Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, March 13, 2013

Soya Ooh Soya

Assalamualaikum


Some info berkaitan soya.. copy paste dari soya






1. Dalam soya ada bahan yang dinamakan asid phytic yang juga dikenali sebagai phytates. Asid organik ini juga didapati dalam bijirin yang lain tetapi tidaklah sebanyak yang ada dalam kacang soya. Asid ini meransang dan menyebabkan badan tidak dapat menyerap mineral-mineral penting seperti kalsium, magnesium, zat besi dan zink. Phystate ini adalah sukar untuk dibuang walaupun dimasak dengan lama dalam api yang kecil. Oleh itu, mineral yang ditambahkan dalam produk ini adalah sia-sia sahaja apabila soya digunakan sebagai bahan asas.


2. Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang kuat. Perencat ini menghalang pengambilan tripsin dan enzim-enzim lain yang diperlukan oleh badan untuk pencernaan protin. Kaedah masak yang biasa tidak mampu untuk memusnahkan perencat ini yang boleh menyebabkan gastrik, mengurangkan pencernaan protin yang boleh membawa kepada penyakit kronik lain yang berkenaan dengan kekurangan amino asid.
Oleh itu, tiada gunanya produk ini dikaitkan dengan kandungan protin yang tinggi tetapi menggunakan soya yang merencat penyerapannya oleh badan.


3. Di sebalik semua ini, kacang soya juga mengandungi 'hemagglutinin', bahan peransang penggumpalan yang menyebabkan sel-sel darah merah untuk menggumpal sekali. Penggumpalan menyebabkan sel darah tidak mampu untuk menyerap oksigen dengan baik untuk kegunaan tisu badan. Dan ini sekaligus tidak membantu dalam mengekalkan kesihatan kardiak/jantung yang baik.

Hemagglutinin dan perencat tripsin merupakan bahan yang merencat pertumbuhan. Walaupun kacang soya yang telah difermentasi/penapaian boleh memusnahkan kedua-dua perencat tripsin dan hemagglutinin, presipitasi dan memasak tidak memusnahkannya. Walaupun kadar perencat tripsin berkurang dalam produk soya yang dipresipitasi seperti tofu, ianya tidak dimusnahkan sepenuhnya. Hanya dengan cara fermentasi atau penapaian yang lama sahaja seperti tempeh dan miso mampu untuk memusnahkan bahan perencat tripsin dan hemagglutinin sepenuhnya agar manusia dapat menyerap khasiat dari kacang soya.


4. Kacang soya mengandungi goitrogen. Goitrogen adalah bahan yang menghalang sintesis hormon tiroid dan mengganggu metabolisma iodin yang akhirnya akan merencat fungsi tiroid.


5. Soya adalah kaya dengan isoflavones genistein dan daidzein. Isoflavones adalah sejenis phytoestrogen, merupakan kompaun tumpuhan yang menyerupai estrogen tumbuhan. Kompaun ini yang menyerupai dan kadang-kala menghalang hormon estrogen dan telah didapati memberikan pelbagai kesan kepada tisu manusia. Phytoestrogen soya telah dikenali untuk merosakkan fungsi endokrin, menyebabkan kemandulan dan menggalakkan kanser payu dara pada wanita.

Meminum hanya dua gelas kacang soya setiap hari untuk sebulan adalah cukup untuk kompaun ini mengganggu kitar haid. Walaupun FDA meregulasikan produk yang mengandungi estrogen, tiada amaran diberikan pada kacang soya ini.


6. Kacang soya mempunyai risiko toksik aluminium dan mangan. Kacang soya yang diproses dengan basuhan asid dalam tangki aluminium boleh menyebabkan aluminium mencecah kadar yang sangat tinggi dalam produk akhir soya.

Menurut Dr. Kaayla Daniel, penulis 'The Whole Soy Story', mendedahkan ribuan kajian terhadap kacang soya dan kaitannya terhadap malnutrisi, masalah pencernaan, sistem imune rosak (breakdown), disfungsi tiroid, penurunan kognitif, masalah reproduktif, kemandulan, kanser dan penyakit jantung.


Berikut adalah sebahagian daripada masalah kesihatan yang dikaitkan dengan pengambilan kacang soya:
* Breast cancer
* Brain damage
* Infant abnormalities
* Thyroid disorders
* Kidney stones
* Immune system impairment
* Severe, potentially fatal food allergies
* Impaired fertility
* Danger during pregnancy and nursing


cuba check kandungan bahan bagi supplement yang korang ambil, ada tak tulis 'soy protein'. 

ehem.. if ada apa-apa keraguan boleh pergi ke link di atas, baca komen-komen kat situ.. memang banyak membantu..

2 comments:

Ira said...

tq sudi share info ni.
aku da stop amik mana2 supplement. sbb aku ada jmpa gak artikel pasal soya. tp bkn yg ni.

liza said...

ko baca yg mana. meh share..

Related Posts with Thumbnails