Assalamualaikum
Selamat hari raya. Belum nak cerita pasal raya lagi. Nak update pasal Arsyad dulu sebab arsyad 4 bulan tak sempat update. Alhamdulillah isnin lepas arsyad genap 5 bulan. Masih full breastfeed. Lagi sebulan dah boleh makan. Yippie!!! Arsyad dah meniarap. Tapi sangat jarang. Baru 3 kali kot. Tapi dah berpusing dalam keadaan meniarap tu. Dah angkat punggung dan tolak kaki macam nak kedepan. Ermm. Penat nak tunggu. Ingatkan dia boleh cepat sikit dari abang. Tapi nampak gayanga macam sama je. Tak pe la. Pasrah dan redha je la. Nak buat macam mana. Bukan boleh dipaksa-paksa. Nanti dia dah start merayap saya pula jadi super mommy monster. Menjerit sana sini. Dengan azhad yang macam-macam hal, adik lagi. Huhuhu
Budak bambam 5 bulan :)
Masa 4 bulan dulu check up lewat dalam 12 hari, 8/8 baru check up. Gara-gara arsyad demam masa untuk injection 3 bulan. Berat waktu tu 8kg, tinggi 67cm. Both lebih dari azhad masa umur yang sama. Wahhh.. Adik lg besar dari abang nampaknya. Berat naik 300gram je. Pjg bertambah 5cm. Arsyad dah semakin memanjang pula.. Tapi tak nampak panjang sangat sebab dia bambam!
Untuk 5 bulan ni petang tadi baru check up. Pertama kalinya dia tak menangis ketika disuntik. Mak dia punya la tunggu dia nangis. Biasa masa cucuk jarum tak nangis, masa tekan picagari baru nangis. Tapi sampai ke sudah dia maintain macho je. Kagum kejap. Mungkin sebab isi banyak sangat kat peha tu sampai tak terasa. Atau pun dah kebal sebab abang azhad selalu buat dia. Tapi kadang nangis je bila abang buat dia. Maksudnya abang Azhad buat dia lagi sakit dari injection tu. Wakaka.. Arsyad dah 8.6kg, 68cm panjang.. Membesar dengan sihat. Tapi sikit je tambah panjangnya. Balik beraya aritu semua suka sebab dia bambam dan tak kisah siapa ambil pun. Tak menangis. Syukran dia bambam, so takde la orang sibuk nak suap makan itu ini. Mood pun baik je takde la orang cakap dia lapar. Kalau tak jenuh la nak tadah telinga orang sibuk suruh suap makan. Suruh ok lagi. Buatnya dalam diam amik anak, disuapkan sendiri tanpa minta izin? Tapi Allah akan tunjuk kalau ada yang buat macam tu. Macam masa first time bawa Arsyad balik kelantan bulan 5 lepas. Ada pakcik hubby ambil baby, tau-tau je bila ambil balik ada sebutir gula pasir dekat leher baby. Rasa macam dah cerita kot! Orang kita ni ikutkan sangat adat. Padahal dalam islam takde pun. Dah tahnik dengan kurma cukup la kan. Tapi tu la, nak cakap lebih-lebih dapat label lagi kang. Haha
Ok! Arsyad dah pandai passing mainan dari satu tangan ke tangan sebelah. Dah mula menyembur air liur. Habis luruh rambut i. Maka dengan itu dapat la i rambut raya. Kekeke.. Suka sangat main dengan abang. Kalau abang melompat, adik gelak terkekek-kekek sampai mengilai pun ada. Kalau abang gelak, adik pun sama gelak. Kalau abang nangis, kadang-kadang adik pun nangis. Part ni memang haru! Nak pujuk abang lagi susah dari adik!! Kadang-kadang tu mak dia pun nangis. Wakaka
Siapa lagi besar? Pakai pampers sama size ok!
Arsyad dah kenal mak dia. Well, ni rasanya seawal usia 2 bulan baby dah kenal ibunya. Tapi nampak sangat masa balik kelantan hari tu. Lepas beraya kami ada singgah rumah jiran yang buat kenduri arwah. MIL dukung baby dan suruh saya makan dulu. So saya makan la dulu sambil kejar azhad nak suap dia makan. So agak lama la. Dah la saya sendiri makan pun lambat. Sempat la hubby menambah, saya tak sudah lagi. Tiba-tiba dengar baby menangis dengan galaknya. Saya buat tak peduli je sebab ada orang pegang bukan nangis sorang-sorang. Hubby habiskan makanan dia lepas tu ambil baby. Lepas saya siap makan baru ambil baby. MIL dan SIL cakap, baby pandang MIL, pandang SIL. Tengok mak dia takde terus menangis. Waahhh.. Anak ummi!
Arsyad suka tengok tv. I like! So boleh la dibiarkan dia tengok tv sambil saya buat apa yang patut. Kalau buka barney kegemaran abang, adik pun layan. Biasanya kalau lepas mandi, dah bf, letak je dia dalam rocker depan tv. Tengok-tengok je dah lelap. Sangat senang. Mudah-mudah sampai besar la mudah dijaga macam ni. Kekerapan poopoo dia dah kembali normal. Masa usianya 2-3 bulan, baby berak 4 hari sekali. Risau dibuatnya. Sekarang setiap hari atau 2 hari sekali membuang. Tak lah risau sangat. Tapi fully bf baby normal je kalau tak berak setiap hari. Tapi ada limit hari dan kena pantau la..
Arysad sekarang tak reti duduk diam. Kalau pangku dia, mesti nak lurutkan badan. Sudahnya i longgarkan pelukan dan biar je dia menjalar atas lantai. Lantak la nak tertonggeng ke apa, asalkan tak menangis. Pernah sampai baring bawah basikal azhad. Kalau duduk dalam stroller or rocker asyik nak kena betulkan duduknya. Kejap senget sana, kejap senget sini. Kadang tu macam nak jatuh dah. Kalau baringkan atas toto pun sama. Tiba-tiba dia menjerit, tengok-tengok dah kat atas lantai, kepala dah kena kaki meja tak boleh nak bergerak. Kekeke..
Arsyad suka sangat masukkan jari dalam mulut dia. Tak kira la jari siapa pun. Jangan masuk jari kaki dia sudah! Bahaya tu!! Hehe.. 2-3 kali jolok mulut dengan jari dia sampai muntah. Hangin je mak dia. Bila orang makan pun sibuk pandang. Kalau time makan tu dia atas pangku, pandai je tarik tangan kita ke mulut dia. Tak sabar betul! Ermm.. Apa lagi ye.. Tu je dulu kot. I'm off now. Nanti nak cerita pasal raya! Siapa ada buat open house jemput la kami. Kekeke

Published with Blogger-droid v2.0.7