Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Azhad. Show all posts
Showing posts with label Azhad. Show all posts

Sunday, May 18, 2014

Azhad Nayli Is $, eh 4!

Assalamualaikum..


6 Mei 2014 genaplah usia Muhammad Azhad Nayli B Mohd Yusairi yg ke 4 tahun. Syukur alhamdulillah dipanjangkan usianya, diberi kesihatan yg baik.. Semoga Azhad Nayli akan membesar menjadi insan berguna kepada agama, dipanjangkan usia yg barakah.





4 tahun... Macam-macam dia dah pandai, walaupun anak orang lain ketika usia macam ni mungkin dah lebih advance.. Tapi kami tak nak push sangat. Biar dia membesar ikut flow yang sepatutnya, naturally..


Bab diaper-free di malam hari, finally saya surrender.. Selepas sebulan lebih. Bila en suami balik, dia kesian tengok anak nangis-nangsi tengah malam bila kejutkan utk kencing. Bila cerita dekat mak, mak cakap biarlah pakai diapers dulu.. These are the reasons. No moral support. Tambah lagi Azhad bila setiap kali kejut untuk kencing akan nangis, bikin mak HOT temper di tengah malam. Dari ko tak naik angin, jadi berangin je. Kalau bab basuh mattress waterproof protector, kain batik, cadar etc apa adahal.. So, pakaikan je diaper bila dia tidur, tak kira siang atau malam.


Anakku ni dah besar.. Dulu minat Barney, lepas tu Upin Ipin, Thomas.. Dan sekarang kegemarannya adalah Ultraman.. Normal budak umur 4tahun minat Ultraman ni walaupun ganas. Kalau tak dapat Ultraman, Power Rangers atau Ryukendo pun boleh. Asalkan yg lawan-lawan dan bukan kartun.. Ok.. tak macam budak lain suka tengok kartun.. 617 kami hanya akan buka bila dah takde cerita dekat channel lain tapi ada Ryukendo.. Tapi bila dah pandai layan 611 ni dia dah kenal Hagemaru, Maruko, Strawberi & Karipap, Elly & Epit..


Antara koleksi Ultraman Azhad..


Baju Ultraman pertama dia.. Pandai request nak baju Ultraman.. Nasib jumpa..


Lagi baju ultraman.. Anak minta 1 je.. Bapak selagi jumpa, dibelikannya..


Kesian anak2ku birthday semua takde buat birthday party bagai. Selalunya pergi makan2 je. Tapi tahun ni tak pun. Mak belikan mini kek fevret Azhad je.. Order hari birthday dia, tapi akak yg biasa tu tak dapat hantar, keesokan harinya baru dia hantar. Pastu ingatkan bapak balik nak bawa kami pergi makan2, tapi dia diam je.. Sibuk siapkan rumah dekat BS tu, so mak diamkan je la.. Insyaa Allah nanti akan buat birthday party juga tapi tunggu umur yg dia boleh ingat, sbb mcm skrg ni 4 tahun dia ingt ke? Mcm membazir je, anak tak tau apa2 mak yg beria.. Tapi apa2 pun ikut pendapat dan pendapatan masing2 la kan..


Ermm.. apa lagi eh.. Tu je kot dulu buat masa ni.. Apa2 pun.. Syukur Alhamdulillah dia menunjukkan perkembangan yg banyak dan sentiasa sihat..

Monday, March 17, 2014

Potty Training Azhad Yang Belum Sempurna

Assalamualaikum


Azhad dah 3 tahun 10 bulan 6 March lepas tapi masih belum diapers-free sepenuhnya lagi. Start potty train dari Jun 2013, masa tu umurnya 3 tahun 1 bulan, almost 9 bulan tapi masih belum 100% berjaya lagi. Lama giler kan. Actually masih belum diapers-free masa tidur dan berjalan je.. Tidur siang dan malam memang akan pakaikan diaper sbb takut terkucil.





Tapi start Khamis 6 March tu saya dah ajar Azhad tidur tanpa diaper. Siap set alarm lagi untuk bangun kejutkan Azhad ke toilet. Hari pertama tu fail sbb saya kunci jam pukul 215am, bangun2 dah basah. Padahal dia tidur lewat juga dalam pukul 12am dan dah ke toilet sebelum tidur.


Lesson learned. Lepas tu sebelum pukul 2am kena bangun ajak dia pergi toilet. Lagi sekali lepas solat subuh dalam pukul 630am macam tu. Pukul 9am dia bangun tengok tv tak pergi toilet sampai la waktu mandi dalam pukul 1030-11am, tengok keadaan mak dia. Kalau bz lambat sikit la dia mandi.. Huhu..


Dalam tempoh seminggu lebih ni ada 2-3 kali dia terkucil sebab maknya tak sedar alarm berbunyi. Tapi Azhad masih boleh tidur macam takde apa-apa yang berlaku. At least kalau dia terjaga sebab basah mungkin dia boleh set otak lepas ni kena bangun bila rasa nak kencing atau seluar akan basah! Tapi dia selamba je tidur. Sebelum tidur dah pesan banyak kali dan dah ke toilet. Kalau malam tu dia susah nak lelap, 2-3 kali masuk toilet kencing. Tapi dia malam-malam memang kuat minum air. Memang kena stand by botol air dekat tempat tidur. Tu yang kencing banyak.


Selain tu, kalau keluar berjalan pun saya akan pakaikan dia diaper. Tapi tengok tempat dituju dan tempoh. Kalau pergi shopping groceries saya dan anak2 je memang akan pakaikan diaper sbb susah sikit tengah shopping tetiba nak kencing kena tolak trolley ke toilet, lepas tu nak bawa masuk adik juga dalam toilet. So lebih selamat pakaikan dia diaper. Tapi kalau abi dia ada tak pakai la sbb sorg boleh bawa Azhad, sorg boleh jaga adik. Kalau balik kampung pun pakaikan diapers sbb dia confirm akan tidur takut terkucil atas seat kereta, naya je. Mmg pernah terjadi pun. Dah park kereta tinggal angkat barang je, dia cakap nak kencing terus basah. Time tu masih diawal training. Masih belum boleh tahan lagi..


Walaupun ada orang cakap Azhad lambat diaper-free tapi pada saya kira ok juga la dengan keadaan dia yang pelat. Masa mula train dia memang pekat pelatnya. Susah nak faham tapi Alhamdulillah berjaya juga walaupun tak sepenuhnya.. Apa-apa pun mula dari makpaknya la. Kalau cepat mula, cepat la nampak hasilnya.


Ni pun tergerak nak ajar dia tak pakai diaper malam sebab dah tergerak hati nak potty train adik lak. Tunggu stock Toilet chair sampai minggu ni sebab nanti montot kecik tu masuk dalam toilet bowl lak. Malas nak beli alas biasa sebab nanti nak kena dukung dia letak atas tu. Kalau toilet chair tu pandai la dia naik sendiri. Sebelum ni dah ada masa train abang dulu, tapi dah patah dikerjakan adik masa diorang mandi..





Ok la. Sebelum tutup, ada tips utk anak tak kencing malam selain kena bangun 2x setiap malam? Nasib baik lah mak kerja sendiri. Kalau tak, mau tersengguk dkt tempat kerja. Nak kejutkan Azhad pukul 2am dan 6am pun seksa juga. Kalau ada tips boleh share..


Sehingga ketemu lagi..

Friday, February 7, 2014

2 Bulan Punya Cerita

Assalamualaikum..


Wah! wah! wah!



Bersawang habis rumah ni. Dah 2 bulan tak masuk. Biasa jenguk dari luar je. Tahun pun dah berganti.. Dah masuk Feb 2014 pun.. Happy tak berapa new year la ye..


6 Feb genap sebulan En Suami belayar ke East Malayisa.. Insyaa Allah hujung bulan ni akan berada dipangkuan isteri keluarga tercinta.. Alone with kids? Biasa dah.. Alhamdulillah boleh handle walaupun kadang-kadang macam nak gila.. Lagi-lagi bila masing-masing buat perangai.. Stress mak.. Jangan ingat jadi housewife ni relax tau.. Lagi-lagi WAHM.. Anak, bisnes.. Nasib laki takde. Kalau laki ada jadi 3in1 lak.. Huhu.


Nak story sikit beberapa aktiviti sepanjang 2 bulan ni.. Takde la in details, kang takde orang nak baca lak..


2 minggu sebelum abi belayar, kami bawa anak mandi pool dekat Kompleks Renang Cheras, KL depan HUKM.. Budak-budak ni berpelampung sekejap je, lepas tu perasan dah besar sangat tak nak pakai pelampung. Lagi-lagi yang adik tu. Ingat dah besar sangat main nak terjun je.. Jenis tak takut air.. Ikut suka dia.. Bila kitorang paksa pakai pelampung dia mengamuk keluar dan sepak pelampung tu. So funny!




Mandi pool.. Nampak sama besar je kan..


Selalunya lepas mandi pool diorang akan selesama. Ye la banyak air masuk hidung. Lepas tu bercampur dengan budak-budak lain yang mungkin sedang selesema so senang sangat sakit. Tapi hari tu diorang tak selesama, tapi demam panas! Mungkin sebab berendam dalam keadaan panas terik. Walaupun kitorang pergi sana dalam pukul 1030am tapi terik lain macam. Nak pukul 12pm baru cuaca redup sikit. Takkan nak pergi lewat, kompleks tu tutup pukul 12pm..


Hari isnin Azhad start demam, Rabu dia kebah sambung dengan adik lak.. Memang selalu macam tu.. Demam bergilir-gilir. Biasanya demam 3 hari je lepas tu sihat.. Tapi kali ni Arsyad demam panas sangat (39+). Saya pun masukkan ubat bontot yang dah stand by di rumah. Memang sangat senang masukkan dekat bon Arsyad. Compare bila masukkan dalam bon Abang, nangis macam hape je.. Adik diam je siap boleh sembang-sembang lagi.. Lepas tu sambung tidur. Esoknya bangun tidur tengok badan dan muka Arsyad penuh bintat..



Drum stick penuh bintat..


Try la sapu ubat, air asam tapi tak surut. Keesokan harinya tak ok juga baru bawa pergi klinik. Dr bagi ubat sapu dan ubat makan. Waduuhhh. Budak ni jenis liat makan ubat dan allergy ubat. Takut lagi makan, lagi teruk. Inform Dr dan dia bagi ubat yang tak de react. Tapi masih tak surut juga mungkin sebab ubat yang masuk dalam mulut sikit sangat compare ubat yang tumpah.. Ubat sapu pun tak jalan, lebih kepada bagi sejuk kulit kurangkan rasa gatal sebab macam bedak sejuk je..


Setibanya abi dari Lumut (baru balik dari belayar dan cuti tahun baru), terus di ajak ke klinik utk suntik je sebab Arsyad tak nak makan ubat. Alhamdulillah lepas suntik bintat semua hilang dan gatal-gatal yang memang dah lama ada pun tak gatal lagi..



Aktiviti wajib seminggu 2-3 kali akan bawa anak-anak turun main di playground bawah block. Dan biasanya kami akan turun pukul 12-1pm, sambil buang sampah lepas tu terus bawa diorang main. Eh, playground tu memang tak kena panas matahari walaupun main waktu tengahari macam tu sebab dikelilingi bangunan. Sebab tu saya bawa diorang main waktu macam tu.. Kalau 5-6petang biasanya ramai orang. Saya tak suka crowded lagipun kesian anak-anak nak main terbatas dan takut kena tolak sebab diorang kecil..



Adik dah pandai main buaian..



See.. tak panas pun..



Bila suami takde ni memang selalu la balik kampung, ikut akak. Kalau hubby tak belayar dia akan balik KL weekend, so memang tak sempat nak balik kampung.. Walaupun kampung dekat laut tapi sangat jarang tengok laut. Hari tu rajin ajak adik bongsu, Ucu Man and akak ke laut. Main pasir je. Nak mandi tak boleh, kena pergi area lain..



Bersama abang saudara, Azief 6y



Adik jadi penyu di Melaka. hehe..


Arsyad dengan Ucu Man..



Latest activity, last weekend 2feb punya cerita.. Adik no 4, bawah saya, Ijai buat kenduri doa selamat masuk rumah baru. Dia beli rumah dekat kampung. Senang la laki bini orang Melaka takyah gaduh nak beli rumah dekat mana. Sambil tu celebrate birthday anak akak, azief (23jan), ijai dan anaknya, izz (5feb), ayah (8feb) dan isteri ijai, mas (28feb kot).. 5 orang sekali gus.. My kids baru baik demam terus segar bugar jumpa sepupu dan main air..



Birthday boys and girl..


Azhad (4y), Azief (6y), Afrina (4y).. Yg kecik lg 3 orang susah nak bekerjasama..



Pool besday present utk abg Azief, tapi utk kegunaan besama :)



Sedikit pekembangan kedua-dua Nayli ni.. Sekarang ni abang dah pandai main, tapi adik pula tukang kacau abang main. So selalulah diorang ni bergaduh.. Stress mak!! Abang masih pelat. Tapi ada improvement juga la. Kena rajin betulkan sebutan dia. Tapi most of the time mak tak betulkan pun sebab mak faham apa nak disampaikan. This is sooo wrong! OK! Lepas ni kena rajin ajar dia.. Adik dah banyak cakap tapi dia duk ulang suku kata yang sama. Contohnya perkataan yang disebut dengan betul GIGI, KAKAK, GIGIT sebab ulang suku kata yang sama. Kalau suruh sebut burger jadi geger, upin jadi pinpin macam tu lah. Normal ke ye? Abangnya sampai hari ni pun sebut burger geger.. Hehehe.. Kalau time diorang kurang sihat, tak berapa nak makan nasi geger la yang dimintanya..


Adik sekarang tengah rajin menolong. Kalau arahkan apa-apa, most of the time dia akan buat. Abang pula dah sampai tahap leka bermain dan susah nak minta tolong. Tapi bila minta tolong abang tak nak buat, saya suruh adik buat. Time tu barulah berebut nak buat sampai gaduh.. Sekarang kedua-duanya sedang belajar pakai pakaian sendiri.. Adik, semua benda nak buat sendiri. Agaknya betul orang cakap anak no 2 ni independent..



Adik pakai baju dah macam 'tube'. Abang pakai terbalik lak..



Kegilaan baru Azhad adalah terhadap Thomas. Masuk kereta terus pasang CD Thomas.. Baru-baru ni dia layan Ultraman pula.. Abi dia siap dah belikan cd ultraman di Sabah sebab murah.. Waduh.. Jenuh nak kena tengok ultraman dalam kereta lepas ni. Malas nak bawa cd naik rumah nanti tak boleh tengok cerita lain.. Azhad baru pandai layan cerita budak-budak sebab sebelum ni dia suka tengok drama je. Tapi sampai sekarang pun dia tak nak tengok kartun selain Upin Ipin dan Thomas. Dia lebih suka tengok cerita yang ada manusia.. Bagus at least takde la berimiginasi, dan mak dia pun tak bosan kena hadap Ceria je.. Kekekeke



Ok la.. tu je buat masa ni. Ada masa cerita lagi..


Friday, December 6, 2013

Azhad 3 Tahun 7 Bulan

Alhamdulillah hari ni genap Muhammad Azhad Nayli berusia 3 tahun 7 bulan.. Waahhhh... Lama gitu tak update perkembangan anak-anak setiap bulan macam masa baby dulu. Dah besar, tak berapa ketara sangat perkembangan anak-anak berbanding masa baby tu..



Tapi kali ni nak update serba sedikit mengenai Azhad.. Seperti sedia maklum, Azhad ni pelat bila bertutur. Semua perkataan dia akan sebut dengan hurup a di depan. Contohnya ami untuk umi, abu for abu, ateh for uteh dan banyak lagi.. Finally, Azhad panggil saya umi pada usianya 3 tahun 6 bulan. Mula-mula dia panggil umi macam pelik la rasa sebab selama ni dok panggil ami je.. Lama-lama baru rasa ok. Ibu pun dah boleh sebut.. Lidah dah lembut la. Bila kita ajar sebut by suku kata dia boleh ikut. Tapi bila dia sebut dalam penggunaan dia akan sebut yang pelat tu. Mungkin tak ingat atau tak biasa lagi.. Ada tu saya ajar dia sebut PUTIH sebab kereta mainan dia warna putih. Ok la dia boleh sebut putih dan kenal warna putih. Tapi bila dah pandai sebut PU, semua benda kat depan digantikan dengan pu lak. Contohnya pudih untuk pedih, pujau untuk hijau... Gelak je la mak. Nak buat macam mana.. Slow-slow la kan.. Dia boleh bercakap, faham apa yang kita cakapkan dan boleh bertindakbalas kira syukur Alhamdulillah la..




Dah pandai bergambar.. Siap cakap peace yo lagi..



Azhad tak takut kucing rupanya..


Dah takut naik motor. Kalau abi pergi Desa Pandan naik motor ada juga dia ikut. Masa kecik dia takut..


Pasal kesihatan dia, Alhamdulillah dah tak batuk teruk macam dulu.. Memang sangat-sangat recommend kawan-kawan praktikkan teknik Steam and Percussion macam dalam ENTRY NI.. Memang lambat baik batuknya tapi at least anak-anak tak disumbat dadah.. Bab makan pun memang senang sangat. Alhamdulillah tak payah sumbat apa-apa suppliment pun dia kuat makan. Tapi ada pasang surut la. Ala.. Macam kita juga la. Ada masa selera besar, ada masa takde selera nak makan. So don't worry la kalau anak tu takde selera sangat yang penting keep offering them, biar makan sikit-sikit tapi kerap. Lagi satu, saya pegang kata-kata ni, "anak tak akan biar diri mereka kelaparan". Bila lapar pandai-pandai la diorang minta. Bila dah pandai cakap, minta melalui bercakap macam sekarang. Bila tak reti bercakap lagi, ajak pergi dapur tunjuk itu ini sambil menangis macam masa adik baru lahir. Abang tantrum je.. Mak tak berapa faham lagi apa yang dia nak, dengan jaga anak kecil lagi, haruslah hampir meroyan.. Tapi itu la pengalaman yang mendewasakan kita..


Azhad ni kalau saya marah adik, dia mesti backing cakap, "No marah adik". Tapi dia buat adik menangis boleh pulak.. Buat muka tak bersalah lagi... Dah pandai cakap "sayang ummi", "sayang abi". Dah pandai request nak makan karipap, biskut dengan milo, cekodok, nasi lemak.. Nak tak nak kena la belajar masak apa yang dia nak..


Ermmm tu je kot setakat ni.. Ada masa update pasal adik lak..

Thursday, November 14, 2013

Rawatan Batuk/Selesema Oleh Dr Pemes, Dr Nadir Khan..

Status di Fb pagi ini membuatkan ku teringat untuk story sikit pasal benda ni..


It's been a long period.. Azhad batuk-batuk. Paling teruk bila pagi dalam pukul 3-4 pagi atau/dan 7-8 pagi.. Macam nak terkeluar anak tekak dia. Batuk kering, takde kahak. Selalu batuk sampai terjaga. Bagi makan/minum madu pun tak reda. At last mak terpaksa bagi ubat batuk supaya tekak dia lega, baru boleh tidur balik. For me, anak demam atau batuk, ubat is the last choice. Tapi kalau bapaknya ada, ubat adalah pilihan utama. Sigh.. Penat jaga pantang..


Mak search sana sini petua untuk sembuhkan batuk. Baca info pasal batuk. Jumpa la discussion pasal teknik ni. Google lagi jumpa la klinik yang ada rawatan macam tu.. Bila tengok address, ala tak jauh pun. Nak cari sendiri boleh tapi nak bawa 2 orang hero ni sendirian? Memang tak boleh la sebab kena ada orang pegang kedua-duanya.. So nak tak nak kena la tunggu en suami ada di KL..


Finally, Deepavali dan Awal Muharam en suami ambil cuti Isnin tu so direct cuti sampai Selasa. Hari isnin 4/11/13 kami pergi klinik tu.. Call dulu takut Doc yang buat rawatan tu cuti ke, kan..


Kami sampai klinik tu pukul 1130 pagi. Actually en suami dan Azhad je masuk. Arsyad and me tunggu dalam kereta sebab takde parking. Kang tak pasal-pasal dapat surat cinta dari DBKL lak.. Dalam 45 minit juga kami tunggu. En suami cakap macam klinik kerajaan, penuh.. Dipenuhi oleh kanak-kanak dan suara budak menangis.. It was so scary i guess. But i know, Azhad mesti as always. Play here and there. Dia bukan tau takut apa pun.. Gaya je la, tapi kuat nangis gak tu.. Huhuhu..



Layankan budak comel dalam kereta


Bila turn Azhad, en suami dan Azhad masuk. Doc tanya sejarah bersalinkan Azhad. Normal or bedah, Azhad pernah kena tahan wad, etc. En suami yang masuk so i'm not so sure apa lagi yang ditanya and he not even tell me in details. Lepas dah tanya serba sedikit, diorang keluar kejap sebab doc nak buat persiapan. Time tu terus en suami dan Azhad ke kereta suruh saya masuk dengan Azhad sebab saya cakap nak tengok sendiri macam mana doc buat, walaupun dah tau daripada bacaan pengalaman mommies lain.. Actually kalau we both dapat masuk sekali lagi bagus, tak payah i nak explain lagi dekat en suami.. Tapi apakan daya, van DBKL siap tunggu belakang kereta kami lagi.. Gggrrrr


Step 1: Nebulizer/Steam
It was second time for Azhad. So takde la dia meraung macam masa 1st time hari tu.. Lebih cool.. Tapi sebab lama sangat sampai dia boring, tanya itu ini.. Last2 bagi dia main handphone je.. Ada la dalam 15minit.. Buat neb ni utk cairkan kahak.



Amik gambar bagi dia diam kejap..


Kalau dekat rumah boleh buat sendiri guna wap. Caranya sediakan air panas dalam bekas, kemudian tiarapkan anak atas peha kita dan halakan muka anak pada bekas berisi air panas tu supaya dia hidu wap tu.. Boleh juga masukkan sedikit viks untuk bagi rasa lega.. Make sure jangan bagi makan atau minum susu dalam masa 2 jam.. Takut muntah..


Azhad dan Arsyad time buat steam dekat rumah meraung-raung mungkin sebab kena meniarap tu. Time salah seorang buat, yang lagi seorang tengok dan join nangis. Stress mak!

Buat sehingga wap habis atau dalam 10-15 minit. Tapi mak berjaya buat 5 minit je sebab masing-masing pakat menangis berduet..


Step 2: Percussion/Tepuk
Dah siap steam, tepuk belakang badan anak. Buat tapak tangan bentuk 'cupping' (ada lubang di tengah) dan tepuk belakang. Jangan tepuk tulang belakang. Tepuk bahagian kanan seminit, kiri seminit. Lepas tu tepuk bahagian depan kanan seminit, kiri seminit. Tujuannya untuk longgarkan dan mudahkan kahak keluar.. Bagus kalau anak muntah sebab dia buang kahak dan lendir. Kalau tak muntah, kahak tu akan keluar melalui najis..


Kalau anak jenis berhingus or kahak banyak Dr tu buat suction juga. Tapi Azhad tak buat sebab dia tak berkahak. Dr cakap pengambilan ubat batuk hanya memberhentikan batuk dan menyebabkan kahak terkumpul, lama-lama melekat tu yang anak tak sihat all the time. Betul juga rasanya. Sebab Azhad memang penggemar ubat. Macam-macam jenis ubat bapak dia bagi bila batuk tak baik-baik. Dari ubat klinik, beli di farmasi untuk kanak-kanak, tak berkesan beli yang herb lak.. Kalau gula hacks hitam tu relax je dia makan. Ubat pun dah tak jalan, orang cakap dah immune.. Tapi kalau bapak dia takde, saya tak suap pun.


Masa buat both Nayli ni, dua-dua tak muntah. Tapi ada la berhingus sebab nangis.. Tapi effect nya datang malam lepas buat tu.. Azhad yang jarang muntah, terus muntah-muntah. Sejam sekali bangun muntah. Dia tak batuk teruk pun. Batuk sekali terus muntah. Lepas tu sambung tidur balik. Nasib baik tak meragam. Arsyad kalau batuk memang sampai muntah biasanya. Tapi lepas buat steam and percussion tu dia tak muntah pun. Tapi bila dia berak tengok dalam pampers nampak macam lendir kahak. We will know the difference between najis berak dengan kahak, i guess!


Now after more than a week buat steam n percussion dekat both Nayli ni setiap pagi, Azhad dah tak batuk di pagi hari. Siangnya masih batuk tapi takde la seteruk dulu. Alhamdulillah la. So lepas ni dah tak perlu suap ubat batuk. I hope bapaknya amik pengajaran la atas apa yang berlaku ni.. Jangan main suap ubat sambareno je walaupun dipreskripsikan oleh doctor. Dari pemerhatian mak, orang yang sakit sikit makan ubat tu lebih kerap jatuh sakit..


Teknik ni memang nampak macam kejam dan nak sembuh makan masa sikit, tapi at least kita usaha keluarkan kahak tu dari badan anak sebab diorang tak reti buang kahak sendiri. Kalau makan ubat memang cepat tindakbalasnya tapi kahak tu terkumpul, tu yang senang je datang balik penyakitnya..


Ok la.. kalau korang nak pergi bawa anak ke klinik ni boleh google je. Dah pemes dah klinik ni.. ni address

KLINIK WANGSA
No 46 Jalan 2/27A
Seksyen 1, Bandar Wangsa Maju,
KualaLumpur
Tel : 03-41421614


dekat dengan Menara kausar, belakang LHDN. *Pic ehsan GOOGLE*


Please call dulu tanya Dr Nadir Khan bertugas bila.. Sebab Dr ni je yang buat rawatan tu.. Yang lain i'm not sure..


ni rupa Dr tu. Masih handsome bergaya.. *Pic ehsan GOOGLE jgk*


Sekarang ni bangun tidur je Azhad akan cakap, "Abang dah baik batuk dah". Nampak mak pegang periuk nasi pun cakap macam tu.. Fobia gitu sebab mak guna periuk nasi so air tu keep hot.. Bila tengah setting alat untuk buat, dia dah tahu. Dah nangis cakap tak nak buat, dah baik dah. Tapi masih berdiri dekat-dekat tempat mak set up. Kalau budak lain dah lari menyorok dalam bilik kan.. Memang anak yang taat abang ni.. Adik lak dok kacau-kacau je orang setting, bila kena tangkap, hamik kau.. hehe


Ok la.. Sehingga ketemu lagi..

Wassalam..

Tuesday, September 10, 2013

Azhad Nayli Ku Sudah 3 Tahun 4 Bulan

Assalamualaikum


6 Sept yang lepas genap usia Azhad 3 tahun 4 bulan, tapi masih belum ada update pasal Azhad lagi.. So dikesempatan ini nak update sikit pasal Azhad ni..






Budak 3 tahun sepatutnya dah boleh apa ye? Rata-rata anak kawan-kawan dah petah berbicara. Dah boleh buat teman bersembang kan. Sama juga la dengan Azhad. Cuma dia ni pelat sikit banyak. Rasanya macam pernah inform sebelum ni kot.. Pastu ada orang mengaku dia dulu pun pelat. OK! Lega mak!! Sebutan dia semua nak kena bunyi "a" di depan.. ummi = ami, ibu = abu, tido = ado, minum = anum, pintu = antu scary tau.. banyak lagi la kalau nak disenaraikan.. pastu banyak yang sebutannya seakan-akan sama walaupun maksudnya lain, contoh ascho = tesco, biskut, esok.. ayam = ayam, sayang, geram, salam.. dudok = duduk, cekodok.. haa! amik ko! pening mak. kena tengok situasi bila dia bercakap. Pelat huruf L.. polis = ayish, salam = ayam, jalan = ayam.. Banyak sangat nak list sampai tak hengat dah. Tapi ada huruf yang dia boleh certain word contohnya dia boleh sebuat "kakak", tapi bila suruh sebut katak jadi macam cicak lak. Dia yang confuse ke mak yang confuse? Hehehe


Saya ada la ajar dia sebut ikut suku kata, contoh po-lis.. po dia sebut po. lis dia sebut ayish.. po-lis, jadi po-ayish.. huhu.. tak dapek nak nolong.. rasa macam nak hantar dia ke tadika je next year sebab nak suruh dia belajar bercakap. tapi boleh pandai cakap ke nanti. takut cikgu lak naik hangin bila tak faham apa azhad ni cakap. huhu.. insya Allah, lama-lama nanti pandai la cakap tu kan.. takut berjangkit kat adik lak pelatnya. adik pun tengah belajar menyebut sekarang ni..


Ok! Berbalik kepada cerita Azhad, dia dah diajar menggunakan tandas bulan Jun lepas.. Kalau tak silap sehari sebelum anniversary kami. On anniversary, 14 june Azhad berjaya buang air besar dalam jamban buat pertama kalinya.. hehehe.. Rumah saya ni semua tandas duduk, untuk kanak-kanak susah nak naik dan duduk. Saya gunakan Children Toilet Chair untuk Azhad, senang dia boleh naik sendiri dan duduk pun tak takut bontot masuk toilet bowl tu.. Toilet chair ni portable, so nanti tak nak guna boleh lipat dan simpan. Tak makan space yang banyak pun.. Sampai sekarang Azhad belum free diaper 100% sebab malam dan nak tidur siang akan pakai diaper. Kalau tak, lencun la tilam kalau tak pakai diaper dan lupa nak alas dengan waterproof mattress protector. Kalau tertidur siang tak pakai diaper saya akan alaskan dengan waterproof protector ni, memang serap air kencing dan tak tembus langsung. Lepas tu terus masuk mesin dan jemur.. Tak renyuk pun lepas kering balik.. Memang best.. Kedua-dua barang ni memang perlu ada if nak mudah train anak free diaper.. Boleh klik links di setiap barang tersebut untuk detail k.. Sempat lagi promo tu.. Kekekeke


Bab makan, ada masa tak nak makan nasi. Ada masa nak makan nasi. Dah pandai demand. Nak geger = berger, nasi, mee, ascho, awah = buah, kitkat, shushu, ayam, popok = keropok, dudok = cekodok .. Layankan je la selagi dia nak makan. Nak kena rajin la maknya yang pemalas ni..


Lately ni kesihatan Azhad terganggu sikit. Selesema dan batuk. Selesema kejap ok, bila jumpa cousins yang berhingus nanti jangkit balik. Bila cousins dah ok, dia amik turn, jumpa lagi berjangkit balik. Sampai kesudah rotate penyakit tu.. Tapi ok la on and off kan.. Cuma batuknya je tak stop lagi.. Tapi ada kurang la dari sebelum ni. Batuk dia bukan sepanjang hari.. Batuknya menjelang 3-4 pagi atau/dan 7-8 pagi, batuk teruk.. Tapi siang hari dan malam ok je.. Pergi klinik doc cakap degupan jantung dia sangat laju dan kuat, abnormal. Suspected radang paru-paru. Sedih dan risaunya hati Allah je tahu.. Dah la time tu husband nak belayar.. Risaunya fikir if Azhad admitted ward siapa nak jaga dia, Arsyad sebab both pun bukan nak dengan orang lain.. Tapi Alhamdulillah, lepas 3 hari pergi semula klinik tu doc cakap paru-paru dia ok.. Tapi Azhad still batuk lagi.



Dekat klinik masa check up 2nd time. Tak macam orang sakit pun. Aktif..



Kemudian saya teringat kisah di fb pasal anak orang tu selalu tak sihat bila consume susu lembu dan doc sarankan tukar ke susu kambing. Lepas tu anak dia jarang demam.. Dan saya fikir, mungkin Azhad juga alah dengan susu lembu. Sebab dia sangat suka minum susu.. Saya beli fresh milk Good Day atau Farm Fresh. Tak main la Anmum yang dah ditepungkan tu.. So saya stop dulu susu dan semua makanan yang mengandungi susu lembu. Alhamdulillah, memang nampak perubahannya. Dia masih batuk di pagi hari tapi tak sampai terjaga dari tidur. Dan ada waktunya tidur tak batuk langsung. Beberapa hari ok, tetiba batuk teruk balik lepas makan Kit Kat.. Ni favorite dia juga gara-gara tengok Raja Lawak, relak la Kit Kat kan ada.. Bila tengok plastik Kit Kat tu memang ada tulis mengadungi susu tepung.. Aiyooo... memang confirm la awak tak boleh makan dan minum berasaskan susu lembu sayang oi.. kesian sebab semua favorite dia tu.. Bila shopping di tesco mesti minta kit kat dan susu.. Saya cakap tak boleh, abang batuk. Nasib lah dia faham dan tak mengamuk. Nanti nak cari kat mana ada jual susu kambing fresh sebab Azhad suka minum susu so boleh ganti susu lembu tu. Hope boleh terimala tekaknya nanti..


Azhad sekarang dah kurang menangis. Waktu abi mula pindah ke Lumut, susah nak tidurkan Azhad. Asyik minta sapu minyak kat perut dia. Tak kisah la minyak apa. Dok cakap sakit perut sambil nangis.. Dah isi minyak pun nangis lagi. Memang nak kena la.. Bagi satu dua das, nak nangis sangat kan.. Pun tak diam lagi, sampai letak kat luar bilik 2-3 kali baru nak tidur. Bila dekat luar nangis dan pandai cakap abang nak tidur, tarik masuk bilik diam kejap lepas tu nangis balik. Letak balik kat luar, biar dia nangis sorang.. Lepas tu masuk bilik diam dan tidur. Boleh pun tidur.. Stress gaban mak nak melayan tambah lagi saya dah ngantuk. Tu tak kerja tu, kalau kerja macam mana la gayanya.. Lagi teruk anak tu kena kot.. Baran saya ni memang tak turun lagi dah beranak 2 pun. Makin naik ada la kot. Huhuhu.. Tapi sekarang ni Alhamdulillah, senang je dia tidur. Tak payah peluk-peluk dah.. Boleh tidur sendiri dengan syarat saya kena tidur/baring juga la.. Memang lepas hubby pindah lumut saya dah ajar dia tidur bantal sendiri. Kalau ada abi, abi dia rajin peluk, tidur atas lengan. Apa gila mak nak peluk dua orang budak. Yang adik tu ye la sebab menyusu lagi.. Sekarang abang menangis kalau adik kacau dia tengah main. Sekarang ni tengah gila main lego.. Abang susun tinggi-tinggi, nanti datang gergasi pergi robohkan 1Malaysia abang tu. Nangis la abang. Manja tol.. Adik kalau rebut pun bukan buat main. Rebut dan buang. Memang saja usik abang.. Kalau berebut mainan pun suara abang je lebih menjerit or nangis. Adik relak je..



Main lego buat 1Malaysia


Azhad dah boleh diharap untuk tengok-tengokkan adik. Tapi adik dengan dia sama besar je.. Asyik kena wrestling je.. Hehe.. Dah boleh harap minta tolong apa-apa. Angkat barang, kalau kat kedai stock sampai dua beradik ni yang beria nak tolak kotak masuk stor.. Bila posman datang pick up barang, dia yang beria nak bagi kat abang posman. Pandai cakap "emm edapnya" bila makan. Bila buat salah nanti cakap "maaf" sambil hulur tangan nak salam.. sweet je.. suka peluk saya dan cakap "ayam ami". Bila saya main dengan arsyad, gomol, geletek, terbangkan arsyad, ayunkan adik atas kaki dan banyak lagi MESTI abang datang dan cakap "abang nak". Yang mana boleh buat tu saya buat juga dekat dia macam geletek, gomol.. Yang saya tak larat tu saya akan buat juga kejap tapi nanti saya cakap, "nanti abi buat". Sampai bila saya main dengan adik, dia cakap nak juga, belum sempat saya jawab dia akan cakap "abi buat". Sedih mak. Terus saya panggil dia dan buat juga la yang termampu macam buat dekat adik. Takut nanti dia terasa hati.. Bukan tak nak buat, tapi dah 17kg patah pinggang/kaki mak nanti.. Huhu.. Dah pandai bila suruh bergambar. Kalau tak dulu orang nak amik gambar dia, sibuk nak tengok dekat camera juga..


Pipi tembam tapi tinggi. Orang ingat dah 4 tahun..


Di majlis besday 2pupu Azhad, anak sepupu saya..


Ok la.. Nanti cerita lagi.. Daa~~

Monday, June 3, 2013

Hujung Minggu Awal Jun Dalam Sejarah!

Memang dalam sejarah!


Sabtu lepas 1 Jun, kami tiga beranak jaga kedai sebab staff ada hal. Sebenarnya dia dah nak berhenti, nak mula semester baru 10 Jun nanti. Dah dapat pekerja baru tapi isnin ni baru mula. Nak tak nak kena jaga kedai la. Walaupun hati berat nak ikut adik beradik balik kampung! Dah lama tak jaga kedai, bila kena jaga kena saya memang ok! Tapi anak-anak la. Adik sibuk nak berkepit. Main kejap je, lepas tu cari ummi dia. Abang memang sudah tak peduli kat ummi dia sampai apa yang dilarang semua dia tak peduli. Tunggu ummi dia menjerit baru dia dengar cakap.



Nak dijadikan cerita, ketika saya sedang tidurkan Arsyad ada budak menjerit dan menangis cakap "sakit, sakit". Bila saya suruh datang dia tak datang. Saya jengah tengok dia pegang lutut sambil menangis. Gaya menangis memang tak boleh blah. Macam kena dera. Sakit sangat kot! Nasib baik la adik dah lelap, saya letakkan dia dalam rocker dan pergi ambil abang. Kaki sakit kena la dukung. Pujuk sikit dan suruh dia tidur. Dia siap suruh sapu minyak, tapi kat kedai takde minyak. Nasib baik la dia boleh tidur sebab waktu tu pukul 5 petang dan dia belum tidur lagi.



Pukul 7 malam baru dua beradik tu bangun. Abang menangis cakap kaki sakit. Ok! Maksudnya tak tipu la kan. Lepas bangun tidur pun sakit. Budak kalau tipu lepas bangun tidur mesti lupa drama sebelum tidur, kan! Yeke? Nak pujuk punya pasal cari juga la minyak, jumpa minyak cap kapak dan sapu je. Lepas solat maghrib kami balik. Kepala hotak saya ligat berfikir macam mana nak bawa dua orang kanak-kanak ni turun tangga. Kalau bawa turun abang dulu takut adik jatuh lak. Jadi saya bawa turun adik dulu. Nasib lah ada pintu kat bawah tangga jadi tak risau dia keluar. Lepas letak adik kat bawah, saya panjat tangga ambil abang pula. Turun separuh tangga, tengok Arsyad dah naik tangga balik. Erm. Macam mana nak bawa diorang turun ni? Nak dukung adik dulu nanti mesti dia naik balik. Nak bawa abang turun dulu mesti menjerit kaw-kaw bila letak kat bawah, lagipun takut adik jatuh. Sudahnya terpaksalah dukung kedua-duanya turun dalam 10 anak tangga. Menggigil kaki saya. Gagahkan juga lak.



Sampai kat bawah saya turunkan Arsyad, dukung Azhad. Pimpinlah tangan adik menuju ke kereta. Nasib la adik ikut je tak de nak berhenti mengutip barang ke apa. Tapi ada la beberapa kali dia jatuh. Bila nak bangun depakan tangan minta dukung. Tapi saya suruh jalan. Kesian dia.. Kalau parking kereta depan kedai takde la jauh sangat. Ni saya parking kereta belakang bangunan kedai tu sebab park depan kedai kena side parking. Saya fail lagi! Lenguh juga la tangan dukung abang 15kg kot. Ke lebih?



Dalam kereta abang merengek lagi. Adik diam je dalam carseat dia. Sampai kat blok sama juga. Adik kena jalan sebab nak dukung abang. Alhamdulillah la adik beri kerjasama. Kalau dia nak dukung juga memang menangis la saya! Huhuhu



Sampai rumah saya sapukan minyak pada lutut abang dan tukar seluar dia. Abang tak payah mandi. Kaki sakit tak boleh berdiri, kan. So adik mandi seorang. Abang tengok dari luar je sebab selalunya diorang mandi sama-sama. Lepas adik mandi kami tengok tv. Tengah tengok tv tu perasan ada budak berubah tempat duduk. Eh! Dia bergerak macam mana? Jalan ke merangkak? Sebab masa nangis sakit kaki tu dia merangkak je. Saya confuse. Tapi tak tegur. Takut bila tegur nanti kaki sakit balik. Tak lama lepas tu dia main basikal pula. Confirm! Dah tak sakit dah kaki dia. Alhamdulillah lega! Saya dah fikir kalau betul kaki dia sakit nak buat apa sebab semua orang takde. Suami jauh. Adik beradik semua balik kampung. Bukan setakat main basikal, main lompat-lompat dari atas katil ke tilam di sebelah katil. Bila lagu masterchef joget-joget dua beradik tu. Apa-apa pun Alhamdulillah Allah permudahkan.







Keesokannya pula boleh main panjat tingkap kat katil tu. Tak lah risau sangat sebab bawah tu ada tilam. Tapi azhad ni bukan boleh. Sakit sikit menjerit je lebih. Lagipun dia ada sejarah tangan terseliuh takut salah landing nanti sakit tangan pula. So risau juga la sebenarnya. Adik tengok je dari bawah. Tunggu sikit hari lagi nanti cari anak tak jumpa rupanya memanjat tingkap di sebalik langsir.



Malam ahad 2 Jun, pula ada peristiwa berdarah. Pukul 10 lebih saya dalam bilik air ambil wudu' tetiba dengar bunyi budak jatuh dan menangis. Dah tau siapa yang jatuh. Sebab dia suka panjat kabinet tv tapi tak reti turun. Saya dukung dan pujuk dia. Tiup dan gosok kepala dia. Bila dia dah diam baru sedar hidung berdarah dan ada kesan kat batang hidung dia. Ya Allah! Ingatkan jatuh kepala terhantuk. Rupanya terhantuk hidung. Terus basuh dan lap darah tu. Arsyad dok tonyoh hidung dia. Tak selesa kot. Tapi tak menangis lagi lepas tu. Tidur pun lena je. Harap-harap takde apa-apa yang memudaratkan lah. Erm macam mana boleh jatuh pun tak tahu la. Biasanya dia akan menangis dan tunggu saya ambil. Hanya abang je tahu apa yang terjadi sebab abang je ada kat situ ketika kejadian. 






Semoga anak-anakku dibawah rahmatNya selalu.




Published with Blogger-droid v2.0.8

Saturday, January 12, 2013

Arsyad dan Azhad..

Assalamualaikum


Arsyad dah 9 bulan 2 minggu pun tapi takde update utk dia berusia 9 bulan. Azhad pula dah masuk 2 tahun 8 bulan pun takde update. warhhh... kesibukan betul mak budak ni..


update sikit-sikit je dikesempatan ini..


Arsyad dah tumbuh gigi 2 batang bawah.. sekarang ni nampak macam gusi atas dah pecah nak tumbuh gigi atas lak.. yeay boleh makan banyak-banyak..







Arsyad dah boleh berdiri sendiri.. Sudah mula meniti pun.. Rasa dari 8 bulan pun dah start memanjat untuk berdiri. Tapi tak berjalan lagi. Low self confident mamat ni.. hehehe.. kalau nak berjalan tu suka kita pegang tangan dia, dari suruh dia guna walking assistant..



awal dec, dia baru belajar berdiri




tgk siap sebelah tangan je pegang.. berani sudah.. abg mcm biasa mengembur kedai..




dlm kereta pun sibuk berdiri. abg tu konon je peluk adik..





siap boleh pusing diri macam ni lagi.. terer la konon. huhu


arsyad suka mengutip barang masuk mulut. banyak kali poopoo jumpa benda pelik seperti price tag barang kedai (price tag macam kedai runcit tu je. azhad selalu kopek dan buang kat lantai, adik tukang kutip masuk mulut. macam vacum lak!), kacang (azhad selalu makan kacang bersepah, adik juga tukang kemas), selotep. Ermmm apa lg ye? Tak boleh nak recall lak. Bila kutip barang tak muntah, tapi bila suap makanan kasar sikit mula la uweekkk...


Disebabkan arsyad suka mengutip barang masuk mulut, ada la juga bagi dia finger food.. Tapi tak makan pula.. Pernah letak nasi atas tangan mak dia, dia amik dengan jari halus dia dan masukkan dalam mulut.. Comel je tengok.. huhuhu.. so sekarang makanan arsyad sudah tidak diblend, just lenyek sikit-sikit je sebab dia rajin mengunyah.. tapi kena make sure bagi air selalu supaya tak muntah. kalau tak, penat je makan dia muntah balik. sian arsyad..


Hari tu arsyad ada membebel. Ntah apa yg disebut pun x paham. Tapi kalau menangis dengar dia panggil ammi. Hehehe. Suka mandi dengan abang. Kalau dia mandi sibuk jengah abg kat luar bilik air. Kalau abg tgh mandi, dia sibuk merangkak menuju bilik air. Owh yee. Sudah merangkak dgn laju. Of course boleh duduk dengan sendiri..


Kalau panggil "adik" or "arsyad" dia pandai toleh. dah kenal nama sendiri. ni dah lama kot.. haha.. mak dia selalu lupa.. ketuk kepala sendiri!! serious tak boleh nak recall apa lagi budak tembam ni boleh buat sekarang compare masa dia 8 bulan..


Pasal Azhad pula, dia sekarang banyak gak cakapnya. Tapi pelat melampau! Yang clear "babai", "ammi", "abi", "adik", "baby", "tak nak" kekadang "nanak", "work"..


Yang pelat tapi sudah difahami, ci eta = kunci kereta, ayan = jalan, oto = motor, eto =tesco, andi = mandi, akit = sakit, atoh = jatuh, abu = ibu..


Yang pelat tak boleh nak paham banyak gak.. selalunya abi dia je yang paham.. huhuhu


Perangai dia sekarang kalau tak dapat apa yang dia nak, dia akan menangis sambil baring or meniarap atas lantai. tak kira la dekat mana. terbaik lah kan!! geram sungguh..







motor baru



kalau kat kedai aktiviti dia main mainan display. jawabnya jadi hak dia la kalau rosak. lepas tu duk alihkan barang letak tempat lain. stress mak dia. bila suruh kemas semula tak nak. ikut angin dia time dengar cakap, dia susun balik. time dia malas dia buat dek je.. memang nak kena la jawabnya.. sekarang kalau kena marah je panggil abi walaupun abi takde. dah jadi rapat dengan abi dia sebab ummi dia asyik marah je. huhu..



ok la... tu je kot buat masa ni. tak boleh nak recall.. after all, we just hope azhad cepat dengar cakap supaya memudahkan kami menjaga keduanya.. lagi-lagi kat kedai.. nasib la sekarang ni BIL ada, so boleh jaga kedai.. lagi 3-4 bulan nanti bila dah start masuk U, kena la i jaga sendiri kedai dan anak-anak dan rumah... wargghhhh.. semoga waktu itu nanti azhad sudah boleh di harap. harap.. macam besar sangat je harapan mak dia kan. padahal budak tu baru nak masuk 3 tahun..


ok la.. till then..



Thursday, December 6, 2012

Ragam Azhad 28 Bulan Dan 3 Bulan Kemudian

Assalamualaikum.



Entry ni sebenarnya ditype pd 3 bulan yang lepas tapi tak sempat publish. Entry sebenar adalah update mengenai Azhad ketika berusia 2y4m (font hijau), dan ditambah update mengenainya sekarang berusia 2y7m (font merah). Agak panjang. Kalau rajin baca, kalau tak berminat abaikan je la..



Azhad genap 2 tahun 4 bulan khamis lepas. Rambut baru nak lebat, dia main pisau cukur, cukur rambut sendiri. Sikit je tobeknya tapi tak cantik lah. Terus saya suruh hubby botakkan je. Baru ingat nak ambil gambar studio, tapi dah botak macam tu tak handsome la. Dah la songkok takde. Tahun lepas punya tak muat, tahun ni tak beli songkok baru. Kena pakai kopiah kot. Tak pun pakai cap je. Ok tak? Baru urban! Hehehe



Azhad 2 tahun 7 bulan dah lebat rambutnya. Tapi tak lebat mana la. Jarang-jarang gak..Gambar studio dah siap setelah almost 2 bulan tunggu. Huhu. Nanti upload dalam entry lain


dibotakkan semula pada 29 aug



Azhad masih macam dulu. Belum petah berbicara. Tapi sedang belajar bercakap. Apa orang cakap dia ikut. Tapi pelat. Mak cakap saya masa kecil tak pelat. Adakah abinya yang pelat? Hehe..Tapi pelat ni keturunan ke? Huhuhu


Azhad masih belum boleh buat ayat lagi. Tp semakin hari semakin banyak perkataan yg dia boleh sebut walaupun masih pelat. Ada orang dah mengaku masa kecil dia pelat. Hehehe



Alhamdulillah Azhad diberi kesihatan yang baik. Dia jarang demam tapi selalu sakit perut. Setakat ni setiap kali balik Kelantan mesti poopoo dia cair. Macam cirit-birit. Tapi tak lama. 2-3 hari je. Tapi sempat la membuatkan dia meraung sebab kelengkang melecet. Mungkin sebab kat sana dia kuat main kat luar rumah, masuk rumah tak basuh tangan orang bagi dia makan, tu yang sakit perut. Mak dia tak sempat nak pantau sangat. Nak harapkan orang lain? Susah sikit unless la adik beradik sendiri. Hmmm..



Setiap hari bangun tidur perkara WAJIB yang dia akan buat adalah kiss baby. Sayang sangat kat adik. Selalu kiss adik sampai adik nangis. Mana taknya, cium sampai nak tenggelam hidung/pipi budak tu. Agaknya sebab dia tengok kami dok gomol baby, dia pun buat la. Kalau ada orang luar dukung adik dan buat gaya nak bawa balik adik, dia akan nangis or jerit. Tak bagi orang ambil adik dia. Alhamdulillah. Kecil macam tu ada perasaan sayang. Semoga boleh jaga adik bila besar nanti..


Sekarang bukan setakat gomol adik, azhad juga dah pandai gigit arsyad. Sudah diceritakan dalam entry yg lepas-lepas. Geram sangat dengan adik tu. Tapi bila orang nak ambil adik dia pandai lak marah..



Lately ni selera makan azhad dah ok sikit. Kalau suap nasi dapatlah 3-4 suapan. Ok la dari tak nak langsung sebelum ni. Kalau roti canai boleh habis sekeping. Kalau dia lapar dia akan cari/minta sendiri makanan. So takde la risau dia kelaparan walaupun tak makan properly. Kalau nak minum pandai ambil sendiri walaupun most of the time akan membanjirkan dapur. Pastu kalau minum ada air lebih dalam cawan dia akan celupkan tangan,  sapu air kat kepala macam abi dia selalu buat bila dia demam. Kalau jumpa cawan lain dia akan buat macam teh tarik. Time ni of course la ada tumpah kan.. Emak dia tu rajin sangat nak kemas!


Alhamdulillah Azhad suka makan sekarang ni. Lagi-lagi makanan baby. Mungkin sebab lembik tak payah kunyah. Tawar pun dia telan. Kalau makanan dia tu dah best pun tak nak. Azhad dah pandai makan guna sudu. Kurang tumpah. Tapi belum boleh makan nasi guna tangan. Saya tak bagi makan sendiri nanti sepah je lebih. Makannya tidak. End up lapar. Lagipun sekarang ni adik sedang giat mengemop rumah, so makin banyak kerja emak budak-budak ni nanti. Air pun dah kurang main sebab dah ajar minum air di dapur sahaja. Jangan bawa ke depan. If bawa ke depan juga memang lecak habis. Pastu adik tukang lap. Kombinasi paling terbaik, kan!



makan kerepek sambil layan ultraman bersama abg sepupunya



Azhad macam nak belajar menggunakan toilet. Nak poopoo cakap "eyak". Kalau dah selesai akan ke toilet sebab geli kot. Tapi emak dia tak rajin nak train lagi. Sebab biasanya mesti akan terbabas dalam seminggu. Letih nak kemas dengan kerenah dua beradik tu. Pernah sekali tu dia buka pampers, tengok-tengok dah berterabur poopoo dia depan stor, dan dia nak masuk master bedroom untuk guna toilet dalam tu. Tapi time tu saya tengah solat dalam bilik tu. Terkejut bila keluar hubby cakap dia membuang. Hubby la cuci semua. Bila pijak toto kat ruang depan rasa basah. Andaian kami, mungkin dia dah kencing atas toto, bila rasa nak buang dia berlari nak ke toilet tapi tak sempat tu yang cicir di tengah jalan. Huhu. Tapi yang bagusnya dia pandai geli dengan poopoo dia, so takde la dia buat main kalau tak lagi haru


Masih belum ajar menggunakan toilet walaupun kadang-kadang azhad sibuk cakap eyak. Malas nak tunggu. Susah sebab kena ada kerjasama mak bapa baru boleh melaksanakan misi dengan jayanya



Perangai dia yang tak boleh tahan sekarang ni dia suka menangis/merengek tanpa sebab. Kalau ada sebab pun kami tak tahu apa sebabnya sebab dia pelat. Apa yang disebut susah untuk difahami. Bila dia merengek tu dia akan suruh letak adik dan dukung dia. Kalau time adik ok, ok la boleh layan dia. Kalau adik pun tengah melalak haruslah jadi raksasa emak dia ni. Bila dia ajak pergi dapur, dia nak didukung tapi kita tak layan, itu akan jadi sebab dia mengamuk berpanjangan. Kerjanya nak berdukung je. Kejap nangis, kejap merengek. Stress woo.. Korang pernah tengok youtube mak dera anak tu kan? Kalau rumah kitorang ada cctv, haruslah kami laki bini jadi femes macam tu. Haha


Alhamdulillah. Kurang dah tangisan dan rengekannya. Tapi sekarang galak mengacau adik. So emak dia tetap la jadi tarzan..



Tapi sekarang kalau dia nangis kami pasangkan cd barney. Kadang tu dia diamlah. Tapi kalau masih tak dapat puaskan hati dia, dia merengek gak sampai kena diam secara paksa! Bukan tak pujuk. Selalunya saya akan pujuk sampai 3 kali. Tapi kalau tak makan saman gak memang kena la. Memang kesian sebab dia baru 2 tahun.. Tak faham apa lagi. Tapi serabut dan bingit betul telinga bila dia merengek tak tentu pasal. Sampai selalu hilang kawalan. Bila dia tidur tengok muka dia, alahai kesiannya anak ummi. Masa ni barulah terfikir macam mana la mommies daddies lain berhadapan dengan baby yang kuat nangis masa kecil.


Takde dah barney bermain di tv kami sekarang ni. Dia gila barney. Dalam tempoh 2 bulan je. Lepas balik dari holiday tu terus tak layan dah. Tapi pandai tengok cerita kat tv. If adegan gaduh, dia jerit-jerit tak bagi gaduh. Bila cerita seram dia lari takut. Huhu



Seriously rindu sangat Azhad yang dulu. Azhad yang cool. Yang tak banyak ragam. Mudah-mudahan ragamnya tak lama. Hubby ada sembang dengan kawan-kawan dia yang ada 2 anak sebaya azhad dan arsyad. Anak sulung kawan-kawan hubby pun sama meragam macam tu sebab nak tarik perhatian. Disebabkan kegilaannya terhadap barney, mak dia dah beli 1set dvd ada 17 keping cds. Tengok lah sampai muntah wahai anak! Dia siap pandai keluar masuk cd dalam player lagi. Jenuh mak dia simpan, dia keluarkan. Simpan rak atas dalam almari, dia buka almari dan panjat basikal. Bila dah tergantung kat almari tu, basikal tergerak kebelakang, baru la nangis minta tolong. Huhu. Macam tu la juga mainan dia. Mainnya tak pun, tapi sepah je lebih. Sudahnya mak dia biarkan je bersepah.


Alhamdulillah semakin kurang ragamnya. Semoga semakin bijak dan ummi abi semakin memahami kerenah abang dan adik.



pandai panjat, turun tak reti



Seminggu di kampung, now i guess my mom knows kenapa anak dia semakin kurus. Hehe


Duduk seminggu di kampung tatkala suami berkursus di lumut. Ye. Ramai cakap saya semakin kurus. Tapi berat makin naik nih..



Published with Blogger-droid v2.0.8

Wednesday, December 5, 2012

Sama. Kata adik beradik..

Assalamualaikum


Cuba teka ni siapa







Owh.. tak payah teka pun tak pe sebab terang-terangan nampak abang duduk atas kerusi. So confirm la yang memanjat tu adik! Sekarang teka yang ini pula..






Siapakah?



Itulah abang ketika usianya hampir setahun. Tak percaya pergi tengok dalam fb. Uploaded date adalah 1/5/11 bermaksud lagi 5 hari abang nak setahun. Tarikh sebenar diambil kena check handphone. While pic adik ketika usianya baru 8 bulan.



Ok. Memang perkembangan adik lebih cepat dari abang dalam banyak perkara. Tapi tak nak la bandingkan sangat. Orang bandingkan anak kita, kita tak suka kan. Cuma entry ni saja nak letak gambar yang kebetulan sama. Baju pun kebetulan pakai baju yang sama. Kata adik beradik. Satu emak, satu bapa. Pusing-pusing macam tu juga la perangainya. Semoga anak-anak ummi abi membesar dengan sihat dan menjadi insan berguna dunia akhirat..



Daa~~~







Published with Blogger-droid v2.0.8

Wednesday, June 13, 2012

Azhad 2 Tahun Lebih Dah!

Assalamualaikum










Apakah?





Antara isi kandungan bungkusan tersebut. Eh yang baju merah tu tak lah!!






TARAA. Sibuk nak tolong






Finally sampai juga naylis punya



Hadiah birthday Azhad dari ummi. Eh tapi ni nanti arsyad pun nak main. Saja letak Arsyad kat swing dan slide tu Azhad dah hentak kaki. Kede jugak. Tapi kejap je. Bila letak adik lagi sekali dekat swing, abg siap bagi palang yang utk protection dari jatuh tu. Sayang juga kat adik. Hehehe



Harap-harap lepas ni takde la meragam lagi abang tu. Sejak umur 2 tahun sebulan lebih yang lepas sehingga minggu lepas, setiap pagi bangun dari tidur mesti menangis. Kalau menangis biasa tak pe, ni menjerit macam kena lempang. Kalau time tu adik tidur boleh la layan, dukung dan pujuk dia. Kalau time tu adik pun ek ok ek ok, memang kena la abang tu. Nak kena adik, kecik lagi. Lepas tu luckily adik hubby yg baru habis diploma ada kat rumah ni so boleh la layan Azhad. Mula-mula dia duduk sini, menjerit la i dan azhad macam orang gila, dia buat bodo je dalam bilik. Tak tahu la memang tidur mati atau malas nak layan. Satu hari tu, i stress azhad dan baby meragam, and call hubby mengadu, hubby call adik dia minta amik azhad baru la adik dia amik. Lepas hari tu baru la adik dia layan Azhad. Bawa main kat playground ke, main dalam bilik ke. At least boleh la buat kerja sikit.


Isnin minggu ni adik hubby dah start kerja dan Alhamdulillah Azhad bangun tidur tak nangis. Rasanya dia meragam 2-3 minggu lepas sebab putus nenen. Genap 2 tahun aritu i mula ceraikan dia dengan susu badan. Mula-mula letak ubat gigi. First dia hisap rasa pedas dia stop, then dia hisap balik pastu stop kejap. Lepas tu rasa pedas tu hilang dia hisap la sampai tidur. Sama juga bila i letak bawang putih. Letak dua belah lagi. Bila hisap belah kanan rasa pedas, dia tunjuk belah kiri. Bagi la belah kiri. Bila rasa pedas juga dia hisap belah kanan balik. Stop kejap, hisap balik sampai rasa pedas hilang, then hisap sampai tidur.



Kalau ikutkan boleh je i teruskan penyusuan dia sebab azhad la yang membantu production. Dia suck kuat, compare tu adik. Kalau time kilang penuh adik tidur, boleh bagi abang dari membazir bagi kat baju. Tapi sebab Azhad kalau hisap bukan sekejap, selalu bila tendem adik dah siap, abang tak siap lagi. Penat dan geram pun ada. Daripada bagi dia hisap tapi rasa tak ikhlas sebab penat dan geram, mendatangkan dosa lagi ada la, so baik la diberhentikan saja. Azhad ada demam sikit dalam proses memberhentikan breastfeed. Tapi dalam sehari je.


Yang membantu usaha wean off ni bila mr hubby cuti seminggu hari tu. Bila abi ada, boleh je azhad tidur tanpa nenen. So bila seminggu tak hisap nenen langsung, dia jadi lupa kot. Masa tidurkan azhad first day lepas hubby cuti panjang tu, risau juga azhad nak nenen. Masa baring dengan dia, dia tepuk-tepuk la dada i, then i cakap tak de. Dia pun ok je dan tidur.


Azhad masih tak bercakap sangat. Nak makan ke, nak minum ke, nak tidur atau berak sekalipun dia nangis je. Kena la tanya nak apa? Suruh tunjuk, baru la tahu. Kalau lapar/dahaga dia pergi dapur, i follow then tunjuk apa yang dia nak. Kalau lapar tunjuk kabinet, kalau dahaga tunjuk cawan.. Kalau ngantuk dia masuk bilik. How i wish semoga Azhad cepat bercakap supaya mudah kami layan apa kehendak dia.


Azhad dah boleh main mainan kat mall yang masuk coin/token, bergerak tu. Dulu dia takut. Mainan tu bergerak je dia menjerit. Jawabnya budak lain kat situ dapat la main free. Sekarang dah pandai, pantang nampak, nak! Dia dah kenal tesco. Bila nampak tesco jerit excited. Bila hubby cakap tak nak pergi tesco terus nangis.


Azhad rajin tolong i buang pampers kotor baby. Mula-mula dulu marah la dia amik pampers kotor tu. Rupa-rupanya dia tolong buang dalam tong sampah dalam bilik air. Kalau ada 2 bungkus, siap peluk lagi bila nak buka pintu bilik air. Punya la sayang adik sampai peluk uk uk adik. Hehehe


Hobi terbaru azhad sekarang main teh tarik. Bila bagi dia minum guna cawan, dia akan minum sampai puas. Ada lebih dia akan cari cawan lagi satu, lepas tu tuang air dalam cawan lain. Macam orang buat teh tarik tu. Kalau air kosong takpe, ni air manis pun dia buat juga. Habis tumpah, mak dia tu tengah rajin sangat nak mengemas. Aduyai!!!


Kalau dalam kereta, sekarang ni i duduk seat belakang dengan baby. Azhad duduk depan. Time angin dia elok boleh je duduk sorang kat seat depan tu. Datang ribut taufan dia berpeluk lah dengan abi yang sedang drive. Haru betul. Macam mana i nak drive sendiri dengan anak-anak je ni? Time both ok, ok la. Datang angin masing-masing ada yang kena stop emergency. Huhuhu



Azhad pantang jumpa benda tajam macam pen, lidi mesti congkel gigi. Penutup vitagen tu kan keras sikit, pun boleh jadi alat congkel gigi dia jugak. Puncanya, pernah sekali kami bersihkan gigi dia dengan cara mengcongkel sebab dia susah nak gosok gigi. Dia layan je, rasa syok tu yang buat sendiri. Sekarang ni dah pandai menconteng. Bagi kertas tak nak, dia lagi suka conteng kat sofa kerajaan dan anggota badan sendiri. Macam tu pun ada ka?



Apa lagi ye?


Kalau panjat meja dah pandai turun sendiri. Kalau tak dulu dia main nak turun macam turun side table tu je. Terjuntai kaki dia bila turun direct. Sekarang reti dah turun ikut kerusi yang dia naik. Tapi sekarang ni jarang dah panjat meja.


Azhad dah pandai berebut mainan. Kalau dulu dia mengalah je dengan abang azief. Sekarang kalau pergi rumah pantai, mesti bergaduh berebut motor/mainan abang. Abang pun tak reti mengalah. Tapi selalunya azhad menang, abang nangis. Kekeke


Alhamdulillah. Azhad dah banyak faham apa yang kita cakap/suruh, cuma dia masih belum boleh balas balik. Kalau dia balas pun dalam bahasa dia, susah nak faham.



Seriously, bukan senang nak jaga 2 orang anak yang masih tak tahu apa-apa. Kalau anak 2 tahun setengah or 3 tahun dah faham, mungkin mudah sikit. Sampai pernah satu tahap tu rasa nak kerja, biar orang jaga anak-anak. Tapi bila bagi orang jaga anak kita, kita pula yang risau. Mak bapa sendiri pun rasa geram nak lempang, ni kan pula orang luar kan. Semoga kita ibu bapa diberi ketabahan dalam membesar dan mendidik anak-anak. Semoga Azhad terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang berguna..


Ps: sapa nak palyground 3 in 1 ni roger la.. Ada 1 set ready stock..

Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, June 3, 2012

Ragam Azhad Di Kelantan

Assalamualaikum


Jun sudah menjengah. Cepatnya masa berlalu. Nak story sikit pasal hal-hal yang berlaku sepanjang kami berada di kg hubby kali ni.


Actually takde apa yang menarik pun, semua macam biasa. Kami sampai pada pukul 10 malam hari selasa (29/5). Dah malam memang takde aktiviti lain, tidur je la. Hari rabu kami just ke Klinik Desa untuk check up Arsyad. Khamis kenduri aqiqah Arsyad. As usual mummy yang breastfeed memang selalu beralasan untuk tidak tolong di dapur. Eh.. Kalau tak breastfeed pun saya memang malas bab masak-masak ni. Selalu tolong kemas ruang tamu je. Huhu.. Jumaat kami ke Pengkalan Kubor, shopping sikit. Sabtu tengah hari berangkat pulang ke KL. Memang takde yang menarik pun kan!


Tapi yang menariknya adalah gelagat Azhad sepanjang kami di sana. Antaranya, dia sibuk main naik turun tangga rumah. Alhamdulillah tiada kejadian jatuh tangga. Kira dah pandai la ni. Tapi kadang-kadang seriau je tengok dia main tangga tu. Berderau darah bila dia mcm nak jatuh. Baik jatuh ummi tak nampak dari jatuh depan mataku. Huhu. Lagi, bila nampak lopak air terus dia pijak, main lecak. Tu ok lagi kan. Ni siap masuk dalam tempat lembu berkubang! OMG! Abi dia nak amik pun geli. Hehe..


Azhad juga ada cuba terjun dari aras ketinggian dalam 4 anak tangga, tapi cubaannya berjaya digagalkan oleh pakcik hubby. Dia dah terjun pun tapi sempat disambut. Nasib baik tak sempat cium lantai. Kalau tak, lu fikir la sendiri! Owh.. Ada lagi. Azhad juga nyaris masuk dalam kawah gulai. Apa yang dia buat kurang la diketahui. Kalau tak jadi gulai Azhad.


Orang sibuk masak, dia main air kat rumah jiran belakang (pakcik hubby yang sambut Azhad terjun). Air dalam baldi untuk basuh kaki sebelum masuk rumah. Mula-mula dia main simbah air kat lantai. Sepupu hubby pun biarkan je, siap duduk kat muka pintu tengok Azhad main. Sudahnya dengan dia kena simbah air. Nak marah tak boleh sebab ummi Azhad ada kat situ. Ummi Azhad la yang marah Azhad. Tapi dia lagi galak main air. Nak tangkap pun tak boleh sebab time tu tengah dukung Arsyad. Lagi aktiviti, asyik buli akak sepupu dia yang berumur 5 tahun. Ermm.. Apa lagi ye?? Oo ye. Jumaat kami pergi kenduri saudara abah, abi azhad bagi azhad agar-agar. Kejap-kejap datang amik, ingatkan habis makan rupanya habis dibuang ke bawah tangga. Bertuah punya budak!


Korang rasa ni normal ke bagi budak lelaki berumur 2 tahun. Rasa macam Azhad ni aktif sangat. Tak nak la sebut perkataan negatif sebab kata-kata ibu kan doa. Semoga Azhad lebih mendengar kata dan behave di mana jua. Penat woo nak layan keletah dia, dengan baby lagi. Walaupun arsyad tak banyak ragam tapi selalunya bila abang buat hal, adik pun join sekali. Dua-dua nak perhatian. Bukan senang rupanya nak jadi ibu bapa ni.








Melaram je lebih. Cuba bawa dia jalan naik motor tu, confirm menggelupur nak turun. Huhu




Gambar diatas diambil di kedai emas sebelum balik KL. Ada orang kirim beli barang kemas di Kelantan. Emas sana murah. Tengok barang tu rasa macam nak beli juga. Tapi bukan pakai. Baik beli emad ketul. InsyaAllah 1-2 bulan lagi nak beli kot sebab sekarang tengah kumpul modal. InsyaAllah dalam jun ni settle baru boleh fikir benda lain.


Ok la. Daaa~~~





Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, March 6, 2012

Terbaru Tentang Kami

Assalamualaikum

Sekarang saya di HUKM untuk check up. InsyaAllah next baby pun beranak sini. Dah 36 minggu lebih sekarang ni. Cepat betul masa berlalu. Bag untuk ke hospital dah siap packing sebelum balik kampung last week. Mana la tahu tiba-tiba beranak kat kampung. Tapi Alhamdulillah masih bertahan lagi sehingga hari ni. Macam belum sedia lagi nak melahirkan new baby. Nerbes je bila teringat saat-saat itu. Huhuhu..



36 minggu membawa perut berat naik 10 kg je. Ramai cakap perut kecil. Tengok balik buku merah Azhad, sama je kenaikan berat dalam tempoh yang sama. Tapi rasanya masa Azhad dulu perut membesar bagai johan! Huhu..


Sebut pasal Azhad baru perasan hari ni Azhad genap berusia 22 bulan (1 tahun 10 bulan). Alhamdulillah Azhad diberi kesihatan yang baik, aktif melasak, mulut pun dah banyak bunyi.



My handsome boy! Melasak tak kira dimana..





Azhad dah boleh panggil umi dan abi dah seminggu lebih. Dia pandai panggil dalam masa sama, takde la siapa-siapa kecil hati kalau dia pandai panggil salah seorang dulu kan. Hehe.. Yang bestnya lembut je bila dia panggil "umi" atau "abi". Ada satu masa tu saya tengah kemas baju baby dalam bilik, kunci la pintu, sebab kalau tutup je Azhad dah boleh buka. Azhad main-main la dengan abi dia kat depan. Bila lama sangat duduk dalam bilik tu ada orang ketuk pintu sambil panggil "umiii, umiii" mendayu je dia panggil. so sweet. hehehe.. Tapi bila dia menjerit, keluar suara jantannya. Huhu..


Dalam bilik tidur pun boleh buat willy..




Bab makan pula lately ni Azhad tak selera sangat makan nasi. Dapat 3-4 suap je. Tapi bila bagi makan mee habis je semangkuk. So kena la kami ubah menu dia. Tak kisah la asalkan dia nak makan. Berat dia pun naik sikit je, sekarang dah 12 kg..


Yang tak best sekarang ni Azhad dah pandai buka pampers. Selama ni kitorg pakaikan dia brand Diapex, hari tu beli pack Diapex baru, sekali pelekat dia dah tukar jadi macam fiffy, huggies dan seangkatan dengannya. Maka dengan senang hatinya la Azahd buka pampers dia. Kalau pelekat gam tu susah sikit nak buka sebab gam kuat. Sebagai langkah penyelesaiannya kami belikan underwear, pakai lepas pakai pampers. Tapi rupanya dia boleh buka underwear tu. So kena cari akal baru. Underwear tu disimpan untuk pakai bila dia dah tak pakai pampers nanti.



Azhad dengan spendernya. Huhu





Last solution kitorg beli pampers brand lain yang pelekat gam tu dan masalah dapat dikurangkan. Kalau tak jenuh nak kejar dia bila dia dah buka seluar, tangan dekat pelekat nak buka pampers. Tercicir apa yang tak patut nanti bertambah la kerja ummi dia, bertambah angin la nanti. Huhuhu


Tapi sekarang ni nampak dia macam dah pandai geli bila buang air besar. Biasanya kalau dia dah buka seluar tu tandanya nak uk uk la tu. Tapi umminya malas nak ajar uk uk kat jamban lagi. Biasanya budak baru belajar 1-2 minggu mesti ada cicir punya. Dengan membawa perut ni tak larat rasanya. Dapat darah tinggi pula nanti dok marah Azhad cicirkan barang je. InsyaAllah tunggu dah boleh handle dua budak kecil nanti la kalau nak ajar pun..


Anak zaman teknologi ni canggih betul. Pandai ambil tab ummi nak tengok gambar. Kalau nak tengok gambar tok abah (atok kelate) ambil handphone abi. Tak bagi mengamuk. Kalau bagi handphone sony lama ummi dia tak layan sangat sebab tak boleh slide. aduyaiyaiyai.. Dah tu baling tab or handphone ikut suka ummi abi dia je. Ingat ummi abi dia banyak duit nak beli baru? Kalau banyak duit pun tak kuasa nak beli baru selagi tak rosak. Abi Azhad sibuk suruh beli blackberry. Saya tak pernah rasa nak memiliki pun mungkin sebab tab ni dah banyak berjasa. Kalau nak beli handphone baru pun mungkin beli yang murah-murah je. Tapi tu takde dalam list sekarang ni..


Nak update pasal bisnes juga. Alhamdulillah 27 feb 2012 yang lalu bisnes saya telah berdaftar atas nama Ummi Nayli Enterprise. No tak ingat la pula.. InsyaAllah next step...! Semoga Allah permudahkan. Bila cerita pasal kerja, hubby sekarang dah tak kisah if saya buat bisnes je, mungkin sebab dia dah nampak income bulanan pun boleh tahan. Boleh diharap lah if terdesak nak guna duit. Tak payah nak korek kat orang lain. Lagi pula dengan macam-macam isu dera bayi dan kanak-kanak di rumah asuhan sekarang ni, rasa lagi selamat jaga sendiri, walaupun isteri dia kaki pukul juga!


Owh! Alhamdulillah ahli keluarga ani & aziz dah bertambah last week, dengan kehadiran menantu perempuan kedua yakni adik ipar saya. InsyaAllah nanti saya upload gambar kahwin diorang yang sangat cantik!


Ok.. Sehingga ketemu lagi!


Published with Blogger-droid v1.7.4

Related Posts with Thumbnails