Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, June 3, 2013

Hujung Minggu Awal Jun Dalam Sejarah!

Memang dalam sejarah!


Sabtu lepas 1 Jun, kami tiga beranak jaga kedai sebab staff ada hal. Sebenarnya dia dah nak berhenti, nak mula semester baru 10 Jun nanti. Dah dapat pekerja baru tapi isnin ni baru mula. Nak tak nak kena jaga kedai la. Walaupun hati berat nak ikut adik beradik balik kampung! Dah lama tak jaga kedai, bila kena jaga kena saya memang ok! Tapi anak-anak la. Adik sibuk nak berkepit. Main kejap je, lepas tu cari ummi dia. Abang memang sudah tak peduli kat ummi dia sampai apa yang dilarang semua dia tak peduli. Tunggu ummi dia menjerit baru dia dengar cakap.



Nak dijadikan cerita, ketika saya sedang tidurkan Arsyad ada budak menjerit dan menangis cakap "sakit, sakit". Bila saya suruh datang dia tak datang. Saya jengah tengok dia pegang lutut sambil menangis. Gaya menangis memang tak boleh blah. Macam kena dera. Sakit sangat kot! Nasib baik la adik dah lelap, saya letakkan dia dalam rocker dan pergi ambil abang. Kaki sakit kena la dukung. Pujuk sikit dan suruh dia tidur. Dia siap suruh sapu minyak, tapi kat kedai takde minyak. Nasib baik la dia boleh tidur sebab waktu tu pukul 5 petang dan dia belum tidur lagi.



Pukul 7 malam baru dua beradik tu bangun. Abang menangis cakap kaki sakit. Ok! Maksudnya tak tipu la kan. Lepas bangun tidur pun sakit. Budak kalau tipu lepas bangun tidur mesti lupa drama sebelum tidur, kan! Yeke? Nak pujuk punya pasal cari juga la minyak, jumpa minyak cap kapak dan sapu je. Lepas solat maghrib kami balik. Kepala hotak saya ligat berfikir macam mana nak bawa dua orang kanak-kanak ni turun tangga. Kalau bawa turun abang dulu takut adik jatuh lak. Jadi saya bawa turun adik dulu. Nasib lah ada pintu kat bawah tangga jadi tak risau dia keluar. Lepas letak adik kat bawah, saya panjat tangga ambil abang pula. Turun separuh tangga, tengok Arsyad dah naik tangga balik. Erm. Macam mana nak bawa diorang turun ni? Nak dukung adik dulu nanti mesti dia naik balik. Nak bawa abang turun dulu mesti menjerit kaw-kaw bila letak kat bawah, lagipun takut adik jatuh. Sudahnya terpaksalah dukung kedua-duanya turun dalam 10 anak tangga. Menggigil kaki saya. Gagahkan juga lak.



Sampai kat bawah saya turunkan Arsyad, dukung Azhad. Pimpinlah tangan adik menuju ke kereta. Nasib la adik ikut je tak de nak berhenti mengutip barang ke apa. Tapi ada la beberapa kali dia jatuh. Bila nak bangun depakan tangan minta dukung. Tapi saya suruh jalan. Kesian dia.. Kalau parking kereta depan kedai takde la jauh sangat. Ni saya parking kereta belakang bangunan kedai tu sebab park depan kedai kena side parking. Saya fail lagi! Lenguh juga la tangan dukung abang 15kg kot. Ke lebih?



Dalam kereta abang merengek lagi. Adik diam je dalam carseat dia. Sampai kat blok sama juga. Adik kena jalan sebab nak dukung abang. Alhamdulillah la adik beri kerjasama. Kalau dia nak dukung juga memang menangis la saya! Huhuhu



Sampai rumah saya sapukan minyak pada lutut abang dan tukar seluar dia. Abang tak payah mandi. Kaki sakit tak boleh berdiri, kan. So adik mandi seorang. Abang tengok dari luar je sebab selalunya diorang mandi sama-sama. Lepas adik mandi kami tengok tv. Tengah tengok tv tu perasan ada budak berubah tempat duduk. Eh! Dia bergerak macam mana? Jalan ke merangkak? Sebab masa nangis sakit kaki tu dia merangkak je. Saya confuse. Tapi tak tegur. Takut bila tegur nanti kaki sakit balik. Tak lama lepas tu dia main basikal pula. Confirm! Dah tak sakit dah kaki dia. Alhamdulillah lega! Saya dah fikir kalau betul kaki dia sakit nak buat apa sebab semua orang takde. Suami jauh. Adik beradik semua balik kampung. Bukan setakat main basikal, main lompat-lompat dari atas katil ke tilam di sebelah katil. Bila lagu masterchef joget-joget dua beradik tu. Apa-apa pun Alhamdulillah Allah permudahkan.







Keesokannya pula boleh main panjat tingkap kat katil tu. Tak lah risau sangat sebab bawah tu ada tilam. Tapi azhad ni bukan boleh. Sakit sikit menjerit je lebih. Lagipun dia ada sejarah tangan terseliuh takut salah landing nanti sakit tangan pula. So risau juga la sebenarnya. Adik tengok je dari bawah. Tunggu sikit hari lagi nanti cari anak tak jumpa rupanya memanjat tingkap di sebalik langsir.



Malam ahad 2 Jun, pula ada peristiwa berdarah. Pukul 10 lebih saya dalam bilik air ambil wudu' tetiba dengar bunyi budak jatuh dan menangis. Dah tau siapa yang jatuh. Sebab dia suka panjat kabinet tv tapi tak reti turun. Saya dukung dan pujuk dia. Tiup dan gosok kepala dia. Bila dia dah diam baru sedar hidung berdarah dan ada kesan kat batang hidung dia. Ya Allah! Ingatkan jatuh kepala terhantuk. Rupanya terhantuk hidung. Terus basuh dan lap darah tu. Arsyad dok tonyoh hidung dia. Tak selesa kot. Tapi tak menangis lagi lepas tu. Tidur pun lena je. Harap-harap takde apa-apa yang memudaratkan lah. Erm macam mana boleh jatuh pun tak tahu la. Biasanya dia akan menangis dan tunggu saya ambil. Hanya abang je tahu apa yang terjadi sebab abang je ada kat situ ketika kejadian. 






Semoga anak-anakku dibawah rahmatNya selalu.




Published with Blogger-droid v2.0.8

No comments:

Related Posts with Thumbnails