Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label masak-masak. Show all posts
Showing posts with label masak-masak. Show all posts

Thursday, December 5, 2013

My First Attempt Karipap

Assalamualaikum..


Lama tak cerita pasal masak-masak.. Mood mencuba resepi memang takde sejak beranak 2 ni. Tak sempat weii.. Padahal memang pemalas pun walau anak 1 dulu.. Tapi baru-baru ni, (tak la baru sangat dah 3 minggu lebih kot) teringin lak buat karipap tapi malas nak pergi kedai beli bahan-bahannya. Biasa kalau pergi kedai UNC memang tak singgah mana-mana pergi atau balik. Sebab susah sikit nak shopping dengan heroes ni. Padahal time en suami belayar ke Sabah selama 2 bulan tu boleh pulak shopping barang-barang dapur bawak anak-anak. Ni sebab tau weekend en suami ada so tunggu beliau balik baru suruh beliau belikan barang dan saya buatkan.. Nampak sangat mengada-ngada, kan..



So lepas complete segala bahan-bahannya, saya pun berperang la di dapur. Makan masa juga la sebab nak kena layan budak-budak kecik ni. Kejap nak minum, kejap nak itu, kejap nak ini.. Selepas beberapa lama akhirnya siap juga karipap ku.. Sorry la takde gambar, bukan sebab tak sempat amik gambar dah habis di belasah. Tapi sebab karipap ku huduh.. Tak reti kelim.. Masa uli tepung tu macam nak give up juga sebab adunan lembik, so tambah tepung lagi sampai rasa ok.. Bila dah boleh di bentuk tak reti nak kelim pulak. Tapi usaha juga la asalkan ada bentuk dan tak terbuka masa goreng. En suami lagi la.. Hahaha... Gelak dulu... Dia pun tak reti kelim tapi ada hati nak membantu.. Sudahnya dia buat karipap gulung. Hamik kau... Wakakaka..


Walaupun karipap ku huduh dan tak berapa cukup rasa, tapi habis kau.. Both Azhad Nayli dan Arsyad Nayli dengan mak bapak dia berebut.. Tak sempat nak goreng lagi habis. Maklum la, lama sangat tunggu.. Kelaparan masing-masing.. Itulah keajaiban air tangan ibu kan.. Kekekeke... Poyo je.. Lepas tu Arsyad tidur kekenyangan karipap buatan emaknya..



Tarikh upload gmbar ni dlm fb adalah 17.11.13



Ni saya tepek resepi yang saya dapat dr myresipi.


Bahan-bahan ( 20 biji )

250g tepung gandum
2 sudu besar marjerin - panaskan
2 sudu besar minyak masak - panaskan
garam skit
air

INTI
5 biji keledek
2 sudu besar kari ayam/daging
1 biji bwg besar
2 ulas bwg putih
garam
air

Cara-cara

Untuk membuat kulit karipap
  • Campurkan tepung, marjerin,minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yg rangup). 
  • Gaul rata gune sudu sbb panas. 
  • Bancuh air+garam. Masukkan sedikit2. 
  • Uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika mengelim.

Untuk buat inti
  • Kentang dikupas dan dipotong dadu dan ketepikan.
  • Blend bawang besar dan bawang putih. Tumiskan bhn2 tersebut hingga naik bau. 
  • Masukkan pes kari dan kacau rata. 
  • Kemudian masukkan kentang,air dan garam sekucup rasa. Masak sehingga keledek empuk dan air kering.

Apabila inti telah sejuk, boleh la mulakan proses mencanai dan mengelim.
Goreng dengan api yang sederhana hingga kekuningan.
Karipap Karipap sebelum dgoreng. Bleh juga terus dfrozenkan.




Rasanya macam gagal sikit resepi ni, sebab tadi baru jumpa resepi yang lebih detail... Hehe.. Salahkan resepi lak, kan.. Takpe lepas ni kalau buat lagi kita cuba resepi lain pulak.. Kena pergi cari benda alah ni kalau nak buat lagi.. Baru cun..


acuan karipap, gambar dari google


Tapi kan, seminggu lepas tu en suami balik dari Lumut bawa 2 packs karipap segera tapi homemade (emak kepada budak kapal dia yang buat). Tinggal goreng dan makan je. Memang yummeh la.. Nampak sangat saya buat tak sedap.. Waaaa... Tak pun dia kesian sebab penat nak buat dengan anak-anak lagi.. Positif..


Ok la.. Sampai ketemu lagi..

Saturday, August 11, 2012

My 1st Almond London :)

Assalamualaikum



Akhirnya berjaya juga siapkan kuih raya kesukaan ramai iaitu Almond London. erm kenapa London ye? kenapa tak Almond Malaysia?? Siapa tahu macam mana dapat nama ni sila jawab!



Kalau nak tahu, untuk siapkan kuih ni saya ambil masa 2 hari 3 malam untuk siap.. Tak percaya? HAHAHA..



Rabu malam start buat adunan.. pukul bahan-bahan manually, takde mixer la katakan.. so orang lain mungkin ambil 20-30 minit untuk buat adunan, saya ambil almost 2 jam. dah tu tengah pukul butter, arsyad nangis. pergi la susukan kejap.. tengah uli tepung azhad datang kacau.. mana tak lama!



Khamis siang, tak buat apa pun sebab memang nak bakar malam so boleh rasa dulu before bakar. malam baru start bakar. tapi try sikit-sikit sebab tengok resepi asal tu bakar pada suhu 200 degree selama 20 minit. macam lama sangat je. so try and error setting sendiri.





sedang beratur untuk disadur dengan coklat



Jumaat lepas sahur start membakar. tapi biasa la.. kejap-kejap bangun susukan baby. so lambat jadinya. dalam pukul 8 pagi tidurkan baby tertidur sekali. bangun sambung lagi sementara azhad dan baby tak bangun lagi. diorang bangun memang tak dapat sentuh la.. sebelum berbuka baru siap membakar.. lepas terawikh baru buat kerja menuang coklat.. pukul 2am baru setel. itu pun sebab kena ambil masa untuk susukan arsyad..






hasilnya tak cantik. comot tapi yummy. sebelum sadur dengan coklat pun hubby dah ratah.. lepas sadur coklat hubby ambil 1 cakap sedap. hehe.. Alhamdulillah menjadi juga walaupun berkurun nak siapkan.. hajat nak buat untuk mak dan MIL. tapi rasanya apa yang ada tu diagih sorang sikit kot. takot tak sempat nak buat.. mungkin akan try buat yang simple macam cornflakes..



siapa yang nak try buat boleh tengok resepi ni. tak susah pun sebenarnya, cuma banyak kerja je.. patutlah kalau jual mahal. tapi macam mana nak dapat outcome yang clean eh? ku punya comot macam puan punya..



Bahan-bahan ( +/- 100 biji )

250 gm mentega
125 gm gula halus
1 biji telur
1 tsp esen vanilla
50 gm serbuk badam (optional)
200 gm tepung jagung
300 gm tepung gandum
2 sudu tepung beras
1 tsp baking powder
200 gm kacang badam (digoreng tanpa minyak)
50 gm badam cincang/rainbow truffles (utk hiasan)
coklat masakan


Cara-cara

-Pukul mentega dengan gula hingga kembang
-Masukkan telur, esen vanilla dan dipukul lagi.
-Masukkan serbuk badam, kacau
-Ayak bersama tepung jagung, tepung beras, baking powder dan gaulkan bersama adunan tadi
-Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh
-Bentukkan doh menjadi bulat-bulat kecil/lonjong & masukkan kacang didalamnyer.
-Letakkan diatas dulang pembakar yg telah dilenserkan sedikit mentega
-Bakar pada suhu 170'c selama 15-20 minit, atau sehingga masak
-Cairkan coklat masakan dengan kaedah "double-boil"
-Masukkan biskut tadi kedalam mangkuk kertas dan tuang atau celup coklat masak.
-Taburkan sedikit badam cincang/rainbow truffles utk hiasan
-Biarkan ia kering seketika dan sedia dimakan atau disimpan.


resepi credit to myresipi.com


ps: siapa ada rekod buat kuih paling lama nak siap? boleh challenge i? Kekekeke

Saturday, July 21, 2012

Moist Chocolate Cupcake

Actually ni bukan hasil pertama dari oven baru. Before this en suami dah rasmikan dengan bakar pizza, panggang ayam, daging dan ikan. Saya pun dah guna untuk bakar pizza dan carrot cupcake. Pizza tu pizza segera je. Beli roti pizza, sapukan bahan-bahan yang digemari, tabur cheese, masuk oven. Ting! Siap! Carrot cupcake buat 2 trip sebab Azhad suka makan. Resepi dari internet je. Nanti buat lagi ku ambil pic then tepek sini..


Semalam gagahkan diri buat chocolate cake walaupun kepala tengah weng. Resepi sama macam yang pernah buat dulu. Tapi kali ni guna cawan besar, so kena adjust la yg lain-lain macam backing soda, backing powder dan telur. Walaupun resepi tu untuk kukus tapi ku bakar je. Alhamdulillah menjadi juga. Kali ni buat dalam cup so jadilah chocolate cupcake. Sebabnya senang anak kecilku nak makan. Kalau buat dalam loyang leceh nak potong.








Hajat hati nak buat topping tapi bila fikir kalau ada topping nanti azhad makan topping je cake tak makan, so dibatalkan la niat itu. Owh.. Kali ni adunan banyak, separuh buat dalam cup separuh lagi masuk dalam loyang. Hasil bakaran malam tadi dibawa balik kampung. Memang niat nak buat cake untuk balas tupperware mak. Nak masak tak reti, at least buat cake pun ok lah. Takkan nak balas bekas kosong. Huhuh. Boleh buat makan berbuka nanti. Silap-silap habis dibelasah anak-anak sedara.


Ok la.. Selamat berpuasa semua. Semoga segala amalan kita diterimaNya. Maaf zahir batin

Assalamualaikum


Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, July 3, 2011

Nasi Hujan Panas

Assalamualaikum.

Berkurun dah tak buat entry pasal makanan. Tetiba je rajin. Tapi bukan rajin masak, rajin buat entry pasal makanan je. Tukang masaknya adalah mr hubby, as usual.


Baru-baru ni a friend of mine ada bagi link blog masak-masak. Tetiba rasa macam nak try masak makanan yang tak biasa masak. Dah lama tak mencuba resepi orang. Tapi this time bukan ambil dari blog tu, dan bukan makanan yang saya nak buat pun. Mr hubby dah beberapa lama cakap nak makan nasi hujan panas, dimana di KL ni payah nak dapat. Jadinya kena la buat sendiri. Belek-belek resepi tu rupanya tak la susah mana. Jom tengok!


Bahan-bahan (6-8 orang)
4 cawan beras
1 biji limau nipis
2 sudu mentega
3 sudu susu pekat (ikut kemanisan yang diingini)
Garam secukup rasa
Gajus dan kismis ikut citarasa
Pewarna (kami guna hijau, merah dan kuning)

Bahan tumis:
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
Rempah 4 serangkai (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga & bunga cengkih)


Cara - cara:

1. Basuh beras dan sukat air seperti biasa
2. Panaskan mentega untuk menumis
3. Masukkan bahan tumis dan tumis sehingga naik bau
4. Kemudian masukkan susu, garam dan perah limau nipis
5. Setelah menggelegak, masukkan bahan-bahan yang telah ditumis ke dalam periuk nasi. Kacau sebati
6. Setelah nasi agak kering, masukkan gajus dan kismis. Kacau sebati.
7. Kemudian cucuk sudu/lidi bersama pewarna tadi ke dalam nasi.
8. Selepas 20 - 30 minit baru nasi dikacau.
9. Siap! Sedap dimakan dengan ayam masak merah.





Ni first time saya makan nasi ni. Not so bad. Senang pun senang. Agak-agak malas masak banyak lauk buat je nasi ni. Satu lauk dah cukup sebab nasi tu sendiri dah ada perasa.

Selamat mencuba!



Published with Blogger-droid v1.7.2

Thursday, August 26, 2010

Ketupat Sotong

-Entry tertunda-

Hello ebribadi..


Entry kali ni pasal masak-masak lagi. walaupun ada masakan yang tak menjadi, cubaan demi cubaan akan tetap diteruskan sehingga berpuas hati.. hehe..


Hari ni hubby duty, so tak sempat nak masak banyak lauk sebab Azhad sibuk ajak main.. tapi sempat juga masak makanan ni atas permintaan hubby..


Bahan-bahan ( 10 ekor )

10 ekor sotong sederhana besar
1 cawan beras pulut
2 cawan santan sederhana pekat
1 keping gula melaka
sedikit garam
gula secukupnya
sehelai daun pandan
10 batang lidi/pencungkil gigi


Cara-cara

1. Bersihkan beras pulut. Rendam dengan santan selama 30 minit. Toskan beras. Santan bekas rendam beras tu dimasukkan ke dalam periuk.
2. Bersihkan sotong. Keluarkan kepalanya.
3. Isikan beras pulut ke dalam sotong 1/3 penuh. Tutupkan dengan kepala sotong. Cucuk dengan lidi supaya kepala tak tercabut. Masukkan ke dalam periuk yang ada santan tadi.
3. Masukkan garam, gula melaka dan daun pandan. Masak sehingga pekat.
4. Ambik sikit kuah tadi dan rasa sama ada dah cukup manis atau tidak. Kalau belum manis bolehlah ditambah dengan gula.

taraaa..


ketupat sotong


Pada yang tak tahu, ketupat sotong ni makanan orang kelate.. hubbyku selaku' sirim' telah meluluskan masakanku itu.. hehe.. 1st time buat jadi. tapi tak susah pun.. hehehe..

Saturday, August 21, 2010

Lopes De Square

Assalamualaikum..

2,3 hari ni rajin la pula masuk dapur.. ehh.. sebelum2 ni pun rajin masuk dapur tapi masak lauk-pauk untuk berbuka je. kuih-muih, kek, dessert lama tak try. hari Khamis lepas ~hari saya masak ketam bollywood saya buat kuih lopes de square atas permintaan en suami. teringin nak makan katanya. kat sini tak jumpa.. so apa lagi, cari la kat myr dan resepi paling simple la saya copy n paste. errmmm.. kalau perasan semua resepi yang saya CnP guna cup, takde yang gram.. sebabnya saya takde penimbang. nak kena beli nih, bak kata cik Yanie RM10 je. tapi hubbyku cakap kat sini RM15.. heheheh...


kuih lopes

Bahan-bahan (saya guna cup beras sebab loyang berdiameter 7.5 inc je)

2 cawan beras pulut
2 cawan santan cair
1/2 cawan air pandan (dikisar)
1 st air kapur
1/2 st garam
beberapa titik pewarna hijau
kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam

*** air gula ***
3 ketul gula melaka
5 sb gula
3 cawan air


Cara-cara

1. Cuci beras pulut, rendam beras pulut dgn air selama 3jam, masukkan juga pewarna hijau & air kapur.
2. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.
3. Kemudian toskan beras pulut dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit.
4. Lepas tu, masukkan santan & air pandan. Kukus lagi selama 30minit.
5. Alas bekas 4segi/bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dgn plastik/daun pisang. Biarkan sejuk, kemudian potonglah ikut bentuk yg anda suka. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.
6. Semasa kukus pulut, boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk, bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.

*** air gula nih bergantung pada saiz gula melaka yg anda gunakan, jika guna yg besar blh kurangkan gula.


Comment dari diri sendiri dan hubby: boleh la as a beginner dan 1st timer.. yang ni cara simple je. kalau nak yang betul2 holiaw kena balut dengan daun pisang bagai. mana nak cari daun pisang. lagipun bukannya saya pandai nak balut-balut nih...kang ada yang terbarai masa rebus.. huhuhu

esok ada agenda lain.. harap-harap menjadi.. tungguuuu.. hehe..

Thursday, August 19, 2010

Ketam Bollywood & Jus Carrot Susu

Salam.. ni dia lauk berbuka hari ini. special.. sebab 1st time try resepi ni dan jadi. kalau tak jadi takde maknanya nak tepek sini..hehe.. resepi cilok dari myresipi.. tq kepada owner resepi ni.. huhu


Bahan-bahan

4 ekor ketam sederhana besar
4 biji bawang merah- dikisar
3 biji bawang putih - dikisar
2 biji bawang besar - dikisar
2 sudu cili kering (kalau nak pedas boleh lebihkan lagi)
3 sudu rempah kari
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
2 sudu sos tiram
2 sudu kicap cair
2 tangkai daun kari
1 batang serai
Air asam jawa
Garam
Gula
Daun ketumbar - utk hiasan


Cara-cara

1. Panaskan minyak dan masukkan daun kari. Biar hingga layu kemudian masukkan bahan-bahan kisar dan tumis hingga wangi.
2. Masukkan semua rempah-rempah dan tumis hingga garing dan naik minyak.
3. Masukkan sos tiram, kicap cair, serai, air asam jawa, garam dan gula.
4. Last sekali masukkan ketam dan kacau rata. Jika kurang rasa bolehlah diejas supaya ada rasa rempah, manis, masin dan masam.
5. Tabur dengan daun ketumbar untuk bau lebih wangi dan hidangkan..


ketam


Air pula atas permintaan suami tercinta. alasannya mata dah tak nampak.. huhu



Bahan-bahan (2 orang minum)

2 btg lobak merah
3 gelas air masak
5 sudu susu pekat (ikut citarasa masing-masing)
Beberapa ketul ais


Cara-cara

1. Basuh lobak & hiris. Blend dgn 2 gelas air.
2. Tapis ke dalam gelas. Masukkan susu pekat dan kacau.
3. Masukkan ketul ais. Dah sedia utk diminum.


carrot susu

yummy yummy... :)

Friday, August 6, 2010

Azhad @3months dan Puding Roti Horlick

Hari ni genap Azhad 3 bulan.. Azhad semakin 'semangat' dan macam-macam ragam. ada masa senang je nak tidur. sampai pergi shopping pun dia boleh tidur lena.. bunyi bising shopping mall tu dia tak peduli. ada masa dia berjaga malam ajak ummi main. abi dah selamat tidur tapi tu pun tak lena. tapi as long Azhad tak meragam, tak menangis ummi dan abi rasa syukur sangat.


Kalau time dia tidur lena tu memang ummi boleh buat macam-macam. Tengok tv, layan fb, masak.. sampaikan kalau kita nak tukar pampers dia time dia tidur pun dia mengamuk.. punyala orang tak boleh kacau. tapi kena time dia tak boleh tidur, tidur 20 minit bangun, tidur, bangun, rasa macam nak marah je. kadang-kadang tu memang dah marah pun. tapi Azhad sekecil itu bukannya paham. so layankan aje la. kadang tu bila kita marah, dia gelak balik.. huhu.. alahai penyejuk hati ummi.. harapnya sampai besar anak ummi ni bahagiakan hati ummi.


Baju Azhad ada 2 helai yang dah kena lipat simpan elok-elok sebab dah tak boleh pakai. itu pun sebab baju tu jenis romper fully tutup sampai kaki. jadinya dah tak muat sebab Azhad cepat panjang. kalau kelebaran masih muat lagi.. so nak tak nak kena la beli baju baru buat Azhad. mungkin bulan puasa nanti, masa tu pun mungkin tengah sale sempena raya. tapi buat tambah sikit-sikit je sebab ada baju yang belum pakai lagi sebab size besar.. ummi dengan abi terlebih excited masa beli dulu sampai main rembat je size besar pun. janji design cun.. huhu


Bulan ni 18hb baru ke kkia.. tapi kitorang nak pergi next week je sebab sini tak ramai sangat macan kat Pantai Dalam dulu so tak ikut date pun boleh.. Agak-agaknya berapa la berat dan panjang Azhad ye.. kita tunggu dan lihat.




Sejak ada Azhad ni ummi rasa something perubahan dalam diri ummi. macam hormon perempuan (tak tahu ape nama hormon tu) banyak pula. sebabnya dulu tak rajin dan tak tahu masak, tapi sekarang terpaksa rajin masak.. masak untuk makan harian tu memang la dah jadi kewajiban, tapi yang peliknya ni tambah rajin pula buat kek la, puding la.. ayoyo.. makin bulat muka kami berdua, selari dengan Azhad.. hehe


semua sama tembam, kan.. huhu


Semalam saya merajinkan diri LAGI buat puding roti. ini adalah percubaan ke-4. before ni buat tapi tak berapa puas hati so takde la entry pasal tu.. huhu.. tapi each time buat resepi berbeza dan sendirian berhad. this time pun sama. dok belek-belek resepi dalam internet pastu oter ikut suka. tapi hasilnya.. yummy.. "SEDAP" 1st word yang keluar dari mulut hubby.. hehe..


meh tengok resepi rekaanku. kot-kot ada yang nak try ke.. :p

bahan-bahan:
6sb serbuk horlick
1cwn air (boleh tambah kalau nak cair)
3sb susu pekat manis (boleh tambah atau kurangkan ikut citarasa sendiri.saya guna susu manis so xyah tambah gula)
7-8keping roti potong (boleh tambah atau kurangkan ikut sukatan air)
1biji telur (dipukul)
sedikit esen vanila
sedikit buahan campuran


cara-cara:
1.roti disapu majerin dan strawbery jem berselang seli
2.potong roti dan susun dalam loyang yang telah digris
3.dalam bekas lain bancuh horlick, air dan susu. kacau hingga sebati. masukkan telur yang dah dupukul dan tambah esen vanila..kacau lagi.
4.tuang bancuhan horlick ke dalam loyang berisi roti tadi. kalau air banyak tambah roti, kalau tak nanti puding cair sangat.
5.tabur buahan campuran atas roti.
6.bakar dalam oven dengan suhu sederhana sehingga masak.
7.lagi sedap makan sejuk.. YUMMY


ni rupa puding roti horlick ku..puding roti horlick



ps:pasni kalau buat lagi entah sama ke tidak rasanya. huhu..

Friday, April 30, 2010

Kek Coklat Kukus

Akhirnya...
kesampaian juga hajat dihati..


Semalam adalah "hari ini dalam sejarah"
pertama kali saya buat kek..
dan nasib baik jadi


Sebenarnya dah lama nak buat
dalam entry dulu-dulu masa masih di KK lagi,
ada mention nak buat something yg 'girly'
dan inilah dia...
huhuhu



KEK COKLAT KUKUS
~myresipi


Bahan-bahan

1 cawan gula perang
1 cawan susu coklat segar
1 cawan minyak
½ cawan susu pekat manis
¾ cawan serbuk koko
1 ¼ cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
3 biji telur


Cara-cara


1. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder .
2. Masukkan serbuk koko, gula perang, susu coklat segar, susu pekat , dan minyak ke dalam periuk dan panaskan di atas api yang kecil .Kacau sehingga larut.Matikan api.
3. Pukul telur hingga kembang dan masukkan ke dalam bancuhan tadi.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul hingga sebati .
5. Tuangkan ke dalam loyang yang telah dilengser dengan minyak.
6. Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 1 jam di dalam kukusan yang telah di panaskan.
7. Angkat dan sejukkan.



dan inilah hasilnya...




kek coklat kukus
inilah tester saya..
"sedap" budak kecik ni ckp


tapi tak buat topping pun
kalau ada topping lagi best tu..
huhuhu..


lain kali boleh buat lagi..
merasa la baby nak makan b4 keluar...
:p


Saturday, January 23, 2010

Ungkep Ayam

Smlm masa tgh pk nk msk ape bkk la web myresipi.. skali tgk ada ungkep ayam.. b4 this sll baca Fb kwn en suami yg suka mkn ungkep nih.. tp x pernah taw pn mkkn ni mcm mane.. dan smlm baru la taw tu mskn org jawa.. tgk resipi pn tak susah sgt n bahan2 pn xde la yg pelik2.. so sy pn berazam bercadang nk msk ungkep ayam utk lunch+dinner smlm..



bahan2: stlh dbelek2 resipi2 yg ada smua lain2 so blsh je..
ayam (kalau nk kick guna ayam pencen.. tp ayam xpencen lg pn leh)
serai (dititik)
bwg merah (ditumubuk)
bwg putih (ditumbuk)
ketumbar (ditumbuk)
jintan putih (ditumbuk)
jintan manis (ditumbuk)
halia (ditumbuk)
kunyit (ditumbuk)


cara2: ceh mcm dlm rncngan masak2 lak..
bhn2 yg ditumbuk & serai ditumis hingga naik bau.. tmbh grm&gula scukup rasa... pastu msukan ayam dan tambah air depends nk kepekatan kuah tu cmne.. tutup kuali biar smpai ayam empuk dan kuah sedikit pekat.. kalau nk pedas leh tmbh cili padi skit..



ni la hasilnya b4 dibedal..



ermm.. kalau ada sape2 yg lbh terer psl msk ungkep ni leh la komen ape yg ptut ye.. lg2 kalau yg pure jawa tuh.. huhu..


a friend of mine tnya "hubby ko mkn x mskn jawa tu?? dia kn org kelate hehehe.." dan sy jwb "dia belasah ape je.. slgi leh mkn dia mkn.. huhu" dan terbukti kata2 itu apbila lauk habis smlm wpun dia xpuji pn sdp ke x.. actly ktorg x pnh mkn pn ungkep ni so tak taw rs sbnr mcm mane.. so xleh la nk kata sedap ke x, jd ke x..rsnya ok la kot since it was the 1st time.. hehe


Related Posts with Thumbnails