Wednesday, February 27, 2013

11 Bulan Arsyad Nayli

Assalamualaikum



Alhamdulillah. Hari ni Arsyad Nayli genap 11 bulan.. Boss kecik sudah pandai jalan. Yahoo.. Langkah pertama beliau pada usia 10 bulan 2 hari. Mula-mula tu 3 langkah je. Jatuh. Bangun dan jalan dapat 6 langkah.. Dengan semangat jitu dan usaha gigih lepas dua minggu dia boleh jalan jauh.. Seminggu kemudian sudah boleh berdiri sendiri tanpa pegang apa-apa. Kini sudah boleh berjalan sambil pegang barang. Dan barang yang biasa dibawa berjalan adalah barang jualan mak dia.. Sudah bertambah pekerja ummi nayli collections. Yes!!








Giginya baru empat.. 2 batang di atas, 2 batang di bawah. Hobinya mengutip barang dan masukkan ke dalam mulut. Ok! That's why la boleh jumpa ring untuk langsir dalam pampers dia macam dalam entry ni.. Bila suap nasi atau makanan yang lembut/lembik dia akan luah semula. Tapi kalau suap yang keras memang dia suka.. Beria je dia kunyah. Sudah pandai minum guna straw masa umurnya 10bulan. Dan sekarang sudah pandai minum guna cawan.



Selain dari itu, beliau juga suka main laci. Buka tutup laci. Sudah beberapa kali terkepit jari. Mak dia just cakap, "padan muka." Macam ni punya mak pun ada! Huhuhu.. Sangat excited kalau naik kereta. Lagi-lagi kalau dapat duduk tempat driver. Habis dipanjat steering.. Sekarang ni mak dia drive sendiri ke kedai so letak baby dalam baby car seat dan nasib baik dia ok tak meragam.. Kalau ngantuk dia tidur je..





menangis tangan tak boleh keluar dari celah kerusi.. tetap comel!




Arsyad pandai main dengan abang. Time abang nak main, terkekek dua beradik ni gelak.. Tapi time abang geram melalak adik dibuatnya. Sibuk panjat motor merah abang, buat gaya nak naik basikal.. Kalau abang dalam bilik air dia mesti nak join. Suka main air..



Sekarang ni arsyad sangat manja. Nak berkepit je. Dulu boleh juga tinggal kejap kalau nak masuk bilik air ke apa. Sekarang ni pantang tak nampak mak dia, dia jerit macam kena pukul. Nak kencing pun susah. Tapi kadang mak dia buat tak dengar je. Nak ikutkan sangat peel dia, kena pakai pampers la mak dia ni. Wakakaka. Kalau benda yang dia nak or nak buat tak boleh, dia akan baring, style abang merajuk..Ada cikgu, kan.. Suka main remote tv.. memang budak kecil ni ada minat benda yang sama je kan..



Ok la. Tu je kot buat masa ni.. Semoga kita semua dibawah lindunganNya. Amin.

Saturday, February 16, 2013

Terkedu!

Ok!


Short entry!





Gambar di atas adalah ring untuk pasang langsir..


Macam gambar ini. (ehsan google)





TAPI


Bukan nak cerita pasal langsir.




Ring tersebut telah dijumpai di dalam pampers Arsyad.. OK! Tak payah baca lagi sekali. Memang benar apa yang di baca.



Mak terkedu!!



Speechless

Saturday, February 9, 2013

Shaklee Idaman Ibu Malaya

Assalamualaikum


Kebelakangan ni ada beberapa orang rakan facebook yang inbox UNC. Tapi bukan untuk beli barang. Kalau inbox minta like gambar anak masing-masing join contest dah selalu sangat. Tapi kali ni saya terima inbox daripada pengedar-pengedar shaklee.. Well, mesti dah tau sebab apa kan..


Sekarang ni kalau kat facebook tu tak kira la personal account or UNC, kalau tengok news feed tu, mak aaiiii.. Semua orang eehhhh ramainya manusia jual shaklee.. Yang asal usul salasilahnya jual barang baby sudahnya jual shaklee juga.. Dari situ saya tahu permintaan shaklee memang tinggi dan mungkin boleh jadi salah satu hot produk.


Sebelum ni ada beberapa orang customers yang datang kedai bila tengok arsyad yang bambam akan tanya, "baby minum susu apa?" Saya jawab, "Susu ibu." "Oh u ada jual shaklee?"



budak tembam


Lihat?


Kalau letak di kedai saya pasti boleh jual kerana dengan ada anak yang bambam, mesti akan menjadi testimoni terbaik!


TETAPI


Saya bukanlah pengamal supplement shaklee.. YE! Saya memang pernah beli trial set hampir dua tahun yang lalu, rujuk ENTRY INI. Tapi saya ni jenis makan tak tentu masa, apatah lagi nak makan vitamin or supplement. (Kalau tak, tak kan la hb rendah je sewaktu mengandungkan arsyad..) Jadinya bila selalu tak makan, jadi membazir. So saya memang tak teruskan lagi.. Itu la pertama dan terakhir saya beli.


Ini membuatkan saya berfikir. Boleh tak saya jadi pengedar Shaklee walaupun saya tidak makan supplementnya. Ala orang bukan tahu pun. Bila tanya jawab je ye, tiru testimoni orang lain untuk rujukan.. Boleh je kan. Janji masyukk.. Huhuhu



budak ni pun membesar dengan sihat. cuma tak tembam je..


Tapi, saya ada sebab kenapa tidak mahu menjualnya.. Selain dari saya tidak makan, ada sebabnya.. Insyaa Allah.. in next entry.. bila ntah next nya. hehehe

Thursday, February 7, 2013

Sejarah 5 Feb

Assalamualaikum



Aduyaii.. macam mana nak jadi productive update blog ye?? Blog ni semakin terpinggir. Kadang-kadang tu rasa macam nak tutup je.. Hidup segan, mati tak mahu.. Lagipun bukan ada orang baca pun.. Tapi nak tulis gak sebab boleh jadi rujukan dan kenangan di hari tua..


Pejam celik, pejam celik sudah masuk Februari 2013... Anak buah juga sudah bertambah.. Alhamdulillah.. Adik ipar, masdiana selamat melahirkan anak lelaki pada 5 feb 2013, baby berkongsi tarikh lahir dengan papa. papa 28 tahun dah.. senang kerja mama, nanti celebrate sekali je.. Baby dilahirkan secara bedah, gara-gara duduk dalam perut mamanya tak betul. Songsang ke melintang macam tu la.. Dah diurut, dibetul tapi masih nak ke posisi yang salah.. Tarikh bedah tu pun pilih, kalau ikutkan due 18 Feb..


Dengar macam best je sebab bedah dan tak perlu rasa sakit contraction. Tapi bila tengok keadaan Mas lepas melahirkan tu, ya Allah. syukur diberi peluang bersalin secara normal.. Kalau ada rezeki lagi pun nak bersalin normal juga. Biarla sakit masa nak beranak pun, dari sakit selepas bersalin tu.. Nak gelak pun tak boleh.. Nak gerak pun seksa... Takpe.. sakit tu penghapus dosa kecil. Insyaa Allah..


Baby boy diberi nama Izz Zafril B Azrizal, pada mulanya nak letak 3 patah tapi papa baby pun nak terbelit lidah menyebutnya, sudahnya dipendekkan jadi dua patah je. ok la tu.. panjang sangat nak buat apa.. berat 2.7kg je.. hubby dukung dia gelak je.. ye la.. anak-anak beliau semua lebih 3kg kan.. hehehe tengok baka la.. waka waka eh eh..



presenting..



Dagu mahal macam naylis.. kulit putih ikut mama.. kalau ikut papa manis menawan. hehe.. ada lesung pipit katanya, mak ngah dia sibuk nak royalti konon dapat dari dia la.. pdhal mama budak tu pun ada lesung pipit... hehehe


teringat lak kat baby tu.. best kan tengok newborn ni. kalau macam arsyad ni dah besar, best dia lain sikit..



ok.. selain dari itu.. 5hb tu juga ada menyimpan sejarahnya tersendiri.. apakah?


saya pertama kalinya drive Myvi manual dengan anak-anak sahaja tanpa hubby disisi. Sebelum ni pernah drive kereta tu tapi ditemani hubby dan dalam Navy base je. tu pun sebelum mengandungkan azhad.. warggh lamakan.... haruslah gigil kaki masa tekan clutch. nasib lah anak-anak sangat behave.. azhad je la menjerit bila mak dia berhenti mengejut.. hehe.. sorry..



sebelum ni masa balik kelantan saya dok practice kereta citra sebab auto, sekali bila emergency hubby suruh bawak myvi sebab citra tu panjang takut susah nak parking. nak tak nak, beranikan diri je la.. emergency nya takde la sangat. sebelum ni nak pergi kedai saya sms minta ayah ambil. tetiba hari tu sms dan call tidak berjawab. kedai mmg kena pergi sebab nak pos barang orang dan ada orang nak datang. tu yang redah kasi pecah je. nasib baik la selamat pergi dan balik. petang tu, gdex pick up barang terus cabut. waktu tu pukul 4pm. tak nak gerak lewat takut bila dah waktu balik kerja kereta banyak. nanti mak cuak. wakaka... betul orang cakap, kalau dah terdesak tu semua boleh... hehehe



boleh tu tak boleh sangat la. hari pertama tu nasib baik sebab traffic light semua hijau. tapi nasib tak baik bila u-turn untuk masuk area kedai tergesel teksi yang parking tepi tu. mak tak tau nak buat apa, driver teksi pun takde. so cabut je la. ampunn... masa nak parking pun gagal juga. side parking. terpaksa minta tolong brader yang kebetulan lalu situ parking kan. tawakal je la time tu..






hubby calarkan citra saya dah nak setahun tak cat balik. siap baru-baru ni langgar lubang, bengkok rim pun tak tukar lagi. adil la kan. hehehe.. hubby cakap dah alang-alang calar tu, belajar je guna keta tu sampai pandai. dah pandai baru ganti cat.. hehehe


hari kedua dan ketiga traffic light tak bagi chance, semua nak merah.. memang gagal la.. asyik mati je.. tengok-tengok tak lepas hand break.. patut la tak gerak.. kekeke... tapi tu sekali je semalam. hari ni kegagalan tak banyak sangat.. tu la namanya belajar. kalau tak cuba memang sampai bila-bila la tak pandai. ye dok??? alaa... orang tu, claimed drive dari sekolah menengah lagi tapi ada gak tetiba je enjin mati.. mak diam je. tapi bila sibuk kecoh kondem, mak ungkit la.. hehehehe.. nobody's perfect!


tapi semalam saya balik menunggang motosikal, manakala hubby balik bawa anak-anak. sebab? balik dah malam, saya tak berapa yakin nak drive malam. mata tak clear.. bawa motor pun kelam kabut gak sebab lama tak bawa.. tapi bila sampai rumah, azhad nayli duk usyar je mak dia.. pelik kot tengok mak dia bawak motor.. sepanjang perjalanan balik tu hubby follow kat belakang. lagi la mak kelam kabut tahu ada orang usyar macam nak ngurat. wakakaka



tapi yang bagusnya pemandu KL ni kan.. saya duduk sangkut kat traffic light tu dari merah, hijau, merah balik, tak de orang hon pun.. bagus tak? kalau ada yang hon lagi la gelabah.. tapi respect la kat driver yang terpaksa merah 2 kali dengan saya pagi tadi. sudahnya dia gi amik lane lain.. maaf ye pakcik...


azhad seperti biasa jadi co-pilot dok kat sebelah. baby duduk belakang dalam carseat abg azief yg kami pinjam untuk guna masa konvo 2011. ni pun makngah nak claim sewa guna barang dia. tapi saya claim sebab sewa simpan dalam stor.. wakakaka... berkira. nampaknya lepas ni boleh la beli carseat baby.. ummi dah boleh drive nanti senang sikit nak ke mana-mana.. berangan.. tak pe yang penting lepas pergi dekat-dekat sini dulu.. dah betul-betul mahir baru boleh fikir jalan tempat jauh. hehehe..



5 haribulan tu jugak, dalam excited nak tngok baby kat PPUM after hubby balik kerja, ada pula customer call nak amik barang. so singgah la kejap. dalam kalut lepas customer balik boleh pula tertinggal kunci kedai dalam kedai. dah lock mangga baru teringat. nasib baik la kunci spare ada simpan kat rumah, kalau tak kena pecah mangga lak.. laki i dah membebel. nak buat macam mana, sekaraang ni memang asyik lupa je.. huhu. nanti ada masa nak story pasal masalah lupa ni.. kalau la sempat. huhu


okla. percaya pada ketentuan Allah.. setiap yang berlaku ada hikmahnya..


bye..

Related Posts with Thumbnails