chain, baju anak-anak seorang sepasang.



Alhamdulillah. Happy berjalan walaupun ada gaduh juga. Tak gaduh tak sah.. Huhu.. Sangat mencabar bila berjalan dengan anak yang aktif.. Penat kejar sana sini.. Nasib baik la arsyad ok je... Pengajaran yang kami dapat, bila melancong sila jangan makan di restoran. Cukup lah makan di gerai. Sebab hari pertama kami lunch lauk tomyam, udang butter, kailan ikan masin dan 3 air buah charged RM60+. Terkejut sungguh. Lepas tu memang cari kedai kecil je..


OK.. tu je la kot. Rasanya dah tahu kan kenapa raya puasa kali ni kami beraya di Kelantan walhal turn Melaka. Kalau tak memang burn la tiket ke Langkawi sebab kena balik Kelantan raya haji.. Ini lah akibatnya excited sangat beli tiket murah, tak reti nak tengok kelendar dulu.. Huhuhu


Daa~~

Thursday, December 6, 2012

Ragam Azhad 28 Bulan Dan 3 Bulan Kemudian

Assalamualaikum.



Entry ni sebenarnya ditype pd 3 bulan yang lepas tapi tak sempat publish. Entry sebenar adalah update mengenai Azhad ketika berusia 2y4m (font hijau), dan ditambah update mengenainya sekarang berusia 2y7m (font merah). Agak panjang. Kalau rajin baca, kalau tak berminat abaikan je la..



Azhad genap 2 tahun 4 bulan khamis lepas. Rambut baru nak lebat, dia main pisau cukur, cukur rambut sendiri. Sikit je tobeknya tapi tak cantik lah. Terus saya suruh hubby botakkan je. Baru ingat nak ambil gambar studio, tapi dah botak macam tu tak handsome la. Dah la songkok takde. Tahun lepas punya tak muat, tahun ni tak beli songkok baru. Kena pakai kopiah kot. Tak pun pakai cap je. Ok tak? Baru urban! Hehehe



Azhad 2 tahun 7 bulan dah lebat rambutnya. Tapi tak lebat mana la. Jarang-jarang gak..Gambar studio dah siap setelah almost 2 bulan tunggu. Huhu. Nanti upload dalam entry lain


dibotakkan semula pada 29 aug



Azhad masih macam dulu. Belum petah berbicara. Tapi sedang belajar bercakap. Apa orang cakap dia ikut. Tapi pelat. Mak cakap saya masa kecil tak pelat. Adakah abinya yang pelat? Hehe..Tapi pelat ni keturunan ke? Huhuhu


Azhad masih belum boleh buat ayat lagi. Tp semakin hari semakin banyak perkataan yg dia boleh sebut walaupun masih pelat. Ada orang dah mengaku masa kecil dia pelat. Hehehe



Alhamdulillah Azhad diberi kesihatan yang baik. Dia jarang demam tapi selalu sakit perut. Setakat ni setiap kali balik Kelantan mesti poopoo dia cair. Macam cirit-birit. Tapi tak lama. 2-3 hari je. Tapi sempat la membuatkan dia meraung sebab kelengkang melecet. Mungkin sebab kat sana dia kuat main kat luar rumah, masuk rumah tak basuh tangan orang bagi dia makan, tu yang sakit perut. Mak dia tak sempat nak pantau sangat. Nak harapkan orang lain? Susah sikit unless la adik beradik sendiri. Hmmm..



Setiap hari bangun tidur perkara WAJIB yang dia akan buat adalah kiss baby. Sayang sangat kat adik. Selalu kiss adik sampai adik nangis. Mana taknya, cium sampai nak tenggelam hidung/pipi budak tu. Agaknya sebab dia tengok kami dok gomol baby, dia pun buat la. Kalau ada orang luar dukung adik dan buat gaya nak bawa balik adik, dia akan nangis or jerit. Tak bagi orang ambil adik dia. Alhamdulillah. Kecil macam tu ada perasaan sayang. Semoga boleh jaga adik bila besar nanti..


Sekarang bukan setakat gomol adik, azhad juga dah pandai gigit arsyad. Sudah diceritakan dalam entry yg lepas-lepas. Geram sangat dengan adik tu. Tapi bila orang nak ambil adik dia pandai lak marah..



Lately ni selera makan azhad dah ok sikit. Kalau suap nasi dapatlah 3-4 suapan. Ok la dari tak nak langsung sebelum ni. Kalau roti canai boleh habis sekeping. Kalau dia lapar dia akan cari/minta sendiri makanan. So takde la risau dia kelaparan walaupun tak makan properly. Kalau nak minum pandai ambil sendiri walaupun most of the time akan membanjirkan dapur. Pastu kalau minum ada air lebih dalam cawan dia akan celupkan tangan,  sapu air kat kepala macam abi dia selalu buat bila dia demam. Kalau jumpa cawan lain dia akan buat macam teh tarik. Time ni of course la ada tumpah kan.. Emak dia tu rajin sangat nak kemas!


Alhamdulillah Azhad suka makan sekarang ni. Lagi-lagi makanan baby. Mungkin sebab lembik tak payah kunyah. Tawar pun dia telan. Kalau makanan dia tu dah best pun tak nak. Azhad dah pandai makan guna sudu. Kurang tumpah. Tapi belum boleh makan nasi guna tangan. Saya tak bagi makan sendiri nanti sepah je lebih. Makannya tidak. End up lapar. Lagipun sekarang ni adik sedang giat mengemop rumah, so makin banyak kerja emak budak-budak ni nanti. Air pun dah kurang main sebab dah ajar minum air di dapur sahaja. Jangan bawa ke depan. If bawa ke depan juga memang lecak habis. Pastu adik tukang lap. Kombinasi paling terbaik, kan!



makan kerepek sambil layan ultraman bersama abg sepupunya



Azhad macam nak belajar menggunakan toilet. Nak poopoo cakap "eyak". Kalau dah selesai akan ke toilet sebab geli kot. Tapi emak dia tak rajin nak train lagi. Sebab biasanya mesti akan terbabas dalam seminggu. Letih nak kemas dengan kerenah dua beradik tu. Pernah sekali tu dia buka pampers, tengok-tengok dah berterabur poopoo dia depan stor, dan dia nak masuk master bedroom untuk guna toilet dalam tu. Tapi time tu saya tengah solat dalam bilik tu. Terkejut bila keluar hubby cakap dia membuang. Hubby la cuci semua. Bila pijak toto kat ruang depan rasa basah. Andaian kami, mungkin dia dah kencing atas toto, bila rasa nak buang dia berlari nak ke toilet tapi tak sempat tu yang cicir di tengah jalan. Huhu. Tapi yang bagusnya dia pandai geli dengan poopoo dia, so takde la dia buat main kalau tak lagi haru


Masih belum ajar menggunakan toilet walaupun kadang-kadang azhad sibuk cakap eyak. Malas nak tunggu. Susah sebab kena ada kerjasama mak bapa baru boleh melaksanakan misi dengan jayanya



Perangai dia yang tak boleh tahan sekarang ni dia suka menangis/merengek tanpa sebab. Kalau ada sebab pun kami tak tahu apa sebabnya sebab dia pelat. Apa yang disebut susah untuk difahami. Bila dia merengek tu dia akan suruh letak adik dan dukung dia. Kalau time adik ok, ok la boleh layan dia. Kalau adik pun tengah melalak haruslah jadi raksasa emak dia ni. Bila dia ajak pergi dapur, dia nak didukung tapi kita tak layan, itu akan jadi sebab dia mengamuk berpanjangan. Kerjanya nak berdukung je. Kejap nangis, kejap merengek. Stress woo.. Korang pernah tengok youtube mak dera anak tu kan? Kalau rumah kitorang ada cctv, haruslah kami laki bini jadi femes macam tu. Haha


Alhamdulillah. Kurang dah tangisan dan rengekannya. Tapi sekarang galak mengacau adik. So emak dia tetap la jadi tarzan..



Tapi sekarang kalau dia nangis kami pasangkan cd barney. Kadang tu dia diamlah. Tapi kalau masih tak dapat puaskan hati dia, dia merengek gak sampai kena diam secara paksa! Bukan tak pujuk. Selalunya saya akan pujuk sampai 3 kali. Tapi kalau tak makan saman gak memang kena la. Memang kesian sebab dia baru 2 tahun.. Tak faham apa lagi. Tapi serabut dan bingit betul telinga bila dia merengek tak tentu pasal. Sampai selalu hilang kawalan. Bila dia tidur tengok muka dia, alahai kesiannya anak ummi. Masa ni barulah terfikir macam mana la mommies daddies lain berhadapan dengan baby yang kuat nangis masa kecil.


Takde dah barney bermain di tv kami sekarang ni. Dia gila barney. Dalam tempoh 2 bulan je. Lepas balik dari holiday tu terus tak layan dah. Tapi pandai tengok cerita kat tv. If adegan gaduh, dia jerit-jerit tak bagi gaduh. Bila cerita seram dia lari takut. Huhu



Seriously rindu sangat Azhad yang dulu. Azhad yang cool. Yang tak banyak ragam. Mudah-mudahan ragamnya tak lama. Hubby ada sembang dengan kawan-kawan dia yang ada 2 anak sebaya azhad dan arsyad. Anak sulung kawan-kawan hubby pun sama meragam macam tu sebab nak tarik perhatian. Disebabkan kegilaannya terhadap barney, mak dia dah beli 1set dvd ada 17 keping cds. Tengok lah sampai muntah wahai anak! Dia siap pandai keluar masuk cd dalam player lagi. Jenuh mak dia simpan, dia keluarkan. Simpan rak atas dalam almari, dia buka almari dan panjat basikal. Bila dah tergantung kat almari tu, basikal tergerak kebelakang, baru la nangis minta tolong. Huhu. Macam tu la juga mainan dia. Mainnya tak pun, tapi sepah je lebih. Sudahnya mak dia biarkan je bersepah.


Alhamdulillah semakin kurang ragamnya. Semoga semakin bijak dan ummi abi semakin memahami kerenah abang dan adik.



pandai panjat, turun tak reti



Seminggu di kampung, now i guess my mom knows kenapa anak dia semakin kurus. Hehe


Duduk seminggu di kampung tatkala suami berkursus di lumut. Ye. Ramai cakap saya semakin kurus. Tapi berat makin naik nih..



Published with Blogger-droid v2.0.8

Wednesday, December 5, 2012

Sama. Kata adik beradik..

Assalamualaikum


Cuba teka ni siapa







Owh.. tak payah teka pun tak pe sebab terang-terangan nampak abang duduk atas kerusi. So confirm la yang memanjat tu adik! Sekarang teka yang ini pula..






Siapakah?



Itulah abang ketika usianya hampir setahun. Tak percaya pergi tengok dalam fb. Uploaded date adalah 1/5/11 bermaksud lagi 5 hari abang nak setahun. Tarikh sebenar diambil kena check handphone. While pic adik ketika usianya baru 8 bulan.



Ok. Memang perkembangan adik lebih cepat dari abang dalam banyak perkara. Tapi tak nak la bandingkan sangat. Orang bandingkan anak kita, kita tak suka kan. Cuma entry ni saja nak letak gambar yang kebetulan sama. Baju pun kebetulan pakai baju yang sama. Kata adik beradik. Satu emak, satu bapa. Pusing-pusing macam tu juga la perangainya. Semoga anak-anak ummi abi membesar dengan sihat dan menjadi insan berguna dunia akhirat..



Daa~~~







Published with Blogger-droid v2.0.8

Tuesday, November 27, 2012

Arsyad Sudah 8 Bulan

Assalamualaikum


Hari ni Arsyad genap 8 bulan.. boleh pula teringat detik-detik melahirkan.. huhuhu


Alhamdulillah Arsyad diberi kesihatan yang baik.. Demam sikit-sikit tu biasalah, orang kata nak pandai benda baru..


Sekarang ni Arsyad sedang gigih belajar berdiri sendiri.. padahal merangkak pun tak lagi. tapi dia dah boleh duduk dalam keadaan merangkak tu, cuma baru dapat 1 langkah, lepas tu jatuh meniarap. terus la mengensot laju.. kalau mandikan azhad, memang kena tutup pintu bilik air. kalau tak, tengok-tengok ada budak kecik mengintai.. hehehe



Nak berdiri kena la memanjatkan.. sekarang dia dah terer memanjat. mula-mula dulu panjat badan ummi dia je. lepas tu panjat beg diaper. dah terer sikit panjat walker abg. lepas tu upgrade lagi, panjat badan abi dia. semakin hari, semakin tinggi bahan panjatannya..




belajar memanjat..




siap posing lg




semakin tinggi bahan panjatannya



Pagi tadi tunjuk skill baru.. ada bantal sebelah katil. dipanjatnya bantal tu. lepas tu terus panjat katil. berjaya naik atas katil dan terus merayap atas katil tu.. terbaik! hehehe



Pada usia 8 bulan, arsyad masih belum ada gigi.. tapi macam dah berpasir gusi bawah dia.. last two weeks rajin menggigit my N, mungkin gatal gusi time tu.. tapi walaupun belum punya gigi, dia sudah pandai mengunyah makanan.. sekarang kalau suap bubur tak blend pun ok je.. masa umurnya 7 bulan try bagi betik lenyek, habis muntah.. sekarang suap nasi dipicit-picit pun dia pandai kunyah...



belajar makan makanan kasar dari food feeder. UNC ada jual.. hehe



setakat 2 bulan makan ni, arsyad dah makan apple, mangga, pear, betik, pisang, bubur, kismis, labu, carrot, nasi arab (nasi je, dipicit-picit). Alhamdulillah takde allergy.. kena buat 4 days rule ye.. tu yg ummi dia suap. kalau orang lain yang rajin suapkan ada gak. coklat, nasi lauk masak lemak, durian, kuih raya... waaa.. ingat anak tu budak 2 tahun ke? next week PIL nak dtg, risau je ni.. kalau azhad yang suapkan lain cerita, sebab dia budak mana tahu.. abang pernah suap m&m, mentos tapi tak masuk mulut pun sebab time tu adik kecik tak reti buka mulut sangat. baru-baru ni, abang suap adik durian crepe. adik nganga je la. terbaik kan..



Arsyad dah pandai gomol abang. kalau abang baring, dan arsyad ada berdekatan memang siaplah abang kena gomol. siap tarik telinga abang lagi.. kami tengok je.. biarkan.. selalu abang buat adik.. tunggu la adik ada gigi nanti, mesti ada yang menjerit. wakaka..



hadiah gigitan kasih sayang dari abg sebelah bibirnya



ok la.. tu je kot buat masa ni.. 
 
 
daa~~~




Friday, November 16, 2012

Mengidam Pulak!

Assalamualaikum


Bersawangnya rumah mayaku sebagaimana rumah realitiku. Wakaka. Lama sungguh tidak menaip. Sebulan lebih. Hidupku sama seperti dulu. Cuma progress anak-anak yang baru nampak perubahannya.. Ini akan dicoret lain kali yang tidak tahu entah bila masanya~~


Ok. Berbalik pada tajuk. Betul! Saya mengidam! Masa pregnant boys tak pernah mengidam macam ni. Tapi kali ni, tidur termimpi-mimpi. Buat kerja pun terbayang-bayang. Nak buat sendiri tak sempat dan tak tahu rasa sebenar macam mana sebab belum pernah rasa. Akhirnya setelah dua hari mencari, ketemu jua. Alhamdulillah rezeki kami anak beranak.



Azhad makan seketul dan 3 suku je dah burp


Apakah yg diidamkan?


Durian crepe


So yummy.. Thanks to ana sebab rekmen. Mula-mula google dah buka dah blog Izah Daut ni. Tapi macam mahal lak RM10 utk 3 ketul. So abaikan dulu. Pastu Ana ada reply kat status FB UNC, rekmen sis izah ni, so i follow je la. Kebetulan dia tinggal area Ampang dan boleh COD di Petronas Tesco Ampang tempat kami berulang alik. Tesco Ampang tu kan rumah kedua Azhad. So lagi la senang..


Dapat je terus ngap. Sebab time tu kitorang sedang kelaparan. Apa lagi.. Saya order 2 packs. Jadinya seorang 2 ketul. Tapi abi azhad dapat seketul je sebab masa tunggu abi beli makanan azhad makan ketulan terakhir, walaupun bahagian dia tak habis dimakan. Mak dia terliur je tengok. Yang geramnya, makan sikit je, tumpah kat baju lebih. Tapi masa makan seketul pertama tu tak tumpah langsung. Laparla katakan..


Hubby suka. Siap cakap nanti family dia nak datang bulan 12 boleh order lagi, bagi diorang rasa. Kat Kelantan mungkin susah nak dapat. Memandai je. Ntah-ntah kat sana lagi ramai jual. Huhuhu


Kalau sesiapa nak rasa or order boleh la order ngn izah ni. Atau try buat sendiri. Pergi blog dia ada resipi. Inshaa Allah ada masa nak try juga. Tapi tak tahu bila..


Setakat ini je buat kali ni. Sehingga bertemu lagi. Nak umum good news nanti. Hehehe~


Published with Blogger-droid v2.0.8

Thursday, September 27, 2012

All About 6mo Arsyad Nayli

Alhamdulillah



Berjaya juga menyusukan Arsyad dengan susu cap gantung selama 6 bulan. Ye la. WaHM kan. Apa ada hal. Tak perlu bersengkang mata perah susu buat stock. Anak ek sikit, selak. Uk sikit selak. Alhamdulillah rezeki anak-anakku. Makan tak berpantang larang pun susu melimpah ruah. Nak perah, takde space nak simpan. Nak bagi azhad.. Errmmm. Dia buat muka "eee". Padahal dulu dia yang berebut dengan adik. Huhuhu~~ Semoga Allah limpahkan rezeki buat Arsyad sehingga umurnya 2 tahun. Amen.




Inilah hasilnya. Nyum nyum kat drumstick dia. Hehe



Maka, hari ni secara rasminya Arsyad sudah boleh diberi makan. Horrey!!! Mak dia terlebih excited walaupun hakikatnya mak dia pemalas nak masak. Haha~~


Kenapa secara rasminya? Sebab secara tak rasminya ada je tangan yang GATAL menyuap Arsyad makan. Depan mata mak bapa dia ni pulak tu. Bila balik beritahu bapak dia, bapak dia backing cakap, "tepung je. Sikit je pun" merujuk kepada kuih raya secubit yang di suap ke dalam mulut arsyad. Bapa dia pun rajin juga NAK suap makanan kat arsyad dengan alasan "kesian dia tengok je tangan kita suap ke mulut". Mak dia pun membalas. "takde maknanya nak kesian. Kalau sakit besok mak dia ni yang susah. Bukan tukang suap tu". Kelu lidah bapak dia lalu akurrr.. Lagi pulak kulit arsyad sensitif sikit. Lagi la risau kalau ada orang memandai suap itu ini.



His real first solid food adalah puri apple.


Not really solid actually. Tapi kenapa diorang panggil solid eh. Sbb masih liquid lagi makanan pertama dia. Homemade of course. Arsyad makan banyak. Berebut sudu dengan mak dia..





Actually mak dia tak tahu bila patut stop sebab anaknya nganga je manjang. Macam takde tanda kekenyangan pun. Haha~ kuat melantak kah? Tapi bila arsyad dah start tak senang duduk, terlompat-lompat, sudu masuk hidung, pipi makan puri.. Ok. I should stop now. Otherwise he will vomit all barang dalam perut dia.



Muka budak kenyang


Tapi lepas makan still minum nenen lagi. His favourite food. Yummy!



Harap-harap mak dia ni rajin buatkan makanan dia. Jangan jadi macam time Azhad dulu, ikut mood je. Mood malas bancuh makanan dari tin. Sian Azhad. Jumpa group HSFFYB di fb memang sangat berinformasi. Cuba cari. Tapi nak beri yang terbaik memang kena berkorban masa, wang dan tenaga. Mampukah i??



Ok. Sedikit update perkembangan Arsyad dah masuk 6 bulan ni

-ada penyakit M. Dia start meniarap masa umur 4 bulan. Untill now baru 3-4 kali dia meniarap
-bila ditiarapkan, dia akan terlentangkan badan sendiri. Mak bapak dia cakap, "senak kot perut tembam sangat" haha. Kami cakap xpe, orang luar jangan memandai nak komen anak i!!
-kalau berdirikan dia.. Dia akan melompat-lompat. Seronok la abang main dengan adik
-sudah 2 minggu dimasukkan dalam walker, dah pandai mengawal kaki ke mana hendak dituju. If berdirikan dia pun kaki tegap melangkah




-if baringkan sebelah basikal or ada tangan kami, dia akan berpaut (pd basikal/tangan) dan angkat kepala. Uik! Takkan nak duduk terus kot!
-pandai angkat tangan suruh orang dukung dia
-kalau biarkan dia baring tu kena selalu pantau. Tengok-tengok dah bawah sofa, tengok lagi sekali bawah basikal.







-pantang hilang mak dia dari pandangan, terus menjerit. Mungkin fobia dengan abang azhad.



Itu je kot buat masa ni. Ok last but not least.. Asyik anak je enterframe, maknya nak juga..





Merah itu HOT. hot tak kami? Kekeke



Last timbang aritu macam gain weight. Ini tak boleh jadi!! Bapak budak-budak ni dalam usaha menurunkan berat badan. Takkan emak diorang pulak nak take over. Mari berdiet..





Published with Blogger-droid v2.0.8

Wednesday, September 12, 2012

Terlaksana Sudah!

Ok!



Awal tahun dulu i ada tulis pasal azam tahun ni. Actually yang ni bukan azam, tapi lebih kepada niat.



Alhamdulillah. Hasil penat lelah seorang pemegang master yang duduk di rumah - tidak bekerja - hanya menjaga anak - mengusahakan perniagaan dari rumah, dapat la i berikan ini kepada ibu bapa.







Yang baju orange tu bulan 3 lepas dah bagi. Ni tempat yang dia baring tu. Juga kabinet tv.



Awal puasa lepas kami balik kampung, tengahari keluar pergi survey barang. Mula-mula macam nak surprise kan parents, tapi at the end bawa mak pilih sendiri. Biar puas hati. Tapi maaf lah budget tak banyak. Tapi dapat lah 2 barang percuma 1. 3 barang la jadinya.



"eleh, orang lain siap belikan mak bapa rumah tak kecoh pun!" kalau ada yang berbunyi la, kan.



Alhamdulillah parents i dah ada rumah sendiri, walaupun rumah teres je tapi sudah habis bayar. Buat apa rumah besar tapi masih berhutang pada usia emas, kan! InsyaAllah di masa akan datang i akan terus berbakti kepada ibu bapa. Setelah beberapa tahun habis belajar baru sekarang nak menyumbang. Almaklum, habis deg terus buat master. Belum habis master gatal nak menikah. Dah menikah, ikut suami dan jadi housewife. Alhamdulillah nampak juga hasilnya. Biarlah apa orang cakap atas keputusan yang i buat. Yang penting, all this while suami la yang sentiasa menyokong. Biar bersama susah dan senang. Walaupun i selalu nak senang je. Kekeke


Till then..



Published with Blogger-droid v2.0.8

Saturday, September 8, 2012

No 3 Is Ready To Be Baked?

Apakah?

Arsyad is only 5 months. Not even has his solid food. And of course im not ready yet!


Ya Allah. Kami merancang. Kau juga merancang. Sesungguhnya perancangan Kau adalah yang terbaik. Kau lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaMu.


Cannot imagine if it is true!




Published with Blogger-droid v2.0.8

Wednesday, September 5, 2012

Raya 2012 di Kelantan

Assalamualaikum



Seronok tengok kawan-kawan cerita pasal raya. Musim perayaan ni la kita nak menziarah saudara dan rakan-rakan, kan. Tak kira dekat atau jauh ramai je yang sanggup redah kasi pecah. Menempuh jem berjam-jam. Kami la tu! Itu pun sebab pergi dan balik dari kampung hubby. Kalau semata-mata nak beraya rumah orang kena hadap jem, memang tak lah!! Entry kali ni nak cerita sikit pasal raya kali ni. Seperti yang diberitahu sebelum ni, kami beraya di Kelantan lagi tahun ni. Sepatutnya tahun ni beraya di Melaka! Kami bertolak dari KL pada hari Jumaat lebih kurang pukul 1 petang dan sampai pada pukul 12 malam setelah menempuh jem, berhenti makan berbuka puasa dan meredah hujan. Alhamdulillah anak-anak tak meragam. Luckily adik ipar yang tinggal dengan kami tu balik sekali so azhad dibawah jagaannya, while saya pegang baby. Kalau tak jenuh lah nak melayan kerenah budak berdua tu.



Sampai rumah pun dah lewat. Sembang sikit-sikit then bawa baby tidur. Hubby sibuk keluarkan barang-barang untuk parents dan adik-adik dia. Lepas tu terus sahur dan tidurkan Azhad. Hari terakhir puasa, tak de apa yang menarik pun. Tapi bagusnya hari tu tak panas sangat. Tak lah terasa letih. Lepas berbuka terus macam berperang dah kampung tu. Berdentam dentum sana sini. Sampai tak dengar takbir berkumandang dari surau/masjid. Kat sana takde takbir dari rumah ke rumah macam kat melaka. So rasa macam tak best lak. Hehe..



Tengah sibuk tengok tv FIL bawa masuk kek. Mula-mula suruh letak dalam fridge dulu, takut dikerjakan oleh Azhad. Tapi Azhad dah nampak kotak kek time tok abah dia bawa, so dia nak la. Tak sempat tunggu esok, Azhad dah ngap dulu.







Ni dia kek hari raya dari kawan FIL



Malam raya tu takde aktiviti main bunga api/mercun sebab sepupu Azhad semua beraya di rumah sedara belah sana. Nak Azhad main bunga api? Jangan harap lah. Penakut tu. Huhuhu Hari raya tu hubby je gi sembahyang raya. Saya kena siapkan anak-anak. Arsyad bangun awal dari abang. Adik dah handsome berbaju melayu, abang tak bangun lagi. Abi diorang balik dari masjid pun abang tak bangun lagi. Penangan tidur lambat bermain dengan pakcik dia.. Sampai adik dah tidur balik baru lah abang bangun.



Adik dah ready nak collect duit raya!



Abang dah ready nak punggah rumah orang!



Seperti yang dilihat, tema kami tahun ni adalah MERAH! Tahun ni tak ramai pakai merah. So memang menyerlah gitu. Oppsss.. Gambar berempat tak banyak. Ada pun tak molek untuk di tepek. Nanti lah kalau sempat nak amik dalam studio. Nanti ku tepek. Hehehe Pagi tu kitorang setakat gi rumah jiran-jiran. Dalam 3 rumah je. Lepas tu balik rumah sebab dah tengahari, arsyad kepanasan dan nak tidur. Petang sikit baru keluar balik. Pergi rumah kakak MIL, rizal fahmi (player bola sepak kelantan. Hubby cakap sedara dia)



Ni uniform arsyad petang tu



Azhad sibuk naik motor sendiri. Kalau ajak jalan naik motor takut



Hari raya pertama petang baru SIL yang tinggal di Johor balik. Dia kawin dengan orang Kelantan gak tapi di Pasir Putih. Sebelum tu dia duduk rumah laki dia. Petang tu baru balik Tumpat. Itu adalah kali pertama Azhad jumpa mak cik, pakcik dan sepupu dari Johor. After 2 years. Huhu.



Hari raya kedua malam tu SIL yang tinggal di Kelantan lak sampai. Tahun ni turn dia beraya di kampung suaminya di Pahang. So untuk kali pertamanya dapat berkumpul 6 sepupu itu. Tapi lupa nak snap gambar. Bukan senang nak berkumpul sebab semua duduk jauh. Malam tu sepupu-sepupu azhad dan arsyad ni sibuk main bunga api dan mercun. Azhad tengok dari jauh je. Dia takut kalau dengar bunyi mercun. Bunga api pun tak berani main. Bagus la tu tak la risau terkena api ke, kan! Tapi kalau mercun yang takde bunyi macam mercun gasing tu dia suka sebab ada api warna-warni. Azhad memang suka tengok lampu warna-warni. Kalau dia meragam dalam kereta, tunjukkan lampu warna-warni nanti dia diam. Sedang orang sibuk bermain Arsyad pula tidur je. Boleh je tidur dalam bising-bising tu asalkan ada ummi dia peluk. Huhu



Hari raya ketiga baru kami pergi beraya rumah bapa MIL, sebab nak pergi sekali dengan kakak-kakak yang baru balik. Kalau saya pergi je la dulu, kan. Kesian orang tua tu tunggu anak dia datang. Tapi dah hubby dan mak dia nak pergi beramai-ramai, i follow je la. Huhu. Balik dari rumah atok hubby kami singgah makan kenduri arwah dan time ni lah arsyad menangis kaw-kaw sebab tak jumpa ummi dia..



Hari raya keempat kami berkelah di Pantai Sri Tujuh. Ingatkan tak ramai orang. Rupanya ramai juga yang beraya di pantai. Hehe. SIL sediakan bihun goreng, moist chocolate cake, keropok, nugget dan air. Lepas tu kat pantai or lebih tepat muara diorang cari kepah (tak sure nama sebenar apa tapi spesis kepah, lala, kerang macam tu). Lepas cuci diorang bakar dan ngap! Makan dengan pencicah yang dibeli dekat pantai tu. Diorang siap jual pencicah dan kepah tu juga. So kalau malas nak cari boleh beli je. Kitorang ada cari dan beli juga sebab takut tak cukup. Adik-beradik hubby semua ada kecuali akak dia yang dok johor tu dah balik Pasir Putih.



Anak dan bapa bermandi-manda



Ni dia rupa 'kepah' tu



Azhad tengok je abi sedang membersihkan 'kepah'



Sedang membakar dan tunggu untuk dingap



Eh. Ni utk dimakan gak ke? Hehehe



Hari Khamis kami gerak balik KL. Gerak dalam pukul 12pm, sampai rumah almost 2am. 12 jam lebih dalam kereta. Penat sungguh. Hari Jumaat semua collapse. Hajat nak ikut beraya ke Tanjung Malim terpaksa dibatalkan.


Ok la. Nanti sambung lagi. Selamat beraya. Open house tu jangan la makan macam dah takde esok lagi ye. Da~~



Published with Blogger-droid v2.0.8

Related Posts with Thumbnails