Saturday, January 28, 2012

CNY di Kelantan

Just arrived from Kelantan!


Kami cuti panjang during CNY. Almost seminggu di sana. Ahad 22 Jan pagi bertolak dari KL, dan Sabtu 28 Jan pagi bertolak pulang. Tujuan utama balik kali ni untuk buat solat hajat semoga selamat kandungan keduaku ini. InsyaAllah. Amin..


Takde apa yang menarik sangat pun sebab aktiviti kat sana macam biasa je. Tapi this time Azhad dah jejak kaki ke KB Mall. Padahal takde apa sgt pun kat situ. Macam mall lain juga. Saja berjalan. Nak tepek gambar sikit.


Azhad bersama sepupu-sepupunya..




Azhad dgn kak fatin atas stage





Story sikit kejadian pada hari buat kenduri, isnin sebab time tu semua adik-beradik hubby ada. Selasa ramai dah pulang ke tempat masing-masing. Masa orang tengah sibuk masak, kemas untuk kenduri Azhad sibuk main dengan kucing. Tapi kucing dalam sangkar. Kalau kucing tu kat luar susah sikit dia nak main sebab kucing sibuk lari-lari. Lagipun saya tak suka Azhad pegang kucing sebab dia suka masuk tangan dalam mulut. Kotor!





Nasib baik la kucing tu dalam cage ok! Berpeluh-peluh Azhad. Ketawa terkekek-kekek dia main dengan kucing tu..


Tapi yang tak bestnya rumah kampung ada tangga. Dan untuk pertama kalinya Azhad jatuh tangga depan tu. Ye! Tangga tempat dia main kucing tu. Tapi bukan dari tempat dia diri dalam gambar tu. Dia jatuh dari anak tangga atas sekali, terus bergolek ke bawah. Semuanya ada 6 anak tangga. Masa tu saya ada kat dalam tapi nampak la aktiviti Azhad. Azhad tengah minum air, sambil jalan mengundur. Sekelip mata je tergolek. Saya dapat tengok dia jatuh dari anak tangga pertama jatuh hingga ke dua je, lepas tu terlindung dengan pintu. Yang dapat tengok full kejadian tu moyang Azhad. Tapi moyang tu kat atas, mana larat nak sambar Azhad. Nampak je dia jatuh terus saya berlari ambil dia. Masa tu tak teringat keadaan diri yang tengah buyong ni. Berlari juga turun tangga. Azhad nangis kuat! Sakit campur terkejut! Lepas upah dengan nenen terus diam dan main semula.


Bergaya dengan motor abg kimi. Handsome!





Ok last pic!



Semangat Red Warriors!!




Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, January 8, 2012

Azhad Dah 20 Bulan!

Alhamdulillah..


Beberapa hari yang lalu Azhad genap berusia 20 bulan. Lagi 4 bulan je nak masuk 2 tahun. Cepat betul masa berlalu.


2 minggu lepas Azhad demam panas, suhu mencecah 39 deg. Bawa ke klinik kena la masuk ubat ikut punggung. Alhamdulillah selepas 2 hari Azhad sihat. Pantang sihat sikit merata la dibawa berjalan. Huhuhu
Demam Azhad tu rupanya sebab gigi taring nak tumbuh. Masa gigi geraham tumbuh tak demam pulak! Tak lama lagi penuh la giginya..


Owh. Pada masa yang sama saya juga sakit. Angin perut dan belakang. Nak tidur tak boleh. Nak buat apa pun tak boleh. Muntah berkali-kali. Nasib baik time tu cuti krismas. Hubby tolong jagakan Azhad yang demam dan sediakan makanan buat kami berdua. Dan nasib baik juga la Azhad tak meragam sangat. Thank u hubby..


Azhad sekarang sungguh rajin nak makan sendiri. Terutamanya kalau makan menggunakan sudu. Tapi biasanya kalau bagi pun bila makan calsiyum (salah kot ejaannya) je. Tu pun lantai dan seluar dia yang makan banyak, masuk mulut sikit je.. Jenuh betul asyik nak kena kemas je..


Handsome tak?




Azhad semakin banyak cakap tapi kami masih tak faham lagi apa yang dia cakap. Tapi ada beberapa perkataan yang clear sebutannya seperti tekan, jatuh, ntah, ada ke, takde, apa ntah. Apa lagi ye? Dia bukan jenis mengikut apa yang kita sebut. Tapi dia macam simpan dulu tetiba je sebut balik, tapi susah nak dengar lagi.


Azhad dah pandai tanggal seluar sendiri. Sekarang dok umah pakai baju dengan pampers je. Penat asyik nak layan pakaikan seluar, tak sampai bape minit dia tanggalkan balik. Sudahnya biarkan je dulu sampai nak tidur baru pakai seluar balik. Baju kalau besar atau lengan panjang dia boleh tanggalkan juga..


Sekarang Azhad dah tak bangun untuk menyusu ditengah malam lagi. Kalau dulu pukul 2 atau 3 pagi mesti cari. Tak pun time subuh. Time nak tidur pun lepas menyusu sikit, dia lepas dan tidur sendiri. Kadang-kadang pergi kat abi dia. Yang penting dapat susu setitik dua dulu.


Azhad dah pandai main gigit-gigit. Gigit peha la, lengan la. Juga suka lepuk muka orang, gurau kasar. Tapi dengan ummi dan abi dia je la. Dengan orang lain Azhad selalu mengalah. Cool jek!


Azhad lebih suka bermain dengan manusia berbanding dengan mainan. Kalau bawa pergi playground dia lagi suka kejar orang dari main slide or swing. Mungkin juga sebab Azhad gayat main swing, dan fobia dengan slide. Huhu. Macam mana nak belikan set playground ni. Macam rugi je beli tapi Azhad sibuk tolong ummi kat dapur. Hari tu buka play tent cars dan thomas kat kampung Azhad tak layan pun. Sepupu dia je main. Azhad sibuk kehulur kehilir ikut manusia lain ke dapur ke depan..


Azhad dah boleh buka peti ais. Kalau tengah masak tu berbuih mulut suruh tutup, tapi dia buat dek je. Selalu la jadi tarzan saya ni! Kalau tengah tengok tv, kejap dia bawa cumi, kejap bawa calsiyum. Tahu je makanan dia. Kena tutup pintu dapur baru aman sikit. Almari baju dia pun masih kosong lagi. Bila la dapat kemas balik, nak kena tunggu umur berapa agaknya baru dia faham ye? Huhu


Rambut masih jarang seperti dulu. Perlu ke guna tonik rambut untuk lebatkan rambutnya? Errmmm.. Tapi bila rambut jarang ni nampak baby je. Kalau rambut lebat nanti nampak matured lak..






Apa lagi ye? Tu je kot buat masa ni. Nanti citer pasal baby lak.

Daa~~


Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, January 4, 2012

Azam 2012!

Lamanya tak update blog. Dah bersawang dah. Tahun pun dah bertukar!


Dah lama tak berazam, tahun ni rasa macam nak pasang azam lak. Huhuhu


My 1st mission dalam process lagi. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Kalau ada rezeki dalam 1-2 minggu akan dapat resultnya. Semoga tidak mendukacitakan la..


Sekadar gambar hiasan. Juga clue sebenarnya. Huhu




2nd mission target untuk raya nanti. InsyaAllah sempat.


Lain-lain mission, semoga saya rajin masak dan mengemas rumah. Sebab 2011 dulu saya tak sempat sangat nak masak kalau azhad bangun awal. Mana taknya, kita kat dapur dia pun ada. Asyik jadi tarzan je ummi azhad ni. Stress gak dibuatnya. Tu yang selalu skip masak.. Owhh. Tahun ni akan ada dua little monsters. Sempat ke nak jaga anak, jaga rumah dan bisness? 3 in 1 gitu. Semoga Allah permudahkan urusanku, murahkan rezeki kami..


Bab bisnes, Alhamdulillah income ku dah sama dengan basic hubby (sekarang, sebelum kenaikan bulan jan ni). Berfikir untuk ambil kedai. Tapi bila ada kedai ni belanja modal akan jadi lebih besar, susah sikit nak jual barang murah-murah macam sekarang.


Lagi apa ye? Semoga dengan bertambahnya usia kehidupan bersama ni, hubungan semakin serasi dan matang dalam setiap perkara..


Ok! Nak promo!!

Please visit Facebook Ummi Nayli Collections untuk barangan bayi dan kanak-kanak.

Legging serendah RM5/pc
Pre-walker shoes RM20 termasuk pos
Pajama RM100 untuk 5 pasang
Jumper RM23 je. Tempat lain RM25+
Rompers unik yang pelbagai pilihan
Play n learn tools pada harga yang berpatutan

Kalau takde facebook still boleh view, nak order just email me at ejau177@gmail.com atau sms ke 0128371785.


Semoga kita semua berjaya dunia akhirat

Assalamualaikum


Published with Blogger-droid v1.7.4

Related Posts with Thumbnails