Wednesday, February 27, 2013

11 Bulan Arsyad Nayli

Assalamualaikum



Alhamdulillah. Hari ni Arsyad Nayli genap 11 bulan.. Boss kecik sudah pandai jalan. Yahoo.. Langkah pertama beliau pada usia 10 bulan 2 hari. Mula-mula tu 3 langkah je. Jatuh. Bangun dan jalan dapat 6 langkah.. Dengan semangat jitu dan usaha gigih lepas dua minggu dia boleh jalan jauh.. Seminggu kemudian sudah boleh berdiri sendiri tanpa pegang apa-apa. Kini sudah boleh berjalan sambil pegang barang. Dan barang yang biasa dibawa berjalan adalah barang jualan mak dia.. Sudah bertambah pekerja ummi nayli collections. Yes!!








Giginya baru empat.. 2 batang di atas, 2 batang di bawah. Hobinya mengutip barang dan masukkan ke dalam mulut. Ok! That's why la boleh jumpa ring untuk langsir dalam pampers dia macam dalam entry ni.. Bila suap nasi atau makanan yang lembut/lembik dia akan luah semula. Tapi kalau suap yang keras memang dia suka.. Beria je dia kunyah. Sudah pandai minum guna straw masa umurnya 10bulan. Dan sekarang sudah pandai minum guna cawan.



Selain dari itu, beliau juga suka main laci. Buka tutup laci. Sudah beberapa kali terkepit jari. Mak dia just cakap, "padan muka." Macam ni punya mak pun ada! Huhuhu.. Sangat excited kalau naik kereta. Lagi-lagi kalau dapat duduk tempat driver. Habis dipanjat steering.. Sekarang ni mak dia drive sendiri ke kedai so letak baby dalam baby car seat dan nasib baik dia ok tak meragam.. Kalau ngantuk dia tidur je..





menangis tangan tak boleh keluar dari celah kerusi.. tetap comel!




Arsyad pandai main dengan abang. Time abang nak main, terkekek dua beradik ni gelak.. Tapi time abang geram melalak adik dibuatnya. Sibuk panjat motor merah abang, buat gaya nak naik basikal.. Kalau abang dalam bilik air dia mesti nak join. Suka main air..



Sekarang ni arsyad sangat manja. Nak berkepit je. Dulu boleh juga tinggal kejap kalau nak masuk bilik air ke apa. Sekarang ni pantang tak nampak mak dia, dia jerit macam kena pukul. Nak kencing pun susah. Tapi kadang mak dia buat tak dengar je. Nak ikutkan sangat peel dia, kena pakai pampers la mak dia ni. Wakakaka. Kalau benda yang dia nak or nak buat tak boleh, dia akan baring, style abang merajuk..Ada cikgu, kan.. Suka main remote tv.. memang budak kecil ni ada minat benda yang sama je kan..



Ok la. Tu je kot buat masa ni.. Semoga kita semua dibawah lindunganNya. Amin.

2 comments:

Ira said...

alhamdulillah.. da besar da dia. makin bz la ummi nayli ye.
hehehe...
comelnye arsyad, tembam lak tu.

liza said...

tembam. tak larat nak dukung.. huhuhu

Related Posts with Thumbnails