Assalamualaikum
Akhirnya berjaya juga siapkan kuih raya kesukaan ramai iaitu Almond London. erm kenapa London ye? kenapa tak Almond Malaysia?? Siapa tahu macam mana dapat nama ni sila jawab!
Kalau nak tahu, untuk siapkan kuih ni saya ambilmasa 2 hari 3 malam untuk siap.. Tak percaya? HAHAHA..
Rabu malam start buat adunan.. pukul bahan-bahan manually, takde mixer la katakan.. so orang lain mungkin ambil 20-30 minit untuk buat adunan, saya ambil almost 2 jam. dah tu tengah pukul butter, arsyad nangis. pergi la susukan kejap.. tengah uli tepung azhad datang kacau.. mana tak lama!
Khamis siang, tak buat apa pun sebab memang nak bakar malam so boleh rasa dulu before bakar. malam baru start bakar. tapi try sikit-sikit sebab tengok resepi asal tu bakar pada suhu 200 degree selama 20 minit. macam lama sangat je. so try and error setting sendiri.
sedang beratur untuk disadur dengan coklat
Jumaat lepas sahur start membakar. tapi biasa la.. kejap-kejap bangun susukan baby. so lambat jadinya. dalam pukul 8 pagi tidurkan baby tertidur sekali. bangun sambung lagi sementara azhad dan baby tak bangun lagi. diorang bangun memang tak dapat sentuh la.. sebelum berbuka baru siap membakar.. lepas terawikh baru buat kerja menuang coklat.. pukul 2am baru setel. itu pun sebab kena ambil masa untuk susukan arsyad..
hasilnya tak cantik. comot tapi yummy. sebelum sadur dengan coklat pun hubby dah ratah.. lepas sadur coklat hubby ambil 1 cakap sedap. hehe.. Alhamdulillah menjadi juga walaupun berkurun nak siapkan.. hajat nak buat untuk mak dan MIL. tapi rasanya apa yang ada tu diagih sorang sikit kot. takot tak sempat nak buat.. mungkin akan try buat yang simple macam cornflakes..
siapa yang nak try buat boleh tengok resepi ni. tak susah pun sebenarnya, cuma banyak kerja je.. patutlah kalau jual mahal. tapi macam mana nak dapat outcome yang clean eh? ku punya comot macam puan punya..
Bahan-bahan ( +/- 100 biji )
250 gm mentega
125 gm gula halus
1 biji telur
1 tsp esen vanilla
50 gm serbuk badam (optional)
200 gm tepung jagung
300 gm tepung gandum
2 sudu tepung beras
1 tsp baking powder
200 gm kacang badam (digoreng tanpa minyak)
50 gm badam cincang/rainbow truffles (utk hiasan)
coklat masakan
Cara-cara
-Pukul mentega dengan gula hingga kembang
-Masukkan telur, esen vanilla dan dipukul lagi.
-Masukkan serbuk badam, kacau
-Ayak bersama tepung jagung, tepung beras, baking powder dan gaulkan bersama adunan tadi
-Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh
-Bentukkan doh menjadi bulat-bulat kecil/lonjong & masukkan kacang didalamnyer.
-Letakkan diatas dulang pembakar yg telah dilenserkan sedikit mentega
-Bakar pada suhu 170'c selama 15-20 minit, atau sehingga masak
-Cairkan coklat masakan dengan kaedah "double-boil"
-Masukkan biskut tadi kedalam mangkuk kertas dan tuang atau celup coklat masak.
-Taburkan sedikit badam cincang/rainbow truffles utk hiasan
-Biarkan ia kering seketika dan sedia dimakan atau disimpan.
resepi credit to myresipi.com
ps: siapa ada rekod buat kuih paling lama nak siap? boleh challenge i? Kekekeke
Akhirnya berjaya juga siapkan kuih raya kesukaan ramai iaitu Almond London. erm kenapa London ye? kenapa tak Almond Malaysia?? Siapa tahu macam mana dapat nama ni sila jawab!
Kalau nak tahu, untuk siapkan kuih ni saya ambil

2 comments:
tahniah.. menjadi juga ko pnya almond london wp lama. aku ni menolong adik2 ipar je. tu pun aimy da panjat2 badan aku.. huhu.. tabik la ko buat kuih ngan 2 org hero.. hehe..
tq.. berbaloi2 rasanya walaupun lama gila nak siap sebab azhad and hubby suka.. yg comot2 habis dikerjakan mereka. tunggu masa nak buat lain nak bg MIL lak.. tp adakah lg 3 hari baru siap? hehehe
Post a Comment