Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, January 8, 2012

Azhad Dah 20 Bulan!

Alhamdulillah..


Beberapa hari yang lalu Azhad genap berusia 20 bulan. Lagi 4 bulan je nak masuk 2 tahun. Cepat betul masa berlalu.


2 minggu lepas Azhad demam panas, suhu mencecah 39 deg. Bawa ke klinik kena la masuk ubat ikut punggung. Alhamdulillah selepas 2 hari Azhad sihat. Pantang sihat sikit merata la dibawa berjalan. Huhuhu
Demam Azhad tu rupanya sebab gigi taring nak tumbuh. Masa gigi geraham tumbuh tak demam pulak! Tak lama lagi penuh la giginya..


Owh. Pada masa yang sama saya juga sakit. Angin perut dan belakang. Nak tidur tak boleh. Nak buat apa pun tak boleh. Muntah berkali-kali. Nasib baik time tu cuti krismas. Hubby tolong jagakan Azhad yang demam dan sediakan makanan buat kami berdua. Dan nasib baik juga la Azhad tak meragam sangat. Thank u hubby..


Azhad sekarang sungguh rajin nak makan sendiri. Terutamanya kalau makan menggunakan sudu. Tapi biasanya kalau bagi pun bila makan calsiyum (salah kot ejaannya) je. Tu pun lantai dan seluar dia yang makan banyak, masuk mulut sikit je.. Jenuh betul asyik nak kena kemas je..


Handsome tak?




Azhad semakin banyak cakap tapi kami masih tak faham lagi apa yang dia cakap. Tapi ada beberapa perkataan yang clear sebutannya seperti tekan, jatuh, ntah, ada ke, takde, apa ntah. Apa lagi ye? Dia bukan jenis mengikut apa yang kita sebut. Tapi dia macam simpan dulu tetiba je sebut balik, tapi susah nak dengar lagi.


Azhad dah pandai tanggal seluar sendiri. Sekarang dok umah pakai baju dengan pampers je. Penat asyik nak layan pakaikan seluar, tak sampai bape minit dia tanggalkan balik. Sudahnya biarkan je dulu sampai nak tidur baru pakai seluar balik. Baju kalau besar atau lengan panjang dia boleh tanggalkan juga..


Sekarang Azhad dah tak bangun untuk menyusu ditengah malam lagi. Kalau dulu pukul 2 atau 3 pagi mesti cari. Tak pun time subuh. Time nak tidur pun lepas menyusu sikit, dia lepas dan tidur sendiri. Kadang-kadang pergi kat abi dia. Yang penting dapat susu setitik dua dulu.


Azhad dah pandai main gigit-gigit. Gigit peha la, lengan la. Juga suka lepuk muka orang, gurau kasar. Tapi dengan ummi dan abi dia je la. Dengan orang lain Azhad selalu mengalah. Cool jek!


Azhad lebih suka bermain dengan manusia berbanding dengan mainan. Kalau bawa pergi playground dia lagi suka kejar orang dari main slide or swing. Mungkin juga sebab Azhad gayat main swing, dan fobia dengan slide. Huhu. Macam mana nak belikan set playground ni. Macam rugi je beli tapi Azhad sibuk tolong ummi kat dapur. Hari tu buka play tent cars dan thomas kat kampung Azhad tak layan pun. Sepupu dia je main. Azhad sibuk kehulur kehilir ikut manusia lain ke dapur ke depan..


Azhad dah boleh buka peti ais. Kalau tengah masak tu berbuih mulut suruh tutup, tapi dia buat dek je. Selalu la jadi tarzan saya ni! Kalau tengah tengok tv, kejap dia bawa cumi, kejap bawa calsiyum. Tahu je makanan dia. Kena tutup pintu dapur baru aman sikit. Almari baju dia pun masih kosong lagi. Bila la dapat kemas balik, nak kena tunggu umur berapa agaknya baru dia faham ye? Huhu


Rambut masih jarang seperti dulu. Perlu ke guna tonik rambut untuk lebatkan rambutnya? Errmmm.. Tapi bila rambut jarang ni nampak baby je. Kalau rambut lebat nanti nampak matured lak..






Apa lagi ye? Tu je kot buat masa ni. Nanti citer pasal baby lak.

Daa~~


Published with Blogger-droid v1.7.4

No comments:

Related Posts with Thumbnails