Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, March 17, 2013

Aktiviti Arsyad 16 Mac13

Assalamualaikum



Agak-agak 16 Mac 2012 apa yang Arsyad buat dalam perut ummi ye? Mesti tengah golek-golek, makan, tendang ummi, tidur. Tapi tahun ni, macam-macam aktiviti yang lebih mencabar sudah dibuatnya. Kalau tengok memang tak sangka budak tembam ni belum setahun usianya.



Semalam abi duty, so memang tak balik makan or tidur. Pagi ni baru balik. Tapi kedai tetap kena pergi. Ye la, hujung minggu la orang nak keluar beli barang kan.



Bila keseorangan menjaga kedai dan anak-anak memang tak dapat buat apa sangat lah. Abang dan adik kerjanya menyepahkan barang. Lepas tu main sama-sama. Kejap karang adik nangis kena pukul dengan abang. Ummi nak pergi toilet, solat, kemas kedai pun susah. Nak ikut dan berdukung je. Bila kedua-duanya tidur baru dapat kemas kedai dan update facebook. Tapi berapa lama sangat diorang tidur. Abang kalau tidur petang lama la juga, dalam 2 jam. Tapi adik, 1 jam pun susah. Walaupun abang tengah tidur, takde orang kacau dia tetap la nak berkepit je. Bila letak kat tempat mainan boleh je main sendiri tapi dengan syarat, ummi kena duduk situ. Jangan pergi mana-mana. So ini lah hasilnya.




Panjat meja study



Panjat buaian



Panjat meja study balik. Siap duduk macam nak study je



Lepas tu ada dia panjat stroller dan motor tapi tak sempat snap dah turun.. Bila ummi duduk dekat kaunter update buku bil dia main dekat area tu juga mulanya. Lepas tu pergi kat abang kacau abang yang tengah lena. Nasib la abang tak bangun sebab mengantuk sangat semalam pukul 7am dah bangun..



Balik rumah teruskan aktiviti memanjatnya. Basikal 3 roda sudah jadi haknya. Sudah pandai naik turun sendiri. Lepas tu buat gaya nak kayuh tapi tak sampai. Walker duduk tu pun gigih dia panjat nak masuk sendiri. Setelah usaha banyak kali berjaya juga masuk dan keluar.. Takde gambar lak. Tak pe banyak masa lagi. Nanti akan cuba snap ketika sedang melakukan aktiviti-aktiviti tersebut. Ni je sempat snap semalam.



Panjat basikal abang.



Gara-gara dia berjalan awal, jadi semua perkembangan dia jadi cepat. Lagipun ada sifu kan.. Tunjuk ajarku sifu. Sifu pun tak betul sangat. Hehehe


Owh. Lagi 10 hari Arsyad nak setahun umurnya. Cepatnya masa berlalu..



Published with Blogger-droid v2.0.8

1 comment:

Ira said...

baru dpt baca cerita si Arsyad ni.
Amboi..hebatnya bdk tembam ni..
Mcm2 da kerja dia ek.. hehe.. bagus la dia cpt buat kerja n aktif. geram tgk bdn dia.

Related Posts with Thumbnails