Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, September 18, 2010

Aidilfitri 2010

Assalamualaikum


Salam Aidilfitri..


Hari ini dah 9 syawal, kami kini berada di Wakaf Baru, Tumpat kampung halaman hubby.. actually hari tu ada tulis entry masa dalam train tapi, tak sempat publish bateri laptop kong. sesampai di rumah nak sambung type entry pun susah sebab adik-adik hubby nak guna laptop. disebabkan laptop adalah kepunyaan hubby terpaksa la saya mengalah. kalau laptop saya jangan harap la.. harus lah saya conquer.. huhu.. ditambah lagi line broadband yang hampeh memang payah la nak online... hari ni baru sempat update sebab adik-adik hubby dah balik hostel. esok akan bermula la sesi persekolahan bagi negeri Kelantan dan negeri yang seangkatan dengannya.. heheh...


Entry kali ini saya nak coretkan sedikit kenangan beraya kali ni. Tahun ni merupakan tahun ke-3 kami beraya as husband and wife, tapi kali pertama kami beraya di kampung saya. Dan yang paling best raya kali ini diserikan lagi dengan kehadiran si comel yang cerdik iaitu Muhammad Azhad Nayli kami.. ummi dan abinya yang excited terlebih.. Azhad bukan tahu apa pun.. huhuhu... jom tengok sedikit kronologi sepanjang beraya di Melaka~kampung ibu bapa ku..


1 Syawal (10 Sept)
Lepas solat subuh saya tak tidur balik. sediakan baju raya hubby, Azhad dan saya sendiri. Kaum lelaki dalam rumah kami seperti biasa pergi solat sunat Aidilfitri. yang perempuan duduk rumah je. memang macam tu tiap tahun. 2 tahun lepas je saya merasa solat sunat Aidilfitri.. lepas lelaki-lelaki dalam rumah tu balik dari masjid kami siap-siap untuk beraya. sebelum keluar rumah tu sempat bersalam-salaman dan bermaaf-maafan. lepas tu ambil gambar satu family. tahun ni hanya abang GG je beraya rumah mentua.


tema untuk tahun ni.. ORANGE



gambar kami bertiga terpaksa tunggu next week.. guna camera akak, dia tak upload lagi.. huhuhu


rumah pertama kami pergi adalah rumah nenek belah ayah. kat sana jumpa mak long (akak ayah) dan family. memang tiap tahun macam tu. padahal rumah mak dan mak long berdepan je.. kitorg ni yang terhegeh-hegeh siap sampai tak sempat gi rumah mak long.. padahal umah mak long tu anak cucu lagi ramai.. huhu lepas tu kitorg balik rumah dulu bagi laluan kepada kaum Adam untuk ke masjid solat Jumaat.. kak iza dan family gerak balik Pengkalan Balak rumah husband dia..


Sesi beraya melawat sanak saudara diteruskan selepas solat Jumaat. kami jalan rumah saudara mak di Tanjung Keling, antaranya rumah Tok Chik, Tok Busu, nenek Zizah, tok busu Ali. rumah-rumah ni semua memang rumah yang wajib dikunjung.. tiap-tiap tahun pergi pun ada yang saya masih tak berapa sure hubungan mereka dengan mak.. *malu* malam sepatutnya kami berjalan rumah saudara belah ayah pula, tapi semua collapse. dari pemandu sampai yang dikendung tidur tak hengat.. huhu..



2 Syawal (11 Sept)
Disebabkan malam sebelum tu kami gagal ziarah saudara ayah, jadi hari ni kami mulakan misi yang disertai oleh yang berada di rumah mak dan family akak yang baru tiba dari rumah mentua dia.. misi dimulakan dengan rumah nenek busu Nora, tok busu Kasim, tok lang. lepas tu kami terus ke Duyung rumah mak ngah (kakak emak). abang GG dan family terus terjah rumah mak ngah, diorang dari Triang. Jadinya lengkaplah anak cucu ani & aziz.. huhuhu.. lepas maghrib kami ke Bukit Katil rumah mak long Minah (adik ayah). lepas makan dan bersembang kitorang gerak ke rumah mak cik Jah (adik emak), setibanya kami di sana adik-adik mak; mak dik dan pak cik kob pun ada.. makan lagi.. sembang lagi.. kami balik rumah agak lewat.. sian babies (Azhad dan Kaisah) dan hubby kepenatan. hubby tak biasa beraya macam ni. kalau kat kelantan raya tak jalan sangat, setakat ziarah jiran je.. pastu petang boleh tidur.. huhuhu


nantikan gambar kami posing sakan di raya ke-2 minggu depan.. :p



3 Syawal (12 Sept)
Tak ke mana pun. mak masak-masak (macam open house gitu).. adik-adik mak dan ayah datang. saya, hubby, azhad, akak dan azief sempat pergi Tesco baru di Cheng jap beli barang keperluan sikit.. malam kitorg beraya rumah family girlfriend ijai. jalan kaki je sebab satu taman... huhuhu.. ijai malu-malu. nampak je macam ganas tapi dalam hati ada taman... hehe.. balik dari rumah family gf ijai, kitorg balik rumah, naik kereta pergi rumah mak dik.. ramai kat rumah mak dik. mak long anak beranak ada.. pastu balik rumah. kitorg buat bbq.. bakar ikan, ayam etc.. time tu dah pukul 12 lebih.. nak tak nak bakar gak sebab dah perap makanan. lagipun family mak long dan mak ngah datang so ada la lauk untuk dihidang...


4 Syawal (13 Sept)
Abang dan akak membawa haluan masing-masing.. tapi sebelum tu sempat amik gambar semua. raya pertama hari tu abang takde.. kali ni guna camera abang ada tripod so boleh la ada semua orang. tapi disebabkan tak beraya ke mana-mana, memang semata-mata nak amik gambar je so takde la pakai baju raya.. juga amik gambar cucu-cucu ani & aziz yang 3 orang tu.. kelakar je tengok gelagat masing-masing..




azhad siap pegang bahu kaisah..



azief peluk kedua-dua adik sedaranya. azhad tekun baca pillow book..



kitorg yang masih di kampung lepak rumah je. malam lepas kemas rumah baru gerak balik kl..


ps:nak publish entry ni punyalah susah...

Related Posts with Thumbnails