Wednesday, May 30, 2012

Arsyad 2 bulan

Alhamdulillah 27/5 yang lepas arsyad masuk 2 bulan. Patutnya esok check up dan inject tp disebabkan kami balik kg Kelantan, jadi kami pergi redah kasi pecah je kat klinik desa sini (kg hubby la), arahan dari nurse KKIA Kg Pandan. Timbang tadi berat Arsyad 5.7kgs, kuusss semangat. panjang 56cm. Tapi tak inject pun sebab Arsyad demam sikit. Suhu badan 37.7 degree. Mungkin sebab jalan jauh.









Perkembangan Arsyad 2 bulan ni.. Dah pandai nak main. Bila diagah dah senyum n gelak. Tapi belum mengekek lagi la. Dah pandai merajuk. Kalau merengek sikit kita bolayan, nanti terus nangis sungguh-sungguh. Bila abang buat peel sampai ummi hot, adik pun kena marah juga. Terus dia cebik muka. Comel je. Huhu.. Oo ye. Adik pun dah pandai main dengan abang, walaupun abangnya kasar macam raksasa. Dia senyum je bila abang main.. Adik ni kuat muntah. Hisap nenen beria, sudahnya muntah balik. Kalau ditadah muntahnya penuh dua gelas agaknya. Arsyad dah boleh nampak kami. Matanya ikut je bila ummi abi dan abang dia bergerak.


Tu je la kot. Baru dua bulan tak banyak yang dia tahu lagi. Dah kerjanya nenen, tido, uk uk je..


C ya!


ps: kami berada di Kelantan dari 29/5-2/6. Sabtu pagi nanti gerak balik KL. Esok insyaAllah buat kenduri aqiqah Arsyad.



Published with Blogger-droid v1.7.4

4 comments:

Ira said...

da bulat da arsyad.. comey.. muka sebijik cam abi dia la..

liza said...

Hikhik.. Kecik ati ai. Huhu

@naAzli said...

ala..baby nanti kejap2 rupe mak..kejap2 nanti muka abi die..comel dan boolat la..nak geget boley...?

liza said...

Tu la.smlm gi klinik nurse ckp muka ummi dia. Tp majoriti ckp rupa belah kelantan. Huhu

Related Posts with Thumbnails