Tuesday, July 17, 2012

Shopping Di Pureen Sales

Assalamualaikum


Last sunday kami pergi pureen warehouse sales di PJ. Walaupun kereta sudah penuh dengan stock, sampai ummi dan baby terselit dalam kotak-kotak, tapi shopping tetap diteruskan jua. Hehehe. Owh. Ini adalah kali kedua kami shopping sini.


Kami tiba di sana dalam pukul 4pm le
bih nak dekat pukul 5pm. Pukul 6pm sales berakhir dan itu adalah hari terakhir sales. Orang tak ramai sangat, baju pun tak banyak pilihan. Tapi barang lain banyak lagi. Tujuan kami pun nak beli sabun mandi anak-anak je. So takde la frust sangat. Kalau pergi first day (14/7) mesti banyak pilihan tapi apakan daya hari tu en suami duty, berkhidmat untuk negara. Ahad tu pukul 9am baru balik rumah. Rehat kejap, pkl1 gerak ambil barang. Demi isteri tercinta. Kekeke. Tapi nasibnya dapat isteri yang malas masak. Im sorry!



Ok! Berbalik pada cerita asal. Kami spent time di situ dalam 30 minit je, dan menghabiskan rm100+, tapi tak sampai rm150 pun.







Ni barang yang kami beli:
Baby yogurt bath x2
Kid yogurt bath x2
Family bath x1
Plate & bowl 2pcs/set x1set
Bowl with spoon x2sets
Toothbrushes buy 2 free 1 (utk 2-6y. 2 tahun x payah belikan berus gigi azhad lagi. Hehe)
Toothbrushe baby (alaa.. Yg masukan jari dalam sarung plastic tu)
Socks x2
Teether x1 (utk baby yg dah start masuk tgn dlm mulut)
Tee x2 (1 abg, 1 adik. Kalau byk pilihan byk la dapat)
2pcs set cloth x1set (utk baby, utk abg baju belasahan xde yang best)
Plastic spoon & fork 1pack (ada byk pcs, tak ingat berapa)
Baby wipes mini 2packs/set x3sets


Ermm.. Apa lagi ye? Rasa tu je kot. Kami tak borong pampers sebab stock banyak lagi. Lagi-lagi baby punya. Ada 2packs size M tak buka lagi. Dah la rasa macam nak tukar size L je sebab bila pakai tu berbekas peha dia, belah belakang pun ngam-ngam je cover bont** dia. Huhuhu. Semangat ini budak handsome :p


Rasa memang berbaloi la shopping time warehouse sales ni. Kalau 1 barang boleh jimat rm4, 10 barang dah berapa, kan!


Ok la. Sehingga bertemu lagi.


Adios!!


Published with Blogger-droid v1.7.4

No comments:

Related Posts with Thumbnails