Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, September 6, 2010

Persiapan Raya Kami

Dah pukul 2pagi ni tapi saya tak tidur lagi. hari ni en suami duty so balik lewat dalam pkl 3pagi nanti. bukan niat nak tunggu beliau, tapi mata belum mengantuk lagi. lagipun Azhad dah selamat tidur dari pkl9 lebih tadi so tak de la aktiviti menidurkan anak sehingga umminya tidur sekali~perkara biasa tu.. huhuhu


malam ni ummi dah menghabiskan duit dalam bank.. dengan teknologi yang canggih sekarang ni semua dihujung jari. duduk menyusukan anak pun boleh shopping lagi.. huhuhu.. tapi kejadian ni tak berlaku kepada saya sebab masa saya membeli-belah tadi azhad dah tidur..




hari ni saya dah beli 2pcs pillow book untuk Azhad. beli cerita yang memang untuk baby boy. ingat nak beli yang untuk girl, 2, 3 tahun nanti kot-kot dapat baby girl tak payah beli dah. tapi tak jadi. yang akan datang, akan datang la beli.. huhuhu. silap-silap time tu bersepah dan murah lagi..


pastu saya beli tudung untuk diri sendiri. mula berkenan kat satu blogshop ni. dah email rupanya design tu dah out of stock. google punya google at last ketemu jua yang berkenan dihati. terus la saya buat payment. memang dari dulu dah berkenan tudung design macam tu tapi tak pernah beli sebab tak tahu nak beli warna apa, nak dipadankan dengan baju mana. sekarang baru beli sebab nak match kan dengan baju raya.. huhuhu


raya kali ni rasa excited dari sebelum ni sebab dah lama tak beraya dengan family sendiri. 2 tahun tu kira lama la kan.. hehehe.. tambah lagi tahun ni beraya ada azhad. anak buah pun bertambah.. mesti meriah rumah mak ayah raya kali ni walaupun raya ke-2 baru dapat kumpul semua adik beradik. harapannya takde la isu baru yang akan menukar mood raya kami. Amin..


so totally, baju raya ummi dan azhad completed. abi?? macam nak cari baju lagi tu.. kuih raya, langsir raya untuk rumah di KK ni tiada sebab kami lama di semenanjung. 27hb baru balik KK.. oo ye.. kami akan berada di Kelantan dari 14hb hingga 22hb.. lepas 22hb tu harap dapat la jumpa kawan-kawan di KL sebelum berangkat pulang ke KK...


macam mane persiapan raya korang??

2 comments:

Kasih D Hati said...

bestnya...cuti panjang...
persiapan raya..entah tahun ni kurg excited beli utk diri sendri bnyk belikan utk org...adesss...apakah? so skrg cuma ader baju kurung 3 pasang yg mama jahitkan... baju2 yg modern sikit entah napa ntah tak beli...

insyaAllah harap juga dapat jumpa kat KL..

liza said...

raya jauh kena la cuti lama..huhu.. kurang excited smpai 3psg..kalau excited maunya 10psg kot.. huhu... insyaAllah smga ketemu di KL..

Related Posts with Thumbnails