Thursday, June 28, 2012

3 Months Old Arsyad

Assalamualaikum


Alhamdulillah 27 jun yang lepas genap lah usia arsyad yang ke3 bulan. Owh.. Bukan tu je. My gojes dah masuk 5 bulan, bisnes berdaftar pula dah masuk 4 bulan. Ye.. Semuanya kebetulan berlaku pada 27/1, 27/2 dan 27/3.. Tertunggu-tunggu gak apa yang berlaku pada 27/4, 27/5 dan 27/6 tapi takde apa yang special pun. Hehe..






Ni dia muhammad arsyad nayli..




Semangat kan? Fuhhh baru 3 bulan dah tak boleh dukung lama-lama. Agaknya ada 7kg lebih kot. Alhamdulillah, anakku membesar dengan sihat dengan susu ibu sepenuhnya. Ha!! Tak payah menyibuk nak suap makanan ye!!! Lagi 3 bulan je.. Arsyad pun kalau kami makan depan dia, mula la jilat hujung bibir tu. Siapa tak geram kan..







Believe or not? Gambar di atas Arsyad 3 bulan pakai baju Azhad bersize 3 tahun. Actually cutting baju ni memang kecil, azhad pakai pun fit je. Bila arsyad pakai pun ok je. Tak gedobos sangat. Cuma panjang sikit je. Perghhh.. Tapi kalau diorang duduk bersama pun memang nampak lebih kurang je, cuma azhad tinggi je..


Eh.. Saya bukan saja pakaikan baju azhad kat arsyad, tapi sebab ahad (24/6) hingga selasa (26/6) kami pergi Lumut ikut hubby ada kursus, boleh pula bawa baju arsyad ngam-ngam je, sekali basah kena kencing takde spare. Baju azhad pula berlebih-lebih. Jadi pakaikan la baju azhad yang paling kecil. Time nak pakaikan adik baju tu azhad macam tahu je baju dia, bila cakap baju adik baru dia diam. Jap lagi tepek gambar sepanjang kat Lumut. Malas nak buat entry lain. Sekarang ni nak catat perkembangan arsyad dulu..


Arsyad masih belum boleh mengiring. Eh ada gaya nak lambat macam abang ni. Tapi harap-harap tak lambat la. Sian abang tunggu adik nak main sama-sama. Dah boleh gelak. Suka ajak bersembang, dari kecik lagi dia memang suka kalau orang sembang, cuma ummi dia ni kadang sibuk sangat. Huhu.. Pandai kalau orang marah cebikkan muka. Suka tengok. Hehehe. Kalau abang kiss or main dengan dia tak kira la kasar macam mana pun, dia tak pernah menangis. Melainkan kalau abang terjatuh atas dia, sakit sangat kot baru nangis. Kalau abang hempap dada dia time nak kiss tu, arsyad diam je. Tapi risau juga jadi apa-apa kan. Lagi, dah pandai pegang baju time breastfeed. Pandai angkat badan bila orang nak angkat dia atau nak suruh orang angkat dia. Dah tak baring setempat bila letak atas tilam. Dah boleh angkat kepala.. Ermm apa lagi ye? Actually arsyad dah merasa makan macam-macam. Abang rajin sangat share makanan dengan adik. Mentos la, sugus la. Nasib baik la tak masuk mulut adik tu. Kang jadi cerita lain lak.. Tapi lately ni jarang dah dia menyuap adik, dulu je excited nak bagi adik makan..


Ermmm tu je kot.. Jom layan sedikit gambar masa di Lumut..


@tesco lumut sebaik sampai. Shopping utk bekalan dlm hotel.




Sedap budak2 ni tidur dalam aircond




Terzoom masa snap. Comeiii




Akhirnya. Ada gak pic dgn baby..




On the way back. Dah pandai melaram ok!





Sekian!!


Published with Blogger-droid v1.7.4

4 comments:

Ira said...

sama2 motak.. hehe.. comel!!!..
geram nye tgk arsyad..gebu..
tahniah bf arsyad sepenuhnya..
aku ni kurang motivasi.. hehe..

liza said...

Hehe. Org kerja lain cabarannya..
Kalau tak kerja tp tak bf mmg 1 kerugian la. Huhu

DiLLaiLa said...

montelllll...abg die nampak lg kurus pulak bile duduk sebelah adik..kalau tgk gambo sorang ok je sbnrnye..hihi

liza said...

hehe.. abg mmg ada prob bmi tak cukup. pdhal tak la kurus sgt pun.. huhu

Related Posts with Thumbnails