Thursday, August 25, 2011

Giliran Beraya Di Mana Tahun Ni?

Assalamualaikum


Raya mana tahun ni? Tahun ni turn orang kelate beraya dengan Azhad. Eh.. Azhad beraya dengan orang kelate. Owh.. Kami dah di kampung halaman tercinta sang suami pun. Awal tak? Rasanya macam orang pertama dari KL yang balik kampung. Kekeke~~


Siapa yang beraya di kampung sendiri mesti seronok, kan?! Dapat bergumbira dengan mak bapak, adik-beradik, sedara-mara. Wah bestnya!


Tapi bukan bermakna beraya di kampung belah sana tak best. Cuma keseronokan, kegembiraan tu kurang lah dirasai. Tempat orang tetap lah tempat orang. Takkan sama tempat kita jatuh dan bangun. Hehehe



Tapi biasanya yang rasai ketak'best'an ni orang perempuan lah. Sebab? Kalau rumah sendiri suka hati nak baring depan tv ke, nak terbongkang ke, nak bangun lambat ke.. Tapi kalau duduk rumah mertua, boleh? Walau tak de apa nak buat kena bangun awal juga. Takkan nak terperuk dalam bilik je kan. Hehehe. Kalau lelaki takpe la. Siapa peduli nak bangun awal ke lambat ke kan? Setuju? Hehehe


Tu alasan orang malas sebenarnya. Kalau orang rajin takde hal punya dok mana-mana pun. Kekekeke



dalam kereta on the way blk kg. Geram ummi tengok ribena tu




Sedikit info mengenai azhad: azhad suspected keracunan makanan. Subuh selasa start muntah-muntah. Dalam sehari tu dalam 7-8 kali muntah. Tapi masih aktif bermain. Hari ke-2 sehingga hari ni asyik berak-berak je. Nasib baik dalam perjalanan semalam tak banyak ragam. Alahai anak ummi ni. Bila nak baik. Cepat sembuh ye sayang.

Published with Blogger-droid v1.7.2

5 comments:

DiLLaiLa said...

setuju..hihi wpun mak mentua xcakap ape..tapi diri sendiri yg serba xkena..lagi2 diri ini kurang cekap buat keje rumah..kire bukan menantu harapan la kot..hik2..

liza said...

Huhu. Kalau ada menantu perempuan lain xpe. Mcm kt ni menantu perempuang sulong dan tunggal buat masa ni. Haru biru kalau kena masak. Hehe

DiLLaiLa said...

hehe kita serupa..

Ira said...

hehe.. sama la kita, tak reti sgt buat keje kt umh org. Tp aku bkn la menantu perempuan tunggal. Mak mertua aku ada sorang lg menantu lain.

liza said...

Xpe. Kena belajar. Semoga pengalaman dpt membantu kita. Kekeke. Dah 3thn gini la jgk. Xreti nak nolong. Huhu

Related Posts with Thumbnails