Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, May 18, 2012

Semua Dapat Hadiah

Owh. saya masih belum ada entry untuk bulan mei. aduhai. makin lama makin sikit entry. seriously tak sempat, macam mana la orang yang bekerja boleh update 2-3 entry sehari. curi tulang ea?? hehehe..


ok! bulan mei adalah bulan kelahiran anak sulung kami, Muhammad Azhad Nayli. Alhamdulillah sudah 2 tahun itu budak. macam-macam peel dia. itu akan diceritakan in next entry. entah bila la. huhu. no celebration macam kawan-kawan lain. kadang tu teringin gak buat besday parti tapi saya ni tak bekerja, takde kawan, siapa nak datang, kan! masa 6 mei tu saya sedang menghabiskan sisa-sisa berpantang, hari ke-41 masa tu. walaupun kali ni berpantang macam tak berpantang, tapi bab keluar rumah tu saya pantang la. so takde outing, cuma petang tu mr hubby bawa azhad keluar beli hadiah..




ni dia hadiah besday. basikal lagi!




hadiah birthday pertama dulu pun basikal, masih tak boleh kayuh lagi abi azhad dah belikan basikal lain. tapi basikal baru ni dia boleh kayuh sikit-sikit. hadiah dari ummi? cukup la dengan penyusuan selama 2 tahun dan pukulan dari ummi. kekeke. actually berkenan sangat dengan playhouse atau swing 3in1 macam ni.










tapi takut azhad tak main, membazir je. dah la benda alah ni makan space. masih berfikir lagi nak beli ke tak. eh siapa nak booking ni roger2 la. hehe. menyempat!!


orang lain punya besday, orang lain yang dapat hadiah tau!! saya dan mr hubby dapat handphone baru! hubby dapat dari saya, saya dapat dari saya sendiri! kiranya sebagai hadiah birthday beliau, aritu bagi duit sikit dan suruh dia beli sendiri je, plus penghargaan kepada beliau sebab penat angkat barang untuk pos. dulu jual baju tak rasa sangat, sekarang ni banyak jual toys kotak besar dan berat, kesian tengok. lagi-lagi masa berpantang aritu, sesorang je beliau buat. dan reward untuk diri sendiri! jangan tak tahu ni handphone baru setelah 4 tahun guna sony. tu pun hubby belikan sebulan sebelum nikah dulu. ngam-ngam 4 tahun. saya memang cermat orangnya. hehehe..


kalau ikutkan tak nak beli handphone baru pun sebab hp sony saya masih berfungsi dengan baik walaupun akan off sendiri bila terhentak sikit. selalu jadi mangsa balingan azhad pun masih gagah berkhidmat, macam tahu je pemiliknya penjimat orangnya. huhuhu. tapi disebabkan handphone mr hubby yang selalu pening lalat dan kadang-kadang pengsan tak tentu pasal, menyusahkan orang nak call bila ada urgent matter so decide la nak belikan beliau hp baru. tapi beliau taknak kalau beli untuk beliau seorang saja. jadinya kena la beli dua. sebab bukan duit beliau so haruslah beliau tak kisah beli berapa sekali pun, kan! hehehe


ni la handphone baru kami!




saya punya casing merah. wah! sama warna kereta. nak suka merah pulak la!! huhuhu. beli yang paling murah. orang lain sibuk pakai iphone kami baru nak merasa pakai blackberry. huhu


kitorang beli di DigiMall Asia Jaya hari ahad lepas. masuk 1 kedai terus keluar duit. malas nak jalan-jalan cari pasal. tu la style orang beranak pinak kecil. lepas beli tu gi kedai roti, hajat nak beli roti je, sudahnya beli kek konon sempena besday Azhad. bawa gi rumah emak ayah di Pantai Dalam, ajak adik beradik lain datang makan. beli satay dan keropok lekor. abang datang bawa domino pizza. ijai datang bawa cekodok yang bini dia masak untuk minum petang. kak iza balik dari kuantan bawa keropok lekor mentah, lupa pulak nak amik!!! ok la berkumpul ramai-ramai tapi tak complete sebab emak dan azief di kampung melaka. errmmm takpe la ada rezeki balik kampung nanti kita makan-makan lagi.. budak lain biasanya excited nak tiup lilin besday kan, tapi azhad nayli tak nak. takut! diri jauh-jauh. ummi dia yang tiupkan. api lilin dah padam baru dia datang dekat. nampak je gagah perkasa, tapi banyak benda yang dia takut. nanti lah story lain!


birthday wishes from us as parent, semoga menjadi anak soleh yang boleh mendoakan kami nanti. jangan buli adik sangat, nanti adik tu besar kacau abang ummi biarkan je. hehe


sehingga bertemu lagi.


Published with Blogger-droid v1.7.4

No comments:

Related Posts with Thumbnails