Wednesday, December 14, 2011

Shopping @ Pureen Sales!

Assalamualikum


Entry tertunda. Nak share pasal aktiviti shopping last week iaitu pada 4 Dis. Actually hari tu banyak tempat buat clearance sales. Kiko, pureen, Sogo etc. Mula-mula saya dapat info sales Kiko. Terus teruja nak pergi. Kalau tak de apa-apa untuk dibeli pun at least boleh cuci mata sikit. Last minute dapat tahu Pureen pun ada buat clearance sales. Terus niat dipesongkan. Sebab rasanya kalau Kiko tu macam tak banyak pilihan berbanding Pureen. Lagipun sales Pureen kat PJ je, Kiko kat Puchong, jauh sikit..



Kami sampai sana dalam pukul 3 pm. Memang tengah ramai. Tapi barang banyak lagi. Masa sampai tu hubby turun dulu. Saya tunggu Azhad yang baru tidur. Tak sampai hati nak kejut. Lepas 30 minit baru saya dan Azhad turun. Masa tu hubby berada di area pakaian. Rupanya hubby dah siap beli barang-barang lain. Ada sabun mandi Azhad, pampers baby, baby wipes dan tak lupa juga pampers ummi. Kekeke.. Beli sekali harung dah alang-alang kan..


Kat bahagian pakaian tu ada baju serendah RM1, tapi bukan 1 set la. Baju lain, seluar lain. Kena pandai pilih sebab ada yang takde size, koyak dan kotor.









Pyjama serendah RM12/set. Memang murah! Pilihan tak banyak untuk baby boy. Kalau baby girl banyak juga. Tapi kena pandai pilih la. Macam saya tak sempat nak memilih sangat sebab sibuk kejar Azhad, hubby lak pegang barang yang dah dibayar. Nak simpan dalam kereta, parking jauh lak! Tapi salute la kat hubby sebab berjaya gak sambar baju yang cute!





Inilah hasil shopping kami. Baju Azhad dan baby seorang 4 pasang. Ummi punya barang untuk lepas bersalin nanti. Habis almost RM300 juga tapi dapat banyak barang. Memang rasa berbaloi pergi.


Owh.. Ada tak yang tertanya-tanya kenapa saya tak ambil je baju yang saya jual untuk anak sendiri? Jawapannya, sebab kalau saya ambil barang jualan, hubby macam liat nak bayar balik. Sebabnya konon baju tu saya yang belikan. Kalau beli kat kedai macam tu memang confirm la guna duit beliau. Huhuhu. Kedekut betulkan saya. Hehe


Sehingga bertemu lagi!

Published with Blogger-droid v1.7.4

3 comments:

Ira said...

hehe... sian abi azhad, dia penat2 bwk brg, tp brg utk dia 1 pn takde.. hehe.. ok la sekali borong camtu. brg baby mahal2..

liza said...

Tp bj baby dgn azhad x byk. Byk habis dkt baby wipes. Berapa kotak hubby beli. Time baby kan kuat guna wipes tu.. Bulan depan boleh start buat checklist. Huhu

@naAzli said...

Salam liza

Berbesar hati menjemput rakan2 menjamu mata di blog shop sy yang baru beroperasi Jan 2012 :

http://mamaaunishop.blogspot.com/

promo:pembelian with foc postage

thanks!!

Related Posts with Thumbnails