Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, July 14, 2012

4TH Anniversary

Eh! Bukan hari ni la. Tapi sebulan yang lepas!








Alhamdulillah sudah masuk tahun ke empat kami melayari kehidupan bersama. Dikurniakan 2 anak lelaki yang sihat dan cerdik. Semoga anak-anak kami menjadi anak yang soleh, berguna dunia dan akhirat.


Sepanjang 4 tahun ni macam-macam yang berlaku. Ada suka dan duka. Betul la kata orang, dua tahun pertama adalah honeymoon years. Semuanya indah. Kentut pun wangi. Bila masuk tahun ketiga dan keempat, ada je yang tak kena. Salah sikit, tak bertegur sapa 2-3 hari. Owh. Setakat ni takde la lebih tiga hari. Selalunya saya la mengalah. Tak kira la siapa yang merajuk. Ermmm..



Time hati tengah panas rasa nak keluar rumah. Biar dia rasa kehilangan. Kan manusia ni biasanya akan menghargai benda yang sudah tiada. Tapi nasib la tak ikut rasa hati tu. Kalau tak, bertambah buruk keadaan. Waktu perang dingin mesti rasa nak duduk jauh-jauh. Kira perkahwinan jarak jauh (pjj) la. Bila duduk asing-asing baru la ada rindu-rinduan, loving gitu. Bergayut sebelum tidur, kalau merajuk ada orang pujuk. Oh! Indahnya zaman bercinta.



Tapi mak selalu pesan, "kalau husband kena transfer, ikut!!" Sedangkan yang duduk serumah pun boleh pasang lain, ni kan pula tinggal berjauhan. Nauzubillah.



Nampak macam dah tak loving kan. Ye la, keluar berjalan tak boleh pegang tangan sebab ada tangan kecil lain yang perlu dipimpin. Nak dating berdua tak boleh sebab ada si cilik yang perlu dijaga. Makan bersama pun susah sebab kadang time tu la si adik menangis, abang seperti biasa membuas di meja makan. Tidur pun dah kena tambah tilam. Adik dengan ummi, abang dengan abi. Nak sembang sebelum tidur jarang sebab nanti mengejutkan si kecil. Ermm. Rindunya macam dulu-dulu. Huhu. Gedik! Itu lah namanya kehidupan! Perlu berkorban! Walaupun time gaduh tu rasa menyampah! Tapi sebenarnya ada sayang!



Walaupun sudah 4 tahun berumah tangga, saya masih tak pandai masak. Masa duduk di sabah memang tiap hari saya masak sebab hubby balik lunch. Bila di KL ni hubby tak balik lunch. Biasanya saya akan masak pukul 3 time Azhad tidur. Tapi bila dah ada arsyad macam susah sikit nak ikut jadual tu sebab most of the time, bila abang tidur, adik bangun. Abang bangun, adik tidur. Ada shift. So susah sikit nak ke dapur. Alasan! Orang lain anak ramai boleh je masak!!


Entah! Arsyad dah nak masuk 4 bulan tapi saya macam tak boleh manage time lagi. Ingat ye, saya ni working at home mom (wahm) bukan stay at home mom (sahm). So selain dari urusan rumahtangga dan anak, saya juga perlu uruskan bisnes yang memerlukan feed back ASAP. 3in1 gitu.. How i wish boleh jadi fulltime housewife. Tak payah nak online 24/7. Boleh layan pinoy ke, bella ke, sinetron ke. Psstt.. Skrg tgh layan Mara Clara (3-4pm tv3) dan 49 days (4-530pm prima). Lagila tak jadi kerja. Huhu..


Biasanya rabu dan jumaat akan beli makanan di pasar malam. Hari lain tu saya akan cuba masak sikit. If keadaan tak mengizinkan sebab anak-anak meragam, hubby balik kerja akan masak. Kalau time dia sampai rumah saya tengah masak, dia akan suruh jaga baby, dia sambung masak. Weekend pun hubby masak. Syukur sangat hubby ok je. Tapi tak tahu la nanti-nanti dia berbunyi, kan. Tapi tu la, asyik ngelat je bila nak pandai masak?



Bila time gaduh tu mesti ingat yang negatif pasal pasangan kan, kena la selit sikit yang positif macam rajin masak, so takde la marah sangat. Tapi kalau hubby nak ingat yang positif pasal saya, apa dia ye? Ada ke? Huhuhu



Entry sebelum ni ada cerita pasal oven, kan. Akhirnya berjaya dibeli ahad lepas. Beli yang murah je. Oven semata, no microwave. Saya yang bayar tapi hubby janji nak share. Janji wajib ditunaikan. Hehe






Gambar kotak je. Nak tahu harga pergi cari di tesco. Mesti korang cakap "murah je pun nak share!" Harta sepencarian ni. Kekeke


Disebabkan dah buntu nak masakkan untuk azhad, di tambah dengan semangat oven baru, saya beli la ini..






Simple je resepi dia. Tapi semua pun tak pernah terfikir nak buat macam tu. Nampak sangat tak pandai masak. Huhu. Hasilnya nanti la saya share. Semoga dengan adanya oven ni, saya akan rajin memasak. At least backing cake ke. So ada la perkara positif pasal saya yang hubby boleh ingat. Hehe


Ok la. Dah melalut dah ni. Ini la yang dinamakan entry jamak..

Daa~~




Published with Blogger-droid v1.7.4

2 comments:

Ira said...

Happy Aniversary Liza & Hubby..
Semoga kekal bahagia hingga ke syurga..

Aku pun tak pandai masak, sbb hubby je selalu masak. Kdg2 rasa cam teruk jgk aku ni. Tp nk buat camne kan, anak kene handle gak.. Masa anak tgh nk membesar ni, mmg payah skit nk ada masa berdua mcm dlu2.. Tggu da tua kot..hehe..

Ok la tu ada oven.. rajin2 baking tau, pastu tepek resepi.. hehe..
aku ada microwave, hadiah kawen.. tp guna skali je. Pastu simpan jek. Lagi teruk kan?

liza said...

Thank for the wishes.

Microwave tak elok sgt guna. Better tak guna.sbb tu ktorg beli oven instead microwave oven. Hehe

Related Posts with Thumbnails