Wednesday, August 29, 2012

Arsyad Sudah 5 Bulan!

Assalamualaikum



Selamat hari raya. Belum nak cerita pasal raya lagi. Nak update pasal Arsyad dulu sebab arsyad 4 bulan tak sempat update. Alhamdulillah isnin lepas arsyad genap 5 bulan. Masih full breastfeed. Lagi sebulan dah boleh makan. Yippie!!! Arsyad dah meniarap. Tapi sangat jarang. Baru 3 kali kot. Tapi dah berpusing dalam keadaan meniarap tu. Dah angkat punggung dan tolak kaki macam nak kedepan. Ermm. Penat nak tunggu. Ingatkan dia boleh cepat sikit dari abang. Tapi nampak gayanga macam sama je. Tak pe la. Pasrah dan redha je la. Nak buat macam mana. Bukan boleh dipaksa-paksa. Nanti dia dah start merayap saya pula jadi super mommy monster. Menjerit sana sini. Dengan azhad yang macam-macam hal, adik lagi. Huhuhu




Budak bambam 5 bulan :)



Masa 4 bulan dulu check up lewat dalam 12 hari, 8/8 baru check up. Gara-gara arsyad demam masa untuk injection 3 bulan. Berat waktu tu 8kg, tinggi 67cm. Both lebih dari azhad masa umur yang sama. Wahhh.. Adik lg besar dari abang nampaknya. Berat naik 300gram je. Pjg bertambah 5cm. Arsyad dah semakin memanjang pula.. Tapi tak nampak panjang sangat sebab dia bambam!



Untuk 5 bulan ni petang tadi baru check up. Pertama kalinya dia tak menangis ketika disuntik. Mak dia punya la tunggu dia nangis. Biasa masa cucuk jarum tak nangis, masa tekan picagari baru nangis. Tapi sampai ke sudah dia maintain macho je. Kagum kejap. Mungkin sebab isi banyak sangat kat peha tu sampai tak terasa. Atau pun dah kebal sebab abang azhad selalu buat dia. Tapi kadang nangis je bila abang buat dia. Maksudnya abang Azhad buat dia lagi sakit dari injection tu. Wakaka.. Arsyad dah 8.6kg, 68cm panjang.. Membesar dengan sihat. Tapi sikit je tambah panjangnya. Balik beraya aritu semua suka sebab dia bambam dan tak kisah siapa ambil pun. Tak menangis. Syukran dia bambam, so takde la orang sibuk nak suap makan itu ini. Mood pun baik je takde la orang cakap dia lapar. Kalau tak jenuh la nak tadah telinga orang sibuk suruh suap makan. Suruh ok lagi. Buatnya dalam diam amik anak, disuapkan sendiri tanpa minta izin? Tapi Allah akan tunjuk kalau ada yang buat macam tu. Macam masa first time bawa Arsyad balik kelantan bulan 5 lepas. Ada pakcik hubby ambil baby, tau-tau je bila ambil balik ada sebutir gula pasir dekat leher baby. Rasa macam dah cerita kot! Orang kita ni ikutkan sangat adat. Padahal dalam islam takde pun. Dah tahnik dengan kurma cukup la kan. Tapi tu la, nak cakap lebih-lebih dapat label lagi kang. Haha



Ok! Arsyad dah pandai passing mainan dari satu tangan ke tangan sebelah. Dah mula menyembur air liur. Habis luruh rambut i. Maka dengan itu dapat la i rambut raya. Kekeke.. Suka sangat main dengan abang. Kalau abang melompat, adik gelak terkekek-kekek sampai mengilai pun ada. Kalau abang gelak, adik pun sama gelak. Kalau abang nangis, kadang-kadang adik pun nangis. Part ni memang haru! Nak pujuk abang lagi susah dari adik!! Kadang-kadang tu mak dia pun nangis. Wakaka



Siapa lagi besar? Pakai pampers sama size ok!



Arsyad dah kenal mak dia. Well, ni rasanya seawal usia 2 bulan baby dah kenal ibunya. Tapi nampak sangat masa balik kelantan hari tu. Lepas beraya kami ada singgah rumah jiran yang buat kenduri arwah. MIL dukung baby dan suruh saya makan dulu. So saya makan la dulu sambil kejar azhad nak suap dia makan. So agak lama la. Dah la saya sendiri makan pun lambat. Sempat la hubby menambah, saya tak sudah lagi. Tiba-tiba dengar baby menangis dengan galaknya. Saya buat tak peduli je sebab ada orang pegang bukan nangis sorang-sorang. Hubby habiskan makanan dia lepas tu ambil baby. Lepas saya siap makan baru ambil baby. MIL dan SIL cakap, baby pandang MIL, pandang SIL. Tengok mak dia takde terus menangis. Waahhh.. Anak ummi!



Arsyad suka tengok tv. I like! So boleh la dibiarkan dia tengok tv sambil saya buat apa yang patut. Kalau buka barney kegemaran abang, adik pun layan. Biasanya kalau lepas mandi, dah bf, letak je dia dalam rocker depan tv. Tengok-tengok je dah lelap. Sangat senang. Mudah-mudah sampai besar la mudah dijaga macam ni. Kekerapan poopoo dia dah kembali normal. Masa usianya 2-3 bulan, baby berak 4 hari sekali. Risau dibuatnya. Sekarang setiap hari atau 2 hari sekali membuang. Tak lah risau sangat. Tapi fully bf baby normal je kalau tak berak setiap hari. Tapi ada limit hari dan kena pantau la..



Arysad sekarang tak reti duduk diam. Kalau pangku dia, mesti nak lurutkan badan. Sudahnya i longgarkan pelukan dan biar je dia menjalar atas lantai. Lantak la nak tertonggeng ke apa, asalkan tak menangis. Pernah sampai baring bawah basikal azhad. Kalau duduk dalam stroller or rocker asyik nak kena betulkan duduknya. Kejap senget sana, kejap senget sini. Kadang tu macam nak jatuh dah. Kalau baringkan atas toto pun sama. Tiba-tiba dia menjerit, tengok-tengok dah kat atas lantai, kepala dah kena kaki meja tak boleh nak bergerak. Kekeke..



Arsyad suka sangat masukkan jari dalam mulut dia. Tak kira la jari siapa pun. Jangan masuk jari kaki dia sudah! Bahaya tu!! Hehe.. 2-3 kali jolok mulut dengan jari dia sampai muntah. Hangin je mak dia. Bila orang makan pun sibuk pandang. Kalau time makan tu dia atas pangku, pandai je tarik tangan kita ke mulut dia. Tak sabar betul! Ermm.. Apa lagi ye.. Tu je dulu kot. I'm off now. Nanti nak cerita pasal raya! Siapa ada buat open house jemput la kami. Kekeke
Published with Blogger-droid v2.0.7

Saturday, August 18, 2012

Persiapan Raya 2012

Alhamdulillah kami telah selamat sampai di kampung halaman en hubby jam 12pagi tadi. Perjalanan dari KL pada pukul 120pm. Almost 12 jam juga. Dari Gombak ke Lipis jalan lengang je. Sampai Lipis ada jem sikit. Ada accident kot. Berhenti solat di Merapoh. Sampai Gua Musang berhenti untuk berbuka puasa. Sangkut kat situ sebab hujan lebat giler. Nak tunggu reda macam lambat je. So redah kasi pecah je..



Eh.. Tahun lepas dah raya Kelantan. Tahun ni raya Kelantan lagi? Adik bongsuku berbunyi sudah! Ku jawab, " malas nak hadap muka orang yang menyakitkan hati" Raya mesti datang rumah buat muka tak bersalah. Boleh gelak-gelak macam tak pernah berlaku apa-apa. Balik rumah confirm kutuk kitorang punya. Ok enough! Malas nak serabut pasal manusia tak guna tu! Apa pun tak dapat, kan!! Tapi that's not the main reason kenapa tahun ni beraya di Kelantan lagi! Sebabnya raya haji baru cerita, boleh? Hahaha!!!



Alhamdulillah semua barang keperluan untuk raya 100% complete. Memang hubby nak setelkan di KL sebab dah sampai kg susah nak cari. Tak banyak pilihan plus kalau ke KB confirm jem! Baju anak-anak je banyak. Pergi warehouse sales berkenan je amik. 3 x pergi, 3 x beli baju baby dan azhad. Lepas tu kakak hubby pun ada belikan juga. Kali ni Arsyad ada baju melayu. Azhad dulu masa raya umur 5 bulan takde baju melayu. Ku cuma beli baju kurung modern untuk raya pertama, kasut dan handbag. Owhh tak jadi beli handbag yang dalam website tu sebab selalu tak sempat beli. Dah email tanya, bila check balik sold out. Walaupun ku selalu online tapi nak buka web lain selain fb bisnes ku memang tak sempat. Baju untuk raya kedua ku bawa baju raya tahun lepas je. Recycle je sebab baju tu pun sekali je pakai. Buat apa membazirkan. Hehe. Actually sebab dah beli baju baru mahal so peruntukan dari hubby untuk second baju tak de la. Kalau nak kena pakai duit sendiri. Tapi memang ingat nak menambah cuma tak sempat memilih. Dengan dua budak ni memang masa agak limited. Hubby pula beli baju melayu, samping dan chapal. Dia ada beli shirt juga kalau tak silap. Hehe. Azhad dapat kasut dan chapal selain baju. Baby pakai stoking je la. Pre walker shoes yang ada tak ingat nak bawa balik. Huhuhu



Raya kali ni 80% hubby uruskan. Ku hanya terlibat dalam memilih baju, kasut dan bag sendiri, juga beberapa helai baju anak-anak. Baju raya hubby dan anak-anak hubby yang pilih dan beli. Dia pergi keluar sendiri meninggalkan kami anak beranak di rumah. Sebab sangat leceh nak keluar beramai-ramai sebab Azhad masih tak makan saman. Berlari sesuka hati. Penat kejar dia je, barang tak dapat. So baik hubby pergi sendiri sebab taste dia selalunya memang boleh pakai.




Isi minyak before keluar




Beberapa kali je kami berempat keluar untuk beli persiapan raya. Mula-mula ke tesco ampang cari baju kurungku. Setelah keluar masuk kedai, belek-belek booth, akhirnya carian berhasil di butik V-one. Ingat nak terus cari tudung tapi dah pukul 3 lebih, masa untuk balik menyiapkan juadah berbuka. Beberapa hari kemudian kami ke Sogo. Naik train je sebab tahu jalan di KL confirm jem walaupun hari kami pergi tu hari kerja, rabu 8/8. Lepas routine check up arsyad di KKIA terus pergi. Sebenarnya ke Sogo untuk letak Azhad dan Arsyad di Daycare kat atas Sogo tu. Oleh kerana kena ada penjaga yang stay, hubby la kena tunggu sebab mission kali ni adalah mencari tudung saya. Masa yang diberikan adalah 1 jam sahaja!! Mana cukup! Fee daycare tu rm6/hour untuk seorang. Dua orang dah rm12. Tu baru sejam, kalau 2,3 jam. Lu pikir la sendiri!!



Dalam train gi sogo..




Actually ada berkenan tudung online tapi takut tak matching lak. Terpaksa la kami turun ke lubuk tudung iaitu Jalan TAR. Situ memang banyak gila pilihan. Lepas 45minit berjalan baru jumpa yang berkenan di hati. Dah bayar check handset hubby sms inform baby menangis. Baru ingat nak jalan-jalan dalam sogo tengok handbag dan kasut. Terpaksa dibatalkan hajatnya. Masa naik atas ngam-ngam sejam. Lepas bf baby kami terus gerak balik. Masa tu dalam pukul 3pm. Bawah LRT tu jalan raya dibanjiri kereta. Wei.. Korang semua tak kerja ke? Ke ngular? Hehe. Tapi ada certain company diberi perlepasan balik pukul 3pm macam hubby ku.



Ahad lepas kitorang ke Jusco AU2 untuk cari handbag dan kasutku pulak. Nak tak nak kena beli sebab dah tak banyak masa. Lagipun kesian hubby asyik nak bawa keluar je. Time saya memilih hubby bawa Azhad main dalam tempat mainan tu. Saya mengusung arsyad dalam stroller je. Nak mendukung tak larat. Lagipun susah nak membelek barang.



Good boy!




Kuih raya pula hubby main tunjuk-tunjuk je. Buatan sendiri sejenis je la nampak gayanya. Try buat conflakes honey tak jadi pulak. Tak rangup. Almond london yang banyak kerja tu jadi lak. Kena cari resepi lain. Maybe something wrong somewhere dengan resepi tu. Hasdi, ada resepi tak? Nak. Sempat lagi buat balik KL nanti. Eh! Bukan ada orang nak datang beraya pun! Huhu



Ok la. Nanti cerita pasal hari raya lak. Nak tidur dengan baby. Eh! Nak tidurkan baby!



Selamat hari raya. Maaf zahir dan batin..



Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, August 11, 2012

My 1st Almond London :)

Assalamualaikum



Akhirnya berjaya juga siapkan kuih raya kesukaan ramai iaitu Almond London. erm kenapa London ye? kenapa tak Almond Malaysia?? Siapa tahu macam mana dapat nama ni sila jawab!



Kalau nak tahu, untuk siapkan kuih ni saya ambil masa 2 hari 3 malam untuk siap.. Tak percaya? HAHAHA..



Rabu malam start buat adunan.. pukul bahan-bahan manually, takde mixer la katakan.. so orang lain mungkin ambil 20-30 minit untuk buat adunan, saya ambil almost 2 jam. dah tu tengah pukul butter, arsyad nangis. pergi la susukan kejap.. tengah uli tepung azhad datang kacau.. mana tak lama!



Khamis siang, tak buat apa pun sebab memang nak bakar malam so boleh rasa dulu before bakar. malam baru start bakar. tapi try sikit-sikit sebab tengok resepi asal tu bakar pada suhu 200 degree selama 20 minit. macam lama sangat je. so try and error setting sendiri.





sedang beratur untuk disadur dengan coklat



Jumaat lepas sahur start membakar. tapi biasa la.. kejap-kejap bangun susukan baby. so lambat jadinya. dalam pukul 8 pagi tidurkan baby tertidur sekali. bangun sambung lagi sementara azhad dan baby tak bangun lagi. diorang bangun memang tak dapat sentuh la.. sebelum berbuka baru siap membakar.. lepas terawikh baru buat kerja menuang coklat.. pukul 2am baru setel. itu pun sebab kena ambil masa untuk susukan arsyad..






hasilnya tak cantik. comot tapi yummy. sebelum sadur dengan coklat pun hubby dah ratah.. lepas sadur coklat hubby ambil 1 cakap sedap. hehe.. Alhamdulillah menjadi juga walaupun berkurun nak siapkan.. hajat nak buat untuk mak dan MIL. tapi rasanya apa yang ada tu diagih sorang sikit kot. takot tak sempat nak buat.. mungkin akan try buat yang simple macam cornflakes..



siapa yang nak try buat boleh tengok resepi ni. tak susah pun sebenarnya, cuma banyak kerja je.. patutlah kalau jual mahal. tapi macam mana nak dapat outcome yang clean eh? ku punya comot macam puan punya..



Bahan-bahan ( +/- 100 biji )

250 gm mentega
125 gm gula halus
1 biji telur
1 tsp esen vanilla
50 gm serbuk badam (optional)
200 gm tepung jagung
300 gm tepung gandum
2 sudu tepung beras
1 tsp baking powder
200 gm kacang badam (digoreng tanpa minyak)
50 gm badam cincang/rainbow truffles (utk hiasan)
coklat masakan


Cara-cara

-Pukul mentega dengan gula hingga kembang
-Masukkan telur, esen vanilla dan dipukul lagi.
-Masukkan serbuk badam, kacau
-Ayak bersama tepung jagung, tepung beras, baking powder dan gaulkan bersama adunan tadi
-Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh
-Bentukkan doh menjadi bulat-bulat kecil/lonjong & masukkan kacang didalamnyer.
-Letakkan diatas dulang pembakar yg telah dilenserkan sedikit mentega
-Bakar pada suhu 170'c selama 15-20 minit, atau sehingga masak
-Cairkan coklat masakan dengan kaedah "double-boil"
-Masukkan biskut tadi kedalam mangkuk kertas dan tuang atau celup coklat masak.
-Taburkan sedikit badam cincang/rainbow truffles utk hiasan
-Biarkan ia kering seketika dan sedia dimakan atau disimpan.


resepi credit to myresipi.com


ps: siapa ada rekod buat kuih paling lama nak siap? boleh challenge i? Kekekeke

Monday, August 6, 2012

Aktiviti Di Bulan Puasa

Assalamualaikum



Alhamdulillah dah masuk hari ke-17 umat islam berpuasa. Semoga segala ibadah kita diterima oleh-Nya. Selain dari berpuasa, apa lagi aktiviti yang biasa kita lakukan di bulan Ramadhan ni? Terawikh? Tadarus? Waduh... Kedua-duanya amat jarang daku buat.. Tengah solat baby nangis. Tengah ngaji azhad kacau. Alasan!!! Kalau hendak 1000 daya. Bangun awal sebelum sahur update blog boleh pula!!!



Aktiviti lain di bulan puasa ni sudah tentu la shopping untuk raya. Sepanjang minggu lepas banyak kilang area shamelin cheras buat warehouse sales. Nicole, GMV, Bonita etc. Saya dapat pergi 2 kali. Kali pertama pergi malam tapi 1 tempat je buka, GMV. Dapat la belikan ayah kemeja dengan seluar. Baju anak-anak juga. Second time pergi Sabtu lepas. Masuk Nicole, Bonita, Kiko. As usual, baju anak-anak juga yang dibeli. Hajatnya nak tengok kasut dengan handbag. Tapi nanhado.. Sebelum saya pergi yang first time tu, hubby dah pergi dulu dengan adik-adik dia. Pun beli baju anak-anak. Untung betul budak-budak ni. Baju diorang je dah berpasang-pasang. Tapi saya cakap kat hubby, "tak pe la beli banyak pun, bukan nak pakai raya je. Lepas raya pun nak pakai juga kalau keluar mana-mana. Tak la asyik pakai baju yang sama je". Tapi budak-budak ni cepat besar so kena pandai-pandai la beli size yang besar sikit. Jangan amik yang ngam-ngam. Macam azhad kitorang amik size 3y sebab dia tinggi.. Baby pula size  1y sebab dia bambam. Hehehe..




shopping di GMV warehouse sales



Lepas tu semalam iaitu hari ahad, hubby dan adik-adiknya pergi shopping baju melayu di Jalan TAR. Pukul 10am keluar, almost 4pm baru sampai rumah. Tapi tu lepas singgah beli lauk basah di NSK Setapak. Tinggal la daku berperang dengan anak-anak di rumah. Nasib lah Azhad mood ok. Bagi je dia layan Barney, memang senyap lah.. Owh.. Itu adalah kegilaannya sekarang. Habis emak bapa dia nak tengok tv pun tak dapat. Naik jem dvd Barney dia.. Bila play dvd tu kat laptop habis ditekannya keyboard laptop sampai jem laptop.. Jahanam laptop kang naya je.. Nak download kat tablet malas pula, ada yang saya tak dapat online via tab nanti. So layankan je la dia asalkan dia tak mengamuk.. Sakit hati ok bila dia dah start mengamuk!! Lepas tu bila dipujuk, tak makan saman. Memang nak kena belasah la jawabnya. Tak pasal-pasal kitorang masuk penjara kalau ada orang rakam aksi membelasah anak sendiri setelah pujukan tidak dipeduli.. Huhu..







Siapa cakap jaga anak tak penat? Ingat duduk opis je ke stress? Eh.. lari topik pulak!! Back to topic, baju melayu hero kecik, medium dan besar settled! Tinggal baju dan kelengkapan mak budak ni je! Hari Rabu ni Arsyad ada routine check up di KKIA, hubby dah amik cuti sehari so mungkin akan pusing-pusing cari barang-barangku. Tapi sambil-sambil tu dok usya baju kat internet. Ada yang berkenan tapi takut tak matching lak.. Tudung yang berkenan pun banyak habis.. Shopping online lagi banyak pilihan. Kalau gi kedai susah sikit nak belek sebab nanti nak kena kejar azhad nayli. Huhu.. Tapi apa-apa pun akan cari kat kedai dulu. Tak jumpa yang berkenan di hati baru cari online.. Hehe



Selain dari tu, saya dah berjaya buat biskut raya. Actually cookies ni untuk Azhad, as snack dia bila lapar petang. Walaupun confirm tak kenyang makan cookies tu. Tapi bila saya makan, ermm not bad. Boleh dijadikan kuih raya. Tapi kena buat trip lain sebab yang last time tu memang ngam-ngam buat stock Azhad je. nak kena buat lebih untuk MIL dan emak. Lepas tu ingat nak try buat almond london. Resepi dah ada, bahan dah ada. Tunggu masa yang sesuai je. Kalau buat time orang terawikh takde orang nak jaga azhad dan arsyad. Nak tunggu hubby balik terawikh dah pukul 10pm, time untuk tidurkan anak.. Ermmm... weekend la kot. Akan diusahakan nanti. minta-minta sempat la buat..


chocolate chips yg kedekut chip. hehe



Sepanjang 2 minggu berpuasa ni dua kali dapat berbuka puasa dengan parents. First time masa hari pertama puasa. Semua adik-beradik balik kampung untuk berpuasa dengan family tercinta. Yang kedua adalah semalam. Ajak mak, ayah dan adik-beradik berbuka di rumah kami. Kebetulan mak balik KL. Nak berbuka kat rumah mak macam kesian lak mak nak kena masak, dia tengah sibuk siapkan tempahan baju orang. Tapi berbuka di rumah saya, bukan saya yang masak. As usual, chef yusairi yang masak. Hehehe.. Daku sibuk berperang dengan azhad yang mengamuk sebab mengantuk tapi tak nak tidur. Adik-beradik yang datang azim dengan abg gigi sekeluarga. kak iza dan ijai berbuka di rumah FIL masing-masing. maman dah balik BP..



Ok la.. Nak solat, kemas meja dan tidur balik.. Macam mana persiapan raya korang??
 

Related Posts with Thumbnails