Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, March 7, 2009

SEPAH Julang Trofi Juara Raja Lawak 3!


PETALING JAYA, 7 MAC 2009: Kumpulan trio Sepah dinobatkan sebagai juara Raja Lawak 3 sekali gus mengenepikan 2 saingan mereka, Jihan dan Amir, dalam peringkat akhir yang berlangsung di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), di sini, malam tadi.


Sepah yang dianggotai 3 jejaka dari Johor - Shahmira Muhamad, 24 (Shuib), Mohd Nadzri Zainal Abidin (Jep, 23), dan Mohd Noor Murad (Mamat, 23) - mendahului dengan markah 48.12 peratus undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) daripada penonton rancangan popular itu.


Mereka membawa pulang sebuah kereta Citroen Picasso, wang tunai RM20,000, produk elektrik dan trofi sumbangan Astro.


Peserta wanita tunggal, Jihan atau Nuur Jihan Musa, 25, dari Shah Alam, memenangi tempat kedua dengan undian SMS sebenyak 30.81 peratus. Jihan membawa pulang sebuah motosikal jenama Naza Blade 250R, wang tunai RM14,000, produk elektrik serta trofi.


Finalis yang sinonim dengan tagline I'm Sorry, Amir atau nama sebenarnya, Mohammad Amirullah Azmi, 20, bagaimanapun terpaksa berpuas hati dengan kedudukan di tempat ketiga dengan undian SMS sebanyak 21.07 peratus. Anak jati Kota Bharu, Kelantan itu memenangi wang tunai RM8,000, barangan elektrik serta trofi.


Mengulas kejayaan mereka, anggota Sepah berkata, mereka tidak pernah memikirkan sangat soal mahu menjadi juara kerana bagi mereka, mutu persembahan pada setiap minggu adalah lebih penting.


"Kalah menang perkara kedua, yang penting semangat bekerjasama dan menghargai undian penyokong. Bagi kami, undian itu satu amanah dan sebab itu kami cuba melakukan yang terbaik," kata Jep pada sidang media sejurus selepas acara meriah itu selesai. Jep juga adalah kakitangan AirAsia Berhad di Johor.


Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh 3 pelawak veteran iaitu Dato Yahya Sulong, Hamid Gurkha dan Param. Gelanggang Raja Lawak 3 itu turut dipancarkan secara langsung menerusi Astro Prima (Saluran 105) bermula jam 8.30 sehingga 11 malam.


Malam tadi kesemua peserta diberi peluang membuat persembahan secara bebas tetapi pada segmen kedua perlu menampilkan persembahan bercorak muzikal.


Hadirin nyata terhibur dengan telatah mencuit hati Sepah yang beraksi sebagai warga emas di rumah kebajikan dan memberi sorakan paling hebat kepada Jep yang pandai meniru gaya dan suara Papa Rock, Ramli Sarip.


Jihan pula mencuit hati sebagai seniwati era 50-an over acting sambil meniru gaya nyanyian Ning Baizura manakala Amir memberikan persembahan yang melucukan dengan lagu loghat Kelantan.


Sebelum itu, majlis juga diserikan dengan acara karpet merah bertemakan Karpet Lawak bermula jam 8.30 malam. Juri pada malam tadi adalah Zaibo, Fauziah Nawi, Shamsul Ghau Ghau bersama pengkritik undangan, Adlin Aman Ramlie manakala hos pula, Jozan seperti biasa beraksi dengan begitu cemerlang.

credit to MURAI


reviews: sy tak dpt tgk live tp tgk kat YouTube je arini.. ok la dr tak tgk langsungkan.. nk komen ckit.. huhu sukatila kn... Sepah ok tp as usual ada double meaning. pastu part 2 mcm over je nyanyi.. mentang2 la ada sorg yg suara mcm Ramli Sarip so dorg guna kelebihan tu utk raih undi.. Jihan 1st segment tu mcm hambar sikit tp segment 2 mmg menghiburkan.. Amir part 1 ramai ckp best.. mmm.. ok la tp still cara dia smpaikan mcm nk abis cepat je. mcm gelojoh.. huhu.. part 2 boring.. so ape2 pun seb baik Sepah menang walaupun hrp Jihan yg menang.. kalau Amir menang tak taw la cmne.. tp busuk2 lawak Amir tu pn dpt RM8k. sape nk bg?? congratz to all..

No comments:

Related Posts with Thumbnails