Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label ~vacation~. Show all posts
Showing posts with label ~vacation~. Show all posts

Thursday, October 31, 2013

Bercuti di Lumut 2013


Assalamualaikum


Alhamdulillah en suami selamat pergi dan kembali dari bertugas demi negara tercinta. 11 Ogos (4 Syawal) beliau pulang ke Lumut, 13 Ogos belayar ke LD dan setelah beberapa kali tertunda akhirnya 15 Oktober (Raya Haji) baru beliau kembali ke pangkuan anak-anak dan isteri.. Sepatutnya turn raya haji di Kelantan, tapi disebabkan kerja tahun ni saya dan anak-anak beraya di Melaka manakala en suami beraya di atas kapal. Malam 15hb tu baru kami bertemu kembali..


En suami ambil cuti seminggu lebih sebab nak uruskan hal rumah yang tergendala sebab beliau belayar dan balik kampung beliau.. Tapi dalam cuti tu sibuk juga uruskan hal kerja.. Jumaat 18hb tu beliau ada meeting di Lumut, beliau ajak kami bertiga ikut, bercuti katanya.. Saya ok je sebab lama tak bercuti kan.. Tapi rupa-rupanya, Sabtu tu dia nak balik Kelantan so dari Lumut dah dekat.. Patutla.. Hmmpppphhh


Ok, nak cerita sikit pasal percutian ni.. Kami sampai Lumut pada Khamis, 17hb malam.. Sewa hotel biasa sebab dekat dengan base, bawah hotel ada 7 Eleven dan kedai makan, dan yang penting ada Wifi sebab line di sana sangat teruk. So ada wifi boleh la mak online macam biasa sementara en suami bekerja.. Anak-anak macam biasa la, aktif dan teruja.. Malam tu kami sampai pun dah lewat, lepas makan terus tidur je. Esoknya sementara en suami bekerja mak melayan anak-anak macam biasa.. Tapi pukul 10 lebih baru diorang bangun. Mana taknya, tidur dalam air cond kan.. Siap berselimut lagi. Kalau tak jangan haraplah..



Sama je style tidur kan..


Pukul 2 lebih baru kami check out dan check in hotel lain... Untuk hari kedua tu en suami sewa bilik di Golden Bay Resort sebab ada pool untuk anak-anak mandi.. Sebelum masuk hotel sempat pergi kapal en suami, dia nak jumpa contractor. Dapat la Azhad naik kapal abi. Tapi time tu Arsyad tidur lak. So abang naik dulu.. Teruja sungguh dia, saya duduk dalam kereta je dengan arsyad.


Siap pusing steering lagi..


Tunggu contractor tapi tak datang jadi kami balik hotel je. Azhad dah tak sabar nak mandi pool.. Lepas makan, lepak-lepak kejap, dalam pukul 5 kami turun. Takut lewat nanti hujan.. Kesian tak dapat mandi.. 3 jejaka kacak tu je mandi. Saya tak kuasa nak basahkan badan. Lagipun bukan pandai berenang pun.. Azhad macam biasa, drama king.. Mula-mula tak nak masuk sebab ada 'fish' besar dalam kolam. Arsyad macam biasa memang berani.. Mandi dalam 30-45 minit je.. Budak-budak ni tak puas mandi lagi tapi ajak naik sebab dah banyak sangat telan air klorin..





Balik bilik bilas dalam bilik air.. Bilik air ada tub, mandi tub pula budak-budak ni.. Memang sakan main air.. Lepas anak-anak mandi, mak pula mandi. Hajat dihati nak berendam lama-lama, tapi tak sempat pun sebab dengar Arsyad uk ek uk ek.. Lepas saya mandi, susukan Arsyad terus dia tidur. Kepenatan mandi kolam.. Malam tu ada bola TRW vs ATM Pusingan Pertama. Tapi malangnya bilik hotel tu ada 2 channel je, AXN dgn apa ntah.. En suami ada cakap nak pergi tengok di kapal.. Rasa-rasa apa saya cakap? Hehehe.. terus dia melekat je dalam bilik.. Tak agak-agak, kan..



Esoknya kami sarapan di lobi hotel, sarapan je la disediakan. Azhad sibuk nak mandi kolam lagi, tapi tak bagi pun sebab kedua-dua hero sudah berhingus hidungnya.. Lepas sarapan naik bilik balik dan layankan diorang mandi tub je.. Jadi la kan.. Sebelum gerak ke Kelantan, singgah kapal en suami untuk ambil barang-barang dari Sabah yang nak bagi ibubapanya.. Sempat la bergambar dua beradik tu..


Peluk adik ketat-ketat takut adik lari jatuh ke laut..



Dalam pukul 2 petang kami gerak, dalam pukul 11 malam baru sampai. Macam lebih kurang je dari KL ke Kelantan. Berhenti rehat 2 kali, lepas tu hujan dan jalan sesak tu yang lambat sampai. Duduk sana tak lama pun, 3 hari 2 malam je.. Takde aktiviti sangat pun. Cuma Ahad tu kami tengok rumah en suami, hampir siap dalam bulan Nov ni dah boleh duduk. Hari Isnin sebelum balik kami pergi klinik sebab kedua-dua hero masih selsema dan nafas berbunyi. Pergi klinik terus Dr bagi neb untuk kedua-duanya. Pertama kali bagi mereka.. Meraung tak ingat la masing-masing..



Siap jerit cakap "tak nak"



Lepas dah neb tu baru nafas diorang tak berbunyi.. Alhamdulillah.. Dari klinik kami pergi kedai gunting rambut. Juga pertama kali bagi mereka berdua.. Sebelum ni abi diorang mesin je. Ni sebab dah besar macam tak handsome je botak, so kami potong bagi pendek. Mungkin anak-anak tak serasi rambut panjang, ni mak saya dan en suami la cakap... Azhad macam biasa la.. Nampak je macho, berani. Tapi menangis juga.. Hehehe.. Ye la sebab orang tak dikenali pegang kepala dia. Kalau abi dia buat, dia suka je.. Adik ok je tak menangis tapi kena dukung.. Habis baju dan tudung saya dengan rambut dia.. Huhu..



Hero menangis kena potong rambut..


Pukul 3 lebih baru kami gerak pulang, tapi ke Lumut dulu sebab en suami ada kerja. Jadi bermalam lagi 1 malam di Lumut. Kami menginap di hotel biasa, Valley View Hotel. Memang puas hati la duduk situ dibandingkan dengan resort tu. Dah la mahal tapi kemudahan tak memuaskan.. Air cond tak boleh control suhu atau off. Kena tarik kunci dari tempat dia, maksudnya kena tutup semua lampu, tv kalau nak tutup air cond. Tub takde tutup untuk takung air. Toilet tak boleh flush. Line telefon pun takde, apatah lagi wifi.. Sedih betul.. Huhuhu


Ok la.. Tu je coretan buat kali ni.. Takde apa yang menarik pun.. Berjalan jauh tapi duduk hotel je..

Friday, December 14, 2012

Bercuti ke Langkawi

Assalamualaikum, salam sejahtera kepada anda semua.. ~teringat lagu nasyid~


Cerita basi.. Tapi takde nak cerita sangat pun sebab dah lupa kot.. wakaka.. so layan gambar je lah ye..






Ni gambar sebelum berlepas. Lepas solat subuh terus siap-siap. Pertama kali anak-anak bangun awal pagi.. Sampai LCCT sarapan dulu. Arsyad sambung tidur.. Azhad seperti biasa tak reti duduk diam. Ada je benda dia nak buat..






Berlepas pada pukul 1030 pagi, 24 Oktober. Alhamdulillah kedua-dua Nayli elok perangainya. Cuma Azhad macam cuak sikit. Apa lagi umpan dengan gula-gula. Baru diam. Kelentang-kelentung pukul 12 tengahari baru selesai urusan sewa kereta.. Kami sewa wira sedan RM150 untuk 3 hari 2 malam setengah..






Ni dia rumah sewa kami.Walaupun kami berempat sahaja, tapi kami sewa rumah sebab luas. Senang jejaka-jejaka ku bergerak, terutama si abang..Puas dia main. Kalau duduk di hotel memang tak bernafas la.. Rumah sewa ni siap ada swimming pool lagi, walaupun kawasan kami duduk ni dekat Pantai Chenang. Sewa murah je.. RM180 untuk 3 hari 2 malam setengah. Hari ketiga tu kami pindah bilik kecil sebab flight balik malam, jadi hanya perlu bilik untuk simpan barang dan mandi sebelum pulang. Namanya Pantai Chenang Rest House. Nak contact no boleh pm saya.. Hehe..






Aktiviti hari pertama.. Melawat area Kuah. Cari kedai coklat.. Beli sikit je dulu sebab takut habis cepat.. Fuhh.. Mencabar betul bawa Azhad Nayli berjalan..







Hari kedua, 25 Oktober naik cable car.. Azhad Nayli ketakutan.. Arsyad relek je. Sebab dia bukan tau apa lagi pun kan. Lepas tu kami ke Pantai Pasir Hitam dan banyak tempat lain. Tapi takde pic. Gambar pada tempat-tempat wajib je.. Hehehe





Hari terakhir, 26 Oktober pergi Makam Mahsuri. Sebenarnya dah sampai hari sebelumnya tapi tak turun sebab anak-anak baru tidur. Kesian pula nak kejut.. Takde apa sangat pun kat sini. Kempunan tak dapat beli minyak gamat murah kat area Makam Mahsuri ni.. Sebab hari tu adalah Hari Raya Haji. Coklat pun tak dapat beli kat HIG sebab tutup. Terpaksa beli kat depan HIG.. Tak ingat nama. Baru ingat nak beli kat orang Islam. huhuhu.. Oppss.. Hari last ni juga baru kami masuk Underwater World. eh.. awatnya tak masuk gambar eh.. Keciciran la pulak.. Nasib baik buka time raya haji.. Masa di underwater world tu arsyad lebih menghayati haiwan dalam tu. Berpusing kepala dia tengok ikan segala. Azhad sibuk berlari kesana sini..





Antara gelagat anak-anakku.. Arsyad pandai apungkan diri dalam pool tu.. Abang tak nak mandi sebab kesejukan.. Kami terbang pulang pada malam hari ketiga jam 1130pm. Pukul 2 pagi baru sampai rumah..





Ok.. ini adalah hasil rampasan kami.. Berjaya habiskan dalam masa sebulan lebih je.. Percaya? Kena percaya la. Sebab saya memang penggemar coklat.. Azhad juga.. Hubby kurang makan.. Bagi adik-beradik sikit.. Selain tu kami beli pemanggang ajaib brand vantage 4 biji. 1 sendiri, 1 mak, 1 SIL, 1 MIL.. Kain pelekat, minyak gamat, key chain, baju anak-anak seorang sepasang.



Alhamdulillah. Happy berjalan walaupun ada gaduh juga. Tak gaduh tak sah.. Huhu.. Sangat mencabar bila berjalan dengan anak yang aktif.. Penat kejar sana sini.. Nasib baik la arsyad ok je... Pengajaran yang kami dapat, bila melancong sila jangan makan di restoran. Cukup lah makan di gerai. Sebab hari pertama kami lunch lauk tomyam, udang butter, kailan ikan masin dan 3 air buah charged RM60+. Terkejut sungguh. Lepas tu memang cari kedai kecil je..


OK.. tu je la kot. Rasanya dah tahu kan kenapa raya puasa kali ni kami beraya di Kelantan walhal turn Melaka. Kalau tak memang burn la tiket ke Langkawi sebab kena balik Kelantan raya haji.. Ini lah akibatnya excited sangat beli tiket murah, tak reti nak tengok kelendar dulu.. Huhuhu


Daa~~

Tuesday, January 5, 2010

The Tip of Borneo - Tj Simpang Mengayau




Akhirnya.. dpt gk jejakkan kaki kat sini stlah skian lama ajak mr hubby.. puas gk la merajuk, ugut dan mcm2 lg.. huhu...


we went there last saturday, 2nd January 2010.. berdua je.. geng2 kapal mr hubby ada trip gi air terjun tp ktorg tak join.. huhu


perjalanan bermula dlm pkl 10am dr Tuaran dan ktorg smpai sana lbh kurang 3jam kemudian.. fuuhhhh... penat dok dlm keta lama2.. actly tak la jauh sgt.. dlm 180km je dr Tuaran.. tp disebabkan jln byk rosak, plus nk msuk Tj tu siap jln batu2 so tak smooth la.. kat situ bwk dlm 20km/h slma 15 minutes.. so jauh x jauh jln yg teruk ittew.. sila kira sndri.. huhu


tmpt wajib utk posing bila smpai sini..


23 weeks of pregnancy nih..


tu la dia tip of borneo


blkg tu ada pulau ape tah..



ms on da way pegi tu terperasan la signboard ke rumah pjg.. mmg hajat dihati nk singgah ms blk.. tunggu punya tunggu, smpai ke Tuaran ktorg tak jumpa signboard ke rumah pjg tu ms blk.. rasanye signboard tu one way je, belah org dtg dr KK.. hampeh tol. dah la nk smpai ke sana pyh.. psni mcm tipis je peluang nk gi lg dgn keadaan jln mcm tuh.. *sigh* xpe la.. at least da smpai tip of borneo.. hehe.. dr Tj tu ktorg jln2 gi bndar Kudat dulu.. pkl 3pm br gerak blk..



ktorg beli jam nih je as souvenir.. kenang2an


ps: esok mr hubby akn belayar stlh almost 2 months tak belayar.. last bln 10 aritu.. hrpnye ini yg terakhir la..


Tuesday, December 29, 2009

Trip ke Manukan

Hello!!!


Last saturday (26/12/09) ktorg gi Pulau Manukan. trip KD Pahang, dimana en suami bertugas. kalau nama nk pegi sendiri dgn keadaan skrg ni JGN HARAP!!! hehe..


mula2 mcm berat gk nk gi sbb kalau naik boat kecik ~mcm previous agk merbahayakan gk la sbb ombak kuat, so hentakan kuat. tp bila taw dorg pinjam kapal navy, Combat Boat (CB) yg besar ~xla sbsr PV (Petrol Vessel) rs mcm nk ikut je. lg2 bila CO ~org paling bsr (pngkat bkn size ye) dlm KD Pahang mereka pn join.. so hip2 horrey.. leh join.. hehe..


dlm keadaan mcm ni en suami tak kasi main air sbb takut ape2 jd.. pas tnya2 org, ramai yg ckp tak de ape. kalau tgk mat saleh lg nk bersalin lg berendam ada la.. so en suami pn bg la green light utk main air.. siap dpt snorkeling lg.. yahoo... tp jap je dlm 5-10 minutes.. pastu ktorg naik sbb en suami sakit telinga dan gatal2. air laut gatal lak time tu. wlaupun lom puas lg tp ikutkan je la. xkn nk dok berendam sorg2.. dah la x pandai berenang.. huhu



ALAMAK!!


tak byk gmbr la kali ni.. bak kata en suami.. "nothing changes" cuma fizikal kami je la berubah sikit.. hehe.. yg lain2 kat Manukan tu same je..



few pics b4 blk..



ini dia..



CB yg ktorg naik..



exclusively.. ME.. huhu.. 22 weeks..


tecik je perut.. ms nk ke Manukan pakai track bottom terus sng nk mandi xyah salin2, tak nmpk perut pn. wife CO terkejut bila ckp pregy 5months.. huhu..


it was my 2nd time dtg sini.. en suami dah byk kali kot, dgn kwn2 dia pn prnah.. hrp2nye tahun dpn leh jejak kaki kat sini lg.. kot2 fmly ktorg dtg KK leh bwk jln2.. huhu


this week en suami ada berbunyi mcm nk ke Kudat n Kota Belud.. hrp2 jd la.. huhu


Monday, March 2, 2009

Akuarium & Muzium Marin @ UMS

Sehari sblm blk Jb, 27022009, ktorg smpat berjalan ke Akuarium & Muzium Marin kat UMS.. x yah risau nk msuk UMS ni anda tidak akan ditahan seperti di UTM sbb UMS ni mmg terbuka utk pelancong kot... huhu..


beruntungnya ktorg.. patutnya msuk situ kena byr RM5 sorg, (kat kaunter Muzium la) tp ktorg msuk free sbb tgh promotion until 1 March.. huhu.. dah la ktorg smpai pkl410, lg 20 minit nk tutup. kat sana opis hour awal 30 minit dr Semenanjung..


so meh cuci mata....



ni yg terdapat kat Muzium Marin



rangka ikan paus..



penyu dah di awet..




yg ni lak kat akuarium... mcm2 ada..





ikan ape tah yg pjg ni..



yg kat bwh ni B ckp kerapu tp lain2 jenis kot..









ini penyu idop ye..


besar gila ikan tuh..




ni ada batu karang je.. cantik. kalerful






byk lg tmpt menarik kat Sabah tak pegi lg.. sabar masih ada masa lg..







ps: kualiti gmbr kurang memuaskan berikutan menggunakan hs je..

Friday, January 2, 2009

Lumut~Pangkor

Krismas yg lepas saya telah menjejakkan kaki ke Lumut buat kali ke-3.. 1st ms trip UTM 4, 5 thn yg dulu.. 2nd ms anta Farid blk Lumut ms raya haji, wpon tak singgah lama.. n kali ni lama gk la bercuti smpai Awal Muharam.. seksok klu mr hubby dpt posting Lumut pemergianku ke Lumut takkan terkira lg.. huhu...

Geng, kalau korg ada jupe siput mcm dlm gmbr bwh ni mksudnya korg dah smpai bndar Lumut taw!! Rasanya kat Lumut je ada siput besar gedabak mcm tu. leh iktiraf siput terbesar di dunia gk la.. yeke?? sure ke kat tmpt lain xde?? mmm...

ni view di siang ari..


Sepanjang 5ari 4mlm kat sn byk gk tmpt yg ktorg gi.. the most visited place adalah Lumut Waterfront.. kalau mlm lg cantik.. mmg happening la. lebih kurang mcm Danga Bay la.. ape?? tak taw Danga Bay ktne? Kalau tgk
Dunia Anita msti taw punya.. hehe.. kat JB laa.. off topic plak.. back to the topic hoccay..

Kat Lumut brg yg murah2 adalah mknn laut.. mcm sotong yg nipis2 ade gula tu.. ape nama dia ek.. ikan masin pn murah2.. tp ms blk Jb aritu tak beli ape pn.. alasan.. beg berat.. pmls betol.. huhu...

Yok cuci mata ckit ngn gmbr2 kat Waterfront tuh..

mcm airport kn


tulang ikan paus kot.. hehe


ni ekor ikan paus


ketam dan kerang yg besar..


Ktorg ada gk gi Teluk Batik.. rmai betol manusia.. almaklumla cuti skola kn.. tp ktorg gi sn sbb nk buang ms je.. tak taw nk gi mane.. smbil2 cuci mata.. huhu.. seb baik takde minah salih berjemur kalau tak free2 je kurang pahala.. huhu...

matari terbenam yg cantik


ni pn kat Teluk Batik



Sehari sblm balik Jb smpt gk gi Pangkor.. balik ari je.. tak bermlm pn.. tak mampu la... tp dok sana x smpai sehari pn rs mcm dah puas jln.. ktorg sewa motor n round 1 pulau tu buat 1 round stgh.. ptt sewa motor sehari RM25 tp ktorg kena RM50 sbb time cuti.. siot betol.. tp nk tak nk mmg kena sewa gk kalau tak dok je la dpn jeti tu.. paling2 pn leh jln gi town je la.. hehe..

Pengalaman yg tak leh dilupakan ms kat Pangkor tu adalah.. guess what? hehe.. saya dgn tak berapa bergayanya telah menjalankn aktiviti snorkeling dibantu oleh jejaka kesayangan hamba.. Cekgu ni dah selalu gi snorkeling kat KK dulu.. so agk terer gk la.. and it was my 1st time.. mmg huru hara ckit. tp seb baik la ada cekgu yg sgt penyabar n pandai berenang.. kalau tak dua2 lemas sbb anak murid asik tolak kepala cekgu ke dlm air ms nak naik.. hehe

At 1st kepala br tenggelam tak smpai 2 minit dah naik blk... alasan.. takot lemas n rs mcm sesak napas pn ada.. padahal dah pakai life jacket.. sgt tak yakin dgn life jacket tuh.. huhu.. sengal betol.. oppss teringat la kata2 seseorang ittew.. xkn ku lupa selagi hayat dikandung badan.. tp lama2 leh lak tahan lama ikot cekgu.. dok follow cekgu je.. mula2 ktorg agak kecewa gk la sbb xde ikan n corals yg cantik. rs mcm tak berbaloi je.. pas berehat jap ktorg nyelam blk n jupe tmpt yg not so bad la.. byk gk ikan cantik2.. tp coral xde pn.. pastu mr hubby dok bg ikan mkn roti.. saya hanya mampu melihat.. takot ikan gigit jari.. again.. sengal kn.. hehe..

Tp seriously pulau2 kat KK lg maha indah.. tak yah snorkeling pn leh nmpk dasar laut.. ikan dan coral yg sgt cantik.. hope leh gi sana lg n wt aktvkt ni.. ktorg nk jdkan snorkeling ni as our new hobby, bley?? nk jelajah seluruh pulau kat malaysia utk hayati keindahan ciptaan Tuhan.. hehe... nti ada ms nk cari n beli goggles sndri. xyah sewa, pakai bekas org lain.. tp kn.. mmm i admitted 1 thing la.. akk ckp goggles tu lg bsr dr mukaku yg comei ini.. hehe...

Ni dia map Pulau Pangkor.. utk pengetahuan semua.. kalau nk snorkeling bkn kat Pangkor itself. tp kena naik boat ke Pulau Giam dr Teluk Nipah.. sewa boat RM30 2 ways.. dan sewa goggles RM5 each.. waaa... promote tak hengat nih...



tiket RM10 2 ways.. worth it la..


ni la ferry yg ktorg naik..


2 ekor burung kat atas tu burung idop taw..


Sebelum terlupa.. ari Sabtu, a day b4 gi Pangkor ktorg dpt jemputan kwin kat Ipoh.. senior mr hubby ms kat KK.. spttnya ada kawad tp apakan daya dsbbkan ramai geng2 kwd takde n pihak pompuan pn tak nak tunggu lg so mjlis pn dimulakan.. so kesian.. teringat lak kat akk.. xpe la yg penting segalanya berjalan dgn lancar dan mudah2an jodoh berkekalan ke akhir hayat.. amiinnn..

pengantin perempuan yg sgt cantek..


yeaY.. saya jgk smpt jupe kwn2 yg bekeja kat Lumut.. antaranya Zira dan Jima.. ari Jumaat tu ada la terjumpa ngn Zira ms kuar dr mcD, pastu planned nk jupe both mlm pas blk dr Ipoh tp x jd sbb Zira bz meng'entertain' bf dia yg dtg dr jauh.. so planned again nk jupe mlm blk dr Pangkor.. n again.. x jd jgk.. smpt jupe Zira sat je sbb dia ada hal.. Jima lak tak leh dtg sbb ujan.. so the last day kat situ je la jupe Jima alone.. ktorg lunch together.. n smpt la mengabadikan saat itu setelah sekian lama tidak bertemu.. huhu..

Jima yg semakin kurus with me..


Compiled pix spjg di Lumut..


pandangan terakhir b4 blk Jb..


Geng.. korang kalau pergi Lumut don't forget 1 thing.. gi cari Mee Gulung.. 1 kedai je ada jual mee ni.. confirm takkan jupe kat tmpt lain.. promote lg...

Related Posts with Thumbnails